Selamat hari jadi yang ke 2 tahun Klinik Pergigian Dr leen!

Wow..telah begitu lama saya tak update laman web saya ni…kebanyakkan soalan yg ditanyakan saya jawab menerusi e-mail..jadi saya tak balas secara langsung di laman web ni..tetapi ada juga saya tak balas2 kerana kekurangan masa. Saya harap pembaca faham dan saya harap info2 di dalam laman web ni berguna kerana kebanyakkannya akan menjawab soalan2 yang bermain di fikiran pembaca.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan2 klinik pergigian dr leen yang masih menyokong klinik sehingga sekarang. Diam tak diam dah masuk 2 tahun klinik ni beroperasi. Dalam masa 2 tahun ni jugak ada macam2 perubahan yang dibuat dan kesemuanya adalah untuk memastikan service yang diberi memuaskan. Di harap klinik saya akan sentiasa memberikan service yang terbaik di masa2 akan datang. Saya juga akan cuba memberikan info2 terkini kepada pembaca2 sekalian.

Selain rawatan biasa, klinik pergigian dr leen juga menyediakan rawatan oleh pakar2 seperti orthodontic ( braces) dan juga implant. Klinik ini juga sangat menitikberatkan soal pencegahan kerana pencegahan adalah lebih baik dari mengubat. Pelbagai program atau rawatan yang disediakan untuk menolong proses pencegahan ini jadi boleh bertanya atau datang terus ke klinik.

Saya memang sangat berharap agar satu hari nanti semua klinik gigi di Malaysia ini bukan sahaja menjadi tempat untuk merawat, tapi juga sebagai tempat untuk mencegah kerosakan gigi dan mencantikan gigi supaya boleh meningkatkan keyakinan diri dan menaikkan kualiti hidup.

Selamat hari jadi Kinik pergigian dr leen..:)

9 Responses to Selamat hari jadi yang ke 2 tahun Klinik Pergigian Dr leen!

  1. Mijoe says:

    salam Dr Leen

    selamat hari jadi utk klinik Dr! semoga clinic, Dr dan staffnya panjang umur, murah rezeki dan diberkati selalu,,,Amin!

    wpun tak penah mendapatkan rawatan dari Dr Leen kat clinic tuh sebab lokasi yang agak jauh dari tempat saya tinggal, dapat info dan nasihat kat blog ni pun dah memadai.

    selamat maju jaya! 🙂

  2. Delly says:

    Hi Dr Leen saya nak tanya is it normal for a human aged 18 years old still ada gigi geraham susu?

  3. azani azman says:

    salam Dr. Leen,
    erm saya terfikir untuk memakai braces. usia saya sekarang 19 tahun. jadi boleh tak kalau saya nak tahu package2 yg terdapat di klinik pergigian Dr. Leen nie. i mean, mcm mana prosedurnya, berapa lama saya kena pakai and berapa bayaran yg dikenakan, bila saya kena jumpa doktor dan sebagainya. sbb this is my first time and bru terfikir nak pakai. harap doktor boleh membantu. terima kasih 🙂

  4. syahmir says:

    assalamualaikum klinik dr berhampiran dgn econsave ke? utk kepastian . dan tahniah selamat ulang tahun klinik dr leen

  5. tina says:

    slm syahmir sye pernah bce sebelum ni komen org yg lepas die ckp bertentangan dgn econsave klinik dr leen nih.

  6. Just curious, what prompted this particular blog post?
    Did it stem from personal experience or something else?

  7. jess says:

    Hi Dr Leen, klinik dr kat mana?

  8. Adikchiek says:

    Assamualaikum dr.leen. Sye nak tanya sikit..tiga batang gigi first molar sye dah tak ada..2batang dicabut 10thn lepas..satu batang baru dicabut last month..gigi lain termasuk gigi bonsu tersusun baik..

    Sejar gigi ketiga dicabut sye perasan pertuturan sye kurang jelas..Sye klu boleh tak nak buat bridge atau implan utk isi ruang kosong tu,, so nak tanya boleh tak kalau masalah diselesaikan dengan pemakaian braces? Iaitu dengan gerakkan posisi gigi second molar dan third molar gantikan ruang kosong first molar tu..umur sye dah 35thn masih boleh ke pakai braces ni?

    Tq doc

  9. Iishah says:

    Salam saya ingin tahu jika gigi depan patah separuh dn saya ingin pasang gigi palsu brape harga nya

Leave a comment