Persediaan sebelum pakai braces

December 11, 2012

Sebelum pakai braces, apa yang anda perlu buat?

1. Jumpa pakar orthodontik untuk diperiksa.
Nasib saya baik sebab kawan sendiri yang datang buat braces di klinik saya jadi masa patient dah habis tu saya suruh la dia periksa. Lepas periksa dia suruh ambil acuan gigi dan x-ray ( OPG dan Lateral Ceph). Dia juga kata yang saya kena cabut 3 batang gigi.

2. Ambil acuan gigi
Ini saya ambil sendiri. Selalu buat kat patient bila kena diri sendiri baru tau rasanya camna, Memang sengsara sikit tapi kejap je sebab ianya lembik dan rasanya taklah sedap sangat.Bila dah keras baru tanggalkan dari gigi…lega sikit rasanya. Konon berperisa mangga, rasanya bau ada tapi perisa takde kot..hehehe

                                  

gambar-gambar ni sekadar hiasan je..bukan saya punya kes. Tak sempat nak ambil gambar masa buat tu.

3. Xray
Kena ambil 2 jenis x-ray iaitu OPG dan Lateral Ceph. Dari xray ni doktor pakar dapat menilai kedudukan gigi dengan tepat kerana nampak semuanya dari crown gigi sampai ke akar dan tulang-tulang di keliling gigi. Takde la seksa sangat ambil x-ray ni sebab just gigit dekat tempat yang disuruh lepas tu mesin ni bergerak mengelilingi kepala dan satu jenis lagi hanya duduk diam dan dalam beberapa saat x-ray telah siap di ambil, X-ray terus dapat hari yang sama juga dan kita boleh bawak balik dan tunjukkan pada pakar orthodontik.

      20121117_201320_resized_1.jpg                    20121117_201514_resized_1.jpg

gambar x-ray tu saya punya. tapi yang gambar machine tu of course la bukan ye.

4. Cabut gigi
Ini memang seksa sikit bukannya seksa apa tetapi rasa takut tu ada. Biasala doktor pun manusia jugak kan so rasa nervous tu normal. Mula-mula cabut sebatang gigi dulu..geraham kecil pertama ( yang sebelah gigi taring) sebelah kiri. Lepas cabut ok je, takde masalah dan tak sakit. Makan ubat tahan sakit sekali je. Keesokkan harinya cabut lagi 2 .ini kes nak pasang cepat jadi terus je cabut 2 serentak. Yang ni seksa sikit sebab satu gigi tu susah nak cabut jadi lama. Bila susah nak cabut, lepas cabut tu tentunya merasa sakit yang agak lama berbanding cabutan yang senang. Hasilnya ialah ‘dry socket’

‘dry socket‘- ianya ialah di mana lubang lepas cabut gigi tu tak ditutup dengan darah beku jadi tulang terdedah . Simptom nyer ialah merasa sakit beberapa hari selepas cabut gigi. Bila dilihat pada lubang di gusi tu, ianya kosong. Boleh nampak tulang dan gusi sekeliling terasa sakit dan merah. Cara rawatannya ialah dengan membersihkan lubang dengan saline kemudian letak sejenis ubat di dalam lubang itu. Sakit terus reda selepas tu sebab terasa kebas. Kena makan ubat tahan sakit lepas tu kalau terasa sakit. Ubat kat dalam tu perlu ditukar lepas tiga hari kalau masih rasa sakit.

ni la rupanya tapi ini bukan gigi saya. contoh dry socket di mana lubang tak ditutup lepas cabut.

5. Pasang ‘seperator’
Seperator ni macam getah kecil bentuk bulat. Ia diselitkan di celah gigi geraham bahagian depan dan belakang gigi tu, Ianya tak sakit tapi rasa tak selesa macam rasa makan daging terselit. Selepas letak seperator ni memang susah nak kunyah. Tak boleh makan makanan keras sebab akan tergigit seperator dan makanan terasa tak lumat. Inilah permulaan macam mana rasa pakai braces. Rasa tak boleh gigit dan rasa tak selesa sikit sebab ada menda terselit tapi tak bleh keluarkan. Seperator ni penting sebab bila nak letak band macam cincin besi keliling gigi geraham , band tu boleh masuk sebab celah tak rapat sangat.

