Berita Terkini Dr Leen

May 4, 2009

Dah lama jugak saya tak tulis artikel baru dalam blog ni. Banyak lagi artikel yang saya nak tulis tapi sebab ketiadaan masa menyebabkan semuanya tak jadi. Biasanya masa yang ada saya hanya membalas soalan2 yang dikemukakan dalam laman web ni. Terima kasih saya ucapkan pada mereka yang masih membaca dan juga menanyakan soalan dalam laman web ni. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menjawabnya secepat mungkin.

Mulai 1 June 2009, saya tidak lagi bekerja dengan Klinik Pergigian Tiew. Saya telah memutuskan untuk bekerja di Masterskill sebagai doktor gigi mereka. Jadi saya tak boleh nak jumpa pesakit selain dari pelajar-pelajar Masterskill. Saya akan bekerja sebagai locum dentist pada hari sabtu tapi kliniknya masih belum pasti lagi..bila dah dapat tau nanti saya bagitau di sini. Jadi kepada mereka yang nak berjumpa dengan saya, masih boleh lagi berjumpa saya di Klinik Pergigian Tiew pada bulan ini.

Insyaallah, jika ada rezeki, saya akan membuka klinik sendiri. Tempat dan masanya masih belum tau lagi..kalau semuanya mengikut pelan, mungkin 2010 ataupun 2011 saya akan bukak klinik sendiri..So doa2 laa supaya rezeki saya bertambah murah dan saya boleh bukak klinik dalam masa terdekat…:)

Masa saya kerja di Masterskill nanti, insyaallah saya boleh menulis artikel2 dalam blog ni. kalau ada apa-apa permintaan tentang artikel yang nak saya tulis boleh kemukakan pada saya nanti.