Hisap jari, bernafas melalui mulut dan kesannya kepada gigi

July 28, 2011

Adakah anak anda masih meghisap jari walaupun telah berumur lebih dari 4 tahun?
Adakah gigi hadapan anak anda tidak rapat apabila anak anda menggigit?
Adakah anak anda selalu menonton tv, membaca buku, bermain atau tidur dengan mulut terbuka?
Adakah gigi susu anak anda yang berumur 8 tahun ke bawah tidak tersusun?
Adakah bila anak anda menelan air liur, lidahnya terkeluar sedikit?
Adakah gigi hadapan anak anda nampak terkedepan (jongang sedikit)

Sekiranya anda menjawab ‘YA’ kepada kesemua soalan di atas ataupun sebahagian soalan di atas, anak anda kemungkinan besar akan mempunyai gigi yang tidak tersusun apabila gigi kekalnya tumbuh kelak. Anak anda memerlukan rawatan braces untuk membetulkan semula gigi mereka yang tidak tersusun.

Tetapi kini ada rawatan alternatif lain yang boleh dilakukan semasa mereka masih kecil dan masih membesar untuk membetulkan otot-otot mulut dan lidah dan seterusnya boleh membetulkan kedudukan gigi dengan MRC APPLIANCE seperti TRAINER SYSTEM dan MYOBRACE. Sila klik link untuk membaca lebih lanjut mengenai sistem MRC ini. Trainer system ini boleh membetulkan habit anak anda dan seterusnya secara tidak langsung boleh memperbaiki susunan gigi. Myobrace System pula boleh menyusun gigi anak anda yang tidak tersusun tanpa menggunakan braces sekiranya dibuat semasa umur anak anda antara 9-11 tahun iaitu semasa anak anda masih dalam proses pembesaran.

Klinik pergigian Dr. Leen ada menawarkan rawatan menggunakan sistem MRC. Biasanya untuk temujanji pertama, gigi anak anda akan diperiksa sepenuhnya untuk melihat samada sesuai atau tidak untuk memakai MRC appliance. Kemudian acuan gigi akan dibuat sekiranya perlu. Gambar gigi dan profil muka anak anda akan dibuat supaya perbezaan sebelum dan selepas rawatan dapat dilihat. MRC appliance akan diberikan dan cara penggunaannya akan diterangkan. Anak anda hanya perlu memakainya selama 1 hingga 4 jam di waktu siang dan semalaman semasa tidur untuk trainer system atau 2 jam di waktu siang dan semalaman untuk myobrace system.
Anda perlu membawa anak anda untuk review setiap bulan atau dua bulan sekali untuk diperiksa.

Disebabkan MRC system ini adalah removable iaitu boleh dibuka dan dipakai pada bila-bila masa, ianya hanya akan berfungsi apabila anak anda memakainya mengikut saranan yang diberi. Sekiranya alat ini tidak dipakai, perubahan pada gigi tidak dapat diperolehi.

Sekiranya anda berminat dengan rawatan ini, bolehlah membawa anak anda untuk diperiksa di klinik gigi yang menawarkan rawatan ini untuk melihat samada anak anda sesuai atau tidak. Pencegahan adalah lebih baik dari merawat. Sekiranya masalah susunan gigi dapan dikesan lebih awal, bolehlah diperbaiki sebelum ianya menjadi lebih teruk dan lebih membawa kepada masalah seperti susah nak bersihkan gigi, gigi menjadi rosak, hilang keyakinan diri dan rawatan braces yang kosnya lebih tinggi.


Rawatan Gigi Di Bulan Puasa

July 25, 2011

Tentu ramai yang dah tau tapi tentu ramai juga kurang tahu mengenai persoalan: Bolehkah kita membuat rawatan gigi di bulan puasa? Adakah puasa kita akan terbatal jika jumpa dr gigi? Saya sering ditanya mengenai persoalan ini. Memandangkan tak lama lagi kita akan berpuasa jadi eloklah saya memberi info mengenai hal ini.

Dari artikel yang ditulis oleh Dr Tuti Ningseh Mohd Dom dan juga Dr. Shahida Mohd Said yang telah diberi oleh persatuan dr gigi Malaysia kepada semua dr gigi di Malaysia dan juga dari Persidangan Akademi Fiqah Islam Antarabangsa yang berlangsung di Maghribi dan Putrajaya beberapa tahun lalu merumuskan, ada kaedah rawatan yang tidak membatalkan puasa.

Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa
1. membuat dental check up
2. membuat rawatan gigi ( tampal, cuci, cabut, rawatan akar , membuat gigi palsu etc)
3. mengambil x-ray mulut
4. injection ubat kebas dalam mulut utk cabut gigi
5. tak sengaja tertelan air semasa dr membuat rawatan gigi
6. memberus gigi
7. menggunakan floss utk membersihkan celah gigi
8. Berkumur dengan ubat kumur
9. Menelan air liur

Puasa akan terbatal sekiranya anda memakan ubat. Jadi jika anda cabut gigi pada sebelah pagi, dan masa tengah hari ubat kebas semakin hilang dan gigi terasa sakit, anda kena la batalkan puasa untuk makan ubat. Jika anda cabut gigi di waktu petang dan ubat kebas masih bertahan sampai waktu buka puasa, jadi tak perlu laa membatalkan puasa utk makan ubat, lepas berbuka boleh makan ubat.

Jika anda terlalu sakit gigi atau gigi bengkak dan perlu makan ubat, kena laa makan ubat ikut masanya. Sekarang ada ubat antibiotik yang boleh makan sekali sehari ataupun 2 kali sehari jadi anda boleh berpuasa walaupun makan ubat antibiotik. Cuma jika gigi anda sakit, dan memerlukan anda makan ubat tahan sakit 3 kali sehari, jadi tak boleh laa anda berpuasa.

Jadi di harap, segala kekeliruan tentang membuat rawatan gigi di dalam bulan puasa dapat difahami. Islam itu adalah agama yang tidak membebankan pengikutnya. Islam itu agama yang sangat bersih dan yang amat mementingkan kebersihan dan juga kesihatan. Janganlah disebabkan puasa, kita membiarkan gigi kita tidak digosok sehingga menimbulkan bau mulut yang tidak menyenangkan orang sekeliling. Jangan disebabkan puasa kita meludah merata-rata. Janganlah disebabkan puasa kita menanggung sakit gigi yang teramat.

Selamat berpuasa saya ucapkan kepada warga pembaca semua..:)


Klinik Pergigian Dr. Leen sekarang di Facebook

July 15, 2011

Salam semua. Sekarang ni Klinik Pergigian Dr. Leen mempunyai facebook page . Segala maklumat terkini boleh diperolehi di laman facebook itu. Sila layari http://www.facebook.com/Drleendental