JAWAPAN UNTUK KOMEN-KOMEN DALAM BLOG INI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga blog Drleen. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih sebab masih membaca blog saya dan bertanyakan soalan. Saya meminta maaf sekiranya saya tidak membalas atau lambat membalas pertanyaan-pertanyaan yang ditanyakan dalam blog ini. Kadang-kadang saya tidak mampu untuk menjawab kesemua soalan-soalan yang dikemukakan di atas sebab terlalu banyak soalan yang ditanya dan saya juga ketiadaan masa untuk menjawab. Saya memang suka kalau pembaca-pembaca menanyakan soalan kerana ini menunjukkan tahap kesedaran tentang gigi semakin banyak. Tidak seperti dahulu di mana semua jawapan untuk sakit gigi ialah cabut.

Selepas beberapa tahun menjawab soalan-soalan yang diberikan pembaca,saya dapati saya masih lagi menjawab soalan-soalan yang sama. Mungkin pembaca yang menanyakan soalan tak perasan yang soalan yang hendak ditanya telah dijawab sebelum ini. Jadi mungkin pembaca boleh membaca komen-komen untuk mendapatkan jawapan sekiranya soalan yang ditanya serupa. Sekiranya masih tiada jawapan untuk soalan-soalan yang Iingin ditanya, bolehlah menanyakan soalan itu di blog ini ataupun ke e-mail saya : doktorleen@gmail.com ataupun menelefon klinik saya : 03-87394039 ataupun sms ke no klinik saya : 014-6345676 ataupun lagi bagus kalau datang sendiri berjumpa saya di : KLINIK PERGIGIAN DR LEEN, NO 27-1, JALAN REKO SENTRAL 6, REKO SENTRAL, KAJANG.

Selepas ini saya akan membuat satu rumusan tentang soalan-soalan yang sering ditanya supaya pembaca-pembaca boleh terus ke page itu dan membaca jawapan kepada soalan-soalan. Saya minta maaf sekali lagi kerana mungkin tidak mampu menjawab soalan-soalan secara direct di blog ini kerana terlalu banyak soalan yang ditanyakan. Saya akan cuba menjawab soalan-soalan yang ditanya direct ke e-mail ataupun melalui sms.

Insyaallah, saya akan membuat satu website baru untuk klinik saya dan akan memasukkan ruangan blog ke dalam website klinik. Segala sokongan yang diberikan kepada saya untuk terus menulis dalam blog ini amatlah dihargai. Dan saya berharap agar apa yang saya tulis ini berguna kepada semua pembaca-pembaca yang tercari-cari jawapan kepada masalah-masalah gigi. Terima kasih semua.

20 Responses to JAWAPAN UNTUK KOMEN-KOMEN DALAM BLOG INI

  1. masjali says:

    Salam,

    Saya dengan rendah dirinya memohon Dr leen buat satu page@group di dalam Facebook,lepas buat bgtau lah yer,tq;-)

  2. intanberlian says:

    DrLeen, saya bakal menamatkan internship di India hujung tahun ni, saya banyak membaca blog Dr.Leen. Banyak rasanya saya nak timba pengalaman dengan Dr.Leen.. InsyaAllah kalau ada kesempatan teringin rasanya bertemu muka dengan Dr.. =D

  3. nurnadiah says:

    salam.drleen, sy berhadapan satu masalah dgn anak sy berusia 8 tahun.malam semalam, dia terjatuh dan gigi depannya patah sebahagian (gigi kacip kekal)dan berdarah.apa rawatan yang diperlukan,berapa kosnya dan bila boleh sy buat treatment tersebut?

  4. shazleen says:

    salam doktor leen.sy ade masalah tampalan ggi yg tercabut n menyebabkan ggi reput..sebanyak 3 batang gigi bahagian atas di sebelah tepi..berape agaknye harge tanam gigi di klinik kerajaan n bpe lme mase yg diperlukan bg proses penanaman gigi utk siap sepenuhnye??e2 je..tq

  5. faizah says:

    salam dr, i do have question, why after doing amalgam in my teeth, i still feel pain and this is continous, and tomorrow after wake up half of may face including upper lips is swelling, this swelling is reduced, but still swollen and it is painful when i open my mouth. what should i do, is this pain will continue,

    i also do crowning treatment, but it the middle of the my teeth, there is some space and it appear like blueish, dr said to me that my gum is like atrophy due to long prcedure during treatment, after some time it will be regenerate, so is that true?
    this crowning treatment make me unsatisfied due to present of the little space in the middle

    tq dr for sparing some time answering my Q…
    really appreciate….
    wasalam

    • drleen says:

      Salam…the swelling after filling is usually because of abscess that is a sign of nonvital nerve..basically it means that your tooth is dead. You need to do root canal treatment to save the tooth. As for your crown…the gum that was missing is causing the space in between your teeth…if the space wasn’t there before the crown was made then it can grow back…

  6. NurinAziah says:

    salam …Saya berumur 43 tahun.Gigi hadapan saya bertindih diantara dua gigi,dan terjungkit sedikit .Bolih ke dlm usia ini saya membuat braces..atau apa rawatan yg sesuai.Kalau say cabut sebatang yg terkeluar itu ,nanti akan nampak rongak sedikit.Minta pendapat doctor.

  7. Ismahani says:

    Salam doc…
    sya ada mslah gigi hadapan,asalnya saya jatuh then gigi ni retak. Sya buat tampalan diklinik kerajaan dan tampalan tu bertahan byk tahun jgk tetapi warna bertukar kepada kuning. Sya minta consult dari doc gigi private then doc tu ckp gigi saya dh mati thats y colour bertukar.then doc tu suggest saya bt rawatan akar & pakai crown. saya xpasti crown jenis apa y doc tu guna sya just ikut je..slps buat mmg cantik tapi skrg gigi tu dh nmpak kesan hitam. baru ni sya jumpa dentist ln tanya kenapa gigi sya nmpak kesan hitam n doc tu ckp sebab crown y sya pki jenis metal n sepatutnya utk gigi depan xcantik klu guna metal..so skrg mmg saya sgt tidak selesa dgn gigi ni n sya nk minta doc suggest apa y patut saya buat..

    Thanks…

    • drleen says:

      Salam..kalau org senyuman dia nampak gusi..mmg kalau buat crown yg dlm dia metal tu akan nampak hitam kat gusi…lagi cantik kalau buat full porcelain cuma mahal..dua kali ganda harganya…kalau senyum x nampak gusi ok je..tak nampak sgt bila senyum..kalau awak tak suma mmg kena buat yg baru la

      • nana says:

        Salam doc.. . Bru2 nie sy da pegi klinik gg tuk wat rawatan tampalan
        gg dpn tp doc ckp x bole coz gg dh mati… n byk gak gg y dh mati.. Doc suggest cabut suma atas n wat gg palsu..
        So sy nk tanya. Brp lama ms y perlu di ambil tuk cabut n membuat gg palsu? Memandngkan sy bkerja, sy perlukan ms y sesuai tuk wat rwtan nie… Bantuan doc tuk penjelasan nie amat sy hrpkn.. Sekian… Timakaseh….

  8. akmal says:

    a’kum..nk tanye mengenai brape bnyak gigi boleh dicabut 4 one day

  9. norzilawati nordin says:

    salam dr leen,
    klu umur dh 40 thn blh ke pkai braces utk betulkn gigi yg jongang. klu blh…klinik mn yg blh beri perkhidmtn.

  10. zielaa says:

    klu umur 40 thun blh tak guna braces untuk betulkn gigi yg jongang. Klu x blh ada tak rawatan lain yg boleh kita gunakan…

  11. Noor Aryati says:

    Assalamualaykum Dr Leen
    Saya telah menjalani rawatan akar 20 tahun lepas. Tahun lepas saya merasa sakit di bahagian gigi yang menjalani rawatan akar. Hasil X-ray dapati terdapat broken file tertinggal kawasan rawatanB. Menurut doktor saya perlu cabut gigi yang terbabit untuk membuang broken file yang tertinggal dan gigi tersebut tidak boleh diselamatkan lagi. Soalan saya
    1. Bolehkah broken file di keluarkan dari bahagian atas (gusi) agar gigi tidak perlu di cabut. Jika boleh, berapakah anggaran kos rawatan
    2. Sekiranya saya mencabut gigi terbabit untuk mengeluarkan broken file, berapa lama saya boleh teruskan dengan proses implan dan berapakah anggaran kos keseluruhan (cabut, buang broken file dan implan)
    3. Kadangkala terdapat ulser di bahagian gusi yang terbabit, adakah ia berpunca dari broken file yang tertinggal?

    Response dari Dr Leen saya dahului dengan terima kasih. Jazzakallahu khairan

  12. Noraini bt Sadrek says:

    Saya nk tanya pada Dr Leen.. Gigi saya banyak yang rosak.. Ada yang pecah-pecah. Gigi yang pecah boleh kah buat crowning.. Kalau buat crowning boleh ke buat pada tahun 2 gigi yang bersebelahan.. Terima kasih

  13. helmy khairy says:

    Dr.i have a question.berapa rm untuk pasang bracess di kerajaan?? Dan selapas memakai bracess adakah perlu membersihkn bracess untuk kebersihan dan adakah perlu dibayar atau free???

  14. kemal says:

    Dr.Leen, Saya ingin bertanya, semasa saya kecil gigi geraham belakang kiri telah dicabut, apabila dewasa keadaan gusi kiri dan kanan tidak sekata/tidak sama panjang, adakah cara untuk membetulkan kedudukan rahang gusi saya? dan berapakah kos yang diperlukan?
    untuk pengetahuan Dr., sekarang saya sudah pun memakai braces, saya bercadang untuk melakukan implan jika ia dapat membetulkan kedudukan rahang saya.

    sekian.

  15. hanapi says:

    saya ingin bertanya, knapa gigi hadapan bahagian bawah saya semakin rapat dan tidak rata tidak sama sebelum ini..apa yang harus saya buat doc?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: