Pengendalian gigi tercabut akibat jatuh atau kemalangan

Pernah tak anda mengalami atau melihat orang yang gigi kekalnya, terutama gigi hadapan yang tercabut kerana kemalangan, jatuh, semasa bersukan ( futsal, bola keranjang, bola sepak etc) ataupun semasa berlatih aktiviti pertahan diri ( silat, taekwando, etc)? Ataupun gigi kacip kekal anak anda yang tercabut masa dia terjatuh? Apa yang anda boleh buat jika itu terjadi pada diri anda atau orang yang anda kenal?


Pengendalian di tempat kejadian

– masukan gigi itu semula ke dalam soket gigi jika boleh. Pastikan masa masuk tu kita kenal mana depan dan belakang. Jika gigi tu kotor, boleh basuh dengan air..tapi jangan sentuh bahagian akar gigi itu. Memadai lalukan bahagian kotor itu dengan air.
– Jika tak boleh nak masukkan balik ke dalam soket gigi, masukkan gigi tu ke dalam medium yang dibenarkan dan bawa berjumpa doktor gigi yang terdekat. Medium yang dimaksudkan ialah
1.susu,
2.saline
3.air liur ( simpan dalam mulut)
4. Kalau semua tu tak boleh, boleh letak dalam air.
Sebenarnya lagi bagus kalau letak dalam Hank’s Balanced Salt Solution..tapi kalau dalam masa kemalangan tu tentu susah nak cari, jadi paling bagus susu kemudian diikuti dengan yang lain.

Pengendalian di klinik gigi/hopital
A. Masukkan balik gigi ke dalam soket
– kalau masa di luar dari mulut kurang dari 2 jam, ataupun telah dimasukkan dalam medium ( susu, saline, air liur etc) masukkan kembali dalam soket segera
– Kalau masa di luar mulut lebih dari 2 jam, rendam dalam larutan florida ( topical fluoride) 20 minit, kemudian cuci dengan saline dan masukkan ke dalam soket

B. Pengendalian akar gigi
– Jangan pegang akar gigi, pastikan ianya sentiasa basah.
– jangan bersihkan akar gigi dengan cara memberus dan sebagainya, hanya lalukan ke saline atau air ( jika saline tiada) untuk mmbersihkannya. Jika kotor lagi, ambil kekotoran dengan cotton plier ataupun bersihkan dengan span yang basah secara perlahan-lahan.
– selepas akarnya bersih baru masukkan ke dalam soket gigi.

C. Pengendalian soket gigi
– Jika ada darah beku dalam soket, bersihkan dengan larutan saline
– Jangan korek soket
– Jika bahagian tulang telah termasuk ke dalam soket dan menghalang kemasukan gigi, ambil alatan yang tumpul dan betulkan semula tulang soket itu dan masukkan gigi.
– Selepas masukkan gigi tekan tulang bahagian depan dan belakang ( dekat langit2) supaya ianya rapat.

D. Pengikatan dengan dawai ( splinting)
– Selepas gigi di masukkan, dawai akan dilekatkan di bahagian gigi bersebelahan untuk memegang gigi tersebut.
– Biasanya ianya akan dilekatkan selama 7 hingga 10 hari. Tapi kalau masih bergoyang, boleh dibiarkan lama sedikit ( 2-8 minggu , jika tulang yang pegang gigi pun patah sekali )

Penjagaan di rumah
– Tak bleh gigit gunakan gigi yang di ikat dengan dawai
– makanan yang lembut sahaja
– Kebersihan gigi perlu dijaga untuk mengelakkan jangkitan kuman jila tak di bersihkan selalu

Rawatan susulan
– Kebiasaannya, gigi yang dah tercabut dan di masukkan semula akan mati jadi gigi tu memerlukan rawatan saraf di kemudian hari
– Pesakit dikehendaki membuat rawatan susulan untuk doktor memeriksa gigi tu ok ke tak ok biasanya sebulan sekali selama 1 atau 2 tahun. Jika tiada masalah, boleh dibiarkan. Jika ada sakit atau bengkak dan sebagainya, kena dibuat rawatan saraf.

Apa yang boleh berlaku selepas di masukkan semula gigi tersebut?
1. gigi kembali keras seperti biasa
2. rawatan endodontik perlu dilakukan
3. Akar ‘dimakan’ dari dalam – akar menjadi pendek, gigi tak kuat dan terpaksa dicabut
4. Akar bercantum dengan tulang ( ankylosis) – susah nak cabut gigi di masa akan datang kerana ianya bercantum.

# Jangan sesekali menanam kembali gigi susu yang tercabut. Ini hanya untuk gigi kekal sahaja..

Bagaimana nak elakkan kejadian ini dari berlaku??
Semasa bersukan atau melakukan aktiviti lasak , pakai MOUTHGUARD. Ianya boleh dibeli dari kedai sukan atau boleh suruh doktor gigi anda membuatnya untuk anda.

123 Responses to Pengendalian gigi tercabut akibat jatuh atau kemalangan

  1. anuar says:

    Really? thanks for sharing Dr.! never known gigi boleh simpan dlm medium² tuh. Kalau tahu, maybe boleh selamatkan my sister’s gigi depan yg tercabut 4 batang time kena ragut😦
    Persoalan:
    1.susu maknanya SUSU yang animal base?
    2.saline contact lens boleh?

  2. drleen says:

    anuar: Hmm..cian your sister..memang ramai org tak tau apa nak buat dengan gigi kalat tercabut macam tu…takpe laa..lepas ni sure awak tau apa nak buat kan..:) Hmm..biasanya susu lembu tu lagi bagus..nak2 kalau yang sejuk2 tu kan…lagipun senang je nak dapat kat mana2…susu lembu tu banyak nutrient..hmm..pasal saline contact lens tu plak..ada yang kata ok..ada yang kata tak ok…lagi senang kalau takde apa2..letak je dalam air liur ( dalam mulut)..paling penting akar gigi tu tak bleh pegang..lepas tu kalau kotor lalukan je dengan air..pastu jangan biar kering..sebab kalau kering sel kat akar tu mati..takut bercantum plak ngan tulang mulut nanti.

