Pemeriksaan gigi percuma sepanjang April!

Salam semua..

Saya nak mintak maaf banyak2 kepada sesiapa yang banyak tanya soalan dalam website ni and saya tak balas2..saya tersangat sibuk dengan klinik…and susah nak online sangat. So kepada sesiapa yang nak bertanya boleh sms/call ke no 014-6345676. Ini adalah no hp klinik. Kalau nak call ke talian tetap 03-87394039.

Sempena bulan April ni..colgate menganjurkan bulan kesihatan gigi di mana klinik-klinik yang mengambil bahagian akan memberikan pemeriksaan percuma kepada pesakit baru sepanjang bulan April. So kepada sesiapa yang belum check gigi lagi rebutlah peluang ni sebab selain pemeriksaan percuma…mereka yang awal2 datang boleh dapat hadiah dari Colgate…:) Klinik2 yang mengambil bahagian akan ada poster colgate di klinik tersebut..so kalau yang ada poster tu je dapat pemeriksaan percuma ye….

meh datang ramai2…:)

23 Responses to Pemeriksaan gigi percuma sepanjang April!

  1. Sarah Sulaiman says:

    Askm Dr. Leen..saya ada adik yg giginya kuning disebabkan salah pemakanan ibu sewaktu mengandungkan dia..Apakah rawatan yg sesuai utk giginya menjadi putih normal dan apakah kesan2 dr rawatan in?

    • drleen says:

      w’salam…adik tu umur berapa? biasanya kalau gigi kuning sebab ubat tetracycline, boleh buat whitening utk putihkan balik cuma mengambil masa skit..apa2 pun check dulu kat klinik gigi k

  2. Mor Amor says:

    kenapa gigi seorang itu sentiasa berdarah,,ada kah dia kkurangan vit K?

    • drleen says:

      gusi biasanya berdarah sebab terdapat banyak plak dan juga karang gigi yang menyebabkan keradangan pada gusi dan seterusnya pendarahan. Jika lepas buat scaling and penjagaan gigi yang betul, gusi yang berdarah akan pulih semula

  3. mankuchai™ says:

    Salam,

    Wah tak sangka dr gigi pun minat berblog🙂

  4. adamaya says:

    salam dok..sy nk tanya..dua gg dpn sy ni senget ke depan..jadi ada jarak besar..gg nmpk jarang..ape rawatan yg sesuai utk buat gg sy nampak rapat ye? gg jadi mcm ni sbb penah jatuh basikal masa kecik..

    • drleen says:

      salam…kalau nak rapatkan jarak tu samada buat braces, ataupun tampalan, ataupun crown, ataupun cabut and gigi palsu…apa2 pun kena check dulu utk tengok apa yang sesuai.

  5. adamaya says:

    ehh..salah…senget ke dalam…

  6. saya Mohd Baharudin Bin Yahya panggil saja saja jack Baha , sebenarnya tak tahu hendak memberitahu bagaimana hendak memberitahu doktor kerana saya ada dua sakit iaitu saya sakit gigi dan sakit kepala saya pun tak tahu nak pergi klinik gigi atau klinik biasa saya sakit kepala sudah 3 hari , selain itu, saya sakit gigi saya tidak boleh kunyah makanan kerana saya sakit gigi sampai sekarang ni saya belum makan lagi kerana gigi saya terlalu sakit selain itu, ada juga saya sakit telinga mungkin sakit gigi menyebabkan kesemua bahagian kepala dan telinga sakit.

    • drleen says:

      salam…biasanya kalau sakit gigi kadang2 ianya boleh menyebabkan sakit kepala juga especially gigi bawah..memang kena check laa dari mana datangnya sakit tu..kemudian kena buat samada tampalan sementara ke..rawatan saraf ke atau cabut..

  7. alhuda says:

    salam,
    Dr. Leen

    sekarang saya memakai pendakap gigi, saya telah berurusan dengan doktor gigi saya selama lebih dua tahun. doktor gigi saya masih dalam pengajian pascasiswazah. saya berniat untuk memberi sedikit hadiah sebagai tanda menghargai jasanya merawat saya. saya ingin bertanya adakah boleh saya memberi beliau hadiah atau ia melanggar etika profesionalisme seorang doktor dan pelajar. saya bimbang beliau serba salah untuk menerima hadiah saya.

    • drleen says:

      salam…
      hmm..susah jugak nak jawab ni..
      sememangnya tak boleh menerima hadiah sebab takut di katakan rasuah…tapi rasanya bergantung kepada jenis hadiah dan juga intrepetasi orang kot..masa saya study dulu ada jugak patient yang kasi something bila birthday saya, hari raya etc…anyway..up to you laa nak kasi ke tak..

  8. drleen says:

    Salam semua…selepas ini semua komen akan dibalas secara e-mail…:) terima kasih…

  9. lien says:

    salam dok.. saya lin… saya mengalami sakit gigi pd gigi yg tlh d tmpl…. ia akan sakit apabila ada tekanan pd gigi trsebut. walhal tiada lubang pun yg sy dpti krn bru sebulan ditampal… apa yg prlu sy lkukan?? adakh sy prlu cbut… tp syg krana msih elok

  10. awg says:

    salam…adik perempuan sy berumur 19 thun…baru2 ni dia tergelincir dalam bilik air dan muka nya tersembam ke atas lantai…hentakan kuat mnyebabkn Salah satu gigi daripada 2 gigi HADAPANnya bergoyang sedikit…..keadaan ini membuatkan dia jd x tenang..menangis & risau semalaman sehinggakan dia x berani nak makan takut2 sebabkan gigi depan tersebut semakin goyang & tercabut…sy amat risau dgn kdaan dia…kalau2lah gigi depan tsebut tcabut..dgn usia dia yg muda dgan karrier dia sentiasa berhadapan org ramai..sedikit sebnyak menganggu keyakinann penampilan nya …:(….sy ingin tnya…jika gigi tersebut dah mula bergoyang…adakah kemungkinan besar ia akan tercabut dgn sendiri????…ataupun jika tidak di ganggu..adakah ia akan pulih??ada harapan x ia TIDAK akan tercabut???maksud sy,gigi tu x akan goyang lagi n kekal seperti sedia kala..??? apa yg patut dia buat utk prevent gigi tersebut dr tercabut???…sy perlukn jwapan yg betul2 boleh yakin kan dia n tenang kan dia..asap…..emel sy kalau boleh…TQ😥

  11. Azura says:

    Salam dr.leen…

    2 hari ni gigi bongsu sy sekejap sakit,sekejap tak..terasa skt n berdenyut dkt area gigi n gusi tu.perlu ke saya buat rawatan cabut wisdom teeth?

    • drleen says:

      Salam….kalau dah selalu sakit dan mengganggu..elok la dicabut…lepaa cabut hilang dah sakit2 and bengkak2

  12. lito says:

    slm doc,

    saye cume nk tau klinik doc ambil bahagian skali ke pemeriksaan gigi percuma? TQ

  13. lito says:

    ooo…..
    TQ doc for the info…btw, if saye nk buat scaling, bpe ye doc cas??
    hee..just wondering

  14. HANIEE SHUKRI says:

    salam sejahtera
    cuma nak tahu klinik yang mengambil bahagian di kawasan kota bharu kelantan.harap doc dpt membantu.
    tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: