Kemasukan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2011/2012

June 28, 2010

Salam semua…
Kepada lepasan2 SPM yang berminat nak menjadi dentist..boleh laa memohon utk masuk ke Program matrikulasi jurusan sains..macam saya dulu laa..lepas SPM masuk matriks sains setahun lepas tu sambung ke dental school. Saya dapat maklumat ni dalam NST hari ahad lalu…

Syarat Kelayakan Permohonan
1. Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Jan 2011
2. Mendaftar mata pelajaran berikut dalam peperiksaan SPM tahun 2010
– Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia DAN ( Fizik atau Biologi)

Syarat Kelayakan Minimum Program Matrikulasi Satu tahun (PST)
– C Bahasa Melayu
– C Bahasa Inggeris
-B Matematik
– C matematik tambahan
-C kimia
– C dalam satu daripada matapelajaran berikut ( Biologi / Kimia)

Syarat Kelayakan Minimum program dua tahun
C Bahasa melayu
C bahasa inggeris
C matematik
C kimia
D matematik tambahan
C dalam 2 daripada matapelajaran berikut – matematik tambahan/fizik/biologi/matapelajaran teknik (Pengajian kejuruteraan awam, pengajian kejuruteraan mekanikal, pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik, teknologi kejuruteraan)
* pelajar bumiputera yang tidak terpilih bagi program satu tahun berpeluang ditawarkan program 2 tahun jika memenuhi syarat diatas.

Cara permohonan
1. Permohonan melalui internet
– pelajar boleh membeli no pengenalan individu ( no pin) 5 digit dari mana2 kaunter BSN mulai 1 julai 2010 dengan bayaran RM6.00 termasuk komisyen dengan menggunakan no kad pengenalan yang didaftarkan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPN).
– Sebelum meninggalkan kaunter sila pastikan menerima resit bayaran yang tercetak:
i) bayaran telah dibuat atas nama ‘Pengarah bahagian Matrikulasi’ ke nombor akaun 1410029000211897
ii) no kad pengenalan yang sama seperti didaftarkan dengan lembaga peperiksaan malaysia
iii) no pin 5 digit
– pelajar juga boleh membuat bayaran PMI di mesin ATM BSN ( bagi pemegang akaun GIRO/Wadiah BSN saja). Sila ikut arahan di skrin mesin ATM tersebut.
-Nombor pin digunakan utk mengemukakan permohonan matrikulasi dan juga membuat pindaan atau pembetulan butiran permohonan. Pindaan atau pembetulan permohonan boleh dibuat sebelum tarikh tutup sebanyak 3 kali saja. No pin hendaklah dirahsiakan.
-pelajar dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan dan diikuti dengan nombor pin untuk membuat permohonan
-pelajar yang terlupa atau hilang nombor pin boleh mendapatkan nombor pin tersebut dengan membayar RM6.00 dimana2 kaunter BSN
-permohonan matrikulasi boleh dibuat melalui internet dengan melayari laman web http://www.moe.gov.my mulai 1 julai hingga 10 oktober 2010
– baca dan fahami panduan permohonan melalui internet (PMI)yang terdapat dalam laman web tersebut
-setelah selesai mengisi maklumat dalam PMI, sila klik butang HANTAR dan mencetak halaman yang mempunyai no rujukan 6 digit sebagai bukti penghantaran permohonan
-TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 10 OKTOBER 2010

Jika ada apa2 pertanyaan sila rujuk bahagian matrikulasi kementerian pelajaran malaysia

Alamat:
Pengarah
bahagian Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E15
Kompleks kerajaan parcel E
Pusat pentadbiran kerajaan persekutuan
62604 Putrajaya

no telefon: 03-8884 4083
no fax : 03-8884 4028/8888 6864

laman web: http://www.moe.gov.my

SELAMAT MEMOHON…:)

Advertisements

Akan Datang ….. KLINIK PERGIGIAN DR LEEN

June 15, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca2 blog saya ni…alhamdulillah..setelah lama berazam..akhirnya impian saya untuk membuka klinik akan tercapai…Insyaallah pada bulan Oktober nanti, Klinik Pergigian Dr Leen akan dibuka. Klinik saya bertempat di Reko Sentral, Jalan Reko Kajang. Ianya berhadapan dengan Econsave yang akan dibuka tak lama lagi dan bersebelahan dengan Klinik Pakar Kanak-kanak dan Ibu mengandung An Nur.

Jadi kepada sesiapa yang tinggal berdekatan atau yang nak berjumpa saya, sila laa datang ke klinik…sekarang ni kepala saya pun tengah pening nak menyediakan semua kelengkapan klinik…insyaallah kalau masa mengizinkan saya akan buat post pula sebagai panduan kepada doktor2 gigi yang nak bukak klinik gigi..macam mana prosedur2 yang perlu dibuat etc…saya memang suka berkongsi pengalaman, info dan sebagainya kepada semua…

Sekarang ni kebanyakkan pertanyaan2 dalam blog ni saya jawab menerusi e-mail yang diberi semasa menulis komen…lagi senang untuk pembaca2 dapatkan jawapan terus dari saya…sebab ruangan komen dalam post2 saya pun dah terlalu banyak..

Anyway, doakan semoga pembukaan klinik saya ni berjalan lancar…saya harap dapat membuat pembukaan rasmi pada 10/10/10 insyaallah….


Soalan berkaitan gigi

June 9, 2010

Disebabkan masalah masa, saya tidak dapat menjawab soalan2 yang dikemukakan di blog ini dengan cepat. Jadi, saya rasa untuk mereka yang inginkan jawapan kepada masalah-masalah yang dihadapi boleh terus e-mailkan pada saya dan saya akan cuba balas secepat mungkin. Jika anda e-mailkan kepada saya, saya boleh terus jawab soalan-soalan tu terus kepada anda tanpa anda perlu menyemak di dalam blog ini samada soalan telah dijawab atau belum. Kepada mereka yang telah menanyakan soalan di dalam komen, saya akan cuba menjawabnya tetapi mungkin memakan masa. E-mail saya : doktorleen@gmail.com