  3. kunz22 says:

    klu macam 2 drleen..knape xde derma atau terima organ gigi org len? bleh ker…

  4. drleen says:

    kunz22:heheh..mana bleh..sebab gigi ni ada sel2 hidupnya..sama juga dengan gusi..jadi kalau kita nak letak gigi kita kat orang lain..sel2nya tak sama..nanti badan org tu reject plak..lagipun ianya bukan that simple…

  5. kunz22 says:

    huhu…i got it..tq

  6. jamel08 says:

    Dr..Lebih kurang 3 thun lpas, gusi dpan sy bengkak dan bernanah slepas seminggu sy skit gigi.. sakit gigi sy bemula slepas sy membuka bungkusan plastik guna gigi dpan dan sy perasan mcm bhgian dlm gigi patah. smasa bengkak, satu gigi dpan sy terkeluar dr soket. jd sy x brani cabut dan sy masukkn smula ke dlm soket.. lpas bengkak hilang, sy perasan gigi sy tak berada pd kedudukan soket yg btul.. skarang ada jurang antara 2 gigi dpan sy..
    soalan sy, bolehkh sy dapatkn rawatan akar gigi stelah skian lama dan adakah risiko utk jalani rawatan..terima kasih

  7. mrX says:

    boleh x cerita sikit pasal gigi batu, gigi palsu yang ditanamkan, kuat ke? mahal ke? sakit ke? kene ikut saiz ke?

  8. drleen says:

    jamel08: Biasanya gigi yang dah mati memang boleh buat rawatan saraf. Cuma sebelum buat rawatan saraf, gigi tu kena amik x-ray utk lihat keadaan akarnya. Kadang2 saluran saraf boleh tertutup ataupun hujung akar boleh terbukak disebabkan proses diminerilasi akibat jangkitan kuman. Jika saluran akan tersumbat, agak sukar utk membuat rawatan saraf. Jika hujungnya terbuka terlalu besar juga susah utk buat…jika semuanya nampak normal, tiada masalah utk buat rawatan saraf..:)

    mrX: gigi batu? Hmm..maksud u crown? ianya dibuat daripada porcelain dan agak keras berbanding gigi palsu biasa yang dibuat dari acrylic ( plastic). Crown tu biasanya memang agak kuat tetapi tidak laa sekuat gigi asli…utk buatnya setakat ni harga dalam 500 sebatang…masa buat tak sakit sebab akan dibius terlebih dulu…saiz biasanya ikut keadaan gigi yang lain…jadi ianya nampak normal..dan tak nampak janggal..

  9. A says:

    dr leen saya ingin bertanya sekiranya kita membuat bridge..adakah gigi yang di bridgekan boleh dicucikan..maksudnya untuk membersihkan plak..caries..

  10. drleen says:

    A: Gigi yang dah sibuat bridge memang kena dibersihkan dengan menggunakan superfloss…ianya floss yang tebal dan berbulu sikit supaya ruang antara bridge dan gusi boleh dibersihkan..:) Gigi yang telah disarungkan hanya perlu diberus seperti biasa dan celahnya di floss seperti gigi2 lain.

  11. assalamualaikum dr. leen,
    saya baru jumpa this blog from my other friend (who took dentistry also)..
    saya baca blog dr leen, rasa lagi berkobar-kobar tak sabar nak jadi dentist..
    and all the infos in this blog sangatlah useful..
    i will always look up to this blog, if there is anything i need to know about dentistry..

    saya first year student who took dentistry at jakarta, indonesia under jpa loan.

    all the best, dr leen!🙂

  12. missisma says:

    assalamualaikum,

    doktor leen,
    hari ini saya menjumpai blog doktor. terima kaseh blog doktor ini sedikit sebanyak berkongsi info yang bermanafaat.

    di sini saya nk mintak pendapat doktor.

    saya mempunyai kawan yang telah mengalami kemalangan yang teruk pada bulan jun yang lalu.
    sewaktu kemalangan tersebut, gigi-gigi di sebelah kanan nya telah mengalami hentakan yang kuat di stereng kereta.
    akibat dari kemalangan tersebut, dia sering berasa saket di keseluruhan gigi sebelah kanan.Dia merasakan gigi-gigi sebelah kanan nya itu bergoyang dan longgar.

    selepas dari kemalangan tersebut, tiada rawatan susulan yang di buat oleh pihak hospital. Menurut doktor yang merawati nya sewaktu kemalangan tersebut, gigi-gigi di sebelah kananya telah lari dari kedudukan sebenar dan tidak ada rawatan susulan diambil.

    di sini saya ingin mendapat pendapatan doktor, apa kah kemungkinan yang terjadi? dan apa langkah yang sewajarnya di ambil.
    saya pernah bertayakan ini pada jiran saya yang kebetulan seorang doktor gigi terdahulu..dia ada menyebut tentang pakar omg/omf..saya kurang pasti.

    di harap doktor dapat give some advise.

    terima kasih.

    • anonymous says:

      hi dr i fell off the stairs few weeks ago. gigi saya patah 1/5. in ur opinion apakah cara terbaik untuk samakan dengan gigi2 yg lain. simen? atau asah? dan berapa kosnya. do rply me asap, tqsm

  13. drleen says:

    nuha: good luck ye…:)

    missisma: hmmm..sebenarnya jika selepas kemalangan biasanya dr medical akan refer pesakit pada doktor gigi yang bertugas di hospital utk pemeriksaan lanjut. Jika gigi2 sebelah kanan terasa sakit dan longgar dan bila gigit tak seperti sebelum kemalangan, maka itu tanda2 rahang atau tulang rahang telah patah atau retak. Biasanya dr gigi akan merawat dengan meletak dawai dan diikat tak boleh buka selama beberapa minggu…tapi jika kemalangan tu dah lama ( macam kes kawan awak sekarang ni )..dah tak boleh nak buat apa2 dah sebab tulang dah sembuh tak boleh nak gerak lagi. Kecuali kalau buat pembedahan dah pisahkan semula tulang dan letakkan pada kedudukan asal. Kemudian kena pakai dawai utk sebulan. BIasanya mesti dr gigi kat hospital tu akan buat rawatan susulan…kalau takde boleh komplen..:)

  14. missisma says:

    tq doktor atas penjelasan😉

    last week, saya dah bawa kawan saya tu untuk rawatan susulan di PPUM. Menurut doktor, gigi depan nya menghadapi masalah akar. ada 4 btg. 1 btg, akar nya telah patah. itu yang telah di lihat dalam x-ray, dan tidak boleh di selamatkan. doktor suggest untuk cabut sahja untuk elak kesakitan berpanjangan. manakala 3 btg lagi harus jalani rct. masalah skrg, kwn saya begitu takut untuk meng hadapi rawatan RCT tu dan refuse untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin. kami dh register kat PPUM, tapi menurut pihak PPUM rct itu akan di lakukan oleh doktor pelatih yang lagi melemahkan semangat kwn saya nih..hehehe..mungkin doktor boleh advise saya secara peribadi(by email), mana mana doktor yang bagus untuk buat rct?

  15. drleen says:

    missisma: hmm..tentang rawatan akar tu jangan risau sangat…sebenarnya kalau buat kat PPUM tu ok jugak sebab memang doktor pelatih tapi dia akan diawasi oleh dr pakar kat sana…harganya lebih murah tapi cuma mengambil masa yang lama..kalau nak buat kejap je..mana2 dr gigi pun boleh buat..biasanya gigi hadapan senang skit berbanding gigi belakang…kat kerajaan pun they all buat…cuma kat swasta harganya mahal skit..sebab kawan awak tu nak buat 3 batang..satu batang kos dalam 250 camtu…kalau kat kerajaan dan PPUM murah skit…

  16. missisma says:

    TQ docleen..later saya pon nk buat rawatan putehkan gigi..kekeke. tempoh hari saya ada buang gigi taring saya, then ada ruang antara gigi sebelahnya,doctor tersebut suggest untuk simen untuk besar kan saiz gigi. tempoh hari after buat mcm puteh..later turn out yellow..burokkk!!!huhu

  17. drleen says:

    missisma: kalau beza warna..suruh dia tukar balik je..:)

  18. nofiso7 says:

    Assalamualaikum…haiii doktor..sy juz nak tanya skit, ayah saya tlh mengalami accident (terjatuh) dimana 2 gigi depannya bergoyang tetapi blm tercabut sehingga saat ini…peristiwa itu berlaku sekitar 5bln yang lalu…jd saya nak dapatkan nasihat dari doktor adakah gigi ayah saya dapat diselamatkan dengan menanam gigi aslinya semula atau harus dicabut dan memakai gigi palsu..sy harap doktor dapat menyelesaikan masalah saya ini..terima kasih(wassalam)

    • drleen says:

      nofiso7: Hmm..dah 5 bulan tu agak lambat nak lekatkan balik.kalau dah terlalu goyang kadang2 kena cabut and buat gigi palsu. Apa2 pun better check dulu..mana laa tau boleh diselamatkan ke atau tak..

  19. put says:

    salam..
    hai doktor..
    saya nak tanya…
    dulu, saya penah mengalami kemalangan semasa bersukan…
    unfortunately, salah satu gigi depan saya patah sekerat,..
    kira bukan tercabut laa..patah setengah je…
    then dah buat sambungan balik..tapi bukan dgn gigi ori la..doktor tu buat dengan ape ntah..about 3 years after that, gigi sambung tu patah semula..then dah buat balik…sampai lah sekarang…
    masalah nye skarang, lelangit saya bengkak sedikit di kawasan belakang gigi yg patah tu..bila saya tekan, rasa ngilu…
    apa pendapat doktor ttg masalah saya ni?

  20. lina says:

    assalamualaikum,

    Dr,

    Pada hari ini, sebahagian gigi depan saya reput, dan kelihatan agak rongak ini amatlah merunsingkan saya, kerana saya hilang keyakinan diri, saya ingin menggantikan dengan gigi palsu..Soalan saya, apakah tindakan saya betul menggantikan dengan gigi palsu? Untuk pengetahuan Dr. saya berminat menjalankan rawatan pendakap gigi, adakan selepas ini saya tidak boleh melakukanya, kerana saya mempunyai gigi palsu?

    Saya amat berharap pertolongan jawapan dari dr.

    Terima kasih

    • drleen says:

      lina: w’salam. saya rasa saya dah jawab soalan awak di post lain. Anyway, kalau nak buat braces, boleh lepas pakai gigi palsu..cuma nanti kena adjust sikit laa gigi tu..and kena make sure yang gigi palsu tak halang gigi utk bergerak. Apa2 pun saya nasihatkan tanya dr yang nak buat braces tu nanti.

  21. Nita says:

    Salam Sejahtera doktor. Saya ada masalah gigi depan atas terangkat ke depan boleh mengatakan menonjol ke depan.Ia kerana saya sedar masa kecil dulu saya suka menolak gigi saya ke depan dengan lidah. Ia juga seperti permainan bagi saya.Masa itu saya tak sedar. Bila dah dewasa barulah saya sedar gigi saya dah terangkat ke depan.Tapi ia taklah merisaukan saya. Setelah berkahwin selama 14tahun saya mendapat tiga orang anak. Badan pula naik. Tapi mula bulan disember lalu saya diet dan turun dari 75kg ke 60kg.Muka saya kecil.Semalam suami saya kata saya nampak hodoh sangat kerana gigi saya menonjol ke depan. Saya sedih bila suami saya kata mcm itu. Apa yg paling menyedihkan ialah boss saya dan kawan-kawan saya semua kata saya nampak hodoh kerana gigi saya.Boleh doktor bagi jalan penyelesaian bagi masalah sy ini. Saya tidak mau ikat gigi saya dengan besi. Ada cara lainkah doktor?

  22. drleen says:

    nita: salam. kalau awak datang utk check lagi senang saya nak bagitau apa boleh buat dengan gigi tu. mula2 kena tengok punca kemudian baru lah dapat penyelesaian. so datang utk check k,.

  23. lynna says:

    salam dr. leen, saya memakai gigi palsu dibahagian depan (atas) akibat kemalangan, sya nak tanye kalau ingin gantikan gigi palsu tu dgn gigi batu boleh ker and gigi batu tu warna dia sama ker dgn gigi asal

  24. drleen says:

    lynna: salam. gigi batu tu maksudnya bridge laa kan? ianya dibuat dari porcelain…memang boleh buat kalau gigi bersebelahan gigi yang takde tu kuat lagi. Warna memang akan sama dengan gigi asal…so pegi check dulu ek kat klinik gigi utk tengok sesuai atau tak buat braces.

  25. KAMALIA RAIHAN says:

    teringat kat abang saya…..masa umur dia 12tahun gigi depan dia patah separuh sbb eksiden kat sekolah……tapi rasanya doctor buat crown jer kot..abang saya tuh skrg dah umur 30thn dah.

  26. alya syuhada says:

    saya cakap nak tengok cara nak patah kan gigi

  27. drleen says:

    kamalia raihan: crown kalau jaga betul2 akan tahan lama..:)

    alya syuhada: nak tengok cara nak patahkan gigi?

  28. akeim says:

    salam drleen.

    2 tahun lps sya ada buat skelling. start dari hari tu 2 btg gigi depan saya terus berubah. makin hari makin ke depan. saya juga sering alami bengkak gusi antara kedua2 gigi tersebut. skarang salah 1 gigi tersebut macam terkeluar dari soket dan bergoyang2. adakah tulang gigi tu dh patah? saya juga perasan yg gusi 2 gigi depan saya jadi makin pendek mcm kne ‘makan’. sy dh lame xpegi jmpe dentist sbb trauma dgan apa yg dh jd kt gigi saya. cuma skrang sya nk tnya..sama ada gigi depan saya tu kalau dicabut boleh tanam balik ke? berapa kosnya? atau ada lain-lain option?

    • drleen says:

      akeim: sebenarnya scaling tu buang karang gigi…so bila dah lama tak buang, sakit sikit bila buang tu..jadi bila awak dah trauma and tak buang lagi…karang gigi yang menebal tu menyebabkan gusi merosot dan tulang awak makin hilang dan seterusnya menyebabkan gigi makin goyang…sebab tu gigi awak macam makin kedepan sebab ianya bergerak. So kalau dah teruk sangat goyangnya..memang takde cara lain kecuali cabut dan pakai gigi palsu. Kalau gigi2 bersebelahan gigi yang dicabut tu kukuh..boleh buat bridge bila gusi dah elok..tapi kena rajin bersihkan dan rajin jumpa dentist utk pemeriksaan..kalau tak nanti bridge tu pun akan tanggal sebab gigi yang pegang dia tu makin goyang.

  29. izad says:

    salam drleen..smase umur saya 16 thun,saya pernah mengalami kmalangan dan sebatnag gigi depan saya telah patah ttapi tidak sampai ke akar.skarang umur saya 23 thun dan saya pemakai gigi palsu.masalahnye,saya rasa akr gigi tu mungkin dah mati kerana tunggul yang tinggal jadi warne hitam.saya teringin nak buang tunggul tersebut dan buat penanaman gigi tetapi tidak tahu dimana dan kos nye berapa.tlong lah saya drleen..

  30. drleen says:

    izad: salam. memang kena buang tunggul tu…nasihat saya, pergi jumpa dentist utk buang tunggul tu kemudian tanya dentist tu kat mana yang awak boleh buat implant.Saya tak tau kat mana awak tinggal..kalau kat kawasan KL, Klang valley tu memang banyak laa dentist buat implant

  31. piniko says:

    salam dr. adik sya gigi depan dier hanya sebatang yg tercabut dari gusi,disbbkan kemalangan berulang selepas tempoh rawatan gigi tamat. tp dier xnak buat rawatan sbb fobia kat dr.gigi yg rawat dier masa accident dulu. so, skang nie sya tanya dier just letak gigi tu kat atas gusi depan mcm biasa,mcm ada ruang. jd apa yg bleh sya tolong adik sya nie. sekian terima kasih

  32. yanpon says:

    salam….drleen saya nak tanya berkenaan gigi yang patah separuh. 7 tahun yang lepas saya terjatuh dan menyebabkan 2 gigi depan saya patah separuh. saya ke klinik swasta, dr tu simenkan gigi saya jadi penuh. sebulan kemudian satu dari sambungan tu patah. saya pergi ke klinik kerajaan pula buat simen gak. tapi sekarang dah kuning & memang x cantik. simen yang dibuat pun kedepan sikit menyebabkan gigi saya nampak jarang dan macam jongang. tapi yang sebatang lagi yg dibuat di klinik swasta tu masih puteh sampai sekarang. saya nak tanya dr bleh x sy buang gigi simen kt klinik kerajaan tu dan buat sarung atau dipanggil crown. berapa kosnye. betul ker kat klinik kerajaan x de servis pemutihan & crown.???

    • drleen says:

      yanpon: boleh buat crown utk gigi tu..kos bergantung kat klinik mana awak pergi..biasanya dalam 500 ke atas. Kat kerajaan memang takde buat rawatan kosmetik sangat seperti pemutihan gigi dan juga crown…mereka buat yang penting2 dan perlu2 je..

  33. adlina says:

    Di PPUM ada klinik rawatan gigi? Dimana & bagaimana? Adakah kos rawatan lebih murah berbanding klinik gigi biasa?

    • drleen says:

      adlina: hmm..saya tak sure sangat tentang PPUM..saya rasa ada..tentang camna nak buat, harga semua saya tak tau..so kena tanya org yang tau k.

  34. kak su says:

    Salam drleen.

    kak su nak tanya. Kalau kita pakai bridge untuk 4 gigi, then at one time gigi tu tetiba sakit berdenyut diantara gigi tu, apa agaknya sebabnya dan tindakan sebaiknya ya. kak su suspect ada gigi tu yg tak dibuat root canal kut.

    • drleen says:

      kak su: better k. su pergi jumpa dentist and ambil x-ray and check up so dr tu tau apa problem dengan gigi tu..kalau sakit mungkin ada problem dengan saraf dia..or just gusi dia ..so better check.

  35. kak su says:

    thanx drleen. Dentist kak su put me on antibiotic, flagyl. Tak kuat sgt ni. Next week baru nak kerjakan gigi ni. Tp in the mean time, sakit berdenyut je n asyik makan painkiller je la.Kalau kena bukak bridge ni, alamak takut kena buat baru je la. Costly gak tu kan, tambah ngan rct lagi.

    • drleen says:

      kak su: biasanya kalau gigi tu kena buat rct tak payah bukak bridge tu..dia buat terus tebuk kat crown gigi yang problem tuh…so don’t worry…apa2 pun make sure habiskan antibiotik tu k

      • kak su says:

        salam drleen. at last kak su dah jumpa dentist kak su tu. 2 jam gak dia godek gigi k su. Tp dia terpaksa gak potong bridge. Mmg ada pus and gigi belakang pn ada infection. Jab pun masih terasa sakit sikit2. So tambah tuk 3 hari lg a/biotik tu and tengah garu kepala nak kena bayar around 4K nak wat bridge baru …. aduhaiiii …

      • drleen says:

        kak su: ok laa kalau dah jumpa dentist tuh..kadang2 memang takde cara lain..so terpaksa laa buat yang baru kan..takpe laa asalkan nanti takde problem..apa2 pun make sure lepas buat yang baru tu suruh dentist tu ajar camna cara nak jaga bridge betul2 k..

  36. maslizawati says:

    hai dr leen…
    just nak tanya skit…my husband pernah mengalami kemalangan di tempat kerja, husband i mekanik. salah seorang rakannya sedang mengetuk body sebuah lori, secara tidak sengaja penukul tersebut telah terkena bahagian gigi hadapan dan mulut my husband.gigi hadapan husband i hanya pecah separuh saja, dan dia tak pergi trtment atau cabut pun gigi tersebut. selepas 2 tahun kejadian itu, husband i selalu sakit di bahagian tersebut.sangat2 sakit yang mnyebabkan dia tak boleh kerja.apa yang patut di buat.i pernah suruh dia pergi cabut gigi tu, tapi my husbnad tak nak, takut rongak..pls dr..sian tengok my husband bila sakit.

    • drleen says:

      maslizawati: boleh buat rawatan saraf kat gigi tu kemudian buat crown..kalau tak nak buat tu kena cabut and buat gigi palsu…gigi tu dah mati dah sebab tu sakit. so kena pergi mana2 klinik gigi utk ambil antibiotik dan kena fikir apa nak buat samada selamatkan atau cabut.

  37. kak su says:

    drleen, k su nak tanya lagi kalau boleh. harga untuk pasang crown dan bridge sekarang dalam anggaran berapa ya? ada perbezaan ke kalau yg mahal dan murah.
    Thanx again.

    • drleen says:

      kak su: biasana dalam 500 ke atas laa utk satu crown..bridge tu kira berapa nak buat laa sebab ianya cantuman crown…hmm..beza mahal and murah tu biasanya sebabkan lokasi klinik dan lab mana dia hantar..ada lab yang bagus2 skit dia charge mahal so harganya mahal laa gak…of course laa yang mahal skit tu berkemungkinan besar kualiti lagi bagus kot..so apa2 pun survey2 laa and tanya org yang dah buat kat situ.

  38. Ada says:

    salam drleen…sy de jumpa dentist, buat rawatan saraf sbb 1 gg kapak saya dah mati. then, dia cadangkan buat crowning. masalahnya, saya bimbang t gg yang dipasang crown tu nampak pelik macam warna lain drp warna gg yg lain.tak pun, bentuknya pelik ke…sebab adik saya nye gg, dah tak lawa lepas dia buat crown pada gg dia yg patah separuh. sian dia..lagi satu,takut t bila saya senyum, jadi makin buruk. dentist tu de cakap gak, kalau buat crowning ni, t ade nampak hitam kat pangkal gg…betul ke? so, camana saya nak rawat gg saya ni? budget terhad sbb saya blaja lg….saya tension ng keadaan saya ni

    • drleen says:

      ada: tak semua klinik buat crown tu buruk…semua tu bergantung pada lab mana yang klinik tu hantar crown tu…tapi biasanya kalau tak suka boleh suruh dr tu tukar balik..awak kan bayar..kalau tak puas hati tak yah terima..biasanya lepas buat crown, gigi akan sama macam gigi2 lain..tentang pangkal hitam atau tak tu bergantung laa..kalau dia buat margin crown tu atas skit dari gusi kadang2 bleh nampak hitam2..kalau dia buat sama paras dengan gusi atau bawah skit dari gusi insyaallah tak nampak..kalau awak tak buat crowning..gigi tu akan bertukar warna nanti lama kelamaan…

  39. lizawati says:

    salam dr.saya nak tanya ada x cara lain untuk membetulkan gigi selain ikat dawai kat gigi?gigi saya nie dah senget sangat nie huhuuu

    • drleen says:

      lizawati: kalau senget sangat kadang2 takde cara lain..kalau tak braces..kena cabut..tapi extreme sangat pulak kalau cabut…kalau senget sikit je boleh jugak buat crown utk betulkan tanpa braces..so nasihat saya pergi jumpa dr gigi utk check dulu and tanya pendapat dr tu k.

  40. lizawati says:

    harap dr dapat bagi jawapan pada masalah saya nieh

  41. lizawati says:

    boleh ke nak kerat gigi bagi sama?

  42. wawa says:

    Salam drleen..

    Anak saya umur 1 1/2 thn baru jatuh tersembam ptg td , so now 2 gigi depan da patah senget 1/3..

    soalan:
    1) blh x 2 gigi tu diperbetulkan?
    2)haruskah gigi2 tersebut perlu dipotong untuk di sama ratakan?
    3)lain2 alternatif..

    terima kasih..

    • drleen says:

      wawa: kalau dia tak sakit atau gusi tak bengkak boleh dibiarkan..tapi lagi elok kalau bawak dia pegi check kat klinik gigi utk pastikan ok ke tak..

      • Curiousmom says:

        Dr leen, saya pun baru mengalami masalah yg sama.anak 2 tahun tersembam lantai sb licin menyebabkan satu Gigi depan patah senget…kalo bw ke klinik Gigi, apa option yg blh doc buat? Ada yg ckp xpe sb Gigi susu…tp nnt Gigi Kekal tumbuh akankah secantik Gigi susu anak ni???

  43. anis says:

    dr.leen, sy pernah accident & gigi depan sy patah separuh..sy pergi jumpa dentist & dentist tu tak sambung tapi dia buat tampalan baru menyerupai gigi sebenar & turut cover gigi asal yg tinggal separuh tu. tapi sekarang warna gigi baru tu dah bertukar ke kekuningan, dah tak sama warna dgn gigi depan yg satu lagi. So ape yg harus sy buat utk samakan semula warna gigi tu? Sebab tampalan yg dulu tu masih elok lagi. Boleh ke buat tampalan baru?

    • drleen says:

      anis: tampalan komposit tu memang lama2 akan tukar warna..pada pendapat saya boleh tukar baru ataupun buat crown je terus…

  44. anis says:

    dr leen, kalau sy buat crown..boleh ke tak payah buang tampalan yg lama tu, just cover dgn crown je?

    • drleen says:

      anis: biasanya kalau tampalan tu ok lagi memang kecikkan je gigi pastu buat crown…biasanya dr tu akan tengok samada tampalan tu ok ke tak..

  45. anis says:

    Thanks dr leen..anyway, kalau buat crown tu lama-kelamaan crown tu boleh tercabut tak? or crown tu memang kuat dan akan kekal sampai bila-bila?

    • drleen says:

      anis: mana ada menda yang kekal selamanya..hehe..tapi biasanya kalau dijaga dengan betul tahan lama jugak laa..berapa tahun tu susah nak cakap..bergantung pada gigi tu dan individu tu..so kalau buat make sure jumpa dr utk check up dan bersihkan betul2 supaya ianya tahan lama..

  46. anis says:

    dr leen, crown tu akan dilekatkan guna ape ye? kebanyakan kes biasanya crown tu akan tercabut or patah?

    • drleen says:

      anis: biasanya dilekatkan dengan simen samada resin ataupun GIC..ada kes kalau crown fail…ianya akan tercabut ( yang ni senang skit nak rawat..hanya lekatkan balik ataupun buat baru dan lekatkan balik)..ada yang patah ( yang ni susah skit sebab kalau gigi tu dah mati dan patah kadang2 boleh letak satu besi kat dalam dan buat crown baru..kalau dalamnya dah ada besi dan masih juga terpatah then kadang2 kena jugakc abut dan buat bridge)

  47. anis says:

    dr leen, crown yg akan digunakan tu ikut warna gigi asal kita kan..so crown tu lama2 nanti leh bertukar warna x mcm tampalan sy skrg ni?

    • drleen says:

      anis; biasanya crown tak berubah warna sebab ianya dibuat dari porcelain tapi kalau merokok atau banyak sangat minum kopi atau teh boleh stain laa..but still boleh dipolish kembali..tak macam tampalan..tampalan tu yang akan bertukar menjadi kekuningan dan kena diganti…

  48. anis says:

    dr leen, crown tu boleh ditanggal & dipasang or dentist saje yg dapat pasang & tanggalkan crown tu?

    • drleen says:

      anis: crown tu lepas dipasang tak bleh ditanggal2 lagi..sebab ia akan disimen dengan permanent cement…gigi palsu je yang boleh ditanggal2..

  49. gadismalu says:

    dr.sye seorang student ipta.sye mengalami masalh gigi yg jarang di bhgn hdpn yg agk teruk.sye bercdang nk pkai braces.masalahnye sye juga memakai sebtg gigi palsu di bhgn hdpn akibat kerosakn gigi.dan gigi terpaksa dicabut.jadi, bolehkah sye memakai braces tanpa mencabut gigi palsu.yela bagaiman sye nk berhdapn dgn org rmai.

    • drleen says:

      gadismalu: biasanya kalau pakai braces tak bleh pakai gigi palsu..sebab gigi takleh nak bergerak kalau ada gigi palsu menyekat pergerakan gigi…nasihat saya..jumpa dr gigi..and tanya dr tu sesuai atau tak buat braces..kalau sesuai macam mana caranya awak nak pakai kalau ada gigi palsu…kalau braces tak sesuai mungkin sesuai utk buat bridge ke kan..so kena check dulu apa2 pun..kalau tak tengok susah nak bagitau apa yang boleh dibuat

  50. anis says:

    drleen, sy dah buat appointment hari sabtu ni untuk rawatan akar. Biasanya berapa lama masa yg doc ambik utk buat rawatan akar tu? Ada tak sampai 2 jam?

  51. zeta says:

    salam DR..sy pun mnglmi mslh gg ni…akibat kmlgn 7thn lepas…gg patah sepruh…still xwat pe2..sbb wktu tu ada mslh kwgn…now..sya dh mampu…tpi gg yg patah spruh ni..dh kedepan sikit…hnya sbtang je..ala2 jongang la…pe ye DR akan wat lau kes cm ni…lau sblh utara mna ye hospital/ klinik yg terbaik wat pmbdhan ni…tq…kos?

  52. Nabilah says:

    salam drleen.
    sy lepasan spm 2009,sebelum ni xtau ape cita2 sy.
    sy isi b0rang UPU,sy letak jer bidang yg dicadangkan oleh orang lain.=(
    lepastu,start minggu lepas sy dapat detect yg sy minat dentis ni.lepas jumpa blog dr ni,,minat tu makin mendalam.sungguh!
    sy niat nak masuk matrik.sy dpt B bi0.cerah ke peluang nak matrik,doc?
    fz sy A-,kimia B+
    Matrik ni susah ke,d0c?
    0rang sekeliling sy bagitau yg matrik ni susah,payah.

    d0c,ade x biasiswa MARA utk ke luar negara?
    JPA lama sangat terikat ngan kerja kerajaan.

    Doc,Jordan University of Science & Technology diiktiraf x?
    sy rase nak pergi sgt kat sana.

    sekian.maaf d0c,kal0 menyusahkan.

  53. adri says:

    drleen

    saya main bola semalam dan jatuh gigi depan saya 2 batang pecah dan skrg keduanya jadi separuh… jadi saye nak tanye ape yg harus saye buat… please reply me as soon as posible thanks.. drleen

  54. yati says:

    drleen,
    saya pernah jatuh basikal masa umur 9 tahun lepas.pas tu gigi hadapan saya patah separuh(kedua-dua gigi hadapan).satu patah 1/4 n then satu lg pth 3/4..gigi yg patah tu mmg saya dah buang n saya x pergi jumpa dentist lps accident tu.semasa pemeriksaan gigi kat sekolah (ketika ni umr saya 13 thn),kedua-dua gigi hadapan saya ditampal..sekarang sy brusia 18 thn.gigi yg ditampal tu still ok tp nmpk sgt perbezaan warna antara gigi yg ditampal n gigi yg asal tu..bkn itu je,antara kedua-dua gigi yg ditampal tu,ada ruang kecil sedangkan gigi asal saya ok j..sy nak tanye dr apakah rwtn yg sesuai utk pastikan gigi yg ditampal tu nmpk mcm gigi asal.sy terigin sangat nak dptkan gigi yg putih dan tersusun untuk meningkatkan kyknn diri sy especially semasa buat presentation..berapakah pula rwtn bg pemutihan gigi dan korona gigi?adakah rwtn’tooth crowning’ membolehkan gigi hadapan saya kelihatan seperti gigi asal?betulkah kedudukan gigi kita boleh berubah dr semasa k semasa?

    • drleen says:

      yati: kena check dulu utk pastikan kedua2 gigi tu masih hidup..kalau ok then boleh buat crown…kalau ianya dah mati then kena buat rawatan saraf dulu kemudian baru buat crown..biasanya lepas buat crown gigi akan nampak seperti gigi asal..kedudukan gigi boleh berubah kalau tulang yang memegang gigi tu merosot menyebabkan gigi boleh bergerak..

      • zaril says:

        salam dr leen.. sye nk tnye…. Gigi yg patah separu n akar masih kuat boleh ke di tampal atau kena buat rawatan Crown?

  55. aniss says:

    dr leen, sy dah buat rawatan akar sebanyak 3 kali. tapi bila nanah still keluar lagi, dentist tu kata kena buat minor operation. So, sy pun kenala buat minor operation tp dia ckp still ada sikit lagi karung nanah yg susah nak ditarik keluar sbb melekat kuat dgn lelangit. Dia set kan appoitment after 1 bulan…maknanya sy perlu jmpa dia lagi next 2 weeks. pada minggu pertama & kedua, takde nanah keluar..tp baru-baru ni ada nanah keluar. Macam mana ni doc? Apa masalah dgn gigi sy ni? Dentist yg sy jumpa tu kata kalau still bernanah lagi dia tak boleh proceed utk buat crown…

    • drleen says:

      aniss: memang kadang2 dah buat rct pun ada kemungkinan boleh bernanah kembali kalau ada saluran2 kecil yang kita tak nampak…karung nanah tu pun kadang2 memang susah nak keluar habis..so just buat follow up dgn dr tu..kalau tak ok jugak kadang2 terpaksa dicabut..tapi tu biasanya kalau dah takde apa2 yang boleh dibuat lagi utk hilangkan nanah tu..so sabar ye..mungkin boleh pergi balik kat dr tu and cakap ada nanah keluar balik

  56. diya says:

    doc,,,saya nk tnye,,apekah rawatan yang paliing sesuai untuk manggantikan gigi jika gigi patah terus dibahagian hadapan?2 batang gigi,,,btul2 mencacatkan senyuman,,help me doc!!!

  57. abang m says:

    aslamualaikum dr leen…
    sy nak tanya pasal gigi depan saya..gigi depan sy crowding akibat gigi molar 3rd tumbuh mencondong dan saya ingin buat cabutan pada gigi 4,1 dan pakai fixed appliance..selepas cabutan berapa lama ianya boleh sembuh?? dan perlukah saya cabut gigi molar 3rd tuu?

    • drleen says:

      abang m: kena check dulu laa gigi mana yang kena cabut utk buat braces tu…biasanya kalau 3rd molar tu mengganggu memang kena cabut pun..kalau ianya ada function then biar pun takpe…asalkan dia dah tumbuh habis

  58. nur says:

    salam,,saya mengalami kemalangan and menyebabkan gigi hdpn patah sedikit, so apa yang perlu sy buat and apa tindakan sy,

  59. nur_454 says:

    salam,,sy mengalami satu kemalangan kecik yang menyebabkan gigi hadapan saya retak dan patah sedikit,apa yang perlu sy lakukan, harap doktor boleh tolong,,

  60. nuur says:

    Klu gigi yg patah tu hilang..tk leh smbung..then ape solution nye? adakah gigi tu akan tumbuh..atau ada cdagan lain../?

  61. jie says:

    Salam, doc, saya nak tanye. saya ada buat bridge untuk satu gigi depan saya yang hilang, so semuanya kira 3 bridge la. masalahnya, warna bridge tu tak sama dengan warna gigi asal saya. bridge tu lebih kuning. saya ada rujuk ke klinik gigi yang lain. dr tu cakap dia boleh buka bridge lama saya tu dan gantikan dengan bridge baru yang warnanya lebih putih. masalahnya doktor, bridge tu kan dah disimen dengan kuat, so klu kita buka dia, effect tak gigi asal kita. saya takut gigi asal tu tercabut ke, goyang ke. tension saya, saya dah la muda lg. harap doktor dapat tolong saya.

  62. drleen says:

    Salam semua…selepas ini semua komen akan dibalas secara e-mail…:) terima kasih…

  63. saidah~~ says:

    assalamualaikum,
    drleen,..gigi hadapan saya iaitu bahagian bawah saya dapat merasakan bahawa gigi saya sakit akibat.. pada minggu lepas , semasa saya makan buah .. makanan itu terselit di celah2 gigi saya.. apabila saya hendak mengeluarkannya, saya mengambil sesuatu bahan untuk mencungkil gigi saya (tali), apabila saya hendak mengeluarkan tali itu, gigi saya berasa sakit sedikit dan berdenyut beberapa hari.. pada pendapat doktor, adakah gigi saya patah?
    ataupun,. ia hanya sakit untuk beberapa hari saja?

  64. farah says:

    dr leen,
    pohon nasihat..sepuluh thun lepas sya patah gigi depan sebab tersembam.
    so saya hnya tampal sampai sekarang. masalahnya gigi sya patah separuh..doc tampal lagik separuh (bhgian atas mula kekuningan). rawatan apa yg patut sya lakukan. adkah sakit.

  65. hani says:

    Assalamualaikum Dr,
    anak saya 4 tahun 1/2, terjatuh waktu berlari bersama kawan2 ditadika..dan saya perasan gigi depannya (gigi susu) goyang. anak saya tak mengadu sakit, tapi saya agak risau takut2 akan ada jangkitan dsb.
    Apa cara terbaik ye Dr? Adakah baik saya cabut gigi itu, atau ada solution lain (e.g gamkan balik, ikat dgn gigi yg lain etc). Pagi ini pukul 11, sensei nya akan bawa ke klinik, dan minta saya bersedia dengan jawapan nak cabut atau tidak.. tapi saya risau memikirkan gigi kekalnya yang lambat lagi nak tumbuh (takut dia malu), dan ada terbaca di blog Dr juga, yang gigi bersebelahan akan bertukar bentuk kerana cuba isi rongga tu..
    boleh dr bagi solusi terbaik?

    ibu keliru..

  66. vivien schuijlenburg says:

    Dear doctor,

    2 days ago my son fell off from his bicycle and his front teeth fell off. We put the teeth inside milk and went to dentist to fix it. It has been 2 days now and he cant stand the pain as the pain getting greater and greater.. Doctor bagi masa seminggu for next checkup. Pain killer no longer works for him. Kesian tengok anak I nangis tak tahan sakit. he is having fever and his upper lips swollen cos of the pain and the teeth. Is this cause by infection? or its normal? please advise. my son age 12 years old.

    Thank you doctor

  67. Mastura binti Abu says:

    salam doktor leen…

    anak saya baru berumur 2 tahun setengah, minggu lalu anak saya terjatuh dan 1 batang gigi susu bahagian hadapan(gigi kapak) telah tercabut bersama akar2 nyer.
    1. apakah yang harus saya lakukan doktor leen?
    2. adakah gigi kekal yang akan tumbuh nanti tak cantik?
    3. seawal usia bilakan gigi kekal akan tumbuh?

    ibu risau.
    Mastura Abu

    Terima kasih doktor…

  68. Vivien Sch says:

    hi to all,
    My son aged 13 was fell down from his bicycle few months ago. His front teeth fell off. as we know that there is way to save the teeth.. we put it inside milk and brought to dentist to fix it back. Once the doctor fixed it .. he gone through a time of hell.. it get swollen, painful, fever for almost a week. The doctor forgot to give him an antobiotic.. it was a nightmare to me and also to my son. After a week we went to see the dentist and he informed us that we need to do root canal…😦, once that was done… his side teeth start to gave problem.. again another nightmare.. this time the dentist advice to do root canal again for the side teeth as he said was effected by the falling impact. Its another trauma for my son….

    every week we need to go for the checkup for 2 months. and now we are doing it every 2 months once.

    My son still dont have a crown has the dentist said its too early to fix a crown due to my son age. I dont know how far its true..???

    We spend rm500.00 per teeth not including doctor fees. and every checkup rm30.00. despite all the hassles… i am happy to see my son back to normal…

    Can anyone advice me.. if i can do crown for my son’s 2 teeths??

    thank you.

  69. andriana teja binti nasarudin says:

    bla….bla…..habis gigi aku tiga2 tercabut sekali gus.adoi sakit gigi aku dibuatnya…..

  70. husna says:

    assalammualaikum Dr .
    gigi bawah hadapan ( betul-2 di tengah-2 gigi ) saya sangat sakit dua tiga hari ni . sangat sangat sakit dan saya rasa macam longgar . saya takot tak lama lagi gigi saya akan patah . adakah ada jalan penyelesaian lain lg selain buat gigi palsu jika gigi tersebut patah ? untuk pengetahuan Dr saya berumur 18 tahun . hope Dr respond dengan segera . terimakasih .

    • drleen says:

      Salam..kena check dlu..maybe amik xray utk tgk level tulang kat gigi tu…pastu baru tau apa yg kena buat

      • aisha says:

        dktor..thun lpas sbtang gg dpan sy ptah sparuh sbb accdent..sy malula nk senyum or berckap dgn sesiapa pun..mcam mana ye..nk betulkan balik

  71. adikcute says:

    doktor,gigi depan saya nie die macam longgar skit.skit sangt2..sbb nyer sye jatoh..lutot sye trkene pada gigi dpan sye..tp x rse sakit..cme rse agak tkot die tercabot jew..tp adkah gigi nie akan ketat sperti biasa???sbb sye rse mngkin tulang gigi sye nie longgar skit sbb kemalangan(sukan) uh..

  72. aisha says:

    dr..thun lepas sy accdent..stu btang gg depan sy ptah skerat..sy xtahula nk buat ape..sy malu nk senyum dpan org da..boleh ke sy baiki gg ni balik..mcm mane ye

  73. farah says:

    saya nak pakai pendakap, so saya cabut la gigi no 4 saya.. tapi tiba2, saya menyesal pulak… saya nak cantumkan balik… dah sehari setengah dah gigi saya tu saya simpan.. baru je rendamkan dalam susu… agak2 sel tu dah mati ke… brp kos untuk cantumkan balik.. gigi saya kekal, kuat…. memang bergoyang2 kepala nak cabut… berapa kosnya doktor kalau dekat swasta untuk cantumkan… gusi akan rosak x? sebab esok saya nak ke klinik, nk cuba cantumkan balik… harap doktor reply…

  74. sue aida says:

    salam..sye pernh xcident n gigi dpn sye pth sparuh..pastu sye buat tampalan sparuh je,dlm mse setaun ggi sye tbe2 skit n dokter ckp sye kne buat rawatan urat tu..if da xsakit n if sye xbuat rwatan tu bole x??

  75. xtau apa nk buat says:

    salam..dr leen..anak saya terjatuh…dan gigi die retak cm dh nk tercabut..tapi belum tercabut lagi..cuma nampak la retaknya jadi gigi retak lak….die mengadu sakit nk makan…memndangkan gigi depan sekali…..so apa saranan dr dengan masalah anak saya yg sekarang berumur 3 tahun

  76. jannah says:

    salam , kalau gigi patah sikit tapi bahagian hadapan macam mana nk buat ? berapa bayaranya pula ?🙂 mohon reply yaa .

  77. ene says:

    salam dr.leen..sy juga ada mslh gigi depan. Gigi 2 mula sakit akibat sy tergigit benda keras. lma kelamaan gigi 2 mula b’goyang sedikit. after 5 yrs sy jumpa dr gigi n jalani rct. tpi x buat crown sekadar tampal warna putih 2. 1/2 thn kmudian gigi 2 still b;goyang n kdg2 rasa ngilu bila sy mkn benda yg manis2. ada hrpn x gigi 2 kukuh semula.

  78. Hi there to all, how is everything, I think every one is
    getting more from this web site, and your views are good in favor of new users.

  79. nurul says:

    Gigi kekal anak saya yang berusia 6 tahun luruh/jatuh. Gigi susu dia dah jatuh tahun lepas. Saya sangat risau sebab anak saya perempuan.

    Apa patut saya buat dengan gigi kekal dia yang tercabut tu. Adakah ianya berlaku kerana penyakit scurvy?

  80. Salam.dr,..gigi dpn sy ptah sbb kmlagan,,skrang ni sy pkai gigi plsu yg bleh tngl tu..sy ta slese dgn gigi tu sbb ta bleh nk mkn dgn selese.,,sy ade smpn gigi lme sy,,,bleyh ke sy nk psang blek gigi lme sy..tp gigi tu dh kluar dri soket da 6 blan…bleh ta nk psang blek..???help me,,,,,:(

  81. rahmah says:

    Assalamualaikum dr.. Anak saya berusia 3 tahun. baru2 ni dia ada tersembam dan menyebabkan gigi depan/gusi berdarah..sekarang ni saya perasan gigi anak saya tu goyang dan dia tak mahu gosok gigi..soalan;
    1. adakah goyang tu akan menyebabkan gigi anak saya tanggal seawal usia itu..
    2. ada cara tak untuk membolehkan gigi tu kuat semula dan tak tercabut..
    3. apa yang sepatutnya saya lakukan..

    terima kasih dr sebab membantu..

  82. rahmat says:

    salam dr, sebelum ini saya ada masalah bau mulut. saya telah pergi ke klinik gigi dan menampal gigi saya yg patah separuh (bahagian dalam). soalan saya adakan dgn menampal gigi palsu di bahagian dalam akan membuat mulut jadi berbau? kalau ya, bagaimana untuk membuka semula gigi palsu separuh yg ditampal ini?

  83. aini says:

    salam doktor gigi depan saya patah separuh, saya dh tampal dah gigi tu,,,,boleh x saya memakai braces ada kesan x dgn gigi tampal tu…

  84. wan haikal aqil says:

    assalamualaikum..kalau gigi kapak tu patah separuhje…rase boleh tumbuh balik tak haab balas

  85. muhammad haziq says:

    Doctor gigi kapak saya terhantuk pada benda keras dan patah sedikit sahaja agak agak boleh tumbuh balik ker

  86. muru says:

    Hello dr…. saya nak tanya sikit beberapa hari lepas saya terlibat kemalangan….gigi hadapan saya patah tapi tak tanggal dari gusi…. lepas pegi ke hospital … mereka letak kan dawai(steal) dan simen … dan buat seperti sedia ada….. tapi lepas proses tu baru mereka x ray dan dapat tahu gigi saya patah di dalam gusi… dan bagi tau saya gigi itu perlu cabut…. prsoalan saya adakah gigi itu akan sambung semula jika saya biarkan ia tak dicabut.

  87. ameen says:

    Nk tumpang tanye..gigi 2 batang hadapan sya sakit dan sidikit goyang akibat kemalangan 4 thun lalu….apakkah rawatan yg sya perlu buat utk megekalkan gigi asli sya??

  88. Njwa says:

    Doc . Gigi depan saya dah mati . Kalau saya decide nak buat gigi palsu… muka saya mmg akan jadi lebih tua ke ?

  89. Sanadi bin Abd.Ghani says:

    Doc..anak saya berumur 3 tahun telah terjatuh dari kerusi dan menyebabkan 3 batang gigi patah..banyak darah tapi tak nampak or jumpa serpihan gigi yg patah. Gigi yang tinggal tak rasa tajam atau bergerigi klu patah. Lepas sebulan gitu kelihatan mcm gigi baru tumbuh.adakah ini gigi lain/gigi susu lagi/gigi kekal..? Stahu saya gigi kekal tumbuh selepas umur 6/7 tahun. mohon pencerahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: