Rawatan mencantikkan gigi

May 14, 2008

Tentu semua orang suka benda yang cantik. Cantik ni biasanya sangat subjektif, ada yang cantik di mata kita tapi tidak di mata orang lain. Jadi terpulang pada individu untuk menilai di mana cantik itu. Ada orang berpendapat, jika muka tak berapa cantik tapi asalkan gigi cantik jadi manislah seseorang itu. Ada pula yang berpendapat jika muka cantik tapi gigi tak cantik, maka jadi tak manislah orang itu.

Semua orang tentu mahu memiliki gigi yang putih bersih serta tersusun.Tak semua orang bernasib baik dan dikurniakan gigi sedemikian rupa. Tapi itu tidak bermakna anda tak boleh memilikinya. Sekarang di zaman moden ni terdapat pelbagai cara yang digunakan untuk membolehkan anda memiliki gigi yang cantik bak artis-artis dan pelakon-pelakon di dalam TV. Bagaimana caranya? Teruskan membaca…

Read the rest of this entry »


Bolehkah gigi putih selepas rawatan mencuci gigi?

November 15, 2007

Mungkin ramai yang terkeliru dengan maksud rawatan pencucian gigi. Ada yang ingat jika gigi mereka kuning, selepas dicuci gigi akan menjadi putih. Sebenarnya tidak. Rawatan pencucian gigi adalah bertujuan untuk membuang karang-karang gigi, plak-plak yang melekat pada permukaan gigi dan juga boleh membuang stain (tanda kotor) pada gigi disebabkan rokok, teh, kopi, milo dan sebagainya. Gigi yang semulajadinya sudah kuning tidak boleh diputihkan dengan cara ini. Kekerapan rawatan pencucian gigi ini bergantung pada individu, ada yang perlu membuatnya setiap bulan (selalunya org yang kuat merokok sehingga banyak stain pada gigi), 3 bulan sekali ( mereka yang mempunyai masalah tulang dan gusi ), 6 bulan sekali ( kebiasaan orang) dan juga setahun sekali ( mereka yang pandai menjaga gigi dan gigi bebas dari masalah).
Read the rest of this entry »