Persediaan sebelum pakai braces

Sebelum pakai braces, apa yang anda perlu buat?

1. Jumpa pakar orthodontik untuk diperiksa.
Nasib saya baik sebab kawan sendiri yang datang buat braces di klinik saya jadi masa patient dah habis tu saya suruh la dia periksa. Lepas periksa dia suruh ambil acuan gigi dan x-ray ( OPG dan Lateral Ceph). Dia juga kata yang saya kena cabut 3 batang gigi.

2. Ambil acuan gigi
Ini saya ambil sendiri. Selalu buat kat patient bila kena diri sendiri baru tau rasanya camna, Memang sengsara sikit tapi kejap je sebab ianya lembik dan rasanya taklah sedap sangat.Bila dah keras baru tanggalkan dari gigi…lega sikit rasanya. Konon berperisa mangga, rasanya bau ada tapi perisa takde kot..hehehe

                                  

gambar-gambar ni sekadar hiasan je..bukan saya punya kes. Tak sempat nak ambil gambar masa buat tu.

3. Xray
Kena ambil 2 jenis x-ray iaitu OPG dan Lateral Ceph. Dari xray ni doktor pakar dapat menilai kedudukan gigi dengan tepat kerana nampak semuanya dari crown gigi sampai ke akar dan tulang-tulang di keliling gigi. Takde la seksa sangat ambil x-ray ni sebab just gigit dekat tempat yang disuruh lepas tu mesin ni bergerak mengelilingi kepala dan satu jenis lagi hanya duduk diam dan dalam beberapa saat x-ray telah siap di ambil, X-ray terus dapat hari yang sama juga dan kita boleh bawak balik dan tunjukkan pada pakar orthodontik.

      20121117_201320_resized_1.jpg                    20121117_201514_resized_1.jpg

gambar x-ray tu saya punya. tapi yang gambar machine tu of course la bukan ye.

4. Cabut gigi
Ini memang seksa sikit bukannya seksa apa tetapi rasa takut tu ada. Biasala doktor pun manusia jugak kan so rasa nervous tu normal. Mula-mula cabut sebatang gigi dulu..geraham kecil pertama ( yang sebelah gigi taring) sebelah kiri. Lepas cabut ok je, takde masalah dan tak sakit. Makan ubat tahan sakit sekali je. Keesokkan harinya cabut lagi 2 .ini kes nak pasang cepat jadi terus je cabut 2 serentak. Yang ni seksa sikit sebab satu gigi tu susah nak cabut jadi lama. Bila susah nak cabut, lepas cabut tu tentunya merasa sakit yang agak lama berbanding cabutan yang senang. Hasilnya ialah ‘dry socket’

‘dry socket‘- ianya ialah di mana lubang lepas cabut gigi tu tak ditutup dengan darah beku jadi tulang terdedah . Simptom nyer ialah merasa sakit beberapa hari selepas cabut gigi. Bila dilihat pada lubang di gusi tu, ianya kosong. Boleh nampak tulang dan gusi sekeliling terasa sakit dan merah. Cara rawatannya ialah dengan membersihkan lubang dengan saline kemudian letak sejenis ubat di dalam lubang itu. Sakit terus reda selepas tu sebab terasa kebas. Kena makan ubat tahan sakit lepas tu kalau terasa sakit. Ubat kat dalam tu perlu ditukar lepas tiga hari kalau masih rasa sakit.

ni la rupanya tapi ini bukan gigi saya. contoh dry socket di mana lubang tak ditutup lepas cabut.

5. Pasang ‘seperator’
Seperator ni macam getah kecil bentuk bulat. Ia diselitkan di celah gigi geraham bahagian depan dan belakang gigi tu, Ianya tak sakit tapi rasa tak selesa macam rasa makan daging terselit. Selepas letak seperator ni memang susah nak kunyah. Tak boleh makan makanan keras sebab akan tergigit seperator dan makanan terasa tak lumat. Inilah permulaan macam mana rasa pakai braces. Rasa tak boleh gigit dan rasa tak selesa sikit sebab ada menda terselit tapi tak bleh keluarkan. Seperator ni penting sebab bila nak letak band macam cincin besi keliling gigi geraham , band tu boleh masuk sebab celah tak rapat sangat.

        

6. Pasang braces
Tiba lah harinya untuk pasang. Saya start pasang pada 8/12/2012. Selepas berbincang dengan pakar orthodontik tu saya akhirnya mengikut nasihatnya supaya pakai braces stainless steel yang biasa tu je. Kadang-kadang menda yang basic lagi senang jaga dan berkesan. Masa pasang tu rasa tak selesa skit sebab bibir disekang dengan penarik bibir . Lepas tu molar band yang macam ring tu disimenkan pada gigi geraham.

     saya tak sempat nak ambil gambar masa letak molar band tu so ni gambar dari internet.

Lepas dah pasang molar band, doktor pun terus letakkan bracket ke gigi. Bracket tu disapu dengan composite ( yang bahan tampalan gigi tu cuma yang ni khas utk braces) kemudian dilekatkan di gigi dan curing light digunakan utk mengeraskannya supaya ianya tak tanggal.

ni gambar contoh camna bracket dilekatkan

Lepas dah pasang brackets pastu boleh pilih warna getah mana yang disukai. Saya pilih warna biru and pink. So doktor akan lekatkan wire pada bracket dengan getah tu.

Dah selesai. Selepas tu mula laa membeli segala barang untuk penjagaan gigi. Nasib baik klinik sendiri..hehehe..shopping di klinik sendiri je la. Kena guna berus gigi untuk braces…tengah-tengah berus tu lekuk skit utk senang gosok brackets. pastu pakai ubat gigi yang ada fluoride..saya pakai 3M nyer tooth cream pastu fluoridated mouthwash. Semua ni bertujuan untuk mengurangkan risiko gigi bercapuk bila dah bukak braces nanti dan juga utk mengelakkan kerosakan gigi. Pastu kena ada interdental brush and superfloss. Ni utk bersihkan celah-celah wire and celah-celah gigi.

                      

 

Ada satu lagi menda penting yang kena ada. WAX. Sangat penting sebab bila pakai bibir akan bergesel dan kadang-kadang menyebabkan ulser so kalau ada ulcer kita kena letak wax ni kat bracket yang bergesel dengan ulser so takde la perit sangat.

 

Selesai appointment pertama pada 8/12/2012. Lepas ni setiap seminggu saya akan update apa yang berlaku kepada gigi saya. Lepas pasang tu terasa tekanan pada gigi..macam orang tekan. Ada sengal sikit kat seluruh gigi. Tak boleh gigit dengan betul sebab rasa macam tak rapat dan sengal sikit. So lepas ni makan bubur and sup je la..sure boleh kurus punya kan..hehehe. Kat bawah ni gambar gigi saya. Besar sikit sebab tak reti nak kecikkan.

20121125_081608-1.jpg

20121208_205728-1.jpg

 

 

40 Responses to Persediaan sebelum pakai braces

  1. faizanns says:

    As salam Dr. Nak tanya sket… Adakah gigi geraham yg berlubang akibat dicabut itu berkongsi sama ruang rongga hidung? Saya alami situasi tak selesa selepas cabut gigi.

  2. missaqilila says:

    salam doktor..adakah floss setiap hari boleh merenggangkan gigi? bagaimanapula kalau yg pakai braces adakah perlu floss juga? tq doktor

  3. Hidayah Yaya says:

    dekat mne yea klinik pergigian dr .. saya nak tahu sgt .. supaya saya boleh pakai braces sebelum masuk kolej ..

  4. nur says:

    Salam..dr,sy berminat untk mmakai brces..sy nk thu,berapa kos yg dikenakan jika sy ingin mndptkan khdmat pmsgan brces di klinik dr?..dan boley trgkan sdkit prosedur2 pmsgn brces di klnik dr?

  5. hilmi says:

    Salam doktor. saya nak tanya, kalau sambung braces treatment kat klinik doktor berapa ye charges yang dikenakan? sebab sekarang saya sedang belajar di luar negara, dan memang tak sempat nak habiskan treatment di sini.

  6. fika says:

    salam dr.. saya nak tanya, satu gigi depan saya telah mati dan gigi saya itu kedepan sikit drpd gigi yg lain. saya fikir ingin membuat braces. tetapi nak tanya sikit, boleh ke saya mmbuat braces kerana satu gigi itu sudah mati. bolehkah saya mencabut gigi itu dan memakai gigi palsu yg bukan ditanam dan seterusnya memasang braces? saya harap sangat jwpn drpd dr. tq

  7. sweet says:

    Good info doc! Selalunya kita baca info yang biasa je… ni sebab berdasarkan pengalaman sendiri, baru lebih faham … http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/pergigian/rawatan-pergigian/rawatan-ortodontik

  8. ninie says:

    Salam dr..saya ingin memakai braces disebabkan 4 batang gigi hadapan atas dan bawah agak jarang disebabkan lidah saya yang agak besar dan menolak gigi hingga lari dari kedudukan asal. Tetapi saya mempunyai masalah dimana 1 gigi geraham saya agak goyang sedikit dan menyebabkan niat saya untuk memakai braces terbantut. Saya ingin bertanya bagaimana caranya untuk menguatkan semula gigi yang dah goyang dan seterusnya dapat meneruskan pemakaian braces?. tq

  9. Salam doc, saya nak tanya berkenaan braces ni. Boleh ke kita pasang braces dulu then baru cabut gigi?

  10. L says:

    kalau tak cabut gigi . terus pasang je . boleh ?

  11. abdulaziz says:

    kalau cabut gigi sebelah depan lepas tu terus pasang gigi palsu….boleh ke dok?

  12. aiezzah says:

    assalamualaikum dr leen 🙂
    saya nak tanya ada tak cara lain selain drpd memakai pendakap gigi? terima kasih

  13. mohd misbah hulmunir says:

    SALAM DR…
    BOLEH SAYA TANYA KALAU PELAJAR INGIN MEMAKAI PENDAKAP GIGI, BERAPA KOS NYA YA?

    TKASIH..
    MOHD MISBAH HULMUNIR 017-6686104

  14. slm dr. sy nk tau ade tak klinik yg boleh pasang braces dekat area kuala terengganu? da byk kali sy survey tp semuanya tak buat. kalau boleh saya nk mntak dr bg list klinik swasta sbb umur sy pun da 19.

  15. sya says:

    klinik pergigian syarifah di kemaman terengganu ada menawarkan khidmat ini.

  16. salam doc..sy sdg mngikuti prosedur orthodontik n skg ni sy kna cabut 4 batg gg..skg sy da cbut 3 cma tgl lg 1 jer..bru2 ni sy cbut gg yg ktiga tu ialah pd graham ats..mmg skit sgt msa dye cabut tu..sy nk tny lau gg sy yg tu xbaik btol lg blh ker sy cbut gg sterusnya mggu brikutnya? or sy kna tggu skitnya ilang then bru blh cabut yg lg 1?

    • Tengku Sumaq says:

      Gigi saya sudah pun di pasang (crown) tpi kedudukan gigi xcantik senget@ xnomal…blhkah saya memakai bresce??
      Tkot2 infection pada crown plak…

  17. nabilll says:

    nk tanya sikit,,,semua org mmg perlu cabut gigi seblum buat bracer ke?

  18. nero says:

    wife saya nak pakai braces walaupun dr gigi dah kata jangan. macam mana nak buat?

  19. nemo says:

    dr ,saya kena cabut 4 batang gigi and know baru buat 2 ,sekaligus punya la .hihi ,nak tanya ..umur sye 15 ,nanti sye dh 20 above ,rahang akan membesar ,adakah semua ni effect ,dan akan mmbuatkan gigi sye sedikit?

  20. ieyja says:

    Salam, berapa cost semua sekali? Kalau utk student ada diskaun tak? saya dah pergi kt klinik kerajaan tp dorg ckp kes gigi saya tak boleh buat kena pergi swasta. sebab yg tak rata cuma yg bawah. And masalahnya saya tak tahu nak pergi swasta yg mana .. Boleh bg pendapat tak?

  21. braces says:

    This is not true because even a child can have oral health problems if proper attention is not given. Start your keyword search using this tool by typing in the core keyword or keyword phrase people may
    be searching for. Furthermore, most offices will encourage the parents to be present throughout the
    length of the visit, allowing for encouragement,
    support, and increased comfort level.

    • Fatin says:

      pada masa nak cabut gigi tu boleh ke nak suntik kasi pesan dulu then baru cabut gigi ? supaya tak rase sakit sangat

  22. aien says:

    dic .. sy nk tnye .. sy bru oasang brces tpi tmpt sy psg nie … dye kap xray n cabut od bln akan dtg … skrg dye dh psang tp yg atas jer …. mcm mne tuh

  23. alyaa says:

    Ade rase skit talk mse buat tu…stu lgi knpa kne cabut Gigi….

  24. murni says:

    salam dr.. Nk tny kalo terus pkai seprator tp belom cabut gg xpe ke? Series gg sy sakit pkai seprator ni sb doc xcbut gg tp dia pkaikan seprator dlu.. Sy buat research kt blog mostly dorg akn cbut gg dulu bru pkai sprator, then dorg ckp pkai sprator xskit lgsg cme xselesa.. Tp kes sy ni pakai sprator dlu tp seriously skit gilaa gg ni

  25. eian says:

    OMG.. sakit la cabut gigi… pakai braces tak sakit… cabutan tu g2g seksa….plz help me

  26. meen says:

    Salam. Nk tnya ni.. gigi bawah sya tertolak ke dlm sedikit di sebabkn xcdent …dh brthun gigi tu agak ngilu sedikit..adakah sya boley memakai braces untuk menyusun semula gigi sperti asal…?

  27. cikmy says:

    Salam… sy nak tanya.. kawan saya baru lepas pakai braces,. tapi kenapa doktor tak letak kan molar band pada gigi belakang die ye ?…

  28. Kak rose says:

    Kalau mcm kak ni gigi depan besar blh kecikkan ke?

  29. qaseh says:

    assalamualaikum wbt…saya memakai braces & saya adalah antara mereka yg memakai braces & gigi saya tidak dicabut..Alhamdulillah..hari pertama pakai ok nak masuk hari ke-5 mmg rasa sakit sbb ada ulser dimulut…

  30. qaseh says:

    untuk menguatkan gigi kita semasa memakai braces Doktor mencadangkan kita mengambil supplement yg menyokong kekuatan tulang gigi kita..& Ostemetrix dari Shaklee paling baik dan bnyk memakan vitamin C Sustained Release dari Shaklee juga hanya produk ini yg terbaik dan Organic tidak langsung mempunyai pewarna,pemanis,dan bahan terlarang..paling penting ianya halal..setelah mengikuti saranan doctor gusi saya dan gigi saya menjadi kuat dengan pemakaian braces..perlu diingat..gigi pun kena selalu dibersihkan untuk mengelak dari plax dan karies gigi..

  31. shafizah says:

    Berapa harga kalu kite nk psang brases eh doktor

  32. nrlsyhraaa says:

    Kalau tak cabut gigi tak boleh ke?

  33. salam dr 🙂

    sy ingin brtanya pd dr. sy prnah accident dan gigi depan sy patah separuh. kemudian sy membuat tampalan pd gigi depan sy supaya ia sama panjang balik. skrg sy bercadang utk memakai braces. adakah ia akn mberikan effect kpd gigi tampal sy atau sy tdk blh memakai braces slagi ada tampalan gigi tersebut? 🙂

  34. Yayahany says:

    jarak pasang seperator dengan braces berapa minggu ye kalau kerajaan ?

  35. Ezirah says:

    Dr saya nak tanya patutnya pakai separator dulu ke cabut gigi dulu?gigi sy crowded knpa pakai seperator dlu? 4 btg gigi kena cabut pdahal..

  36. yani says:

    hai doctor,, saya ada plan nak pasang braces. tapi saya ada gigi bongsu yg sngat mengganggu saya. adakah bila saya consult dgn doctor utk pemasangan braces, dia akan cabut juga gigi bongsu saya?
    atau perlu ke saya cabut gigi bongsu dahulu, dan selepas tu baru proceed utk pemasangan braces?

Leave a comment