Berita Terkini Dr Leen

Dah lama jugak saya tak tulis artikel baru dalam blog ni. Banyak lagi artikel yang saya nak tulis tapi sebab ketiadaan masa menyebabkan semuanya tak jadi. Biasanya masa yang ada saya hanya membalas soalan2 yang dikemukakan dalam laman web ni. Terima kasih saya ucapkan pada mereka yang masih membaca dan juga menanyakan soalan dalam laman web ni. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menjawabnya secepat mungkin.

Mulai 1 June 2009, saya tidak lagi bekerja dengan Klinik Pergigian Tiew. Saya telah memutuskan untuk bekerja di Masterskill sebagai doktor gigi mereka. Jadi saya tak boleh nak jumpa pesakit selain dari pelajar-pelajar Masterskill. Saya akan bekerja sebagai locum dentist pada hari sabtu tapi kliniknya masih belum pasti lagi..bila dah dapat tau nanti saya bagitau di sini. Jadi kepada mereka yang nak berjumpa dengan saya, masih boleh lagi berjumpa saya di Klinik Pergigian Tiew pada bulan ini.

Insyaallah, jika ada rezeki, saya akan membuka klinik sendiri. Tempat dan masanya masih belum tau lagi..kalau semuanya mengikut pelan, mungkin 2010 ataupun 2011 saya akan bukak klinik sendiri..So doa2 laa supaya rezeki saya bertambah murah dan saya boleh bukak klinik dalam masa terdekat…:)

Masa saya kerja di Masterskill nanti, insyaallah saya boleh menulis artikel2 dalam blog ni. kalau ada apa-apa permintaan tentang artikel yang nak saya tulis boleh kemukakan pada saya nanti.

152 Responses to Berita Terkini Dr Leen

  1. syira says:

    semoga Allah permudahkan rezeki dr leen!

  2. Yuana says:

    ASsalamualaikum Dr Leen.
    im BDS student UM.
    I want to request something.
    If u dont mind, plz share with us d experienced u had, until u are able to open ur own clinic.
    Mine to remind you, only if u have the time…
    i wish to come to ur clinic one day, as my ‘GDP’ project 1 day.
    Hehe…
    tq

    • drleen says:

      Yuana: w’salam.Hmm..saya pun memang terfikir nak buat..tapi tu laa skang ni pun belum nak bukak klinik lagi kan..memang banyak prosedurnya..insyaallah, nanti bila dah sampai masanya saya akan tulis..don’t worry…bila u grad?

      • drliana says:

        ah, im so sory late to responce…

        assalamualaikum Doktor…
        i will graduated on May 2011 inshaAllah, i heard that u’re goin to open ur own clinic on Oct 2010, i wish and pray may Allah guide and help you…

        n i will wait 4 ur article about it…thanks, may Allah bless you

  3. syanashwa says:

    dear dr leen… sbg kawan aku doakan kejayaan berpanjangan n bila dah tau tempat dan masa nk buka klinik, jgnlah dilupakan aku! good luck kt tmpat baru… (psstt.. projek kita amacam?? ..canteekk!!);)

    • drleen says:

      syanashwa: makacehhh.. for sure telefon ko berdering2 selalu sebab aku call utk kasi input pasal klinik aku tu haa…sure ko tak dilupakan malah diperlukan..Projek kita jalannnnn….bagitau perkembangan terbaru projek kita k.

  4. mohdhafiz says:

    gdluck lah doc!!mane tau saya pn bleh locum prt time kt klinik tu nnt..walaupn br grad thn tu..tmbh2 exprience..haha

  5. embun says:

    Saya doakan rezeki doktor murah dan impian Doktor untuk mempunyai klinik sendiri tercapai……

    Ameen….

  6. farhan says:

    i wanna ask you something,,
    after we grad, how lond will it need till we’re fully fledged to open our own clinic or to do locum??

    coz recently, the MDC pepople came down, n she mentioned about compulsory service for 3 years..n she said in the meantime, no locum permitted..is it true?

    when did you grad?when did u start doing locum?

    thanks…really hope u answer soon

    • drleen says:

      farhan: Well, you can do locum right away if your SDO kadi green light. Masa u buat compulsary service for 3 years, you can apply to your SDO to do locum…bla dah approve you will have to apply new APC..kena bayar sendiri laa kan..rm50 per clinic yang u buat locum tu…if u want to do it senyap2…kena tanggung risiko laa kalau kena tangkap..hehehe…Masa I dulu..grad tahun 2002..terus buat locum but masa tu tak ketat sangat..now dah ketat skit..anyway..lagi bagus kalau ikut the right procedures kan dari curi2…apply dulu k.

  7. ~amiRza~ says:

    wah kagumnyer tgk pencapaian drLeen….!!!!

    bla baca balik cite2 kakak masa baru2 jd dokte n sampailah sekarang nie da hmpir2 nak bukak klinik sendyri…saya rasa kagum sngat….hebatnye dokte leen…..huhu….

    apapapun sy akan doakan kejayaan dr.leen n sentiasa terus support dokte leen….n akan slalu ikuti ape2 cite yg kakak tulis nie…hehehe….bagusla dokte cam kakak nie…

  8. Tina says:

    dr leen………. selamatkan lah saya.. saya benar benar ingin buat braces ni….

  9. Tina says:

    dr leen, jika saya nak buat braces, adakah gusi di jarum dulu untuk melonggarkan gigi????? bagaimana cara cara braces di buat? adakah ia menyakitkan????

    • drleen says:

      tina: braces ni pasang button besi pada permukaan gigi pastu lekatkan dawai utk gerakkan gigi..memang tak perlu bius pun..gerakan gigi sangat perlahan so tak sakit sangat..pasal tu rawatan lama lebih dari setahun.

  10. somebody says:

    saya nak tanya doc,ada orang penah cakap yg kalau merokok gigi akan jadi rapuh dan menjadi serpihan..kalau tejadi,apa yang patut dilakukan??

    • drleen says:

      somebody: secara directly..merokok tak menyebabkan gigi rosak..tapi indirecly..ia boleh menyebabkan gigi rosak…bila merokok, gigi akan ada banyak stain..plaque dan calculus..kalau tak gosok betul2 dan tak jumpa dentist selalu. Lama2 ianya menjadi tempat persembunyian bakteria dan seterusnya menyebabkan kerosakan gigi. Paling ketara sekali perokok yang tak menjaga giginya dengan baik akan mengalami penyakit gusi yang menyebabkan giginya bergoyang…so kurangkan rokok..lagi bagus kalau berhenti terus dan selalu jumpa dengan dentist.

  11. Hazlinsaid says:

    Salam,

    Dr Leen,
    Terima kasih kerana dalam diam menjadi mentor saya…
    Dan kini, Dr telah menjadi Lecturer pula.. Tahniah….

    • drleen says:

      hazlinsaid: salam..heheh..bukan lecturer tapi dentist biasa je yang keja kat masterskill utk rawat student2 sana…tapi mana laa tau kan di masa depan..sebab rasanya tak lama lagi masterskill pun akan ada kursus utk dental pulak

      • Hazlinsaid says:

        Dr Leen,

        Jemput ke web saya… saya dah link blog Dr pada Senarai Blog Saya….
        Cadangan saya: Apa kata Dr letakkan CBox pada blog Dr… Agar pengunjung dapat lebih berinteraktif dengan Dr ketika Dr sedang dalam ‘on-line’
        Semoga kita dapat berjumpa suatu hari nanti….

      • drleen says:

        hazlinsaid: congrates sebab ada blog pasal gigi! Saya akan link kan blog awak kat blog saya. Cbox tu camna nak buatnya? heheh..saya ni bukan terror bab2 IT nih..takpe..nanti saya cari camna nak buat. Anyway..keep up the good work!

      • Hazlinsaid says:

        Salam,

        Terima kasih Dr…
        Saya berhasrat untuk menumpukan pengunjung yang ingin keterangan lebih lanjut tentang pergigian di dalam bahasa Melayu…

        Masih belum ramai lagi rakan-rakan dentist yang ada blog…

        Untuk cBox tu… Dr Boleh buka blog saya dan klik pada cBox saya di bahagian bawah paling kanan… ada advertisment cBox yang boleh mengajar Dr cara untuk membuatnya… Good Luck…

      • drleen says:

        hazlin: wordpress tak boleh letak cbox..saya dah letak meebo tapi cam tak berapa ok je…sebab dia hanya boleh paparkan apa yang org tulis masa hari tu je…lepas tu dia terpadam..

  12. siti says:

    salam doc..
    sy nk tanye..
    gigi di bahagian depan saya, sebelah atas dan bawah jarak dlm 0.1cm..sesui ker pakai braces??
    ada ker limit jarak antara gigi klu nk gn braces??

    • drleen says:

      siti: hmm..kena check dulu laa baru betul2 sure…banyak lagi faktor nak tengok..bukan jarak gigi je k..

  13. somebody says:

    ada tak ubat nak bantu utk quit smoking?

    • drleen says:

      somebody: hmm..rasanya kat pasaran ada jual nicotine patch..atau kat klinik2 perubatan ada pakej2 utk berhenti merokok….tak pun tengok laa laman2 web utk tau kot2 ada talk/class utk berhenti merokok..good luck k..:)

  14. Nur says:

    dr leen gud luck tuk bukak klinik tu..smoge murah rezki n termakbul.pastu bukak branch kt jb ek.ngee…

  15. syamira says:

    salam dr leen

    masalah penyusutan gusi sy agak merisaukan. tp kadar penyusutan ketara kat certain tempat je (contohnye kat gigi arnab sebelah kiri). tempat lain saya perasan menyusut juga tp sgt lambat kadarnye. tp tmpat yg satu tu mcm cepat je smpaikan dah start nampak jarak antara gigi, and gigi arnab yang satu tu dah start rasa longgar & tak kuat nak gigit makanan T_T sedih2. saya dah pergi cuci gigi, dah ikut cara berus gigi yg betul..tp penyusutan still berterusan. so sy rasa saya ade masalah periodontis kan? and kalau btul, apa rawatan yg slalu diberikan? pastu ade tak kaedah utk tampal semula tempat2 gusi yg menurun tu, mcm kat celah2 gigi, so lubang antara gigi dah tak nampak…
    TQ dr.

    • drleen says:

      syamira: hmm..elok kalau awak jumpa pakar periodontist utk check samada boleh dibuat apa2 rawatan kat gigi terbabit. Kadang2 mereka boleh buat surgery ke…etc..so jumpa pakar periodontik k.

  16. azmi says:

    salam. dr leen saya baru je buka ruangan ni.saya mengalami masalah gigi yang pada saya sudah teruk.gigi geraham sebelah kanan bahagian bawah sudah berlubang dan sakit yang amat sangat. kadangkala gusi menjadi bengkak. adakah gigi saya ini perlu dicabut atau ditampal.

    • drleen says:

      azmi: salam. Kena check dulu..dari deskripsi awak gigi tu macam dah mati dan dijangkiti kuman..kadang2 masih boleh diselamatkan dengan buat rawatan saraf..kadang2 kena cabut..apa2 pun check dulu laa k.

      • azmi says:

        jika saya dinasihat buat rawatan saraf, berapakah kos yang diperlukan? kalau 4 gigi geraham saya dicabut boleh ke saya pasang gigi palsu secara berasingan?

      • drleen says:

        azmi: harga kena tengok kat klinik mana awak buat rawatan saraf tu dan bergantung gigi mana serta berapa saraf yang ada…so roughly kalau gigi geraham dalam 400 ke atas sebatang. Kalau cabut gigi geraham tu boleh buat gigi palsu terus..biasanya lepas cabut gigi terakhir pastu boleh buat gigi palsu

      • azmi says:

        terima kasih atas nasihat doktor. insyaallah bulan depan saya pergi klinik.

      • drleen says:

        azmi: ok..bagusla kalau camtu…:)

  17. SOFIA says:

    Salam Dr. leen ,
    klinik pergigigan tiew kat sg. chua kajang tu , okayy ke rawatan dia ? saya tgh cari klinik nak buat braces. andd boleh dr. leen bgtahu kos rawatan braces utk budak umur 15 thn mcm sy ni, klinik gigi tiew tu charge berapa ye?
    okayy thanks🙂.

    • drleen says:

      sofia: kalau nak buat braces, boleh pergi kat klinik pergigian tiew di balakong. Klinik tiew cawangan sg chua takde buat rawatan braces. harga utk braces dalam 4500..tapi kalau nak lagi sure boleh pergi klinik and tanya dr tu k.

      • SOFIA says:

        ohh terimakasih yaa dr.leen. cepat pulakk dr bg respon heehe. harap2 dr leen jadi dr yang berjaya okayy🙂

  18. nor says:

    Salam doc.Leen..
    Tahniah nak buka klinik sndiri..
    sy nak jd planggan doc.Leen,hehe..
    1day sy nak buat rwtn mencantikan gg,tp nak kumpul duit dulu,hehe sempat la tngu doc.Leen bk klinik..
    Gudluck doc.Leen..

  19. husna says:

    salam ziarah doctor..minta izin nk link blog dr ya..gud lak-)

  20. liza says:

    Salam Drleen, Saya nk tnya. Berapa kos nak buat braces?

  21. maser says:

    salam dr, saya mempunyai masalah gigi yang saya anggap sangat teruk… masa kecil kurang pengjagaan dam kini gigi saya banyak rosak… saya terfikir untuk buat rawatan gigi iaitu saya nak implant 2 gigi taring kiri dan kanan dan diantara 2 gigi taring saya nak cabut kemudian digantikankan dan gigi palsu (bridge)

    2 gigi taring saya sudah rosak sebab tu saya nak cabut dan tukar… manakala gigi depan juga sudah rosak (telah buat tampalan)

    apa pendapat doktor?

    • drleen says:

      maser: hmm..banyak tu nak dicabut…mungkin boleh pergi check dulu and tengok kalau2 boleh selamatkan dan buat crown ke apa ke kan…kalau tak boleh then baru cabut dan letak bridge. So nasihat saya apa2 pun check dulu k.

  22. eryu says:

    doktor bagi alamat part time keje dr nanti..saya nak pergi klinik doc nanti…saya nak buat root kanal n porcelin crown..

    • drleen says:

      eryu: ok..hari sabtu ni saya kerja di Semenyih…lepas tu tak sure lagi..berbeza2 klinik yang saya pergi..nanti bila saya dah buat kat satu tempat permanent..saya bagitau k.

  23. sham says:

    Salam dr.leen,

    Ingat sy lg? 6/5 lepas sy wat crowning di My Dental Taman Segar.

    Sy nak ucapkan terima kasih khidmat nasihat dan rawatan yg diberi sepanjang proses crowning.Dr.leen sangat profesional dan ramah begitu jgk dgn staf2 di My Dental klinik.

    Saya sangat berpuashati dengan hasil rawatan crowing yg dr.leen bwt.Dengan gigi baru ni,rasa rendah diri hilang serta merta.Kini sy sangat yakin utk senyum dgn sesiapa saja.Komunikasi dengan rakan2 dan pelanggan pun semakin baik.

    Kesimpulannya..Apalah sangat nilai rawatan RM1000 itu klu nak dibandingkan dengan keyakinan diri yg sy perolehi pada hari ni?

    Selamat maju jaya utk Dr.Leen.Klu buka klinik sendiri nanti jgn lupe war-warkan di laman ni.

    • drleen says:

      sham: terima kasih ye atas sokongan awak..saya pun happy kalau patient yang saya rawat puas hati dengan rawatan yang diberi..:) Insyaallah..kalau saya bukak klinik nanti sure saya bagitau nyer..dan awak bleh laa datang jumpa saya lagi..

  24. Fiza says:

    Dr Leen, tjumpa blog nih ms nak survey2 braces… just nak tau pendapat.. ok ke harga ard RM7k utk porcelain braces? kalo nak pegi GH, for sure kena tggu lama… tapi sy terbaca jugak, kalo yg braces biasa pun dh dlm range 4-5k, yg nih for sure lagi mahal, kan?

    • drleen says:

      fiza: ok laa tu porcelain braces harga camtu..memang mahal skit dari yang biasa sebab diperbuat dari ceramic..yang biasa tu dari metal.

  25. mohdhafiz says:

    kalo dr. gigi yg expert & dh biasa buat tmplan composite normally bape lame doc??mksd saya utk restoration class II..kalo say buat 1st time dlu dlm 45 minit strt dr bur preparation, carve lbh kurg sket smpai polish kire laju x??ke agk lambt lg..haha..saje je nk tnye..

    • drleen says:

      mohdhafiz: heheh..tu lama gak tuh..kalau class II biasanya dalam 10-15 minit je..tapi macam saya kata, masa mula2 memang lambat..tapi bila dah lama2 tu ok laa..kalau dah expert kadang2 tak sampai 10 minit dah siap…tapi cepat tak semestinya bagus..yang penting quality kerja mesti ada..tak kisah laa lambat sikit dari org lain asalkan patient puas hati dan takde problem lepas tampal…so it’s ok..take ur time..lama2 sure boleh improve.

  26. mohdhafiz says:

    tq doc!!sy actually xle selmbt tu pn wat..sy kt sini antara yg trcpt la wat dlm batch(cewah haha)..tp utk operartive &conservative dntstry ..kalo bab2 ortho or prostho ni sy xmint lngsg..haha..cume kdg2 xpuas ati nk alter & baiki sket..tp sbb time bljr kot..so nk watla yg trbaik..kalo tkt tmpl mcm plaster semen dinding,xde anatomi..baik xpyh,,btul x doc?xsbr sy nk abih bljr..leteh amat..huhu

    • drleen says:

      mohdhafiz: heheh..bagus laa camtuh..nanti bila dah kerja pandai laa awak adjust time kan..anyway..all the best k..bila dah habis tu jangan lupa bagitau saya..

  27. Rozila says:

    Assalamualaikum dr Leen..
    semalam adik lelaki saya accident. teruk juga bahagian mulut dan gigi yang terkena. saya lihat kulit pada gusi terkoyak (atas dan bawah), kemudian dijahit.. manakala 2 batang gigi patah dibahagian bwh kanan. dr mungkin sedia maklum pesakit tidak boleh diberi minum dlm keadaan spt ini.. soalan saya berapa lamakah jahitan biasanya akan di buka? gigi yg patah itu di ganti dgn gigi baru dgn dibuang seluruh akar atau macamana kerana gigi dia berlapis dan susunan gigi tidak sempurna?

    • drleen says:

      rozila: w’salam. biasanya pihak hospital akan bagi tarikh utk buka jahitan..biasanya seminggu. Tentang gigi yang patah tu biasanya kena tengok dulu keadaan gigi tu samada boleh selamat lagi atau kena cabut. Kalau boleh selamat lagi, mungkin kena buat rawatan saraf mungkin tidak bergantung pada keadaan gigi tu. Kalau memang tak boleh nak selamat memang kena cabut. Biasanya buat semua ni selepas jahitam dah dibuka. Adik u kena makan menda2 yang lembut dulu dan make sure dia bersihkan gigi dengan memberus dengan lembut,,jangan biar kawasan dalam mulut kotor nanti susah nak baik luka dalam mulut tu. Biasanya pihak hospital akan kasi ubat kumur chlorhexidine utk adik u kumur utk elakkan jangkitan kuman. Kalau takde tulang yang patah, luka2 tu akan cepat sembuh..so jangan risau k.

