Pengenalan

Blog ini adalah ditujukan khas untuk mereka yang mahu mengetahui segalanya tentang pergigian.

Terdapat banyak blog atau laman web yang memberi informasi tentang kesihatan pegigian tetapi kebanyakkannya adalah di dalam bahasa inggeris. Dengan ini, saya akan cuba membuat yang terbaik untuk memberi informasi yang tepat dan berguna yang boleh anda fahami di dalam bahasa melayu. Segala ‘posts’ yang saya tulis di sini, saya perolehi dari ilmu yang saya dapat semasa belajar di Kanada, ilmu yang saya dapat dari membaca rencana-rencana di internet, majalah dan sebagainya, ilmu yang didapati semasa mengikuti kursus-kursus , pendapat saya sebagai seorang doktor gigi dan pemerhatian yang saya buat semasa saya menjadi doktor gigi di sektor kerajaan dan juga swasta. Anda bolehlah memberi komen-komen atau bertanyakan soalan-soalan dan saya dengan gembiranya akan menjawab dengan secepat dan sebaik mungkin. Di harap ia akan berguna buat anda dan dapat menambahkan pengetahuan anda mengenai kesihatan pergigian.

25 Responses to Pengenalan

  1. alifkawizama says:

    konsultasi kedoktergigi mahal nggakya?

  2. drleen says:

    alifkawizama: Konsultasi biasanya dalam RM10 sahaja..tak mahal..:)

  3. northes says:

    Syabas dengan usaha dr. leen! 🙂
    Selain daripada cara penjagaan kesihatan gigi, bolehkah dr. leen beritahu tentang skop kerja yang dilakukan oleh seorang doktor gigi?
    Saya melayari internet dan dapati UM, USM dan UKM mewarkan kursus kedoktoran pergigian, tetapi saya tidak dapat cari websitenya untuk mendapatkan infomasi yang selanjutnya. :(

  4. drleen says:

    Northes: Skop kerja doktor gigi yang bekerja dengan kerajaan dan swasta ada sedikit kelainan. Selepas tamat belajar, anda diwajibkan bekerja dengan kerajaan selama 3 tahun. Doktor gigi yang bekerja di sektor awam bukan sahaja dikehendaki membuat rawatan-rawatan biasa di klinik dan juga sekolah tetapi dikehendaki membuat ‘oncall’ di hospital. Jumlah pesakit memanglah amat ramai. Di sektor swasta pula, memanglah gaji anda lebih tetapi anda kena korbankan masa anda..anda terpaksa bekerja sehingga lewat petang, pada hari minggu dan juga pada sesetengah hari cuti. Di sektor swasta, anda berpeluang membuat rawatan pergigian yang mencabar seperti root canal treatment, crown, bridge etc yang anda tidak berpeluang membuatnya semasa bekerja di sektor awam kerana kekurangan masa. Mungkin saya akan membuat satu post mengenai pengalaman saya menjadi doktor gigi dari mula hingga sekarang. Saya harap penerangan ini sedikit sebanyak menolong anda memahami skop sebagai doktor gigi.

  5. northes says:

    Terima kasih dr. leen.
    Sekarang barulah saya faham rupa-rupanya doktor gigi awam adalah berbeza dengan yang bekerja di sektor swasta. Saya akan tunggu-tungukan article dr. leen tentang pengalaman anda sejak dahulu hingga sekarang.

  6. alicyber says:

    adoi sakitnya gigiku berlubang…nyut nyut nyut rasanya…apa ubatnya doktor? Nak tampal dulu ke atau nak cabut terus? Tgh sakit gigi ni, terjumpa blog dr leen, bagus info dlm blog ni, nanti saya add link dlm blog saya, biar tersebar seantero malaysia.

  7. drleen says:

    alicyber : terima kasih. Hmm..sakit gigi yer…tak semestinya terus cabut..mungkin boleh diselamatkan lagi. Cubalah pergi berjumpa dengan doktor gigi. Biasanya kalau sakit sangat sampai tak boleh tidur malam, bakteria dah sampai ke saraf. Masih lagi boleh diselamatkan dengan rawatan akar. Harganya memang agak mahal dan kena datang banyak kali untuk rawatan tetapi gigi boleh diselamatkan..jika tidak mahu buat rawatan akar, kena lah dicabut gigi itu.

  8. alicyber says:

    tq dr leen, masalah dah selesai, cabut je terus, bila dah takde gigi, takde la sakit lagi gigi tu, hehe..

  9. mila says:

    hi, dr leen.. bolehka puan membantu saya dan rakan2 dalam folio kerjaya kami? Jika puan kata ya, saya akan tujukan soalan yang seterusnya atau kita boleh berbincang secara peribadi melalui emel.

  10. wan says:

    salam dr leen,
    suami saya gigi geraham bahagian bawah berlubang dan gusinya membonjol dan teramat sakit. apa pendapat dr leen adakah perlu dicabut atau dibuat rawatan…dan adakah kos nye mahal…tima kasih..kami tinggal di puchong.

  11. drleen says:

    wan: jika gusi dah bengkak, maknanya saraf gigi tu dah dijangkiti kuman. Biasanya ada dua cara rawatan. Pertama buat rawatan saraf. Kosnya dalam 370-400 dan kemudian boleh tampal biasa ataupun buat crown. Jika kosnya rasa agak mahal, then gigi tu kenalah cabut. Cabut dalam 50-60 sahaja. Jika gigi tu dah bergoyang, jadi lagi sesuai cabut dari buat rawatan saraf. JIka gigi tu masih kuat, then saya rasa rawatan saraf lagi baik sebab kalau dah takde gigi susah pula nak makan. Baik berjumpa dengan dr gigi utk dapatkan pemeriksaan dan rawatan…boleh pergi klinik saya di puchong perdana jika ia hampir dengan rumah…:)

  12. linda says:

    salaams drleen,

    saya mengalami masalah yang sama seperti suami wan di atas. saya nak tanye, kalo nak cabut gig tu, amik mase yang lame tak? gigi saye masih kuat. saye juga nk tahu, adekah dr akan bg ubat tu gusi tu surut or terus cabut?

    thanx drleen🙂

  13. drleen says:

    linda: Biasanya kalau gusi bengkak dr akan kasi ubat antibiotik dulu sampai bengkak tu surut kemudian baru cabut. Ini kerana, kadangkala ubat bius tu tak berkesan sangat jika gusi bengkak dan bernanah. Kadangkala ubat bius tu berkesan, jiika nanahnya tak banyak dan bolehlah gigi tu dicabut. Biasanya dr gigi akan memberitahu jika sesuai utk cabut pada masa tu atau tidak..

  14. yus says:

    saya nak tau jenis jenis gigi serta definasi dan kegunaannya

  15. drleen says:

    yus: gigi kita ada 4 jenis..gigi kacip, gigi taring, gigi geraham kecil dah gigi geraham besar. Gigi kacip ni org panggil jugak gigi kapak..haa. 4 batang gigi yang paling depan skali…so ada 4 kat atas..4 kat bawah..gigi ni utk memotong…gigi taring pulak yang macam drakula tu..ada 2 atas..2 bawah..yang ni utk mengoyak makanan…gigi geraham kecik ni ada 4 atas dan 4 bawah…macam meja kecik..gigi ni utk melumatkan makanan..gigi geraham besar pula yang macam meja besar ada 6 atas dan 6 bawah..yang ni pun utk melumatkan makanan…biasanya gigi geraham besar yang paling last skali ( geraham bungsu ) banyak yang senget dan ada yang tak tumbuh…so kebanyakkan org akan buang gigi ni sebab tumbuh tak betul..menyakitkan..menyusahkan utk cuci..dan sebagainya…

  16. IDA says:

    assalamualaikum dr..ekcelly camni,sy skg brd di ting 5,jd untuk membantu pemarkahan dalam monthly test,saye kene buat assignment yang untuk subjek biologi…jadi pada kali ini,saye memilih tajuk pergigan…so,pade pendapat dr,maklumat ape yang perlu saye masukkan ke dalam assignment saye tu cz lps masuk blog dr ni,sy dapat banyak informasi sal pergigian and samapikan tak tau nak masuk yang mana satu…..:)

  17. drleen says:

    ida: w’salam. hmm..tu saya susah nak bagitau sebab saya tak tau apa yang awak nak tulis sebenarnya. Mungkin awak boleh pilih topik penjagaan gigi ke..atau rawatan mencantikkan gigi ke..atau rawatan penggantian gigi yang tiada ke..etc. Make sure awak pilih satu tajuk yang khusus supaya senang nak tulis nanti…ok..good luck.

  18. Nur says:

    Assalamualaikum dr… saya mempunyai barisan gigi yg tidak teratur di bhgn hadapan. 2 gigi bhgn bawah berlapis, dan gigi diatas berada di tengah-tengah gigi berlapis tersebut. Ini menyebabkan gigi atas tersebut terhakis sedikit demi sedikit dan kelihatan pendek. Apakah kaedah rawatan yang boleh saya lakukan dan apakah kosnya mahal?

    • drleen says:

      nur: hmm..kena check dulu baru senang nak bagitau apa nak dibuat serta kosnya..so nasihat saya pergi jumpa mana2 klinik gigi utk check k..

  19. ikaesa says:

    salam dr. sy mrupakn pelajr pergigian…boleh sy tau bgmn dr. mghdpi stress ketika mnjd dental stdnt dlu… hehe really need ur advice,bcoz untill now, i’m still confuse about myself in dentistry…

  20. drleen says:

    salam..sorry lambat reply..camna hadapi stress ye? biasa je..saya buat activity2 lain yang takde kaitan ngan dental…so at least ada masa yang kita tak ingat pasal school..:)

  21. drleen says:

    Salam semua…selepas ini semua komen akan dibalas secara e-mail…:) terima kasih…

  22. zue othman says:

    salam Dr.leen:)..sy ingin bertanya..sy ingin memakai braces atas sahaja..dimanakah klinik yang sesuai dan dengan harga yang murah sdekit..de kah? ditempat Dr?bagaimana..

  23. yusmaniza says:

    Salam Dr. Leen…saya baru lepas accident dan gigi depan sy patah separuh..dr di pusat kesihatan UKM menyarankan agar saya membuat gigi crown..jadi saya cuma ingin tahu jikalau di tempat dr ni, harganya berapa ye untuk sebatang gigi crown?dan adakah harga tersebut akan berubah mengikut kondisi gigi saya?harap balasan dr kerana saya sudah hilang keyakinan untuk bersemuka dengan org rmai disebabkan keadaan gigi saya itu..:(

  24. syahril says:

    apekah perbezaan klinikluar negara dgn klinik malaysia?? dari segi treatment , kos , atau lain2?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: