Bagaimana membersihkan gigi anda dengan betul

Anda tentu merasakan yang anda tahu bagaimana memberus gigi. Tetapi persoalannya, adakah cara anda memberus gigi itu betul?

Pemilihan berus gigi

1. Jenis :

Anda boleh memilih apa jua jenis berus gigi samada yang biasa atau bermotor/elektrik asalkan anda selesa untuk menggunakannya dan anda boleh memberus seluruh permukaan gigi sehingga gigi yang paling belakang sekali. Tetapi elok jika anda memilih berus gigi yang kepalanya kecil sekiranya anda mempunyai gigi geraham bungsu untuk menyenangkan anda memberusnya.

2. Berus gigi:

Pastikan anda memilih berus gigi yang berusnya lembut (soft) dan bukannya sederhana(medium) ataupun keras (hard). Plak yang anda perlu bersihkan setiap hari adalah lembut sahaja jadi anda tidak memerlukan berus yang keras untuk menghilangkannya. Karang gigi TIDAK boleh dibersihkan dengan berus gigi.

Pemilihan ubat gigi

Terdapat pelbagai jenis ubat gigi yang berada di pasaran sekarang yang mempunyai berbagai fungsi. Kebanyakkan ubat gigi mempunyai florida (fluoride) yang penting untuk mengurangkan risiko karis gigi. Sekiranya anda mempunyai gigi yang sensitif, adalah di nasihatkan supaya memilih ubat gigi untuk gigi sensitif kerana ia boleh membantu mengurangkan sensitiviti pada gigi anda seperti Sensodyne ataupun Colgate Sensitive. Sekiranya anda tidak mempunyai masalah, anda boleh menggunakan apa jua ubat gigi mengikut citarasa anda. Apa pun yang anda pilih, pastikan anda hanya meletakkan sedikit sahaja ubat gigi ke atas berus gigi anda bukan seperti yang anda nampak di iklan ubat gigi. Kerana anda tidak memerlukan ubat gigi yang banyak untuk memastikan gigi anda bersih. Penggunaan ubat gigi berlebihan hanya membazir dan tidak menyebabkan gigi anda bertambah putih dan bersih!

Cara memberus gigi dengan betul

Unuk membersihkan seluruh permukaan gigi anda dengan betul, anda perlulah melihat cermin semasa memberus gigi dan juga mengambil masa untuk memberus gigi anda (anda bolehlah mengira sebanyak 5 kiraan di dalam hati pada setiap bahagian permukaan gigi yang diberus). Jangan memberus dengan kuat kerana ini akan menyebabkan gigi anda boleh terhakis terutamanya pada leher gigi dan menyebabkan gigi anda menjadi sensitif. Cara memberus adalah seperti dibawah :

Berus permukaan mengunyah gigi atas dan bawah secara menggerakkan berus kehadapan dan kebelakang.

 

Pada kedudukan berus 45 darjah dari gusi, beruskan permukaan luar gigi atas secara bulatan kecil mulai dari gigi belakang ke gigi hadapan dan berakhir dengan gigi belakang pada sebelah yang bertentangan. Diulangi dengan permukaan gigi bawah.

Ulangi langkah yang sama untuk permukaan dalam gigi untuk gigi belakang

Untuk permukaan dalam gigi hadapan atas dan bawah, gunakan hujung berus gigi sahaja untuk memberus bahagian tersebut.

Akhir sekali, jangan lupa untuk memberus lidah anda dengan cara memberus kehadapan dan kebelakang dengan lembut. Ada juga berus gigi yang mempunyai bahagian untuk memberus lidah.

PERINGATAN : Jangan sesekali memberus gigi anda dengan kuat dan juga memberus permukaan gigi dengan menggerakkan berus kehadapan dan belakang. Ia boleh membawa kemudaratan kepada gigi dan gusi anda kerana ia boleh menyebabkan gusi anda tercedera dan menurun (recession) hingga mendedahkan akar gigi anda dan juga menyebabkan leher gigi anda terhakis (abrasion)

Semoga anda akan memberus gigi dengan betul selepas ini. Gigi yang dibersihkan dengan betul akan membuang plak yang ada pada permukaan gigi anda dan ini boleh menghalang atau mengurangkan pembentukan karang gigi. Pemberusan yang betul juga akan mengurangkan risiko untuk mendapat karies gigi (gigi berlubang) dan juga penyakit keradangan gusi (gingivitis) yang menyebabkan gusi anda sering berdarah dan juga menurun.

Selamat Mencuba!

 

 

 

 

 

33 Responses to Bagaimana membersihkan gigi anda dengan betul

  1. Nizar says:

    tengok gamabar2 tu macam payah je nak berus gigi ni. silap2 boleh terjolok anak tekak. kecik2 dulu saya pernah tgk bapak saya buat demonstrasi memberus gigi, senang jek. lepas habis gosok gigi tu, bapak saya masukkan gigi tu dlm mulutnya. dah besar sikit baru saya tau rupa2nya bapak saya pakai gigi palsu…

  2. drleen says:

    hehehe..kelakar laa awak nih! Tak susah..mula-mula mungkin kekok sebab kalau tak pernah berus cara ni tapi lama-lama tu senang jer..apa-apa pun pastikan gosok secara bulatan kecil, dan jangan menggosok cara ke depan dan ke belakang..

  3. AJ says:

    Leen, tolong beri tip.. darn it! My Malay sucks.

    Pls write on brushing teeth for children, type of toothbrush, toothpaste, tips on introducing teeth hygiene etc.

  4. Nizar says:

    dulu sy gosok bulat2. skrg saya gosok dari pangkal gigi ke atas. bila gosok bulat2 slalu berdarah. berus gigi bermotor tu boleh dipercayai ke?

  5. drleen says:

    AJ : Boleh…memang bercadang nak buat satu katagori khas untuk penjagaan dan rawatan gigi kanak-kanak. Tapi ambil masa sikit..so sabar ek..:)

    Nizar : Gusi yang berdarah maknanya mempunyai masalah keradangan gusi (gingivitis). Dengan memberus secara bulatan, semua permukaan gigi termasuk di leher gigi boleh dibersihkan. Janganlah memberus dengan kuat kerana ia boleh merosakkan gusi . Gosok dari pangkal gigi ke permukaan gigi juga boleh tetapi kadang-kadang bahagian leher gigi tidak dibersihkan dengan sempurna kerana ia berbentuk separa bulatan. Berus gigi bermotor itu bagus digunakan kerana gerakan membulat boleh memastikan kesemua permukaan gigi dibersihkan. Tetapi ia agak besar dan kadang-kala kalau tidak pandai menggunakannya anda tidak membersihkan gigi paling belakang sekali dengan betul.

  6. AJ says:

    Mari kita gunakan anak kita sebagai model. Boleh dr leen? Alisdair sebagai model bayi dan Faaris sebagai model kanak-kanak.

  7. drleen says:

    bolehhhh…nanti i amik gambar they all dengan berus gigi..sure comel..

  8. Din says:

    assalamualaikum Dr Leen,
    saya masih tidak faham bagaimana memberus gigi dgn betul.
    cara manakah yg betul samada berus atas bawah atau kiri kanan?
    minta jasa baik Dr Leen untuk menerangkan dgn lebih lanjut.
    TQ.

    best regards,

    admin.eremaja

  9. drleen says:

    din: Sebenarnya, cara gosok gigi ni ada macam2..yang penting semua permukaan gigi bersih di gosok. Kadangkala cara ke kiri dan ke kanan tu boleh menyebabkan bahagian giig yang hampir dengan gusi tidak dibersihkan dengan betul kerana gusi kita berbentuk melengkung jadi kalau gosok ke kiri dan ke kanan, bahagian yang paling melengkung akan tertinggal menyebabkan plak berkumpul dan seterusnya gigi menjadi rosak di bahagian leher gigi. Lagi satu keburukan gosok ke kiri ke kanan jika gosok terlalu kuat boleh menyebabkan gusi menjadi turun dan akar gigi menjadi terhakis menyebabkan gigi menjadi sensitive.

    cara berus atas bawah boleh juga digunakan kerana ia membersihkan keseluruhan gigi. Saya memilih cara gosok dengan cara bulatan kecil kerana ianya senang dan ia dapat membersihkan keseluruhan permukaan gigi seperti mengelap cermin. Dengan ini ia dapat mengikut bentuk gigi yang agak melengkung apabila dekat dengan gusi dan tidak mencederakan gusi.

    Paling penting sekali, berus lah dengan lama. Jangan sekejap je dah siap. Awak boleh gunakan cara berus atas ke bawah ataupun cara bulatan kecil. BIla gosok kalau boleh bayangkan bahagian mana yang awak berus . Ok…diharap ia membantu…thanks..:)

  10. Din says:

    Thanks Dr Leen…penerangan yg jelas dan padat…saya akan cube..
    1 lg soalan Dr Leen..
    saya ade dgr kwn saya kata,kalo gosok gigi lebih 2x dengan menggunakan ubat gigi,gigi akan cepat rapuh?betul ke Dr?
    Harap penjelasan dari Dr.
    TQ.

  11. nasir says:

    Dr Leen..gigi saya ok,lg pun saya baru buat tampalan,doktor gigi cakap gigi masih ok.masalahnya mulut saya berbau wlaupun pelbagai jenis ubat kumuran telah dicuba.adakah ini berkaitan dengan penyakit gusi,apa yg perlu dibuat?

  12. drleen says:

    din: Sebenarnya, kalau gosok gigi dengan kuat dan menggunakan berus gigi yang hard atau medium, boleh menyebabkan bahagian leher gigi senang terhakis. Dan ini menyebabkan gigi menjadi sensitive. Tentang ubat gigi, semua ubat gigi ada bahan hakisan di dalamnya. Bertujuan untuk membuang plak atau stain pada gigi. Tetapi bahan hakisannya tidaklah menyebabkan gigi menjadi rapuh. Cuma macam saya kata tadi jika berus dengan kuat dan menggunakan berus gigi yang keras, ianya memang boleh berlaku.

    nasir: Kadangkala ianya berkaitan dengan penyakit gusi. Jika sudah buat rawatan scalling, dan masih juga berbau, cuba tukar ubat kumur. Kadangkala jika ubat kumur itu terlalu kuat baunya, ia juga boleh mendatangkan sejenis bau dari dalam mulut. JIka ubat kumur mempunyai alcohol, ia boleh mengeringkan mulut dan menyebabkan ianya berbau juga. Paling penting utk elakkan berbau, sentiasa pastikan mulut basah. Jadi kena selalu minum air, elakkan minum minuman yang ada caffein seperti kopi, teh dan sebagainya.

  13. Din says:

    Ok Dr Leen…TQ ye.. 🙂

  14. linda says:

    dr leen, gg geraham sy sakit sgt smpai berdenyut2 mcm nk mati…sy dh mkn ubat yg diberikan doktor tp masih sakit jgak…sy pun ambil kputusan cabut gigi semasa ia sedang membengkak n sakit…doktor beri pilihan utk cabut atau tidak krn ia membahyakan n ubt bius tidak 100% menjamin…akhirnye saya pun cabut dn mslhnyer lubang tu besar sgt n mengerikan….

  15. linda says:

    saya merasakan seperti kehilangan besar dlm hidup sy…seperti kehilangan org yg paling kita sayang…betul ker peluang utk gigi lain utk rosak tinggi?..sy dh xsanggup nk cabut gigi lg krn ia amat menyakitkan…

  16. linda says:

    masa sekolah dulu doktor nak tampal gigi geraham tu tp sy pegi kumur n simen tu pun hilang..akibatnyer di usia 25thn nie sy kehilangan gigi tersbut….betul ker ader fakta mengatakan susu tepung akan menjadikan gigi kita kuat?

  17. drleen says:

    linda: awak jangan risau dengan kehilangan satu gigi tu. Kadangkala gigi tu terlampau rosak dan tidak boleh lagi diselamatkan. Jadi, saya rasa awak jangan fokuskan sangat tentang gigi yang dah hilang tetapi fokuskan pada kesakitan yang awak tak rasa lagi, awak boleh makan dengan selesa..kemudian awak boleh fokuskan pada rawatan utk gantikan gigi yang dah hilang tu…so jangan risau ye..sesuatu yang terjadi tu ada fadhilatnya…:) MUngkin selepas ni linda boleh selalu berjumpa dengan dr gigi utk buat pemeriksaan dan memastikan gigi yang lain tidak rosak dengan teruk…Ok..jangan risau..

  18. jel says:

    bagaimana cara memastikan nafas sentiasa segar dan tidak berbau?

  19. jae says:

    saya lelaki, berusia 24 tahun, penggemar kopi dan merokok dalam 6-7 batang sehari. saya baru sahaja menampal 2 lubang pada bahagian 2 gigi geraham di sebelah hujung kiri bawah. Hari ini, bila sedar akan kepentingan gigi, saya telah membeli ubat gigi Zact Smokers, berus gigi Aquafresh medium, dan Listerine. Saya harap doktor dapat memberikan sedikit panduan untuk saya tentang cara yang lebih baik dalam penjagaan gigi.

  20. drleen says:

    jel: hmm..pergi dental check up 6 bulan sekali…buat scalling 6 bulan sekali..gosok gigi dengan cara betul, floss setiap hari..guna ubat kumur tanpa alcohol. Kalau dah buat semua tapi masih ada problem kena jumpa dr gigi utk pemeriksaan selanjutnya.

    jae: Hmm..tentang berus tu kalau boleh jangan gunakan yang medium..bukan apa..kalau awak ni memang yang suka berus dengan kuat ianya boleh menyebabkan leher gigi menjadi lekuk dan ngilu..so saya cadangkan gunakan soft. Gosok gigi paling penting sekali ialah menggosok seluruh permukaan gigi dan mengambil masa utk gosok tu..jangan gosok kuat tapi gosok lama…listerine tu saya takde laa galak sangat guna..sebab ia ada alkohol jadi ia akan cepat mengeringkan mulut…kalau nak guna ubat kumur cari yang tiada alcohol..dah kalau boleh kumur 30saat dan lepas kumur jangan dibilas dengan air, jangan makan atau minum selama 30 minit..baru berkesan sikit. ubat gigi tu terpulang laa ubat gigi apa…paling penting gosok dengan betul..kemudian kena rajin jumpa dr gigi utk scalling…sebab awak ni suka minum kopi dan merokok jadi mungkin kena jumpa utk cuci gigi dalam 3-4 bulan sekali kot..kalau tunggu 6 bulan atau setahun takut bayak pula karang gigi dan stain. Lagi bagus kalau boleh kurangkan rokok dan seterusnya berhenti terus…boleh jamin gigi kekal lama…:)

  21. aishah says:

    assalamualaikum =),hrp dr leen dpt
    mmnbntu syew,syew mmpunyai masalah yg kritikal iaitu,gigi cyew sudah ditampal n cyew
    rse malu sngt,cyew rse mnyesal kerana tidak mnjge gigi sye sejak cyew kecil lagi,
    cyew thu tampalan yg dibuat untuk mncantikkan gigi yang berlubang,n skrng niew cyew
    rsew mnyesal n nk jgew gigi cyew sepenuhnyew,n syew rsew malu kerana cyew terlalu muda
    n bru bru berusia 14 tahun untuk mndpt 1 tampalan pada gigi yg muda
    n cita2 cyew bilew bsar nnti cyew ingin mnjadi seorang model or doktor gigi
    n bolehkah cyew mnjdi seorng doktor gigi sekirenye gigi cyew mmnpunyai satu tampalan pdew gigi cyew tetapi gigi cyew masih cntik n sihat
    n selepas ini, cyew ingin mengunakkan pendakap gigi,
    n bolehkah cyew mmngunakkan nyew sekirenyew cyew mmpunyai tampalan pada gigi???

  22. drleen says:

    aishah: saya dah jawab kat post lain..:)

  23. haya says:

    Aslamualaikuk Dr len yg baik hati.

    Terimakasih kerana menyediakan ruangan ini. Saya yg dok jauh pun(japan) boleh mendapat nasihat.Maklumla kat sini Dr gigi semua cakap jepun …saya pun tak pandai cakap jepun.

    Saya ada masalah akar gigi yg terhakis….. sebabnya mungkin semasa kecil saya guna berus yg keras (sebab murah)dan gosok dari depan ke belakang…..maklumla kat kampung tak de kemudahan internet masa tu, jadi tak tau cara berus gigi yg betul…. masalahnya akar gigi dah kelihatan menyebakan makanan melekat…susah nak dibersihkan. Sekarang walau pun saya guna berus gigi lembut, terdapat caries di permukaan akar. Bagai mana nak mengatasi masalah saya ini…boleh ke tampal pada permukaan akar tu…terutama di gigi hadapan.

    Sekian

    • drleen says:

      haya: boleh je tampal no problem…kalau kat jepun mahal sangat masa balik m’sia nanti boleh tampal..:) sekarang ni kena gosok gigi betul2..takut makin teruk pula hakisan gigi tu…kalau dalam sangat hakisan gigi tu kadang2 sampai kena saraf…kalau saraf dah jangkit kuman dan bengkak kena buat root canal treatment kalau sesuai..so apa2 pun kena check gigi dulu utk tengok boleh tampal terus ke kena buat rawatan lain dulu k…bila balik m’sia?

  24. miko says:

    doktor…saya mempunyai masalah KEKUNINGAN gigi yang ketara…saya berasa malu untuk senyum..ramai kawan2 saya yang ketawakan saya sebeb masalah kekuningan gigi saya ini…saya malu..sudah bermacam2 cara saya buat untuk mengurangkan masalah kekuningan ini…boleh doktor tolong untuk memgurangkan masalah kekuningan gigi saya ini…

    • drleen says:

      miko: buat whitening mungkin boleh tolong..tapi kalau kuningnya banyak sangat mungkin kena buat di klinik sebab bahan yang digunakan sangat kuat berbanding dengan yang buat sendiri di rumah.

  25. safwan says:

    as.salam terima kasih kerana mengajar saya cara nk berus gigi…haha..

  26. afni says:

    hi dr,
    bleh x dr cadangkan ubut kumur yg xmengandungi alkohol?
    kalau bc kt label,apa nama jenis alkoholnye?
    tq

  27. alyahya says:

    ubat kumur 2 ade tak jual kat farmasi??n harge berapa agak2 nyer la…ape fungsi ubat kumur 2

    • drleen says:

      alyahya: ada..harga saya tak sure..kena tengok kat farmasi tu. Ubat kumur ni kalau yang ada ubat dalam dia tolong basmi kuman..kalau yang biasa2 tu boleh menolong mencegah terbentuknya plak..menyegarkan nafas…membasmi kuman..tapi ianya hanya berkesan kalau kita berus dengan betul.

  28. Ahmad Nazmie says:

    kalau saya gsok lidah,msti ad bnyi yg kluar…. ini buat saya rse ckup x slesa lbih2 lagi nk ikut kem atau rombongan brsama2 kawan…. ada x cara2 nk atasi msalah ini….?

  29. drleen says:

    Salam semua…selepas ini semua komen akan dibalas secara e-mail…:) terima kasih…

Leave a reply to linda Cancel reply