  28. salam drleen,nak tanya sikit,bolehkah nak buat gigi palsu secara berasingan?.contohnya 2 gigi palsu di bahagian atas(2 gigi depan) , 4 gigi palsu di bahagian bawah(4 gigi bawah)?.masalahnya gigi saya rosak teruk,pasti dicabut punya.nak buat rawatan lain pun mahal sangat,masih student lah belum keja lagi.Saya pun malu dan segan nak jumpa dgn dr gigi.pasti dia marah punya kenapa gigi boleh teruk mcm ni.berapa kosnya ye dr leen kalau boleh buat kira kira 8 gigi palsu tu?

    • drleen says:

      jjjjjkkkkkkkk: hmm…kos saya tak sure..kena tanya dr kat situ..tapi jangan laa takut..dr tak marahnye..:)

  29. jiji says:

    sy plajar pgigian thun 3(indonesia)nak tnya kat org lain,tp malu la plk.lpas grad kan,kta mntak kja kat hospital/klinik krajaan,brapa bulan baru dapt kja.dan ade x kemungkinan d hntar kat pedalaman ke…mane la tau kan.sbb org kata kekurangan dentist.
    n lg 1,sy kan grad luar negara,jd perlu amik test pas grad kat mlaysia.adkh mknanya kami lmbat dpt kja bbnding yg grad mlysia?
    tma kasih sudi mmbca ptnyaan ni

    • drleen says:

      jiji: biasanya dah habis pengajian kena apply utk temuduga..boleh buat online je..lepas temuduga kat putrajaya tu..dia akan kasi surat utk lapor diri..tak lama pun..dulu masa saya tak sampai sebulan pun..lepas tu terus lapor diri je laa..memang ada kemungkinan dia akan hantar ke tempat2 pendalaman..tapi biasanya masa first year ni kena attach dekat hospital and klinik yang takde laa pendalaman sangat..kemudian bila start posting..kemungkinan besar ada..especially kalau kena pergi sabah dan sarawak

    • drleen says:

      jiji: opss..lupa lak..takyah ambil apa2 exam pun..jika awak punya university tu dah diiktiraf oleh MDC, terus balik and kerja je

  30. jiji says:

    waaah..lega bla dh jwb soalan 2.trima kasih byk2..=)=)

  31. Dura says:

    salam..Dr Leen,klu kita nak jadi Dr gigi,apa die persediaan ketika dalam sekolah menengah rendah, terutamanya…

  32. shida says:

    Salam..

    Dr Leen,

    Saya ader masalah besar. saya pakai braces tahun 2000. ngan goverment la…. FOC punyer. selepas 2 tahun saya pakai, doktor tu tiba2 bersara. terkontang kanting la saya selama setahun baru dapat doktor ganti. tapi bila doktor ganti tu datang, saya nak buat appointment, fail saya tak wujud. jadi saya macam ni la sampai sekarang.
    dah 9 tahun saya pakai, besi2 semua pun dah tanggal one by one. Saya ingat nak continue kat clinic swasta. apa pendapat puan doktor? Ada tak klinik yang sanggup nak terima? Gigi saya semua dah rosak teruk di bahagian bawah sampai saya takut nak jumpa doktor lagi.

    • drleen says:

      shida: kena check dulu..pastu kena buang balik semua bracket2..pastu kena tampal semua gigi yang nak kena tampal pastu baru buat braces balik kalau nak..kena buat kat swasta laa..

  33. faiz says:

    salam dr leen.
    saya merupakan ex-student asasi uitm.
    alhamdulillah, currently i’m studying in a dental school in kelantan. doing my first year.
    tapi kan doktor, saya agak terkejut la jugak, rupa2nya dental student pun kena belajar medic gak. bukan setahun, tapi sampai 3 tahun pulak tue. adoyai. sekelas ngan medic students and at the same time, berlari2 pulak ke kelas dental.
    boleh dr bagi tips bagaimana nak cope with these 2 courses?
    thanks

    • drleen says:

      faiz: hmm..sebenarnya benda tu semua ikut university…masa saya belajar dulu takde pun sama ngan budak medic..cuma masa belajar anatomy tu share bilik mayat dengan they all tu je tapi lectures semua tak sama…

  34. aisyah says:

    salam..
    saya skng dh umr 28…mslh saya. gigi saya jarang… masa kecik2 mak sya ingt gigi tumbuh berlapis, jd di cabut la gigi yg ptt sebelah gigi kapak…gigi taring ada tp yg tgh2 antara gigi kapak ngan gigi taring tu x de..jd berjarak dan jarang sgt2..dah lama niat nk tnya/nk tahu tp kebnykkan klinik yg saya pegi x de rwtn tu…pada DR,.rwtn mana yg sesuai…pendakap gigi @ yg lebih cpt proses nye..dan berapa kos nyer. boleh ansuran @ tunai…terima ksih.

    • drleen says:

      aisyah: rasanya gigi awak tu tak sesuai buat braces..mungkin lagi sesuai kalau buat bridge je..apa2 pun pergi dental clinic utk check and tengok samada sesuai buat bridge atau braces

  35. Gwen says:

    Moga2 dapat jumpa dr leen d klinik dr sendiri..

    • drleen says:

      gwen:🙂 hopefully by next year saya dah boleh bukak. skang ni nak tunggu lepaskan bersalin dulu..saya due bulan 3 tahun depan.

  36. ame says:

    slm dr.leen..
    ingt bln 4 daa ada klinik..baru plan nak jupe dr pas abeh blaja bulan 4 tu..nak senyum ngn jayanya time konvo..ehehe..xpe2, dr.leen jaga baby baik2 taw..tak sabar nak terima rawatan dr..nnt dr wat laa promosi time pembukaan ye =)
    insyaallah, sy nak jupe sgt ngn dr..nak stat kumpul duit daa nie..c u nex yer dr.leen..

    • drleen says:

      ame: hehehe…belum ada rezeki lagi laa nak bukak nih..kena tunggu baby lahir dulu…insyaallah bila saya bukak nanti saya buat announcement kat blog ni pastu boleh kasi discount pada hari pembukaan…:)

      • ame says:

        owh..kalu tak sempat nak rasa air tgn dr,harap dr dpt recommend kan sy kat kawan2 dr yg lain..kalu bley, nak org2 kita gak laa..=)
        malu gak nak jupe tapi sy harap sy berpeluang wat rawatan..keyakinan sy mmg da makin berkurang sgt bila nak berckp ngn org..dr faham kan?..ok dr..jupe lg..smoga niat suci dr nak membantu kitorg suma diberkati..

      • drleen says:

        ame: kalau nak jumpa dr perempuan, ada beberapa rakan saya yang ada klinik atau kerja di private..u duduk kawasan mana?

      • ame says:

        maaf..lambat bg respond..sy kat k.trg..
        kalu ada area kuantan n kota bharu..sy sanggup agi turun..dr bagi alamat ye..via my emel..
        tq dr..jaga bby baik2..=)

      • drleen says:

        ame: sorry laa ek saya tak sure laa kawasan tu

  37. watie says:

    salam drleen..

    saya nak bertanya.. anak saya ada xcident sikit ngan kawan dia menyebabkan bibir pecah n gusi berdarah..

    now gusi dia tengah membengkak then gigi dia cam ada sikit bergoyang.. adakah gigi itu akan pulih or memang terus bergoyang n tercabut??

    time kasih

    • watie says:

      lupa nak bitau.. anak saya berumur 2 tahun 1/2 bln..

    • drleen says:

      watie: salam..kalau goyang skit takpe…sebab ianya akan pulih tapi ambil masa dan kena pantang skit takleh guna sangat gigi depan tu utk makan and paling penting utk jaga kebersihan gigi..make sure gigi semua bersih..mungkin dia takut utk kasi berus tapi cuba buat dengan kain basah perlahan2..kalau kandungan bakteria kurang gusi semua akan cepat sembuh. kalau nak make sure ok ke tak boleh bawak pergi jumpa dr gigi utk check..

  38. sue says:

    dr. leen..sy nk tanye sikit..
    normally bridge tahan berapa lm…
    sebenrnye sy br buat bridge ni..
    pastu..tempat gigi yg dikecilkan tu rasa ngilu kadang2 kalau sy mkn or ape..masalah ni akn berlarutan x?

    • drleen says:

      sue: bridge ni tahan lama jugak..berapa lama bergantung pada bridge tu sendiri dan juga cara penjagaan. masa mula2 buat tu memang rasa ngilu skit tapi biasanya lama2 ok..ada jugak risiko yang kalau berlarutan rasa ngilu atau sakit..mungkin saraf dia dah kena skit dan kena buat rawatan saraf…so kena tengok laa dulu dalam seminggu dua kalau rasa ngilu tu hilang atau tak…kalau tak hilang pergi balik jumpa dr yang buat tu k.

  39. sue says:

    salam dr..
    mcm ni sy ader buat rwtn bridge..tp lps buat tu, gigi yg dikecilkan ader rs ngilu..knp yer? lm ke benda ni akn jadi?
    pastu..normally bridge akn bertahan berapa lama?

  40. sue says:

    salam, dr leen…
    1st of all, thnx a lot sbb sudi bace msg sy ni..sy ade beberapa soalan nak dtnye pd doc…hrp penjelasan dr doc…
    1) sy stat pakai braces pd 12.09.2009…doc yg merawat sy tu kate sy hnye perlu pakai braces selama 8 bulan…n plg cepat 6 bulan…sy mengalami masalah gigi ke depan dibahagian atas n gigi dibahagian bawah, xde masalah…so, doktor yg merawat sy tu kate die hnya nak fokus pd gigi bahagian atas sy..tp, sy pakai braces pd kedua2 bahagian atas dan bawah…masalahnye skang, gigi sy xdicabut…sy risau jika rawatan yg sy buat ni xmenjadi…sbb doktor yg merawat sy tu kate gigi sy xperlu dicabut…kalau gigi x dcabut, bolehke gigi yg kedepan tu bergerak ke belakang?mcm mane dgn gigi dibahagian bawah sy? sy takut jika dagu sy pula akan menjadi panjang…slalunye, berapa lame kite boleh nmpk perubahan gigi bergerak ke belakang?setakat ni, sy xnmpak ape2 perubahan pd gigi sy…hrp penjelasan dr dr…terima kasih

    • drleen says:

      sue: biasanya dr yang buat braces tu akan ambil acuan gigi utk dibuat model..dari situ dia akan ukur berapa banyak space yang ada..kalau space tu cukup utk gerakkan gigi..gigi tak perlu dicabut..kalau tak cukup baru laa kena cabut..so kalau dia tak cabut gigi tu maknanya space cukup laa nak gerakakn gigi ke belakang. awak baru je pakai..dalam sebulan..kadang2 pergerakannya slow dan tak berapa ketara..cuba tengok dalam masa beberapa bulan..mesti ada perubahan punya..

  41. mohdhafiz says:

    hmm..bile sy go through prtanyaan2 msyrkt pd doc..br saya sdr skrg kesdran msyrkt mlsia pd oral health amatlah mmberansangkn..xkesh la dr aspek esthetic & lain2..wlpn saya trseksa bljr dentistry ni..hahaha.hpfully dpt lah grad cpt & jayanya
    Bile saya bace blog ni pun saya pn boleh bljr & memperbaiki cara nk mnjwb soaln dr patient bile dorg tnya..mostly soaln saya dh tau jwpan..cume nk elobarate pd org luar je ssh..mayb xbyk xperience klinikal lg kot!!:)

    • drleen says:

      mohdhafiz: alaa..lama2 tu ok laa tuh..tapi memang ramai org yang akan tanya macam2 pada kita..so kita tak boleh nak kasi jawapan yang terlampau macam textbook…nanti tak faham pulak..so kena kasi jawapan yang simple supaya mereka faham…dah hopefully boleh menyampaikannya pada org lain…kalau nak harapkan dentist je yang bagitau semuanya pada semua org tak menang tangan…sebab tu oral health education ni penting..so dia boleh ajar family dia..kawan2 dia etc..

  42. Hanami says:

    Salam drleen
    Harap drleen dpt mnjawab pertanyaan saya.
    Gigi geraham bongsu saya tumbuh thn lepas. masalahnya gigi tu tumbuh senget. skrang ni gigi tu sakit dan berlubang.
    Adakah gigi tu perlu dicabut atau boleh buat tampalan sahaja? Sorang kawan saya menghadapi masalah yg sama dgn saya, dan dia memilih utk mencabut gigi bongsu tersebut. Prosess cabutan gigi tu rasanya very painful sebab gusinya dijahit (4 jarum) dan mengambil masa lebih seminggu utk pulih. Adakah ada pilihan lain selain mencabut gigi geraham bongsu tersebut? Betulke ramai org ckp gigi geraham bongsu akan cepat rosak sekiranya tumbuh senget?

    • drleen says:

      hanami: salam. biasanya kalau gigi geraham bungsu yang senget dan berlubang..memang kena cabut dan tak perlu utk tampal. gigi yang senget tu takde function so nak simpan dalam mulut pun tak boleh buat apa..lagipun gigi tu dah rosak dan berlubang jadi kalau nak tampal kadang2 tak sempurna sebab senget dan akan menyebabkan problem lagi..memang kalau senget kena buat pembedahan kecil..biasanya ambil masa 5 hari ke atas utk sembuh sebab biasanya lepas buat pembedahan ni kawasan tu akan bengkak skit buat beberapa hari..anyway…lepas tu ia takkan datangkan masalah apa2..so sekejap je laa sengsara skit..memang kebiasaan gigi geraham bungsu yang senget tu kerap rosak sebab selalu tersangkut makanan dan susah nak bersihkan.

    • pinky says:

      hai..
      actually, sye pun mgalami masalah mcm to tp doc suruh cabut gigi geraham bongsu itu sebab ia tumbuh sengit dan berlubang..sye akan cabut dlm masa terdekat ini tetapi saya baru memakai braces skrg..saya takot susah untuk kunyah kerana gigi graham xda..bgaimanakah proces cabut gigi graham itu dilakukan?sye runsing n takot coz untuk buat braces 4 btg gigi sudah dicabut,tmasauk grham bongsu kiri n knan sudah 6 btg gigi..saya harap dr.leen dpt mmbantu sye..

      • drleen says:

        pinky: saya dah reply pada soalan awak yang pertama tu…anwyay kalau awak kata gigi geraham bungsu tu dah berlubang lagi laa perlu dicabut..gigi geraham bungsu tu takde pun takpe..masih bleh mengunyah..cuma kalau ianya senget kena laa buat pembedahan skit…lepas kasi ubat bius biasanya dr akan buat sedikit pembedahan pada gusi kemudian akan pisahkan gigi tu kepada beberapa bahagian then cabut satu2 bahagian tu..kalau gigi tu tak senget then cabut biasa je..biasanya kalau pembedahan ni dr akan jahit skit pastu kena datang lepas seminggu utk bukak jahitan.

  43. coien says:

    salam dr leen, nak mntk advice sikit..klu kite ade 2 gigi berasingan yg ke belakang sikit n nak sama ratakan perlu ke kite pakai braces..or ade option lain selain braces..

    • drleen says:

      coien: salam. kena check dulu..kalau teruk sangat kebelakangnya memang kena buat braces je..tapi kadang2 kalau kes sesuai utk buat crown, then boleh buat crown je..so apa2 pun kena check gigi tu dulu tengok mana sesuai

  44. coien says:

    salam dr.,
    klu saya email dr. gbr gigi nye..dr. blh check kan ke seswai crown ke braces?

    • drleen says:

      coien: mungkin boleh..but kurang tepat skit laa kot sebab tak nampak real2..sebab bukan setakat tengok dari depan je bleh tau..kena check gigitan dalam ke tak dalam ke..cara mulut bergerak…cara gigi bergesal dan sebagainya..anyway..bleh je hantar gambar..saya cuba tolong setakat termampu

  45. riza Penang says:

    Salam Dr Leen, sy nk tya kalo nk wat bridge @ crown kalo p terus kat dental lab bleh x (diorang bertauliah x untuk merepair gigi sy @ hanya kena jumpa dr gigi yang bertauliah untuk buat treatment 2 suma)

    • drleen says:

      riza penang: dental lab memang buat crown/bridge..tapi dr gigi yang potongkan gigi tu supaya lab boleh buat crown/bridge..so nasihat saya kalau nak buat crown/bridge/gigi palsu better jumpa dr gigi…

  46. lily says:

    hello geng hulu langat..finally i’m able to track ur blog nie, wah best nyer..i juz google ur name, trus dapat..huhu well, asal awak tefon je kiter tgh main game..but juz wanna let u know.. aritu 115 pts during op..aiyark..budak masterskill pon menyelit..ape nie..haha anyway, if u got any case watsoever nak discuss ok je..nanti kalo i musykil i tanyer u gaks..anyway, korang ader gp lebih ke?saiz 15, 20 and 25?haha

    • drleen says:

      lily: haii…hehehe…ciannya ramai pt..saya rasa skang ni sure dah tak larat nak buat pt ramai2 camtu lagi dah..heheh..barang buat endo kat sini kureng skit..tu yang maleh nak buat tuh…GP banyak lagi sebab jarang buat kan…hopefully tahun depan depa supply barang2 yang saya nak..ok laa..nanti kita contact2 lagi k..:)

  47. siti noor bt harun says:

    salam Dr…
    Boleh x bg suggestion klinik mana yg ok area puchong nie. klu klinik tiew tu ok ke. DR nyer cina ke melayu. Saya nie penakut nak cabut gigi. Gigi bahagian depan saya dah rosak, jd hitam. tu yg nak kena cabut.

    thanks Dr…

    • drleen says:

      siti noor bt harun: salam…ok je klinik tiew tu..kat situ semua dr melayu…kalau nak dr perempuan datang selasa – jumaat dari pukul 9.30 sampai 6.00…hari minggu dr lelaki…dr kat situ semuanya baik2 belaka..don’t worry

  48. rashdi says:

    Salam doc, nak tanye kat area klang nie , klinik gigi mane yg ok especially kalau nak buat rct , gigi bahagian atas saya berlubang dan pecah , sayang nak cabut …Boleh tlg rekomenkan . Thanks..

  49. shah says:

    hi, dr leen,

    saya nak tanya adakah kita perlu cabut gigi susu kanak2 atau biarkan dia tercabut sendiri kerana gigi kekal anak saya dah mulai tumbuh dibelakang gigi susu. dan gigi susu dah mula bergoyang cuma tak tercabut2. kalau ada member2 dr leen kat area bangi/kajang .. boleh tak rekomenkan .. takut jugak budak2 nie nanti fobia ngan dr gigi. terima kasih

    • drleen says:

      shah: hi…biasanya kalau dah tumbuh boleh tunggu utk gigi tu tanggal sendiri dan juga boleh jugak suruh dentist cabut…kena tengok keadaan jugak laa kot..so maybe bleh bawak jumpa dr gigi dulu and then baru dr tu boleh tau kena cabut ke atau bleh cabut sendiri. kat area bangi banyak gak kawan2 saya…ada klinik pergigian impian( dr. teh annisa ) kat sec 3 bandar baru bangi , pastu kllinik pergigian halizah kat sebelah warta bangi..they all tu semua baik2 dan bagus2 belaka..:)

  50. Nazirah says:

    salam doc.leen. 1st of all, semoga dr.leen dpt capai segala cita2 dr. i wanna ask u somthing. why u wanna open ur own clinic instead of serve for government? bcoz my lecturer pnh ckp, kje la dgn krjn. jgn pentingkn duit semata2.. huhu

    • drleen says:

      nazirah: saya rasa saya boleh bagi lebih lagi kepada masyarakat kalau saya ada klinik sendiri sebab saya boleh bagi rawatan2 yang kat kerajaan tak bagi..sebab biasa laa kat kerajaan ianya bergantung pada ketua masing2..so biasanya rawatan yang dibuat ialah yang basic je…penat je saya belajar jauh2 utk buat rawatan macam crown, bridge..etc kalau tak dipraktikkan…lagi satu saya ni suka bagi penjelasan pada mereka yang datang utk dirawat…sebab bagi saya self education tu penting…kalau kita asyik tampal..cuci..cabut..tapi tak bagitau camna nak memperbaiki kesihatan gigi dan sebagainya..org tu akan mengalami masalah yang sama je dan takkan improve…paham2 je laa kat kerajaan..org ramai sangat bukan boleh luang masa yang lama utk seseorang patient…lagi satu..saya tak suka kena oncall..hehe…kalau kerja kat kerajaan kita kena buat oncall kecuali kalau kita dah jadi pakar yang bukan pakar pergigian kanak2 dan juga pakar pembedahan mulut….duit tu memang laa penting jugak kan…tipu laa kalau org kata dia tak nak duit ye dak..nak2 zaman skang ni nak masukkan anak skolah yang bagus2 pun kena duit yang banyak…so bagi saya semua org tu ada reason masing2 utk pilih mana dia nak kerja..mungkin ada org suka kerja ngan kerajaan sebab banyak benefit dan terjamin masa depan…mungkin ada jugak org yang macam saya yang sukakan kerja yang lebih mencabar dan juga menceburi bidang perniagaan etc…so..paling penting tanya diri sendiri apa matlamat dan kehendak kita sebenarnya and go for it..:)

      • nazirah says:

        a’ah.. betul jgk apa yg dr.leen ckp. dlu sy ingat dentist ni xde oncall, sbb tu sy plih course ni lps spm dlu.huhu.. tp skrg sy mmg totally jatuh cinta pd kerjaya ni lps dpt pendedahan melalui blog dr.leen. thanx for sharing… dr.leen skrg ade smbung bljr jd pakar x? and what the demand for dentist specialist skrg ni?…

      • drleen says:

        nazirah: memang specialist in demand skang ni…tapi sebab tempat terhad and belajar lama tu yang kekurangan sangat…nak jadi specialist ni pun belajarnya sama lama dengan degree dalam 4-5 tahun…saya malas nak sambung sebab saya ni suka buat semua…kalau dah jadi specialist kena concentrate kat satu2 bidang je..boring lak tengok benda2 yang sama kan hari2..tu saya nyer citerasa laa..lain org lain kesukaannya.

  51. pinky says:

    salam..
    sye sdg pkai baces bru 2 minggu tp doc ckp sye kne cabut gigi geraham bungsu kanan n kiri coz struktur gigi geraham saya tumbuh senget msuk dalam gusi..
    saya kne bwt surgery n cost satu btg gigi rm 400..
    ingt kn buat braces cbut 4 gigi je tp geraham bungsu pun kne cbut..
    btol ke procedur ni?
    sakit ke cabut to coz doc kate dia bg m.c 2 hari?
    please give me some info about this?
    t.q

    • drleen says:

      pinky: memang kalau geraham bungsu tu mengganggu kena cabut…biasanya cabut dulu sebelum pakai braces sebab nanti bracket tu bleh tercabut plak…anyway…kalau tak cabut ada kemungkinan gigi yang dah siap tersusun nanti boleh berubah kedudukan semula…cabutan pembedahan tak sakit masa buat sebab dah dibius tapi lepas tu memang terseksa skit aa sebab kadang2 bengkak dalam 3-5 hari pastu susah nak bukak mulut…sakit tu kalau makan ubat hilang laa…so kena sentiasa makan ubat ikut time.

      • pinky says:

        oh yeke..takotnye dengar so t.q dr leen..so sye kne cabut juga la ggi graham ini..lega rasa dpt pandgan dari dr leen..tq..

      • drleen says:

        pinky: no problem…

      • anazays says:

        assalamualaikum doc..
        saya sebenarnya berminat sgt nk jd doktor tp x sure sma ada nk jd doktor gigi or doktor medical..huhu
        kalau doc x keberatan boleh x sy nk bertnyakan bebrapa soalan??
        kerjaya sebagai dentist ni sama ke dgn doktor medical? mcm mna pula dgn waktu keje? ikut ofis hour ke?? and susah x jd keje sebagai dentist??

  52. eka says:

    doc…
    sy ade msalah gusi bngkak n b’drah time brush my teeth…
    npe erk prkra nie t’jd…
    mkin hari bngkak t’sbut mkin bnyk…
    dr 1 gusi ke gusi yg lain…
    ape pndpat doc??? n apekh yg prlu sy lkukan??

    • drleen says:

      eka: better pergi check kat klinik gigi and buat scaling..biasanya lepas scaling dan guna ubat kumur yang ada chlorhexidine bengkak tu akan kurang…kadang2 kalau perlu kena makan antibiotik..so kena check dulu laa seteruk mana keadaan gusi tu

  53. yayaa says:

    drleen..kt mne klinik dr??

  54. may says:

    dr,

    ada tak PE produk jual di klinik dr
    tq

    • drleen says:

      may; saya takde klinik lagli laa..tapi ada klinik yang jual produk ni..boleh tengok kat laman web PE tu utk tengok klinik mana yang ada jual

  55. me says:

    Dr Leen,nak tanye, sye budak lepasan spm 2009. Saye brminat nak amik dentistry nih n saye ade beberape soalan nak tanye doc.
    a) Brape lame klau nak jadi seorang dentist?
    b) Ape prosedur nak jd dentist nih? Plu ade a-level ker?
    c)Macam mane lyfe sbgi dentist nih? same ke cam doktor, i mean ade on-call jugak ker?
    tu jer..

    • drleen says:

      me: nak jadi dentist biasanya 4-5 tahun bergantung pada university..biasanya lepas spm kena pergi matriks/a level/stpm etc…lepas tu baru masuk dental school…life as a dentist lebih kurang je cam medical dr….ada jugak oncall kalau kerja dengan gov…kalau private takde laa..oncall tu utk kes2 accident yang melibatkan muka..so kalau ada accident..kena laa pergi..kalau takde then duduk j laa kat rumah…heheh

  56. drkamrul says:

    hi drleen.. wah……….. congrats on your bz web… must be hectic for u to manage it.. i tried this once… cant catch up man.

    oh.. do you interested to do permanent locum at my clinic? or anybody you know? that looking for? or to become associates?
    kindly contact me at 016-3387408
    my klinik name KP KAZA, at medan idaman Gombak.soon
    we re going to open another moden up to date branch at Platinum Walk danau kota, about 1.5 km from which i’m operating now.

    we practice stringent cross infection control, x ray, digital OPG,micro motor ,braces, implant,intra oral camera almost up to date devices in dentistry, u name it…

    hope to see u soon.
    congrats!

    • drleen says:

      drkamrul: hai…makin berkembang business ye..bagus..bagus…kadang2 memang takleh nak cope..ni skang ni lagi laa dah sebulan lebih tak bukak sebab tengah sibuk jaga baby..menimbun2 soalan..hehe..anyway..i’ll give u a call later k..good luck!

  57. Eiza says:

    salam….dr. saya nk minta pendapat n tanya soalan…
    pada march lalu saya telah tlibat dlm kmalangan dan gigi depan serpih stgh…hanya 1 ja gigi yg kena…setelah sembuh saya berjumpa dr.gigi dan lakukan filling..tapi pada pagi sabtu lalu..gigi tambahan tu tertanggal…terus saya ke klinik untuk crown…sebab ramai yang sugges crown..bila saya ke klinik, saya dimaklumkan tak perlu untuk matikan saraf..hanya letak crown sebab gigi sy n gusi dalam keadaan baik…saya was2 dengan keadaan ini…bantu laa saya…apakah jalan yang terbaik…sekarang saya hanya memakai temporary crown sementara menunggu appointment skali lg..

  58. drkamrul says:

    TO EIZA:
    sory dr leen: tumpang lalu…
    kalau gigi depan dah patah besar tetapi x kena pada ruang saraf(kebuk pulpa) so x ada infeksi pada gigi. maka x perlu buat raw.salur akar.
    crown adalah terbaik dari segi ketahanan dan cost ratio.
    kalau gigi depan yang terbaik,full porcelain, sbb nanti selepas 3-4 tahun x kan ada garisan hitam pada leher gigi.
    tetapi ini juga bergantung kepada tahap lebar senyum anda.

    sila tanya dgn dr anda atau check website dental, sy pasti dr blh terang kan dgn lagi baik dgn cth crown yang blh ditunjukan.

  59. Dr Ashani says:

    Salam,Dr Leen.sy dr Ashani skrg dh 3tahun keje gov klinik.sy plan nak resign next year.skrg ni tgh cari klinik untuk permanent locum.kalau Dr Leen perlu doc permanent untuk locum pls contact sy yer..
    all the best for u! (Ashani 0123511916)

  60. tasha says:

    salam doc….nak tye sikit..
    saya mengalami masalah :
    1. gusi berdarah
    2. gigi hadapan yang sangat besar dan senget
    3. plak dan karang
    4. satu gigi geraham atas dan gigi geraham bawah di cabut
    5. satu gigi geraham tampalan dah berlubang semula
    6. mulut berbau
    7. gigi kuning
    8. gigi yang sangat sensitif (menurut doc ini kerana gigi saya panjang dan nipis)
    9. fobia ke klinik gigi kerana dua kali cabutan gigi dilakukn selepas bius hilang, meraung kesakitan namun tak diendahkan oleh doktor…huhu
    10. ingin memakai pendakap gigi
    11. ingin memiliki keyakinan untuk berbual dan senyum

    apa yang saya perlu buat doc. saya berumur 32 tahun. belum ada anak..huhu..pls help me…

    thnx doc…

  61. drleen says:

    Salam semua…selepas ini semua komen akan dibalas secara e-mail…:) terima kasih…

  62. salam,saye ingin menanya doktor tentang masalah gigi saya…gigi saya terlalu rapat sehingga keadaannya tidak teratut,,sisa2 makanan pon susah hendak dikeluarkan kerana terlalu rapat..
    apakah rawatan yang sesuai bagi merawat gigi saya??

  63. ayu says:

    hi doc,
    sy ade msalah gigi depan sy bekas tampal 4 thun lps sdh x cntik lg,
    ade x tampalan yg bgus skrg yg blh thn lme n cntik? is it possible utk tmpal gigi yg jarak dia sgt rapat? bgaimne pula dgn kosnye?
    tqvm..

  64. ספא זוגי במרכז…

    […]Berita Terkini Dr Leen « Gigi Sihat Senyuman Menawan[…]…

  65. Irfan says:

    saya ingin dapatkan nasihat…gusi saya disebelah kiri bawah dekat gigi geraham ni jadi bengkak(bengkaknya dah lama)…puncanya mungkin sebab gigi geraham saya dah rosak dan lagi teruk ialah gigi geraham yang baru tumbuh di belakang sekali tu(lupa nama dia) menolak gigi geraham yang rosak tu…sekarang ni gusi tu dah terkandung nanah(rasanya)…sebelum ni time gigi geraham belakang tu nak tumbuh, memang pedih nak dekat demam rasanya…so sampai sekarang gusi tu bengkak..Saya tahu saya mesti kena jumpa doktor gigi tapi saya nak tanya, rawatan apa yang mungkin saya perlukan?Saya memang fobia nak jumpa doktor gigi ..tolong saya doktor..apa pandangan doktor?

  66. It’s very easy to find out any topic on net as compared to textbooks, as I found this piece of writing at this site.

  67. Definitely consider that that you said. Your favorite reason seemed to be at the net
    the simplest factor to take into account of. I say to you, I certainly get
    annoyed even as other people think about issues that they just don’t realize about. You controlled to hit the nail upon the top and also outlined out the whole thing without having side-effects , folks can take a signal. Will likely be again to get more. Thank you

  68. mariette says:

    I consider you get remarked several same interesting elements , minds for the inform.

  69. It’s in point of fact a great and useful piece of info. I am happy that you shared this useful information with us. Please keep us up to date like this. Thank you for sharing.

  70. hi!,I love your writing very much! proportion we communicate
    more approximately your article on AOL? I require
    an expert in this area to solve my problem. May be that’s you! Having a look ahead to peer you.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: