Biasanya ada 3 jenis bahan tampalan yang biasanya digunakan untuk menampal gigi. Bahan tampalan akan dipilih bergantung kepada
1. Berapa besar dan dalam lubang pada gigi
2. Kedudukan gigi samada gigi hadapan atau belakang
3. Budget pesakit
AMALGAM
-kebaikan : tahan lama ( lebih daripada 10 tahun)
kuat, boleh tahan tekanan semasa mengunyah makanan
tak mahal
-keburukan : warna tak sama dengan gigi ( tak sesuai utk gigi depan)
kena buang banyak struktur gigi ( tak sesuai utk kerosakan kecil pada gigi)
boleh menyebabkan gigi bertukar warna agak kehitaman
boleh menyebabkan gigi retak dan pecah jika terlalu besar tampalannya
alahan ( ada org yang alah kepada logam dalam bahan ni ataupun merkuri)
- merkuri dalam amalgam tidak banyak dan tidak merbahayakan kesihatan. Merkuri yang terdapat dalam ikan laut dalam seperti tuna lagi banyak daripada amalgam. Tetapi ada yang berpendapat merkuri dalam amalgam boleh menyebabkan penyakit dalaman.
COMPOSITE RESIN (tampalan sewarna gigi)
-Kebaikan : warnanya hampir sama dengan gigi ( sangat sesuai utk gigi hadapan)
melekat pada permukaan gigi
tidak perlu membuang banyak struktur gigi
-Keburukan : Tak tahan lama ( mungkin tahan dalam 5 tahun sahaja )
tak berapa kuat ( mungkin boleh pecah jika dibuat pada gigi belakang)
prosedur lama sedikit kerana tampalan ni memerlukan ketelitian ( tak boleh kena
air liur atau darah)
semasa proses pengerasan, bahan ini mengecut sedikit, jadi boleh menyebabkan
gap antara gigi dan tampalan. Ia boleh menyebabkan rasa sensitif dan gigi
rosak semula
mahal sedikit
lama kelamaan, warnanya akan bertukar dan memerlukan tampalan baru
GLASS INONOMER CEMENT(GIC)
-Kebaikan : sesuai utk tampalan hampir dengan gusi ( boleh kena air luar atau darah)dan
untuk kanak-kanak
melekat dengan gigi
mengeluarkan florida ( bagus untuk mencegah dari berlakunya kerosakan gigi)
kurang mahal berbanding composite
-Keburukan : kurang kuat berbanding tampalan lain ( 5 tahun ke bawah)
senang dihakiskan dan pecah jika ditampal pada gigi belakang
warna cream, jadi kurang cantik berbanding composite
mahal sedikit daripada amalgam
Selain 3 tampalan yang saya ceritakan di atas, ada juga tampalan sementara yang doktor gigi gunakan. Tampalan sementara ni bertujuan
- semasa proses rawatan saraf
- utk meredakan saraf ( jika lubang amat hampir dengan saraf )
- utk rawatan kecemasan sebelum rawatan saraf, atau semasa hamil di peringkat akhir
tampalan ni memang bersifat sementara jadi ianya tak tahan lama. Biasanya doktor gigi anda akan menyuruh anda datang utk tampalan kekal selepas seminggu. Tampalan ini memgandungi bahan yang boleh menenangkan saraf yang sakit..jadi amat sesuai sekali utk ditampal pada gigi yang sedang sakit sementara menunggu utk ditampal dengan tampalan kekal atau untuk dibuat rawatan saraf.
Masalah selepas tampal gigi
1. sakit dan merasa sensitif
- kadangkala merasa sedikit sakit dan sensitif terhadap kunyahan, angin, makanan manis dan suhu adalah biasa. Biasanya rasa ni akan hilang dalam masa beberapa hari. Jika ianya tidak hilang selepas seminggu atau jika terlalu sakit sampai anda tak tahan, jumpa balik doktor gigi anda. Kemungkinan gigi anda kena buat rawatan saraf kerana kuman sudah terlalu banyak di dalam saraf pada gigi anda. Jika sakit hanya bila anda mengunyah makanan, mungkin tampalan itu terlalu tinggi. Pergi balik berjumpa doktor gigi anda utk membetulkan gigitan supaya ianya tak tinggi dan selepas itu sakit akan hilang serta merta.
2. Alahan
- alahan pada tampalan amalgam adalah amat jarang berlaku tetapi pernah berlaku. Selalunya alahan itu ialah terhadap bahan lodam di dalam amalgam dan kadangkala disebabkan merkuri. Simptom sama seperti alahan lain termasuk gatal-gatal, kemerah-merahan ada gusi dan juga ruam pada kulit.
3. Tampalan tak tahan lama
- tampalan pada gigi yang selalu digunakan utk mengunyah makanan akan menyebabkan tampalan itu bocor, retak, pecah dan tertanggal.
- kadangkala kita tak perasan yang tampalan itu ada masalah kerana tak sakit. Jika selalu membuat pemeriksaan 6 bulan atau setahun sekali, doktor gigi anda pasti boleh mengesan lebih awal supaya masalah lain dapat dielakkan
- tampalan yang bocor menyebabkan bakteria dan sisa makanan memasuki bahagian tersebut dan menyebabkan kerosakan gigi. Jika tidak dibuang lagi awal, bakteria ini senang merebak ke arah saraf dan menyebabkan bengkak dan sakit gigi
- jika tampalan yang dibuat sudah besar dan ada kerosakan di bahagian dalam tampalan itu, lagi elok di rawat dengan menggunakan sarung gigi ) crown berbanding tampalan biasa. Crown ini lebih kuat dan boleh melindungi struktur gigi yang tinggal.
-tampalan baru yang tertanggal selepas beberapa hari di tampal adalah disebabkan oleh lubang tampalan itu tidak dibuat dengan betul utk tampalan amalgam, terdapat darah atau air liur semasa membuat tampalan komposit, tergigit benda keras.
- tampalan lama pula tertanggal disebabkan karies yang berada di dalam tampalan ataupun kerana tergigit benda keras.
KESIMPULANNYA
1. Tanya kepada doktor gigi anda tentang tampalan yang sesuai beserta harga masing-masing
2. Kalau boleh minta doktor gigi tunjukkan gigi mana yang berlubang dan rosak sebelum doktor menampal gigi anda ( supaya anda boleh lihat gigi yang rosak itu)
3. Jangan gunakan gigi utk mengunyah makanan yang liat atau keras selepas tampalan dibuat. Tunggu sekurang-kurangnya 2 atau 3 jam
4. Jangan mengunyah benda-benda keras seperti air batu, tulang ayam, ketam, kacang pada gigi yang mempunyai tampalan besar
5. Gigi yang tampalannya agak besar, eloklah dibuat crown utk tahan lama dan supaya dapat elakkan dari tampalan atau gigi itu pecah
6. Selalulah pergi jumpa doktor gigi 6 bulan atau setahun sekali utk memeriksa keadaan gigi yang telah ditampal supaya dapat mengesan jika perlu diganti semula atau tidak
March 6, 2008 at 6:27 pm |
time kasih dr leen..insyaAllah
sy doakan dr leen trs maju ke depan
March 25, 2008 at 7:13 pm |
akum dr.sy nak tahu lepas diberikan tampalan sementara selama seminggu,then perlu ditampal secara kekal kan?sewaktu proses penampalan secara kekal,adakah pesakit akan merasa sakit?n boleh sy tahu tentang proses penampalan secara kekal secara detail?4 my own in4mation … thx dr.
March 27, 2008 at 10:03 am |
jeff: Biasanya semasa menampal kekal pesakit tak rasa sakit kerana dr hanya buang tampalan tu jadi tak sentuh gigi ..so tak rasa sakit..Proses penampalan kekal biasanya lepas tampalan sementara tu dibuang separuh, bahan tampalan kekal seperti amalgam( yang warna silver) akan dilekatkan. Utk Amalgam, satu pembentuk tampalan akan disarungkan kepada gigi..kemudian barulah diletakkan bahan tampalan tu. Kadang2 dr akan tampal dengan tampalan berwarna putih seperti GIC atau komposit. Utk GIC, semasa diletak, lebih kurang saja dengan amalgam cuma warna je berbeza. Utk komposit, satu cecair masam akan diletakkan dulu kemudian dibilas. Selepas itu satu cecair akan disapu dan light cure( cahaya biru) akan diacukan utk mengeraskan cecair tu. Kemudian tampalan putih akan diletakkan secara berperingkat dan setiap kali nak mengeraskan tampalan cahaya biru akan dipancarkan. Selepas habis tampalan biasanya dr gigi akan check gigitan utk pastikan ianya tak tinggi.
April 16, 2008 at 3:58 pm |
salam dr,
saya penah menampal gigi geraham saya diklinik kerajaan, dgn bayaran cuma 2 ringgit (kalau tak salah saya..)
tapi amat mendukacitakanlah, sebab doktor yang menjalankan tugas tersebut, tidak menjalankan tanggungjawab dengan sepenuh hati..
gigi saya yang berlubang tidak dicuci terlebih dulu bahagian dalamnnya,
selang beberapa minggu, tampalan tersebut pecah dan tertanggal.
akhirnya, saya keklinik swasta, walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih,
tapi berbaloi dengan perkhidmatan yang diberi.
April 17, 2008 at 2:18 pm |
anor: salam. kadang2 di klinik kerajaan, pesakitnya terlalu ramai..mungkin dia hanya membuat tampalan sementara sahaja…di klinik swasta ni bilangan pesakit tak berapa ramai jadi doktornya boleh menumpukan lebih masa terhadap sesorang pesakit..mungkin sebab tu tampalannya lagi elok kot..tah laa.wallahualam..
May 22, 2008 at 10:34 pm |
assalamualaikum dr…
pada tahun 1999, gigi saya telah ditampal dengan tampalan sementara…
sehingga kini saya masih belum mendapatkan rawatan susulan dek kerana masa yg tidak mengizinkan…
bulan lepas, saya tlh membuat scaling di sebuah klinik swasta & dr tu mencadangkan supaya saya membuang tampalan ini…
utk pengetahuan dr. gigi saya ni tak pernah sakit tetapi masalahnyer gigi yg ditampal ni kelihatan agak kekuningan daripada gigi2 lain…
saya nak tahu, oleh kerana tampalan sementara ni dah lama… adakah ia mendatangkan kesan2 sampingan bila dibuka nanti?
saya jg lihat ada kesan retak pd gigi ni, jadi adakah kemungkinan ia akan retak bila dibuka n ditampal semula nanti?
saya juga nak tahu, jika gigi dah menjalani rawatan ke akar (jika gigi tdk berfungsi lagi), apakah rawatan yang sesuai, tampal atau crown @ mybe cara lain?
saya menantikan respon dr… tq
May 23, 2008 at 9:51 pm |
Aida: W’salam…Sebenarnya tampalan sementara tu hanya utk seminggu je..pastu kena tukar tampalan kekal. Tapi kalau tampalan tu tahan sebegitu lama..ok arr tu..Biasanya kalau ianya menutup lubang gigi dengan baik, jadi tiada kebocoran so takde laa rosak bahagian dalam tu..jadi tiada masalah selepas tampal dengan tampalan kekal. Tapi kalau ada kebocoran, gigi bahagian dalam tu boleh rosak..kadang2 gigi tak sakit sebab ianya dah mati…so bila dah bukak tampalan sementara tu baru boleh tau macam mana keadaan dalamnya. Tentang retak biasanya jika dah retak, ianya sama je lepas dah bukak melainkan kalau retak tu begitu banyak menyebabkan gigi menjadi lemah..so yang tu bleh sebabkan pecah tapi selalunya ok je.. Jika gigi dah dibuat RCT memang bagus jika dibuat crown sebab gigi yang dah mati ni senanag reput..nak2 kalau dah ada tampalan besar..bila tergigit benda keras takut nanti patah pula gigi tu ..
May 24, 2008 at 2:33 pm |
dr leen, tq kerana memberi respon
nak tanya lagi nih… hehe… adakah rawatan ‘crown’ sama ngan ‘bridge’?
kalau nak pasang crown, perlu tak kecilkan gigi bersebelahan?
bolehkah, dr citer sikit prosedur utk crowning…
terima kasih daun keladi
May 25, 2008 at 8:35 pm |
saLam dR. huRm,sY naK tNy bBraPa soaLan Yg muStaHaK yg mNeNtUkaN kJaYa sY. sKunK sY form 3 aNd bLn oKt sY PMR. so,Sy bCiTa2 uTk be AiRliNe PiLot… soaLaNnYa d cNi,aDaKaH KjaYa pIloT x bLh aDa aMaLgam fIlLinGs? cUz sY aDa bNyaK aMaLgam… aNd sLama kJaya dR sBg dEnTiSt,pNaHkaH dR mDaPaT paTieNt soRg pIloT uTk waT amaLgam fiLlings? PleaSe anSwer aLl mY QueStioNz? PleaSe… thX ! LaStLy,pe tu taMpaLan sIlverfiL ?
May 26, 2008 at 10:27 am |
aida: Crown tu cam sarung kepada gigi…bridge tu pulak cantuman beberapa crown utk gantikan gigi yang hilang..so they all ni adik beradik laa…crown ni utk org yang giginya rosak teruk..atau dah ada root canal treatment atau nak ubah bentuk gigi..so kalau nak buat crown hanya kecikkan gigi yang dikehendaki utk diubah sahaja. Manakala bridge ni pulak utk gantikan gigi yang takde…dengan bridge, gigi bersebelahan akan dikecilkan dan disarungkan dengan crown yang telah dicantumkan dengan pontik (gigi palsu utk ganti gigi yang takde). Gigi bersebelahan yang disarungkan crown tu menjadi pegangan kepada gigi palsu tu tadi. Mengenai prosedur, biasanya kena datang 2 kali. Kali pertama tu selepas dibius gigi akan dikecilkan kemudian diambil acuan utk dihantar ke lab dan kemudian crown sementara akan dibuat dan disimenkan. Temujanji kedua pula, crown sementara dibuang dan crown baru disimenkan.
Jeff: Salam. Setahu saya takde pulak diberitahu yang kalau nak jadi pilot tak bleh ada amalgam filling…saya ada jugak merawat beberapa pilot MAS dan ada di antara mereka yang mempunyai tampalan amalgam . Silverfil tu sama je dengan amalgam.
May 26, 2008 at 11:56 am |
slm dr.leen,
sy nak tya 2 soalan:
1) listerine baru (kaler biru cair) LISTERINE BRIGHT& CLEAN tu sebenarnya boleh ke guna sbb sy tgok takde pegesahan dr malaysian dental association cm LISTERINE jenis lain..
2) colgate whitening ble ke digunakan untuk kurangkan masalah gg kuning?
Adakah product2 ini (LISTERINE BRIGHTn CLEAN dan COLGATE WHITENING) ni memberi kesan negatif pada gigidan gusi..mungkin menghakis gusi…n cepat reputkan gg..
TQ.
May 26, 2008 at 1:37 pm |
askum…
hai… Dr leen
dr. boleh tak terangkan kebaikan menggunakan sarung / crown.
masalah saya sekarang tampalannya dah retak siikit dan menyebabkan saya rasa sakit. dah 2 kali pergi klinik gigi tapi dia tak nak cabut dan cdgkan crown. tapi saya ada dengar mcm tak elok boleh tak dr. beri penjelasan.
May 26, 2008 at 1:42 pm |
sorry Dr.
soalan yang sama.
biasa kalau nak cabut gg geraham normally berapa injection?
saya nie memang takut pasal gigi nie.
macam mak saya dia cabut di sebuah klinik gg swasta tapi yang peliknya dia (Dr) tak bagi sebarang suntikan tapi cdia bagi makan ubat….. kenapa boleh jadi macam nie?
thanks Dr.
May 26, 2008 at 3:51 pm |
Mie : tentang listerine yang baru tu tak sure laa saya…mungkin baru lagi kot jadi belum dapat lagi pengesahannya. Lagi satu tentang colgate whitening tu..actually kalau memang gigi semulajadi kuning memang susah nak hilang kecuali buat whitening kat klinik gigi baru boleh tukar warna..kalau setakat stain sebab rokok ke teh ke mungkin boleh tapi kena teknik pemberusan yang betul..kalau tak betul takleh hilang gak..kadang2 jika buat scalling ngan doktor gigi dah boleh hilang dah stain yang warna kuning atau coklat etc…whitening ni biasanya utk maintain gigi yang buat whitening..pastu utk hilangkan stain yang tak berapa teruk. Saya sebenarnya takde laa rekomen sangat whitening toothpaste ni..sebab tak berapa berkesan kalau nak hilangkan stain yang tebal2. Biasanya ubat gigi whitening ni dia ada bahan penghakis yang lebih kuat skit daripada ubat gigi biasa…jadi kalau dicampur dengan cara gosok gigi yang kuat dan berus yang keras, ianya boleh menghakis gigi terutamanya bahagian leher gigi yang terdedah kerana bahagian ni lembut sikit berbanding bahagian gigi yang lain. Ubat kumur tu pula biasanya tak bersifat menghakis.
Arlida: Jika kita buat crown ni, biasanya gigi yang belah dalamnya tu akan terlindung daripada menjadi pecah atau retak dan juga rasa sensitive. Kalau tampalan dah besar sangat ataupun ada retak pada gigi yang susah dibaiki, dengan buat crown ianya boleh melindungi gigi laa jadi tahan lama skit. Crown ni tentulah tahan lama kalau penjagaannya betul..sama macam gigi asli..kalau tak digosok dengan betul ianya akan rosak. Tapi kalau dijaga seperti gigi2 lain, insyaallah ianya boleh tahan lama.
Tentang soalan kedua pula, biasanya cabut gigi geraham ni atas atau bawah suntikan ada 2 kali. Cuma kalau gigi tu ada sakit atau ada bengkak, kena la kasi suntikan lagi sampai sakit tu hilang sebelum cabut. Tentang mak awak tu..mungkin gigi tu gusinya bengkak atau gigi tu dijangkiti kuman..jadi tak bleh cabut dulu..kena makan ubat utk bunuh kuman kemudian baru datang cabut. Kalau hari tu jugak nak cabut ditakuti gigi tu tak kebas dan masih terasa sakit walaupun dah beberapa kali dibius.
May 29, 2008 at 8:26 am |
salam… Sy naK tnya scara deTailnya tnTaNg SILVERFIL… bagaimana rupanya?cara pemasangannya?kebaikannya?ketahanannya? and yg pling penting yg sy nak tahu adakah ianya mengandungi merkury sPt amalgam? mohon kerjasamanya… thx…
May 30, 2008 at 7:54 pm |
jeff: silverfil tu lebih kurang je dengan amalgam biasa..cuma dalamnya takde beberapa komponen yang ada dalam amalgam biasa..ia masih ada merkuri tetapi merkurinya stabil iaitu tidak meruap. Ia sama je macam amalgam biasa datang dalam kapsul yang perlu di masuk dalam mesin penggoncang kemudian di masukkan ke dalam lubang gigi dan dipadatkan. Beza silverfil dengan amalgam biasa ialah kandungan merkurinya yang stabil..lain2 tu lebih kurang je.
June 11, 2008 at 11:31 am |
dr leen, sy nak tnya.sy berusia 19 tahun, dan sy baru mendapat seru untuk menggunakan pendakap gigi kerana struktur gigi sy tak berapa nak sama..adakah sy tua untuk menggunakan pendakap gigi??other than tat, bahagian gigi hadapan sy patah.tapi sikit je, tapi mmg nampak senget sikit la..apa yg patut saya buat untuk bagi gigi tu sama balik?ada kwn yg cakap, suruh p asah bagi sama..atau pun patut kah saya pergi filling??
June 11, 2008 at 2:38 pm |
shanadila: masih ok lagi kalau nak buat braces…:) Tentang gigi yang patah sikit tu boleh ditampal..jangan diasah.nanti jadi pendek pulak gigi awak tu…
June 11, 2008 at 9:40 pm |
tapi dr leen, ada doctor ckp, kalau nk tampal, tampalan tu nnti senang tercabut or terkeluar..pada pdapat dr, tampalan jenis ape patut dilakukan??crown ke apa?mahal tak?
June 12, 2008 at 9:37 pm |
DR,
saya nk tanya… dlm 2 mggu lps sy ada pegi tampal gigi… n then Dr tu terlupa tampal kt satu bahagian kt gigi saya tu… kalu saya pegi blk, dia akan buang blk ke bhgn yg da tampal tu…. sbb bhgn yg Dr terlupa letak simen tu mmg dah di korek…. camne ekk…
June 16, 2008 at 10:18 am |
shanadila: memang kalau tampalan putih biasa tu boleh tapu kurang kuat..kalau sumpik awak tu banyak..lagi elok kalau buat crown…kalau sumpik sikit, tampal pun boleh tapi kurang tahan skit sebab kalau awak gigi guna gigi depan..memang senang pecah balik. Crown tu mahal gak laa berbanding tampalan…harga crown dalam 470 ke atas..tengok klinik…
ang: kalau dia dah korek tapi lupa tampal balik…dia takde korek lagi dah..dia tampal je..so baik awak pergi cepat sebab kalau bahagian yang dia dah korek tu ada kekotoran..dia mungkin kena bersihkan semula…dia takkan korek balik bahagian dia dah tampal sebab yang berlubang tu bahagian lain…:)
December 6, 2008 at 11:37 am |
salam dr,saya mempunyai masaalah gusi yang tidak kuat,boleh tak saya nak tahu bagaimana cara untuk saya kuatkan kembali gusi saya nie?baru2ni saya ada buat tampalan gg,setelah 2 minggu gg saya masih ada terasa senggal dan kadang2 berdenyut,walaupun tak sakit sangat tapi ianya merisaukan saya.bleh saya tahu kenapa ya gg saya rasa mcam tu?
December 8, 2008 at 8:35 pm |
eanna: saya rasa elok awak pergi balik kat dr yang tampal gigi awak tu utk check..kadang2 ianya boleh jadi sebab gigi yang ditampal tu atau sebab masalah pada gusi…karang gigi boleh menyebabkan terasa sengal2 pada gusi…kadang2 sebab tampalan tu bocor..atau terlalu dalam dan hampir pada saraf..juga boleh menyebabkan sengal2…so better check balik kat dr tu.
December 6, 2008 at 11:48 am |
salam sekali lagi dr,lupa nak ckp td,saya dah pergi klinik gg sekali lagi,tanya dengan dr tu tantang masalah saya,tapi dy tak cakap apa pun,dy cuma buka balik tampalan n tampal ubat yang kaler putih.dr tu suruh saya dtg balik jupa dy selepas 2 mggu,sekarang dah seminggu ubat tu di tampal kat gg saya,kadang2 masih ada lagi rasa sengal tu tapi tak la kerap sangat.ubat antibiotik dr tu tak ada bg pun.perlu ke saya pi mintak ubat tu kat dy ya dr?takut nanti bila dah tampal kekal sya akan rasa sakit n tak selesa mcm mula2 dulu.tq dr coz layan soalan saya ni…
December 8, 2008 at 8:39 pm |
eanna: sorry..tak perasan komen ni..hmm..biasanya lepas dah tampal dengan tampalan sementara sakit akan berkurangan…kemudian bila dah tak sakit boleh tampal semula dengan tampalan kekal…macam saya kata..kadang2 lubang tu dalam dan hampir atau dah kena saraf..jadi saraf tu perlukan masa utk sembuh…jika lepas 2 minggu tak juga hilang sakit..so mungkin sebahagian atau semua saraf dah mati..so kena buat rawatan saraf atau cabut…so sabar ye..tengok lagi 2 minggu…kalau ada bengkak biasanya dr tu akan kasi antibiotik..mungkin takde bengkak kot sebab tu dr tu tak kasi…apa2 hal kalau sakit sangat jumpa dr tu balik..:)
December 13, 2008 at 6:51 pm |
salam DR. LEEN saya mempunyai masalah sudah bertahun memendam rase untuk membuat braces, namun faktor kewangan saya. saya melupakan hasrat saya ini. saya penah berjumpa doctor gigi di shah alam. masa itu saya berumur 18 thn.. saya ibertanya doktor ade tak harapan untuk membaiki gigi jarang dihadapan. dia mengatakan kaedah menggunakan braces amat sesuai untuk saya.. masalah adelah kewangan.. jd saya menanam niat bila berkerja saya akan membuatnya.. namun bila dah kerja doktor leen banyak benda saya kena settlekan. beginilah tidak mahu berbicara panjang lebar, gigi saya jarang dihapan sehingga 1 cm.. ini membuatkan saya hilang keyakinan untuk bercakap dengan orang ramai.. sedangkan perwatakan saya memang banyak cakap.. bila orang memandang saya bercakap.. saya akan berhenti serta merta.. di ofis saya penah dimalukan dengan mengatakan muka cantik tapi kamu buruk bila ketawa.. sejak dari kata2 itu.. saya tidak lagi ketawa.. dan mengambil keputusan untuk tidak banyak bercakap.. doktor boleh ke jika saya menampal gigi saya dihapan dengan tampalan sebanyak 1cm.. saya ingin membuat sementara, saya juga akan membuat braces tapi bukan tempoh keaan.. benarkah doktor ade sarankan kepada nak buat braces tapi tidak mampu boleh membuat ansuran.. doktor boleh cerita sikit tak macam mane.. jika saya memasang doktor ade cakap sebanyak 1,500.00 pendahuluan selepas itu kena bayar tiap2 bulan.. hanya klinik doktor saje ke.. klinik lain macam mane..
December 15, 2008 at 11:45 am |
aina: 1 cm tu agak besar..so kalau buat tampalan nampak gigi tu nanti besar sangat…tapi elok kalau awak datang utk check…lain klinik lain bayarannya…saya takde buat braces tapi kawan saya yang sama tempat kerja ada buat..biasanya masa pasang brackets tu kena bayar 1500 pastu bulan2 datang utk check up kena bayar 100 sampai gigi bergerak ke tempat sepatutnya. So kalau berminat nak tau lebih lanjut boleh datang hari sabtu atau ahad. Dr zadiron atau dr mastura yang biasanya buat kes2 ortho. so biasanya they all ni ada hari ahad..dari pukul 9.30 sampai 1..di klinik pergigian tiew di puchong perdana.
December 15, 2008 at 2:26 pm |
terima kasih dr leen kerana sudi membalas email yang saya hantar.. saya ingat saya tak de harapan untuk bergigi cantik.. rupanya boleh.. terima kasih dr leen.. saya terfikir juga sekiranya saya membuat tampalan apa akan jd bila saya senyum.. muka kelakarkan.. cukup hinaan yang saya terima sekarang.. saya rase tidak ade masalah untuk mengumpul duit sebanyak rm 1,500.00.. jika tiap2 bln 100.00.. saya ingatkan kena bayar 3, 000.00. dr lee untuk pengetahuan dr lee, gigi saya jarang dihapan.. tidak terlalu jongang.. tapi kalau tak dirawat pasti gigi saya akan luas.. tapi adakah faktor gusi @ sebaliknya.. dr leen saya amat risau jika saya sudah membayar sebanyak 1,500.00.. maknanya brackets sudah dipakai.. apakah akan rase sakit.. ade yang kata sampai demam panas.. dr leen baru sekarang saya terbuka minda untuk membaca mengenai pengajaan gigi.. saya kalau boleh nak buat sebulan hujan bulan nie.. nak buat azam baru.. terima kasih sekali lagi.. dr leen kalau tidak keberatan boleh saya mendapatkan alamat dipuchong.. dan no contact sekali.. appreciate dr leen bg..
December 17, 2008 at 3:12 pm |
aina: sebab tu baik awak datang utk check dulu…baru kita tau sesuai atau tidak buat braces..kadang2 ada orang yang ada satu ligamen tengah2 gigi yang tebal..so kadang2 sebelum buat braces kena buang ligamen tu dulu..kalau tak gigi takleh nak rapat…kalau takde ligamen tebal..boleh terus pakai braces…apa2 pun..nanti masa jumpa dr tu nanti dia akan terangkan semuanya. Alamat kat puchong tu saya tak tau sangat sebenarnya..tapi klinik tu nama dia Klinik Pergigian Tiew..di deretan kedai di puchong perdana..berdepan dengan restaurant Bistro. Kalau masuk je exit puchong perdana tu..dah boleh nampak klinik tu kat sebelah kanan…dekat dengan kedai tayar. No phone klinik 03- 80615688. Kalau nak jumpa saya..saya ada kat sana hari selasa, khamis and sabtu..kalau nak jumpa terus dengan dr zadiron/mastura..they all ada hari ahad..dr mastura hanya ada sekali sebulan je..so better call klinik utk buat appointment kalau nak jumpa dr mastura.
December 17, 2008 at 2:41 pm |
hey dr leen apa khabar =)
ari niew cyew sudah memakai brances
dan selalu mmntingkan pnjagaan gigi
bagi mncegah
gigi berlubang
lagi
cyew mnjge gigi
dngan care mmbersihkan gigi,
semasa bagun pagi,
selepas makan
dan sebelum tidur…….
dan cyew sngt mnyesal kerana
gigi cyew cudah mmpunyai
satu tampalan sejak
kecil
ketika cyew berumur 12 tahun
dan cekarang niew
cyew brumo 14
nk masuk 15 tahun,
n then,
pas niew
cyew x kan biarkan gigi
cyew yg lain berlubang juga,
n skrng niew,
doktor gigi
telah mngorek dan menapal
gigi
cyew yg hujung sekali ,
mngunakkan
tamapalan warna
yang sama dengan gigi,
n then,
cyew thu yg ia tidak berape elok,
tpi cyew rse skerinye cyew rajin mnjge gigi
no problem lorh
untuk tampalan tu tahan
lme,
n skrng gigi
cyew rse ok n tak lorh sakit cngt,
n then.
cyew nk tnye ckit
knpew ekk
gigi
kanak -kanak
n gigi
remaja
selalu sukar
untuk mndapat gigi
berlubang
seperti
kawan – kawan cyew
cemua
tidak mmpunyai
mslah gigi,
tpi bile cyew tngok gye
diorng sukew ,
minum ais,
n cyew tnye
kwn cyew
diorng suke
gosok gigi sebelum tido ke tak??
tpi kebanyakan kat diorang ckp
malas nk gosok gigi sebelum tido
mungkin kerana penat,
n then mse sekolah rendah
cyew tak mmntingkan pasal soal
gigi
cngt
bab tu gigi
cyew berlubang,
n then,
mse gigi susu
cyew cngt cantik,
n mse kecik dulu
mak bapak, cyew x penah bagi tahu cyew
ttng gigi
berlubang,tpi mnyuruh cyew untuk mnjge
gigi,tpi cyew degil n malas
n biase lorh budak2 mmng malas,
bab tu nmpk kesan buruk nyew skrng,
n then,
cyew nk nk tnye knpew, gigi berlubang sakit
bilew kenew timah,
maksud cyew ialah,
sekirnye kita mmngigit plastik coklat
pada tempat yang ditampal,
cngt sakit??
n skrng kurang sakit kerana doktor telah mmbuat
tampalan COMPOSITE RESIN .
padew gigi hujung cyew yg belakang sekali,
n then sekirenye cyew
cudah besar nnti ,
cyew berjanji yg cyew akan jadi seorang doktor gigi
yang berjye
dan cyew akan belajar bersungguh2
smew seperti doktor leen
n sekirenye cyew cudah brjye
cyew akan
mncabut satu
gigi tampal cyew
yang besar
n cyew
akan mmbuat crown
n cyew gembira sekirenye doktor leen
dapat membalas mesej cyew ini,
n cyew nk tnye tnye lagi sekirenye
kite telah mmakai brances sejak kecil
lagi
boleh kah kite
memakai crown,
maksud cyew ialah,
brances telah mencantikkan gigi
yang x smew rata,
n setelah kita mncabut satu gigi tampal,
boleh kah dokttor membuat crown
yg smew
dngan kedudukan
brances yg rata
dngan semua gigi????
ok terime kasih doktor leen
smpai disini sje lorh
soalan cyew,
n maaf sekirenye
bertnye bnyk cngt soalan ^_^
December 17, 2008 at 3:49 pm |
aishah: biasanya gigi yang ditampal dengan amalgam ( yang warna silver tu) ada reaction bila kena bahan yang ada logam lain seperti kertas timah tu..dia panggil ‘galvanic reaction’…menda ni lebih kurang cam cas elektrik laa..sebab tu rasa ngilu skit…composit tu takde logam dalam dia..pasal tu takde ngilu dah bila gigit kertas timah tu. Actuallynya utk buat crown tak perlu nak cabut gigi yang dah ditampal tu..boleh buat crown terus..cuma kalau gigi tu dah mati..kena buat root canal treatment dulu kemudian baru buat crown. Sebab tampalan yang besar memang kurang tahan skit..jadi kalau letak crown boleh tahan lama skit. Biasanya lepas buat braces..gigi akan tersusun..so lepas tu kalau buat crown..susunan takkan berubah..biasanya kita akan buat ianya align dengan gigi lain..:)
December 19, 2008 at 1:21 am |
ohh bru cyew fhm
ok teme kasih dr leen
December 22, 2008 at 3:23 pm |
aishah: ok..no problem
December 19, 2008 at 1:30 am |
asalamualaikum ^_^,
dr leen cye cume
nk tnye yg
sye sudah mndpt tmpalan pde gigi
yg hujung sekali
pde gigi geraham cye yang atas sekali,
cye rse malu
n mnyesal
kerna
tidak mnjge gigi sejak kecil n
selalu kurang menitik beratkn
soal mkanan yg
manis,
tetapi sekrng niew
cyew ok
kerana
cyew tahu
bukan cyew chje mhluk tuhan
yang mmpunyai
satu tampalan pade gigi
tapi bnyk ouwg lain lagi,
its ok =)
tpi cyew cume nk tnye, yg gigi geraham niew, ialah gigi kekal kite kew??
n gigi ini tidak pernah patah sejak kite
kecil lagi, n klo gigi tu patah ,gigi tu x kan tumbuh lagi kew??
walaupun tidak pernah patah,dari kecil lagi,
n gigi geraham nie x dew gigi susu kew??
n tu jew soalan cyew dr leen
terime kasih
n asalamualaikum =)
December 22, 2008 at 3:30 pm |
chacha: w’salam…biasanya gigi geraham atas tu memang gigi kekal yang tumbuh masa umur kita 6 tahun..yang tu memang takde gigi susu sebelumnya..dia terus tumbuh gigi kekal..so memang kalau cabut gigi tu takkan ada gigi lain yang tumbuh.
December 19, 2008 at 1:49 am |
aslamualaikum
dr leen, cyew cume nk tnye jew, gigi cyew cudah di pasang brances, gigi geraham cyew yg pling hujung telah ditampal,dngan cre doktor telah mngorek tampalan gigi cyew yg kaler silver tuh,mnjdi warne putih, n cyew cume nk tnye, doktor rse sesuai kew klo, gigi geraham yg pling hujung dan yg paling dlm ditampal,mnggunakan kaler yg putih tu??, cyew rse mybe sebab doktor tu nk tutup lubang bagi diew nmpk lebih cantik lagi n sme ngan warna gigi cyew yg laen,yg no prblemturh,n nmpe klo tmpal
gune warne putih adew rse sengal sikit n adew bau busuk skit,daripdew yg warne silver turh??,tpi cyew x dew mslh pun bab cyew mengunyah mngunakkan gigi geraham yang sebelah kanan turh,bukan yg sebelah kiri,iaitu tempat gigi yang ditampal turh =),tpi cyew nk tnye,klo kite mnjge kebersihan gigi,maka semua gigi akan mnjadi tahan trmasuk gigi yang ditampal tu kew??
ok terime kasih
dr leen
-salyo
December 22, 2008 at 3:34 pm |
salyo: w’salam. Gigi yang ditampal dengan warna putih tu masa mula2 memang boleh rasa sensitive skit..tapi biasanya akan hilang…kalau dijaga betul2 insyaallah akan tahan gigi tu..make sure jumpa dentist every 6 month utk check up cay..:)
December 22, 2008 at 4:42 pm |
salam DR LEE , SAYA NAK TANYA? DR TAHUKAN SAYA MEMPUNYAI GIGI JARANG SEHINGGA 1CM.. JIKA SAYA MENGIKAT DIDEPAN SAHAJA BOLEH KE DOKTOR.. DR LEEN, JIKA SAYA MEMBUAT BRACES AGAKNYE BERAPA LAMA SAYA KENA MEMAKAINYE.. ADAKAH SAYA PERLU MEMBUAT TAMPALAN DIHADAPAN JIKA GIGI SAYA RAPAT.. DR LEEN SAYA AMAT RISAU, SEKIRANYA SENYUMAN SAYA TAK CANTIK.. LAGI SATU DR LEEN, PUCHONG PERDANA, DEKAT MASJID TERAPUNG YE.. ADAKAH DERET DGN UMAH KEDAI.. INSYALLAH SAYA AKAN PERGI BERJUMPA DOKTOR GIGI, UNTUK TANYA PENDAPATNYE… MUGKIN SAYA AKAN CHECK DI SHAH ALAM… JIKA SAYA NAK BUAT TREATMENT MUGKIN SAYA AKAN KE PUCHONG.. DR LEE.. KENA BERPANTANG KE AFTER KITA PAKAI BRACES..
December 31, 2008 at 11:58 am |
aina: elok u datang untuk check up dulu then baru boleh bagitau apa yang perlu buat, berapa kos, berapa lama..etc..biasanya lepas pakai braces tu kena maintain guna retainer jer..baru gigi tak kembali ke kedudukan asal. Klinik kat puchong perdana tu dekat masjid terapung..boleh nampak dari tepi jalan Klinik Pergigian Tiew. Saya tak buat braces ni tapi dr yang buat kat klinik tu ada hari ahad pagi…so datang kat sana ye..
December 27, 2008 at 12:26 am |
dr..
sye mmpunyai mslh sbb gigi dpn sye besar..
asalnye 4 btng gigi..
bla dh cbut 4 btng tumbuh gigi kkl dua aje..
jdi,oleh sbb x de ruang maka gigi yg dua lgi
tmbuh atas gusi dan kelihatan sepeti siung..
ini sngt mmalukan sbb sye mmpunyai wjah
yg agak comel,bla dtegur muke cntik gigi x
cntik,sye berasa sngt malu..ape pndpt dr?
umo sye 14 nk msuk 15..
December 31, 2008 at 12:17 pm |
ika: hmm..kalau datang utk check senang sikit nak cerita..susah nak bagitau apa perlu dibuat kalau takde gambar. tapi biasanya kalau kes2 macam ni kalau buat ortho boleh betulkan kembali gigi2 yang tak teratur.
December 29, 2008 at 11:15 pm |
ok terime ksih dr leen
December 29, 2008 at 11:18 pm |
ok thnks dr leen =)
January 17, 2009 at 12:58 pm |
Dr xde ke bahan untuk tampalan gigi hadapan yg blh same warna ngan gigi yg lebig tahan lama…macam saya ni rsanya kne wat tampalan pd gigi dpn tp blhkah sy th brpakah kosnya??
January 19, 2009 at 10:31 pm |
puteri: kos bergantung pada berapa besar lubang tu..harga dalam 80 ke atas…bahan tampalan yang sama warna memang ada…tapi kalau dah besar sangat ianya tak tahan sebab ia hanya melekat pada gigi..kalau digunakan utk gigit benda2 keras ke memang dia boleh tanggal..so check dulu cay
January 24, 2009 at 11:04 pm |
salam…saye cume nak tau alatan dan bahan ape yg digunakan untuk menampal gigi ?
January 26, 2009 at 10:16 am |
sheda: alatan dan bahan yang digunakan utk tampal gigi? banyak tu kalau nak senaraikan kat sini..boleh specific sikit tak?
January 29, 2009 at 2:56 pm |
salam dr,saya dimaklumkan sebelum prosedur porcelin veneer @ crown dilakukan,mestilah membuat rawatan akar terlebih dahulu,maknanya kos membuat root kanal tidak termasuk lagi dalam kos membuat crown@veneer?? sepanjang tempoh rawatan akar bolehkan saya membuat cucian gigi @tampalan?? proses rawatan akar biasanya berapa kali mesti datang ke klinik?
January 31, 2009 at 10:32 pm |
sakura: salam. Tak semestinya kena buat rawatan saraf dulu. Biasanya rawatan saraf dibuat jika gigi tu dah mati…kemudian sebab warna gigi yang dah mati tu gelap..sebab tu dibuat crown atau veneer. kos memang lain2…rawatan akar tu biasanya dalam 2 atau 3 kali datang…and semasa buat memang boleh buat rawatan lain..takde masalah…
February 10, 2009 at 7:38 am |
Salam drleen,
Nak tanya psal tampalan gigi. Geraham saya dulu ditampal dgn amalgam. Kemudian apabila kerosakan berjangkit pd gigi sebelah dr gigi saya dah tampal kedua-dua dgn tampalan warna gigi. Seingat saya setelah tampalan dibuat dlm 2-3 bulan, saya diserang dgn bengkak gusi sehingga membesar ke pipi dan leher. Dr. kemudian bg antibiotik utk atasi masalah bengkak. Dlm seminggu ia susut. Lanjutan dr itu gusi dibawah tampalan saya sering bengkak sedikit dan bernanah. Sekejap ok, kemudian ada balik. Mcm tu selalu hingga kini. Adakah ini kesan dr tampalan atau saya tak sesuai dgn jenis tampalan tersebut. Terima kasih.
February 11, 2009 at 5:42 pm |
zukingah: kalau bengkak gusi hingga ke pipi dan leher maknanya gigi tu dah mati dan memerlukan rawatan saraf atau cabutan jika tak mahu rawatan saraf. Utk make sure, kena ambil x-ray . Apa2 pun cuba tanya dr tu jika gigi tu dah mati atau tidak.
February 16, 2009 at 11:57 am |
salam dr..sy sbnarnya da masalah 1 gigi kuning di hadapan..sy rasa malu sgt bila berckap ngan org laen kerana bila sya berckap,gigi sya yg berwrna kuning 2 jelas kelihatan.so,bila ckp sy tkut nk bkak mulut besar2.jd sy nk tny dr,apakah cara yang paling sesuai ptot sya lakukan utk mengatasi masalah 1 gigi kuning pd bhgian dpn ni??
February 17, 2009 at 3:49 pm |
Ketika saya mengandungkan anak sulung saya, saya telah mendapatkan rawatan gigi. Ketika itu dr gigi telah menampal gigi saya menggunakan tampalan berwarna hitam. Melalui pembacaan saya, bahan itu adalah jenis merkuri yang berbahaya pada kesihatan dan boleh menyebabkan anak mengalami autism.Sejauh mana kebenarannya?adakah saya perlu membuangnya dan menggantikan tampalan yang baru menggunakan bahan yang lain?
February 18, 2009 at 3:20 pm |
ann: sememangnya ada merkuri dalam tampalan amalgam tu..tapi jumlahnya sikit..ada ramai pakar2 yang berbincang mengenai hal ni dan masing2 mempunyai pendapat masing2…bagi pendapat saya..jika nak buang dan letak yang baru..takde masalah..jika nak kekalkan pun takde masalah.
February 23, 2009 at 1:48 pm |
salam drleen….
saya nk tahu sakit tak buat tampalan ni? bulan depan saya ada appment untuk tukar tampalan baru..tampalan saya ni dah lama..masa sekolah rendah lg..tampalan wane kelabu/hitam tu..so dr kata nk tukar sbb ada retak ckit kat bahagian ats tamplan..tp tampalan ni xsakit dan xberlubang pn.cume terhakis ckit kat bahagian atas..dgr kata dr tu nak gantikan dgn tamplan wane putih.so sesuai tak tampaln ni?sakit tak?
April 1, 2009 at 10:41 pm |
salam..sy berumur 22 tahun. sy ada masalah susunan gigi kapak kebelakang(gigi kapak kiri sahaja, kapak kanan normal) dan syukurla susunan gigi yg lain sempurna dan cantik. tetapi disebabkan gigikapak kiri terperesuk membuatkan sy seolah2 rongak bila tersenyum. apakah saranan doktor? jika sy mencabutnya dan memakai gigi palsu, adakah gigi palsu tersebut boleh tertanggal semasa sy berciuman dgn suami sy memanadangkan gigi tersebut adalah gigi kapak(hadapan). dan budget yg sy ada adalah rm1000 dan ke bawah. lokasi saya adalah di melaka. harap doktor dapat menjawab secepatnya. jasa doktor hanya Allah yg membalasnya…
April 6, 2009 at 11:16 am |
cik_su: kalau tampalan hitam tu dah ada masalah..memang patutu ditukar pun..tentang sakit atau tak tu bergantung pada dalam ke tak lubang tu..kalau dalam ngilu laa sikit..kalau takt sakit boleh mintak inject ubat bius supaya tak sakit. Nak tampal hitam atau putih tu terpulang..sebab dua2 ada baik dan buruknya…
mayakarim: salam. Kalau termasuk dalam sangat kebelakang..mungkin paling bagus ialah cabut dan letak gigi palsu dulu kemudian bila dah sembuh boleh buat bridge atau implant. Ada dr yang terus buat implant selepas cabut..tapi tak semua dr yang buat..hanya dr yang ada certificate je boleh buat..so boleh survey kat melaka tu ada tak yang buat implant selepas cabut gigi. Gigi palsu memang akan rasa lain sebab ada plastik yang tutup langit2…tentang tercabut atau tak tu bergantung jugak…kalau ianya ketat memang tak tanggal laa tapi kalau baru2 cabut dan buat gigi palsu , kemungkinan ianya makin longgar tu ada…so nasihat saya..pergi klinik gigi utk check dulu..dan tanya dr tu apa boleh buat..susah saya nak bagitau apa yang sesuai sebab tak tengok.
May 15, 2009 at 8:27 pm |
Dr leen, kenapa waktu tampal doktor gigi buang lapisan hitam tu, saya rasa ngilu? sebenarnya laoisa hitam kat gigi tu dah termasuk dalam bahagian dalam gigi ke?
May 18, 2009 at 1:00 pm |
zonan: lapisan hitam tu kalau lembut skit ianya menandakan gigi tu rosak..so kena buang..kalau ianya keras dan tak melekit maknanya mula2 dia rosak pastu dia dah baikkan diri sendiri..tapi kalau berlubang dan hitam2 memang kena laa buang dan tampal dengan tampalan.
May 21, 2009 at 9:21 pm |
Dr…
saya nak tanya pasal menapal gigi dua di depan. Gigi saya halus dan nampak tak kuat. saya ragu2 utk pergi menempal gigi2 tu takut pecah pulak. my second concern is that takut nanti tampal tu nampak so obvious. saya sangat conscious dengan penampilan saya. apa yg dr leh recommend yg saya perlu buat. bhgn yg rosak masih kecil.
May 22, 2009 at 4:14 pm |
fatin: kalau rosak tu kecil lagi boleh tampal biasa je..sekarang ni ada banyak jenis bahan tampalan yang warnanya seakan2 gigi betul jadi tak perasan sangat. kalau lubangnya besar mungkin boleh nampak skit laa..so apa2 pun pegi check dulu k..
June 24, 2009 at 2:26 pm |
saya nak tanye kenapa lepas wat rct
gigi kite jd warna kuning?
apakah rawatan untuk menyelesaikan masalah ni..
June 25, 2009 at 8:02 pm |
sobhi: gigi bertukar warna selepas mati..kadang2 warna gelap..kadang2 kuning..etc..biasanya boleh buat nonvital tooth whitening ataupun sarung dengan crown.
June 28, 2009 at 12:16 am |
Assalamualaikum dr.Saya ingin bertanya kalu 2 gigi depan atas blh diratakan dengan membuat rawatan crown,jika gigi itu kebelakang,tp mcm mana pula dengan masalah gigi saya yang ke depan ni tapi 2 btg je lah,yg lain ok jew..saya kalu blh tak mahu rawatan braces..mcm mana ya dr..hrp dr dpt membantu..tq
June 28, 2009 at 9:47 am |
yati: hmm..gigi kedepan tu susah skit nak kebelakangkan..ada dentist yang buat potong habis semua gigi tu selepas buat root canal treatment..kemudian letak besi kat dalam dan buat crown baru…..so nasihat saya check dulu k.
October 8, 2009 at 2:26 pm |
Salam drleen
Sya baru menampal gigi depan sy dengan bahan putih..adakah ia akan tahan lama dan brp lama? Camana penjagaan yg btul supaya nnt bahan tu kekal?
satu lg..ni ada 1st sy pg menampal..adakah tampalan itu kekal atau tidak?
October 8, 2009 at 3:44 pm |
juju: salam. bahan tampalan tu insyaallah ok kalau jaga betul2..jaga dia biasa je laa gosok betul2..floss..tapi bahan tampalan putih tak de laa tahan sampai berpuluh tahun..lama2 kena ganti jugak sebab ianya boleh berubah warna..kalau nak lagi cantik boleh buat crown
October 17, 2009 at 2:35 pm |
doktor..nk tanya..ari tu saya pegi kt satu dental tu sbb sy nk tampal gigi depan..tapi dentist tu cakap lubang gigi saya tu terlalu kecik utk ditampal.kena tunggu dia besar sikit baru boleh.dia ckp jugak kalau tampal jugak akan senang tertanggal balik.ade ke camtu?
October 22, 2009 at 2:26 pm |
farhan: boleh je tampal actuallynya..tapi kadang2 bila terlalu kecil tu susah skit nak tampal tapi kalau tampalan putih tu kecik ke besar ke boleh tampal asalkan takde darah atau air liur. lubang tu kat celah ke kat hujung gigi ke kat akar gigi? kalau kat celah ok je kalau tampal..kalau kat hujung gigi tu memang senang tanggal sebab asyik kena gigi bawah..kalau kat leher gigi pun ok gak..
October 22, 2009 at 12:01 pm |
gigi sy blapis ….,yg blapis mgalami krosakan mnyebabkn sy malu untuk snyum…,smpai ada yg kata kan sy n smbong…,pdhal tidak sesekali…
apa yg patut sy buat…,dr..,
October 22, 2009 at 2:59 pm |
fatty: gigi berlapis tu kalau rosaknya terlalu teruk..elok dicabut..sebab utk tampal kadang2 susah nak dapatkan tampalan yang baik..anyway..cuba check kat klinik gigi utk tengok sesuai tampal ke atau cabut.
November 4, 2009 at 6:06 pm |
hye DRleen….
sy de problm gusi merah…(gigi dpn bhgian bwh)…lme kelamaan ia mnjd merah gelap…(mcm bngkak)..tp sy x rse sakit lngsung…n gigi p0n x g0yang…sy nk tw pe punca gusi sy jd mcm nie…adkh ia akn mmberi effect pd gigi sy nnti…????
h0pe DRLEEN dpt answer my questi0n…..
November 10, 2009 at 11:23 am |
ainie91: kena check dengan dr gigi dulu..biasanya kalau gusi merah dan bengkak ianya sebab gingivitis..iaitu jangkitan kuman pada gusi..yang tu reversible..lepas buat scaling dan buat penjagaan betul dalam membersihkan gigi..sure warna merah dan bengkak tu hilang..anyway..apa2 pun check dulu laa kat dr utk tengok samada ianya gingivitis atau menda lain