Rawatan Gigi Di Bulan Puasa

Tentu ramai yang dah tau tapi tentu ramai juga kurang tahu mengenai persoalan: Bolehkah kita membuat rawatan gigi di bulan puasa? Adakah puasa kita akan terbatal jika jumpa dr gigi? Saya sering ditanya mengenai persoalan ini. Memandangkan tak lama lagi kita akan berpuasa jadi eloklah saya memberi info mengenai hal ini.

Dari artikel yang ditulis oleh Dr Tuti Ningseh Mohd Dom dan juga Dr. Shahida Mohd Said yang telah diberi oleh persatuan dr gigi Malaysia kepada semua dr gigi di Malaysia dan juga dari Persidangan Akademi Fiqah Islam Antarabangsa yang berlangsung di Maghribi dan Putrajaya beberapa tahun lalu merumuskan, ada kaedah rawatan yang tidak membatalkan puasa.

Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa
1. membuat dental check up
2. membuat rawatan gigi ( tampal, cuci, cabut, rawatan akar , membuat gigi palsu etc)
3. mengambil x-ray mulut
4. injection ubat kebas dalam mulut utk cabut gigi
5. tak sengaja tertelan air semasa dr membuat rawatan gigi
6. memberus gigi
7. menggunakan floss utk membersihkan celah gigi
8. Berkumur dengan ubat kumur
9. Menelan air liur

Puasa akan terbatal sekiranya anda memakan ubat. Jadi jika anda cabut gigi pada sebelah pagi, dan masa tengah hari ubat kebas semakin hilang dan gigi terasa sakit, anda kena la batalkan puasa untuk makan ubat. Jika anda cabut gigi di waktu petang dan ubat kebas masih bertahan sampai waktu buka puasa, jadi tak perlu laa membatalkan puasa utk makan ubat, lepas berbuka boleh makan ubat.

Jika anda terlalu sakit gigi atau gigi bengkak dan perlu makan ubat, kena laa makan ubat ikut masanya. Sekarang ada ubat antibiotik yang boleh makan sekali sehari ataupun 2 kali sehari jadi anda boleh berpuasa walaupun makan ubat antibiotik. Cuma jika gigi anda sakit, dan memerlukan anda makan ubat tahan sakit 3 kali sehari, jadi tak boleh laa anda berpuasa.

Jadi di harap, segala kekeliruan tentang membuat rawatan gigi di dalam bulan puasa dapat difahami. Islam itu adalah agama yang tidak membebankan pengikutnya. Islam itu agama yang sangat bersih dan yang amat mementingkan kebersihan dan juga kesihatan. Janganlah disebabkan puasa, kita membiarkan gigi kita tidak digosok sehingga menimbulkan bau mulut yang tidak menyenangkan orang sekeliling. Jangan disebabkan puasa kita meludah merata-rata. Janganlah disebabkan puasa kita menanggung sakit gigi yang teramat.

Selamat berpuasa saya ucapkan kepada warga pembaca semua..:)

24 Responses to Rawatan Gigi Di Bulan Puasa

  1. Soleha Daud says:

    suka~ thanx info ^^

  2. Salam DrLeen. Mohon izin untuk copy entry blog ini

  3. Thanx For The Info… I Really Need This…

  4. basriyah says:

    TQ so much….it’s really give me enough info…tq…

  5. nurul says:

    TQ so much for give me enough info…sbb sy risau nk wat rawatan atau tk di bulan puasa ni..sbb syg nk tinggalkan puasa..

  6. amy says:

    sangat membantu,tp lmbt tahu nya…dah mbatalkan posenya..baru tau..huhu

  7. saiful says:

    doc,saya tgh sakit gigi sekarang ni…2 weeks before that ada g dentist untuk cabut, then dia bg ubat antibiotik untuk hilang kan bengkak before cabut… tapi saya kena outstation ke offshore, tak sempat nak ke klinik tu balik untuk appoiment cabut gigi tu… skrng ni sakit balik lepas dah abis makan ubat antibiotik tu untuk seminggu… dah start bengkak balik… any suggestion untuk antibiotik yg boleh saya makan untuk hilangkan bengkak before g dentist balik untuk cabut…

  8. sitinorfarah says:

    doc,gigi geraham bongsu sy nk tumbuh,tp gusi dh bengkak sbb dh x de ruang untk gigi bongsu tumbuh,dh skt smpi ke telinga doc,mcm mne nk wt?ggu sy kerja

  9. era says:

    thanks…very useful info
    ~yang menderita perlukan RCT~

  10. mohd tahir says:

    terima kasih…mmg saya nak cabut gigi ni….terlampau sakit dah ni..

  11. Ahmad says:

    salam..doktor,adakah sah puasa bila keadaan gusi dijahit selepas cabut gigi,dan sebelum di jahit lubang bekas gigi yang di cabut di masukkan ubat…masih ada rasa dan bau ubat tersebut dan jahit itu akan di buka selepas seminggu,bagaimana pula benang yang masih terlekat di dalam gusi tersebut,adakah sah puasa sepanjang tempoh tersebut?

  12. shahdad says:

    salam doc nak tanya saya dah tampal masa saya kt sklh kn lama klmaan gigi saya jadi balik erm boleh x nk tampal lagi doc mohon bgaimana nak atasi masalah nie doc ?

  13. nana says:

    Salam. Nak tanya sikit doc, if mmg pakai crown, boleh ke pakai braces?

  14. aj jeja says:

    Alhamdulillah..boley la posa esok.muga dberi kekuatan tahan sakit…thnks dr leen

  15. Sachs says:

    Thanks for the info. Betul2 berguna…

  16. Noor azlina bt.nawawi says:

    Aslm doc,boles sayang nak print info tu?saya misi gigi, budak sekolah asyik bagi Alasan tak nak dirawat Bulan pose

  17. Hartini Hamdan says:

    salam dr saya telah membuat bridge pada gigi saya. sekarang ini ianya mengalami masalah kerana bridge tersebut terlalu panjang. saya telah berjumpa dengan dr gigi dan beliau menasihatkan agar bridge tersebut dibuka dan saya terpaksa memakai gigi palsu diantara gigi-gigi tersebut. Adakah patut saya melakukannya.

  18. hairudin says:

    alhamdulillah.. terima kasih atas perbincangan ini

Leave a comment