Istilah Pergigian

Plak (plaque) : selaput lembut pada gigi yang terbentuk pada permukaan gigi pada setiap hari

Karang gigi (calculus/tartar) : plak yang menjadi keras akibat tidak dibersihkan setiap hari

Cuci gigi (scaling) : Pembersihan karang dan plak dari permukaan gigi dengan satu alat yang bergetar dan mengeluarkan banyak air

Karies (caries) : permukaan gigi yang berlubang/ bertukar warna akibat dari rembesan asid daripada kuman yang bertindakbalas dengan makanan

Amalgam : tampalan yang berwarna perak

Komposit (composite): tampalan yang berwarna seperti gigi anda

Dressing : tampalan sementara yang di buat sekiranya karies terlampau dalam dan gigi anda sakit

Rawatan saraf/akar (Root canal treatment) : Pembuangan seluruh saraf yang terdapat di dalam akar gigi yang telah dijangkiti kuman atau mati.

Rawatan saraf separuh (pulpotomy) : Pembuangan bahagian atas saraf anda yang dijangkiti kuman tanpa membuang semua saraf gigi .

Korona gigi (crown) : Sejenis sarung gigi yang dibuat dari porselin yang di simen pada gigi yang telah dikecilkan .

Jambatan gigi (bridge) : 3 atau lebih korona gigi yang bersambung yang digunakan untuk menggantikan gigi yang telah hilang

Pendakap gigi (braces) : sejenis peralatan besi kecil yang dilekatkan pada gigi untuk membetulkan kedudukan gigi supaya menjadi teratur.

Tanam gigi (implant) : Sejenis skru yang dilekatkan pada tulang rahang untuk menggantikan akar gigi yang hilang supaya korona gigi (crown) boleh diletak untuk menggantikan gigi yang hilang.

Halitosis: Bau dari mulut yang terhasil apabila gigi dan lidah tidak dibersihkan dengan sempurna. Ia juga boleh terjadi sekiranya seseorang mengalami kekurangan air liur

Comments are closed.

%d bloggers like this: