Berita Terkini Dr Leen

May 4, 2009

Dah lama jugak saya tak tulis artikel baru dalam blog ni. Banyak lagi artikel yang saya nak tulis tapi sebab ketiadaan masa menyebabkan semuanya tak jadi. Biasanya masa yang ada saya hanya membalas soalan2 yang dikemukakan dalam laman web ni. Terima kasih saya ucapkan pada mereka yang masih membaca dan juga menanyakan soalan dalam laman web ni. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menjawabnya secepat mungkin.

Mulai 1 June 2009, saya tidak lagi bekerja dengan Klinik Pergigian Tiew. Saya telah memutuskan untuk bekerja di Masterskill sebagai doktor gigi mereka. Jadi saya tak boleh nak jumpa pesakit selain dari pelajar-pelajar Masterskill. Saya akan bekerja sebagai locum dentist pada hari sabtu tapi kliniknya masih belum pasti lagi..bila dah dapat tau nanti saya bagitau di sini. Jadi kepada mereka yang nak berjumpa dengan saya, masih boleh lagi berjumpa saya di Klinik Pergigian Tiew pada bulan ini.

Insyaallah, jika ada rezeki, saya akan membuka klinik sendiri. Tempat dan masanya masih belum tau lagi..kalau semuanya mengikut pelan, mungkin 2010 ataupun 2011 saya akan bukak klinik sendiri..So doa2 laa supaya rezeki saya bertambah murah dan saya boleh bukak klinik dalam masa terdekat…:)

Masa saya kerja di Masterskill nanti, insyaallah saya boleh menulis artikel2 dalam blog ni. kalau ada apa-apa permintaan tentang artikel yang nak saya tulis boleh kemukakan pada saya nanti.


Masih di sini

December 3, 2008

Sorry sebab dah lama tak post apa2 kat blog ni dan dalam dua minggu ni tak reply pertanyaan pembaca2 blog semua. Saya dah lama tak online sebab ibu mertua saya datang dari Kanada..jadi saya sekeluarga pergi bercuti..tak sempat nak menjengok e-mail ataupun tengok blog saya ni..so kepada mereka yang bertanyakan soalan dan saya lambat balas..saya mintak maaf banyak2 ye..lepas ni insyaallah saya balas dengan segera segala pertanyaan awak semua..:) So saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan juga Merry Christmas!


Pengendalian gigi tercabut akibat jatuh atau kemalangan

June 4, 2008

Pernah tak anda mengalami atau melihat orang yang gigi kekalnya, terutama gigi hadapan yang tercabut kerana kemalangan, jatuh, semasa bersukan ( futsal, bola keranjang, bola sepak etc) ataupun semasa berlatih aktiviti pertahan diri ( silat, taekwando, etc)? Ataupun gigi kacip kekal anak anda yang tercabut masa dia terjatuh? Apa yang anda boleh buat jika itu terjadi pada diri anda atau orang yang anda kenal?
Read the rest of this entry »


Saya masih di sini

October 2, 2007

Dah lama saya tidak menulis dalam blog ni. Saya memang amat sibuk dan tidak sempat hendak masuk dan check laman web saya. Jadi saya mintak maaf kepada sesiapa yang menanyakan soalan tetapi saya terlambat jawab. Saya dah menjawab semua soalan-soalan yang anda kemukankan. Terima kasih saya ucapkan di atas soalan-soalan bernas yang anda kemukakan. Semoga laman web ni berguna untuk semua orang berkongsi pengalaman, dan juga mencari jawapan kepada soalan-soalan yang berkaitan dengan gigi. Jadi teruskan melayari laman web ini dan bertanyakan apa jua soalan yang berkaitan dengan gigi di sini. Insyaallah lepas ni saya akan lebih aktif lagi dalam menulis dan menjawab soalan anda semua..:)


Kerjaya sebagai doktor gigi di Malaysia

May 29, 2007

Kepada sesiapa yang berminat atau ingin tahu mengenai kerjaya seorang doktor gigi di Malaysia, bolehlah membaca mengenainya di sini. Tentu ramai yang tidak tahu apa sebenarnya tugas sebagai doktor gigi di Malaysia ini sebab selepas saya menamatkan pelajaran, saya agak terkejut juga semasa menjadi ‘FYDO’ ( First Year Dental Officer). Ikuti pengalaman saya… Read the rest of this entry »


Pengenalan

April 22, 2007

Blog ini adalah ditujukan khas untuk mereka yang mahu mengetahui segalanya tentang pergigian.
Read the rest of this entry »