Apa nak buat jika gigi tiada?

October 2, 2007

Gigi memang satu harta yang tidak ternilai harganya kerana jika sudah tiada gigi, nikmat untuk makan dah hilang. Tidak boleh lagi nak memakan makanan yang biasanya di makan ketika masih banyak gigi lagi. Tetapi teknologi sekarang telah makin maju, gigi yang tiada masih boleh digantikan dengan gigi palsu. Tetapi gigi palsu memang tidak akan sama rasanya seperti gigi yang asli tetapi bolehlah juga digunakan untuk mengunyah makanan.

Ada bermacam-macam jenis gigi palsu yang boleh dibuat. Semua ini bergantung kepada bajet seseorang. Tentulah gigi palsu yang paling bagus harganya paling mahal. Di sini saya akan ceritakan tentang jenis-jenis gigi palsu yang ada dan juga proses rawatannya.
Read the rest of this entry »


Saya masih di sini

October 2, 2007

Dah lama saya tidak menulis dalam blog ni. Saya memang amat sibuk dan tidak sempat hendak masuk dan check laman web saya. Jadi saya mintak maaf kepada sesiapa yang menanyakan soalan tetapi saya terlambat jawab. Saya dah menjawab semua soalan-soalan yang anda kemukankan. Terima kasih saya ucapkan di atas soalan-soalan bernas yang anda kemukakan. Semoga laman web ni berguna untuk semua orang berkongsi pengalaman, dan juga mencari jawapan kepada soalan-soalan yang berkaitan dengan gigi. Jadi teruskan melayari laman web ini dan bertanyakan apa jua soalan yang berkaitan dengan gigi di sini. Insyaallah lepas ni saya akan lebih aktif lagi dalam menulis dan menjawab soalan anda semua..:)