        

6. Pasang braces
Tiba lah harinya untuk pasang. Saya start pasang pada 8/12/2012. Selepas berbincang dengan pakar orthodontik tu saya akhirnya mengikut nasihatnya supaya pakai braces stainless steel yang biasa tu je. Kadang-kadang menda yang basic lagi senang jaga dan berkesan. Masa pasang tu rasa tak selesa skit sebab bibir disekang dengan penarik bibir . Lepas tu molar band yang macam ring tu disimenkan pada gigi geraham.

     saya tak sempat nak ambil gambar masa letak molar band tu so ni gambar dari internet.

Lepas dah pasang molar band, doktor pun terus letakkan bracket ke gigi. Bracket tu disapu dengan composite ( yang bahan tampalan gigi tu cuma yang ni khas utk braces) kemudian dilekatkan di gigi dan curing light digunakan utk mengeraskannya supaya ianya tak tanggal.

ni gambar contoh camna bracket dilekatkan

Lepas dah pasang brackets pastu boleh pilih warna getah mana yang disukai. Saya pilih warna biru and pink. So doktor akan lekatkan wire pada bracket dengan getah tu.

Dah selesai. Selepas tu mula laa membeli segala barang untuk penjagaan gigi. Nasib baik klinik sendiri..hehehe..shopping di klinik sendiri je la. Kena guna berus gigi untuk braces…tengah-tengah berus tu lekuk skit utk senang gosok brackets. pastu pakai ubat gigi yang ada fluoride..saya pakai 3M nyer tooth cream pastu fluoridated mouthwash. Semua ni bertujuan untuk mengurangkan risiko gigi bercapuk bila dah bukak braces nanti dan juga utk mengelakkan kerosakan gigi. Pastu kena ada interdental brush and superfloss. Ni utk bersihkan celah-celah wire and celah-celah gigi.

                      

 

Ada satu lagi menda penting yang kena ada. WAX. Sangat penting sebab bila pakai bibir akan bergesel dan kadang-kadang menyebabkan ulser so kalau ada ulcer kita kena letak wax ni kat bracket yang bergesel dengan ulser so takde la perit sangat.

 

Selesai appointment pertama pada 8/12/2012. Lepas ni setiap seminggu saya akan update apa yang berlaku kepada gigi saya. Lepas pasang tu terasa tekanan pada gigi..macam orang tekan. Ada sengal sikit kat seluruh gigi. Tak boleh gigit dengan betul sebab rasa macam tak rapat dan sengal sikit. So lepas ni makan bubur and sup je la..sure boleh kurus punya kan..hehehe. Kat bawah ni gambar gigi saya. Besar sikit sebab tak reti nak kecikkan.

20121125_081608-1.jpg

20121208_205728-1.jpg

 

 


Doktor menjadi pesakit

December 10, 2012

Saya tak tahu apa yang dah jadi tapi post sebelum ni yang saya tulis telah terpadam jadi saya kena tulis semula. Mungkin ni sebab dah lama tak update post kot..hehehe

Ok…berkenaan tajuk di atas…camna doktor boleh sakit kan…biasa la, doktor pun manusia jugak kan. Macam saya bukan sakit gigi tapi nak membetulkan gigi yang senget-senget. Dulu-dulu keluarga bukan dari yang senang jadi memang tak terpikir langsung nak betulkan gigi ni. Bila masuk dental school sibuk belajar sampai lupa jugak. Gigi saya tak nampak teruk sangat sebab yang senget-senget tu bahagian bawah..gigi atas berlapis sikit..so bila dah 10 tahun jadi dentist baru laa terpanggil nak buat..bukan apa takut pun ada..heheh..ye laa sebab nak kena cabut gigi yang sihat kan. Tapi takkan selamanya nak gigi senget ye dak?Kita dok rawat gigi orang jadi cantik, sure gigi sendiri pun nak cantik..

Lepas ni saya akan ceritakan pengalaman saya menjadi pesakit orthodontik ni. Jadi kepada sesiapa yang teringin nak pakai braces atau akan pakai braces boleh la buat ia sebagai rujukan sebab ia memang pengalaman sendiri. Tapi setiap orang akan mengalami pengalaman yang tersendiri sebab mulut dan gigi masing-masing tak sama kan.

 


Selamat hari jadi yang ke 2 tahun Klinik Pergigian Dr leen!

October 15, 2012

Wow..telah begitu lama saya tak update laman web saya ni…kebanyakkan soalan yg ditanyakan saya jawab menerusi e-mail..jadi saya tak balas secara langsung di laman web ni..tetapi ada juga saya tak balas2 kerana kekurangan masa. Saya harap pembaca faham dan saya harap info2 di dalam laman web ni berguna kerana kebanyakkannya akan menjawab soalan2 yang bermain di fikiran pembaca.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan2 klinik pergigian dr leen yang masih menyokong klinik sehingga sekarang. Diam tak diam dah masuk 2 tahun klinik ni beroperasi. Dalam masa 2 tahun ni jugak ada macam2 perubahan yang dibuat dan kesemuanya adalah untuk memastikan service yang diberi memuaskan. Di harap klinik saya akan sentiasa memberikan service yang terbaik di masa2 akan datang. Saya juga akan cuba memberikan info2 terkini kepada pembaca2 sekalian.

Selain rawatan biasa, klinik pergigian dr leen juga menyediakan rawatan oleh pakar2 seperti orthodontic ( braces) dan juga implant. Klinik ini juga sangat menitikberatkan soal pencegahan kerana pencegahan adalah lebih baik dari mengubat. Pelbagai program atau rawatan yang disediakan untuk menolong proses pencegahan ini jadi boleh bertanya atau datang terus ke klinik.

Saya memang sangat berharap agar satu hari nanti semua klinik gigi di Malaysia ini bukan sahaja menjadi tempat untuk merawat, tapi juga sebagai tempat untuk mencegah kerosakan gigi dan mencantikan gigi supaya boleh meningkatkan keyakinan diri dan menaikkan kualiti hidup.

Selamat hari jadi Kinik pergigian dr leen..:)


Hisap jari, bernafas melalui mulut dan kesannya kepada gigi

July 28, 2011

Adakah anak anda masih meghisap jari walaupun telah berumur lebih dari 4 tahun?
Adakah gigi hadapan anak anda tidak rapat apabila anak anda menggigit?
Adakah anak anda selalu menonton tv, membaca buku, bermain atau tidur dengan mulut terbuka?
Adakah gigi susu anak anda yang berumur 8 tahun ke bawah tidak tersusun?
Adakah bila anak anda menelan air liur, lidahnya terkeluar sedikit?
Adakah gigi hadapan anak anda nampak terkedepan (jongang sedikit)

Sekiranya anda menjawab ‘YA’ kepada kesemua soalan di atas ataupun sebahagian soalan di atas, anak anda kemungkinan besar akan mempunyai gigi yang tidak tersusun apabila gigi kekalnya tumbuh kelak. Anak anda memerlukan rawatan braces untuk membetulkan semula gigi mereka yang tidak tersusun.

Tetapi kini ada rawatan alternatif lain yang boleh dilakukan semasa mereka masih kecil dan masih membesar untuk membetulkan otot-otot mulut dan lidah dan seterusnya boleh membetulkan kedudukan gigi dengan MRC APPLIANCE seperti TRAINER SYSTEM dan MYOBRACE. Sila klik link untuk membaca lebih lanjut mengenai sistem MRC ini. Trainer system ini boleh membetulkan habit anak anda dan seterusnya secara tidak langsung boleh memperbaiki susunan gigi. Myobrace System pula boleh menyusun gigi anak anda yang tidak tersusun tanpa menggunakan braces sekiranya dibuat semasa umur anak anda antara 9-11 tahun iaitu semasa anak anda masih dalam proses pembesaran.

Klinik pergigian Dr. Leen ada menawarkan rawatan menggunakan sistem MRC. Biasanya untuk temujanji pertama, gigi anak anda akan diperiksa sepenuhnya untuk melihat samada sesuai atau tidak untuk memakai MRC appliance. Kemudian acuan gigi akan dibuat sekiranya perlu. Gambar gigi dan profil muka anak anda akan dibuat supaya perbezaan sebelum dan selepas rawatan dapat dilihat. MRC appliance akan diberikan dan cara penggunaannya akan diterangkan. Anak anda hanya perlu memakainya selama 1 hingga 4 jam di waktu siang dan semalaman semasa tidur untuk trainer system atau 2 jam di waktu siang dan semalaman untuk myobrace system.
Anda perlu membawa anak anda untuk review setiap bulan atau dua bulan sekali untuk diperiksa.

Disebabkan MRC system ini adalah removable iaitu boleh dibuka dan dipakai pada bila-bila masa, ianya hanya akan berfungsi apabila anak anda memakainya mengikut saranan yang diberi. Sekiranya alat ini tidak dipakai, perubahan pada gigi tidak dapat diperolehi.

Sekiranya anda berminat dengan rawatan ini, bolehlah membawa anak anda untuk diperiksa di klinik gigi yang menawarkan rawatan ini untuk melihat samada anak anda sesuai atau tidak. Pencegahan adalah lebih baik dari merawat. Sekiranya masalah susunan gigi dapan dikesan lebih awal, bolehlah diperbaiki sebelum ianya menjadi lebih teruk dan lebih membawa kepada masalah seperti susah nak bersihkan gigi, gigi menjadi rosak, hilang keyakinan diri dan rawatan braces yang kosnya lebih tinggi.


Rawatan Gigi Di Bulan Puasa

July 25, 2011

Tentu ramai yang dah tau tapi tentu ramai juga kurang tahu mengenai persoalan: Bolehkah kita membuat rawatan gigi di bulan puasa? Adakah puasa kita akan terbatal jika jumpa dr gigi? Saya sering ditanya mengenai persoalan ini. Memandangkan tak lama lagi kita akan berpuasa jadi eloklah saya memberi info mengenai hal ini.

Dari artikel yang ditulis oleh Dr Tuti Ningseh Mohd Dom dan juga Dr. Shahida Mohd Said yang telah diberi oleh persatuan dr gigi Malaysia kepada semua dr gigi di Malaysia dan juga dari Persidangan Akademi Fiqah Islam Antarabangsa yang berlangsung di Maghribi dan Putrajaya beberapa tahun lalu merumuskan, ada kaedah rawatan yang tidak membatalkan puasa.

Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa
1. membuat dental check up
2. membuat rawatan gigi ( tampal, cuci, cabut, rawatan akar , membuat gigi palsu etc)
3. mengambil x-ray mulut
4. injection ubat kebas dalam mulut utk cabut gigi
5. tak sengaja tertelan air semasa dr membuat rawatan gigi
6. memberus gigi
7. menggunakan floss utk membersihkan celah gigi
8. Berkumur dengan ubat kumur
9. Menelan air liur

Puasa akan terbatal sekiranya anda memakan ubat. Jadi jika anda cabut gigi pada sebelah pagi, dan masa tengah hari ubat kebas semakin hilang dan gigi terasa sakit, anda kena la batalkan puasa untuk makan ubat. Jika anda cabut gigi di waktu petang dan ubat kebas masih bertahan sampai waktu buka puasa, jadi tak perlu laa membatalkan puasa utk makan ubat, lepas berbuka boleh makan ubat.

Jika anda terlalu sakit gigi atau gigi bengkak dan perlu makan ubat, kena laa makan ubat ikut masanya. Sekarang ada ubat antibiotik yang boleh makan sekali sehari ataupun 2 kali sehari jadi anda boleh berpuasa walaupun makan ubat antibiotik. Cuma jika gigi anda sakit, dan memerlukan anda makan ubat tahan sakit 3 kali sehari, jadi tak boleh laa anda berpuasa.

Jadi di harap, segala kekeliruan tentang membuat rawatan gigi di dalam bulan puasa dapat difahami. Islam itu adalah agama yang tidak membebankan pengikutnya. Islam itu agama yang sangat bersih dan yang amat mementingkan kebersihan dan juga kesihatan. Janganlah disebabkan puasa, kita membiarkan gigi kita tidak digosok sehingga menimbulkan bau mulut yang tidak menyenangkan orang sekeliling. Jangan disebabkan puasa kita meludah merata-rata. Janganlah disebabkan puasa kita menanggung sakit gigi yang teramat.

Selamat berpuasa saya ucapkan kepada warga pembaca semua..:)


Klinik Pergigian Dr. Leen sekarang di Facebook

July 15, 2011

Salam semua. Sekarang ni Klinik Pergigian Dr. Leen mempunyai facebook page . Segala maklumat terkini boleh diperolehi di laman facebook itu. Sila layari http://www.facebook.com/Drleendental


JAWAPAN UNTUK KOMEN-KOMEN DALAM BLOG INI

June 23, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga blog Drleen. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih sebab masih membaca blog saya dan bertanyakan soalan. Saya meminta maaf sekiranya saya tidak membalas atau lambat membalas pertanyaan-pertanyaan yang ditanyakan dalam blog ini. Kadang-kadang saya tidak mampu untuk menjawab kesemua soalan-soalan yang dikemukakan di atas sebab terlalu banyak soalan yang ditanya dan saya juga ketiadaan masa untuk menjawab. Saya memang suka kalau pembaca-pembaca menanyakan soalan kerana ini menunjukkan tahap kesedaran tentang gigi semakin banyak. Tidak seperti dahulu di mana semua jawapan untuk sakit gigi ialah cabut.

Selepas beberapa tahun menjawab soalan-soalan yang diberikan pembaca,saya dapati saya masih lagi menjawab soalan-soalan yang sama. Mungkin pembaca yang menanyakan soalan tak perasan yang soalan yang hendak ditanya telah dijawab sebelum ini. Jadi mungkin pembaca boleh membaca komen-komen untuk mendapatkan jawapan sekiranya soalan yang ditanya serupa. Sekiranya masih tiada jawapan untuk soalan-soalan yang Iingin ditanya, bolehlah menanyakan soalan itu di blog ini ataupun ke e-mail saya : doktorleen@gmail.com ataupun menelefon klinik saya : 03-87394039 ataupun sms ke no klinik saya : 014-6345676 ataupun lagi bagus kalau datang sendiri berjumpa saya di : KLINIK PERGIGIAN DR LEEN, NO 27-1, JALAN REKO SENTRAL 6, REKO SENTRAL, KAJANG.

Selepas ini saya akan membuat satu rumusan tentang soalan-soalan yang sering ditanya supaya pembaca-pembaca boleh terus ke page itu dan membaca jawapan kepada soalan-soalan. Saya minta maaf sekali lagi kerana mungkin tidak mampu menjawab soalan-soalan secara direct di blog ini kerana terlalu banyak soalan yang ditanyakan. Saya akan cuba menjawab soalan-soalan yang ditanya direct ke e-mail ataupun melalui sms.

Insyaallah, saya akan membuat satu website baru untuk klinik saya dan akan memasukkan ruangan blog ke dalam website klinik. Segala sokongan yang diberikan kepada saya untuk terus menulis dalam blog ini amatlah dihargai. Dan saya berharap agar apa yang saya tulis ini berguna kepada semua pembaca-pembaca yang tercari-cari jawapan kepada masalah-masalah gigi. Terima kasih semua.


Pemeriksaan gigi percuma sepanjang April!

March 29, 2011

Salam semua..

Saya nak mintak maaf banyak2 kepada sesiapa yang banyak tanya soalan dalam website ni and saya tak balas2..saya tersangat sibuk dengan klinik…and susah nak online sangat. So kepada sesiapa yang nak bertanya boleh sms/call ke no 014-6345676. Ini adalah no hp klinik. Kalau nak call ke talian tetap 03-87394039.

Sempena bulan April ni..colgate menganjurkan bulan kesihatan gigi di mana klinik-klinik yang mengambil bahagian akan memberikan pemeriksaan percuma kepada pesakit baru sepanjang bulan April. So kepada sesiapa yang belum check gigi lagi rebutlah peluang ni sebab selain pemeriksaan percuma…mereka yang awal2 datang boleh dapat hadiah dari Colgate…:) Klinik2 yang mengambil bahagian akan ada poster colgate di klinik tersebut..so kalau yang ada poster tu je dapat pemeriksaan percuma ye….

meh datang ramai2…:)


WAKTU RAWATAN KLINIK PERGIGIAN DR LEEN TAHUN 2011

January 2, 2011

Selamat tahun baru kepada semua pembaca blog ini.
Sempena tahun baru ni, Klinik Pergigian Dr. Leen telah membuat perubahan waktu rawatan untuk memenuhi permintaan pelanggan-pelanggan.

Isnin-Jumaat : 10 pagi – 9.30 malam
Rabu : TUTUP
Sabtu : 10 pagi – 6 ptg
Ahad : 10 pagi – 2 ptg

Sekiranya hendak membuat temujanji, boleh hubungi telefon klinik 03-8739 4039 atau 014 6345 676


KLINIK PERGIGIAN DR LEEN TELAH DIBUKA

October 18, 2010

Alhamdulillah…akhirnya Klinik Pergigian Dr. Leen telah pun siap. Jadi kepada sesiapa yang nak datang, boleh la datang. kalau nak buat temujanji, boleh call 03-87394039. Klinik saya betul-betul kat depan econsave kajang yang baru bukak di Reko Sentral, jalan reko.