Hisap jari, bernafas melalui mulut dan kesannya kepada gigi

Adakah anak anda masih meghisap jari walaupun telah berumur lebih dari 4 tahun?
Adakah gigi hadapan anak anda tidak rapat apabila anak anda menggigit?
Adakah anak anda selalu menonton tv, membaca buku, bermain atau tidur dengan mulut terbuka?
Adakah gigi susu anak anda yang berumur 8 tahun ke bawah tidak tersusun?
Adakah bila anak anda menelan air liur, lidahnya terkeluar sedikit?
Adakah gigi hadapan anak anda nampak terkedepan (jongang sedikit)

Sekiranya anda menjawab ‘YA’ kepada kesemua soalan di atas ataupun sebahagian soalan di atas, anak anda kemungkinan besar akan mempunyai gigi yang tidak tersusun apabila gigi kekalnya tumbuh kelak. Anak anda memerlukan rawatan braces untuk membetulkan semula gigi mereka yang tidak tersusun.

Tetapi kini ada rawatan alternatif lain yang boleh dilakukan semasa mereka masih kecil dan masih membesar untuk membetulkan otot-otot mulut dan lidah dan seterusnya boleh membetulkan kedudukan gigi dengan MRC APPLIANCE seperti TRAINER SYSTEM dan MYOBRACE. Sila klik link untuk membaca lebih lanjut mengenai sistem MRC ini. Trainer system ini boleh membetulkan habit anak anda dan seterusnya secara tidak langsung boleh memperbaiki susunan gigi. Myobrace System pula boleh menyusun gigi anak anda yang tidak tersusun tanpa menggunakan braces sekiranya dibuat semasa umur anak anda antara 9-11 tahun iaitu semasa anak anda masih dalam proses pembesaran.

Klinik pergigian Dr. Leen ada menawarkan rawatan menggunakan sistem MRC. Biasanya untuk temujanji pertama, gigi anak anda akan diperiksa sepenuhnya untuk melihat samada sesuai atau tidak untuk memakai MRC appliance. Kemudian acuan gigi akan dibuat sekiranya perlu. Gambar gigi dan profil muka anak anda akan dibuat supaya perbezaan sebelum dan selepas rawatan dapat dilihat. MRC appliance akan diberikan dan cara penggunaannya akan diterangkan. Anak anda hanya perlu memakainya selama 1 hingga 4 jam di waktu siang dan semalaman semasa tidur untuk trainer system atau 2 jam di waktu siang dan semalaman untuk myobrace system.
Anda perlu membawa anak anda untuk review setiap bulan atau dua bulan sekali untuk diperiksa.

Disebabkan MRC system ini adalah removable iaitu boleh dibuka dan dipakai pada bila-bila masa, ianya hanya akan berfungsi apabila anak anda memakainya mengikut saranan yang diberi. Sekiranya alat ini tidak dipakai, perubahan pada gigi tidak dapat diperolehi.

Sekiranya anda berminat dengan rawatan ini, bolehlah membawa anak anda untuk diperiksa di klinik gigi yang menawarkan rawatan ini untuk melihat samada anak anda sesuai atau tidak. Pencegahan adalah lebih baik dari merawat. Sekiranya masalah susunan gigi dapan dikesan lebih awal, bolehlah diperbaiki sebelum ianya menjadi lebih teruk dan lebih membawa kepada masalah seperti susah nak bersihkan gigi, gigi menjadi rosak, hilang keyakinan diri dan rawatan braces yang kosnya lebih tinggi.

16 Responses to Hisap jari, bernafas melalui mulut dan kesannya kepada gigi

  1. finie says:

    assalamualaikum doktor Leen..

    orang dewasa boleh buat treatment myobraces tak?

  2. zaza says:

    org dewasa pun boleh buat ke?macam mana dengan kosnya dr,adakah lebih murah berbanding pemasangan braces?

  3. Azlan Ahmad says:

    Salam dr Leen, kalau org dewasa ble tak buat ni rawatan?

  4. khaty says:

    salam….dr leen sy nk mintak pendapat pasal rawatan akar gigi….
    gigi geraham sy dh berlubang n doc check n xtry dia ckp dh ada jangkitan kuman…dr just bg tampalan sementara shj n skrang alhamdulilah gigi tu x sakit lagi….
    dr suggestkan sy tuk wat rawatan gigi atau cabut…
    tp dkat pusat kesihatan ukm xde rawatan akar tu…
    kne pegi swasta
    sy ngah keliru n x tahu nk pilih yg mana…
    nk cabut sayang sangat gigi tu…
    kalow wat rawatan akar takut mahal kos dia…
    klinik dr leen ada x wat rawatan akar gigi tu?berapa kos keseluruhan?
    kalau sy xwat rawatan and biarkan shaja gigi tersebut ok?
    ada side effect x and berapa lama tampalan sementara gigi blh bertahan?
    harap dr leen blh bg pendapat…

  5. NB says:

    Salam DrLeen..sy nak tanya,gigi org dewasa yg terkehadapan sedikit boleh tak dperbetulkan? Gigi atas sy agak ke depan sikit drp gigi bwh,tp bukan jongang yg ketara. Kedudukan gigi atas betul2 d hadapan gigi bawah jika sy senyum menampakkan gigi hehehe :-B
    Jika boleh, apakah rawatan yg sesuai utk sy? Terima kasih 🙂

  6. badang says:

    dr leen org dewasa boleh x??? berapa kos nya

  7. Blue Vanila says:

    Salam,

    Dr Leen, appreciate if you could email me the price for this treatment.

  8. Lis lingga.w says:

    Saya dari indonesia ada anak umur 6 tahun baru ganti gigi yg bawah 2 bh tetapi saya lihat gigi anak menumpuk. Mohon petunjuk sebaiknya bagaimana. Menurut dr.gigi rahang mulut anak terlalu keci akibatnya gigi menumpuk. Tolong saran dari dr Leen.

  9. yanie says:

    Dr. Leen,

    Saya nak buat treatment myobrace untuk anak saya yang berumur 8 tahun. Pertumbuhan gigi depan atas dan bawah anak saya tidak teratur. Boleh kah Dr. Leen, recommend klinik gigi yang ada di Johor Bahru yang boleh buat treatment myobrace ni. kalau boleh tahu, berapa agaknya kos perawatan myobrace untuk kanak-kanak 8 tahun ni. Terima kasih Dr. Leen. Saya sangat berharap dapat balasan secepatnya dari Dr. Leen.

  10. Hamidah Bt Muhamat says:

    Berapakh kos membuat rawatan ini?

  11. faizal says:

    Salam dr..Anak sy berumur 5 thn die ade habit menghisap jari dan sekarang giginya dah jadi jongang..bole ke anak sy menjalani rawatan MRC appliance ini dan berape kos rawatan utk kedua2 nye..

  12. ilah says:

    Salam dr…klu sy berminat nk pki myobraces blh tak??..umur 20…gigi sy x teruk sgt…cuma kedepan sedikit…tiada masalah gigi berlapis..

Leave a comment