Bilakah perlu mencabut gigi susu?

Ramai ibu bapa yang datang ke klinik kerana mereka mahu mencabut gigi anak mereka yang bergoyang. Ada juga yang mahu mencabut gigi anak mereka kerana gigi kekal telah keluar di belakang gigi susu tersebut. Jadi persoalannya, adakah perlu cabut gigi anak apabila sudah goyang?

Sebelum saya jawab soalan itu, mari saya bagitau serba sedikit mengenai gigi susu. Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh apabila umur kanak-kanak berusia sekitar 6 bulan dan biasanya apabila kanak-kanak berusia 2 1/2 hingga 3 tahun, semua gigi susunya telah tumbuh. Ada kanak-kanak yang giginya lambat tumbuh dan ada pula yang cepat tumbuh. Jadi jangan risau jika gigi anak anda tidak tumbuh pada waktunya. Biasanya gigi kacip akan tumbuh dahulu, di ikuti dengan gigi geraham pertama, kemudian gigi taring dan gigi geraham kedua. Gigi bawah akan tumbuh dulu diikuti dengan gigi atas mengikut turutan tetapi ada juga yang sebaliknya gigi atas tumbuh dulu.

Apabila umur kanak-kanak sekitar 6 tahun, biasanya gigi kacip bahagian bawah akan mula bergoyang. Ini terjadi kerana akar gigi susu tersebut telah dihakis oleh gigi kekal yang mula bergerak ke permukaan gusi. Jika kita mencabut gigi tersebut terlalu awal, maka gigi kekal yang hendak tumbuh akan menjadi makin lambat tumbuh kerana akar gigi yang menjadi rujukan telah tiada. Tambahan pula, lagi lambat utk gigi tersebut bergerak menembusi gusi. Biasanya gigi yang bergoyang akan tanggal dengan sendirinya apabila tiba masanya.

Bilakah gigi susu perlu dicabut oleh doktor gigi?
1. Bila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu ( gigi bawah) atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu ( gigi atas) dan gigi susu belum tanggal lagi.
2. Bila gigi susu telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah di rawat beberapa kali oleh doktor gigi.
3. Bila gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya
4. Bila dah tiba masanya utk gigi itu tanggal tetapi tak tanggal-tanggal.Kerana biasanya bila gigi tu dah goyang sangat tetapi gigi kekal tak kelihatan bermakna gigi kekal ada di bawah gigi susu.
5. Jika takut utk cabut sendiri

Mitos yang mengatakan jika tak cabut gigi susu jika sudah goyang akan menyebabkan gigi kekal tumbuh tak lawa adalah tidak benar sama sekali. Apakah sebab gigi menjadi tidak teratur?
1. Keturunan
-rahang muka yang kecil dan gigi yang besar menyebabkan gigi tidak mendapat tempat utk tumbuh jadi tumbuh secara tidak teratur. Jika ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali mempunyai gigi yang tidak teratur maka besar kemungkinan anak juga mempunyai masalah yang sama.

2. Gigi yang dicabut terlalu awal
- Gigi yang rosak atau bergoyang yang dicabut terlalu awal akan menyebabkan gigi lain bergerak ke kawasan yang dicabut . Ini mengakibatkan gigi yang sepatutnya tumbuh di situ tiada tempat . Biasa gigi yang berlapis adalah gigi geraham kecil dan juga gigi taring.

3. Gigi susu yang tidak dicabut
- jika terdapat gigi susu yang tidak dicabut walaupun gigi kekal telah tumbuh mengakibatkan gigi menjadi berlapis-lapis dan tidak tersusun

Jadi kepada ibu bapa di luar sana, bawaklah anak untuk pemeriksaan gigi dari usia muda iaitu dalam usia 2 atau 3 tahun. Bila kanak-kanak itu sudah biasa dan tak takut dengan doktor gigi maka senang untuk mendapatkan rawatan tidak kiralah tampalan atau cabutan. Jangan sesekali paksa kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan gigi. Pujuklah dengan cara yang baik supaya kanak-kanak itu mahu untuk membuat rawatan. Jika dipaksa ditakuti nanti kanak-kanak menjadi trauma dan tidak mahu lagi membuat rawatan gigi sampai dia dewasa. Jika kanak-kanak memang tidak mahu kasi kerjasama, ada cara lain selain paksa kanak-kanak itu. Boleh membuat rawatan di hospital di mana kanak-kanak itu akan diberi ubat bius yang menyebabkannya tidur dan tidak sedar sepanjang proses membuat rawatan gigi.

Gigi yang bergoyang tidak semestinya dicabut terus. Gigi susu juga tidak semestinya dicabut oleh doktor gigi. Berjumpalah dengan doktor gigi anda dan dapatkan nasihat tentang apa yang perlu dibuat…:)

71 Responses to “Bilakah perlu mencabut gigi susu?”

  1. Fir Says:

    Salam Leen,
    Infomasi yang penting. Sabrina just lost her two bottom teeth and as a mother I was a bit worried if it’s a bit too soon for her to start loosing teeth. But after reading what you said here, it is normal then. She will be 6 in two months time.

  2. drleen Says:

    Fir : Hi Fir!! Lama tak dengar berita..how’s everyone? It’s normal if she lost her two bottom teeth if she’s going to be 6..don’t worry. She actually saved u money !! ehehehe….no need to go to a dentist to pull her teeth out..:)

    • yong Says:

      Dr leen,
      anak saya berumur 5 tahun, gigi susunya mula tanggal. Masalahnya sekarang, 2 minggu yang lepas, gigi grahamnya tumbuh, dia pun demam. Lepas tu, dalam masa minggu ini, gigi susunya pula tanggal sebiji dan tumbuh gigi kekal dibelakang gigi susu, demam lagi. Adakah tumbuh gigi kekal merupakan faktornya demam?

      • drleen Says:

        yong: biasanya kalau tumbuh gigi kekal memang senang demam..tu yang kita akan kasi syrup panadol utk legakan sakit dan juga demam..selain dari tu gusi akan terasa sakit..so jangan risau ye

  3. mohamad Says:

    dr,
    last week i extracted my sister’s canine teeth. she’s 10yo
    n juz now i read ur article about d decidous tooth. i felt very guilty, worrying if the successor tooth take a long time to erupt

    Is there any way to enhance the eruption of mandibular lateral incisor?
    Hope to get ur reply soon

  4. zamdee Says:

    salam doc..

    saya ingin bertanya, adakah gigi yg sakit perlu dicabut sebagai penyelesaian masalah?
    ini kerana, apabila gigi saya sakit, doktor mengesyorkan saya supaya mencabut sahaja gigi pada bahagian yg sakit itu..

    dah lagi satu, mcm mana nak bezakan samada kesakitan gigi itu hanya perlu ditampal atau dicabut sahaja gigi itu?

    sekian terima kasih :-)

  5. drleen Says:

    mohamad: I think i already reply to your question in another post..:)

    zamdee: salam. Biasanya jika sakit gigi sampai dah takleh tido malam tu, maknanya saraf dia dah kena jangkit kuman. Biasanya kalau nak selamatkan kena buat rawatan saraf kalau tak kena cabut. Utk gigi yang boleh tampal tu sakit dia datang bila makan ke minum ke kumur2 air ke dan takde sakit secara tiba2 tanpa sebab..apa2 pun, cabut hanyalah jalan terakhir utk rawatan.

  6. sue Says:

    Salam Dr. Leen,
    Anak perempuan saya sekarang berumur 4 tahun. Masa kecil hingga umur 2 tahun lebih dia menghisap puting. Dulu gigi dia agak kedepan dan sedikit jarang. Bagaimanapun gigi dia sekarang agak ok.
    Soalan saya boleh ke gigi anak saya teratur setelah gigi susu ini tanggal kelak.

    Harap dapat bantu. Terima Kasih.

  7. drleen Says:

    sue: Susah nak bagitau kerana ia banyak bergantung kepada tumbesaran tulang/ rahang muka dan juga berapa besar gigi kekal tu nanti. Kalau gigi sue dan suami tersusun, insyaallah gigi anak nanti tersusun. Jika gigi sue dan suami ada masalah dengan susunan, kemungkinan besar gigi anak pun ikut juga.

  8. Fir Says:

    Ok, lega sket baru dapat confirmation dari dentist kita :) Everyone’s good here.. Hope things are well back home. Love your website :)

  9. drleen Says:

    fir: :) thanks

  10. Jiji Says:

    Askum Dr

    Saya nk tnya, anak saya berumur 7 thn. Gigi kacip & gigi taring di sebelah atas telah tercabut serentak di kiri & kanan. Gigi baru telah tumbuh tapi hanya sebatang kiri & kanan yg tumbuh, besar pulak tu. Adakah ini normal, ke mane hilang lagi dua batang gigi (tak pasti samada kacip atau taring)?

  11. drleen Says:

    jiji: w’salam. gigi kacip dan taring tu bercantum ke? kadang2 gigi susu ni bercantum menyebabkan kedua2nya tercabut serentak. Gigi kacip kekal biasanya tumbuh dulu berbanding gigi taring kekal..jadi sebab tu hanya satu gigi saje yang tumbuh di kiri dan kanan walaupun 2 batang gigi susu tertanggal. Jangan risau..tapi kalau nak make sure semuanya ok…baik jumpa dentist utk dapatkan pemeriksaan.

  12. zaniroh Says:

    Baru semalam anak sulung saya yang berusia 5 tahun memberitahu saya yang gigi depannya goyang. Rupanya di belakang giginya telah muncul 2 batang gigi kekal. Saya pujuk dia supaya jumpa dr. gigi. Mulanya terus nak menangis. Tetapi bila dipujuk dengan menyatakan nanti tak cantik, dia setuju. Sebenarnya, saya yang risau untuk bawa dia jumpa dr gigi. Kesian pun ada sebab saya rasa cabut gigi tu menyakitkan. Saya pun takut dengan dr gigi. Masa sekolah dulu saja jumpa dr gigi dan sekali buat rawatan cuci gigi semasa remaja. Tapi, Alhamdulillah tak pernah sakit gigi lagi hingga sekarang.

  13. drleen Says:

    zaniroh: sebenarnya gigi tu boleh jatuh sendiri kecuali kalau gigi kekal tu tumbuh jauh sangat dengan gigi susu jadi dia tak boleh nak tolak gigi susu tu untuk tanggal. Kalau kes macam tu memang kena jumpa dr gigi utk cabut. Biasanya kalau gigi dah goyang banyak, boleh spray saje tak payah cucuk..tapi kalau goyang sikit kenalah cucuk ubat bius supaya tak sakit. Apa2 pun jangan paksa anak untuk cabut gigi..takut nanti dia trauma terus tak nak jumpa dr gigi langsung..:) Biasanya kalau gigi tu kebas, memang tak menyakitkan..

  14. Airin Says:

    Askum…saya nak tanya,anak saya baru berusia 2 tahun 3 bulan.. gigi dia teruk sangat…memang dah buruk sangat…last week, dia mengadu sakit gigi. bila saya tengok rupanya gusi dia bengkak kat blakang gigi sebelah atas….bila saya bawa pergi dental, nurse cakap terpaksa dicabut…masalahnya anak saya ni seorang yang kuat menangis dan memberontak…sya nak tanya, ada apa-apa efek yang buruk tak kalau anak saya cabut gigi, tetapi diberikan ubat bius ‘tidur’???saya dengar kalau umur seperti anak saya, dia akan menjadi pelupa kalau diberikan ubat bius ‘tidur’???betulkah??saya tak ada pilihan lain, sebab jikalau dicabut secara biasa saya takut dia akan memberontak dan ini akan menyebabkannya trauma…jadi soalan saya disini, adakah apa-apa efek yang tak bagus jikalau anak saya dicabut gigi dengan diberi ubat bius tiudr???jawapan daripada dr adalah amat saya harap-harapkan…terima kasih…saya juga berharap agar dr dapat mengemail saya, memandangkan saya takut tak jumpa blog awak lagi…k.q so much…ur blog amat berguna kepada semua…terutama kepada parents…tq so much from Brunei…

  15. Airin Says:

    hello..

  16. Airin Says:

    really hope to hear from u soon…nak decide asap

  17. drleen Says:

    aririn: Sorry ye saya lambat balas. Sebenarnya kalau bengkak yang berulang2 atau teruk sangat, barulah di cadangkan utk cabut. Kadang2 gigi walaupun dah tinggal tunggul masih boleh dibiarkan selagi ianya tak sakit atau bengkak berulang. Biasanya selepas kasi antibiotik bengkak tu akan surut. Kemudian kalau dah tak sakit boleh dibiarkan. Umur anak puan masih kecil lagi…jika umurnya sudah 5 atau 6 tahun memang elok dicabut kerana tak lama lepas tu gigi kekal akan tumbuh. Kalau selepas habis ubat gigi tu kembali bengkak atau sakit , jika dalam masa sebulan, then terpaksa jugak dicabut. Untuk cabut under GA sebenarnya ok saja. Jika anak puan tiada masalah kesihatan, insyaallah ok saje…dah banyak kes saya tengok anak dia buat dental clearance ( cabut semua gigi yang rosak ) dengan bius tidur . Tentang jadi pelupa atau tidak tu saya tak berapa pasti. Mungkin ada yang berlaku secara kebetulan…so far takde lagi study yang mengatakan jika buat dengan bius tidur boleh jadi pelupa..so nasihat saya don’t worry. Jika anak puan dah selalu sangat sakit, tak boleh makan, beratnya menurun, elok buat. JIka baru pertama kasi sakit, dan bengkak hilang selepas makan antibiotik, maka boleh tunggu lagi.

  18. Airin Says:

    thanks 4 ur reply…nway, kalau ikut pengalaman dr, pernah ke buat ubat bius tidur untuk cabut gigi kanak-kanak seumur anak saya??dia ni degil tak nak berus gigi..tu lah…pening…hehe

  19. drleen Says:

    airin: masa saya kerja di hospital selayang dulu ada buat..tapi budak tu dah 4 tahun laa…2 tahun belum pernah lagi…mungkin saya tak lama sangat bekerja di hospital sebab tu tak jumpa banyak kes. So boleh tanya pendapat pakar kanak2 bahagian gigi..mungkin pakar tu lebih arif..:)

  20. kecik13 Says:

    Dr Leen…Kes anak saya maybe hampir sama dgn anak Airin.
    Anak saya dah 2 setengah tahun…dan dia ada habit minum susu masa tidur.So, gigi dia dah rosak teruk..ada yg tinggal tunggul je. Dia memang gosok gigi pagi dan malam tapi habit dia tu terus menyebabkan gigi dia rosak.

    Baru2 ni pakcik saye ade menasihatkan , berdasarkan pengalaman dgn anak2 dia sendiri, dia nasihatkan saya bawak anak saya untuk cabut tunggul2 gigi yg tinggal tu sbb katanye, kalau tak cabut takut gigi kekal yg tumbuh nanti tak elok tumbuhnya.

    Saya ada bercadang untuk bawak anak saya jumpa dentist… tapi mungkin Dr. Leen boleh bagi pendapat .

    Thanx.

  21. drleen Says:

    kecik13: hmm..jika anak u takde masalah sakit atau bengkak..tunggul2 tu tak perlu dicabut lagi…jika umurnya dalam 5-6 tahun, barulah sesuai utk dicabut. Gigi yang tinggal tunggul tiada kena mengena dengan gigi kekal tumbuh tak elok. Biasanya gigi kekal tumbuh tak elok disebabkan tak cukup ruang utk tumbuh atau gigi yang lagi besar dari rahang yang kebanyakkanya bersifat keturunan. Jika gigi ibu bapanya tidak teratur, besar kemungkinan gigi anak2nya pun sama. Jadi, tak perlu menyeksa anak utk cabut gigi2 tunggul tu jika belum masanya dan jika anak tak mengalami sakit teruk atau bengkak yang menyebabkan anak tu tak boleh makan atau tidur. Jika anak mengalami kesakitan yang teruk, selalu bengkak, tak makan, tak minum, tak tidur, barulah boleh dicabut. Dan lepas dicabut ada kemungkinan besar gigi kekalnya tumbuh lambat dan boleh jadi tak teratur kerana dicabut diusia yang muda dan belum masanya gigi kekal itu tumbuh.

  22. kecik13 Says:

    Dr Leen, thanx for your advice..

    So far takde lagi anak i mengadu sakit gigi @ bengkak. Dia still makan mcm biase walaupun susah sket dia nak mengunyah sebb gigi depan dah tinggal tunggul je.Tapi makan, minum & tidur dia okey. Tak pernah lagi dia mengadu sakit.

    Cuma nak tanye Dr. what should i do now untuk elakkan gigi dia jadi lebih teruk?

    Thanx.

  23. drleen Says:

    kecik13: ok..bagus kalau dia takde problem sangat. Utk elakkan jadi lagi teruk, pastikan dia tak tidur dengan botol susu. Make sure dia berus gigi..maybe u kena beruskan gigi dia supaya semua permukaan gigi diberus. Kurangkan makanan bergula..insyaallah ianya tak lagi teruk..:)

  24. Anis Says:

    Askum Dr,

    Umur anak berapa tahun yg sesuai kita bawak gi jumpa dentist? Saya check gigi anak saya yg berumur 1 thn 10 bulan mmg ada lubang sket kt geraham & bahagian dlm gigi depan atas mcm nk lubang sbb habit dia tido dengan botol susu… Ok ke kalau saya gosok gigi dia dlm 1 kali dlm 2 hari sbb ikut mood dia…selalunye mmg dia tak suka gosok gigi, nk kena pujuk2…gosok pon guna air masak je sbb dia tak suka ubat gigi kanak2 tu…

    Penin kepala tgk masalah gigi dia…

  25. drleen Says:

    anis: w’salam. actuallynya bila anak dah start ada gigi dah boleh bawak gi jumpa dr gigi utk biasakan diri dia dengan dr gigi tu…memang kena gosok kalau boleh dua kali sehari..tapi kalau dapat sehari sekali ( waktu malam) pun ok jugak…skang ni ada ubat gigi jenis pureen yang takde buih..kadang2 budak2 ni geli kat buih ubat gigi tu..yang ni ada 3 perasa kot kalau tak silap..cuba guna ubat gigi ni kalau2 dia nak gosok gigi. Yang nikalau tak bilas pun takpe..sebab kalau setahun lebih kadang2 tak reti nak ludah lagi…kalau dia tak suka jugak pakai air masak pun takpe..boleh…

  26. umi faris Says:

    as’kum Dr,
    Saya ada 2 org anak yg berumur 9 dan 8 thn , masalahnya sekarang gigi susu anak baru 4 batang yg tertanggal itu pun gigi hadapan.. gigi susu mereka masih elok dan kukuh lagi.. saya risau gigi mereka lambat tercabut dan takut nanti mereka malu apabila gigi tersebut cabut bila umur mereka 10 thn ke atas…
    Buat pengetahuan dr gigi yg kekal dihadapan nampak tak sama dan teratur.

  27. drleen Says:

    umi faris: jangan risau sebab ada budak cepat dan ada yang lambat..biasanya dalam 9-10 tahun gigi geraham susu akan tanggal dan ganti dengan gigi kekal…tentang gigi depan tu pun jangan risau..jika ada ruang gigi tersebut boleh menjadi teratur..tetapi kalau tiada ruang, tiada apa boleh dibuat sekarang..cuma bila semua gigi kekal dah tumbuh boleh buat rawatan orthodontik ( pakai braces).

  28. aimmy zulaika Says:

    bila anak kita nak cabut gigi? Ibu-ibu suka sangat nak cabut gigi anak2 mereka, bila tengok je gigi kacip (susu) berwarna hitam “karies botol susu” tapi tak sakit, mulalah ibu2 mengelabah nak cabut, kata gigi tu tak cantik, walau walhal kalau dijaga sebelum terjadi kan elok, jangan malas cuci gigi anak2 kecil itu tanggungjawab ibu tau, kalau gigi longgar tu tak perlu cabutlah.

  29. drleen Says:

    aimmy: sebenarnya bila masa yang sesuai utk cabut gigi anak..1. bila gigi kekal dah tumbuh tapi gigi susu tak tanggal lagi…2. bila gigi dah bergoyang sangat dan takut nak cabut gigi sendiri..3. kalau mengalami kerosakan gigi yang amat teruk sampai asyik kena makan ubat sepanjang masa dan masanya dah dekat utk gigi tu tukar kepada gigi kekal.

  30. Maira Says:

    Salam Doc,
    Anak saya berumur 5 tahun tapi gigi2nya kebanyakan dah rosak. Gigi depannya telah pun terpatah separuh sehinggan meninggalkan tunggul dalam gusi…Soalan saya:-

    1) Adakah nak cabut gigi tesebut kena buat pembedahan?
    2) Kos keseluruhancabut gigi susu budak2 berapa sebatang?
    3) Ade ke klinik gigi swasta yang menyediakan rawatan yg murah kat Kuala Lumpur ni? umumnya untuk kos rawatan pergigian mahal kann??

    TQ Doc…

  31. drleen Says:

    maira: salam. kalau 5 tahun and gigi depan tu tak sakit..boleh tunggu sampai gigi kekal tumbuh…kadang2 gigi kekal akan menolak gigi yang rosak tu..kadang2 ia akan tumbuh kat bahagian belakang atau depan gigi susu tu..jika dah tumbuh baru kita cabut..akar gigi susu biasanya dah memendek jadi utk cabut takde masalah..jika anak u kasi kerjasama memang sekejap je nak buang..lepas diberi suntikan ubat kebas..masa kita cabut memang takde rasa sakit langsung. Biasanya utk gigi depan kos utk cabut guna suntikan dalam 30 sebatang. Kalau klinik swasta memang dalam harga 20-30 sebatang…klinik kerajaan je free utk budak2 skolah…

  32. kirana Says:

    dr,just nk tau,budak umur berapa baru boleh pakai braces?

    • drleen Says:

      kirana: biasanya tengok gigi dia laa..sebab ada budak tumbuh cepat ada budak lambat..selalunya boleh buat braces bila semua gigi kekalnya dah tumbuh ( kecuali gigi bungsu sebab gigi bungsu tumbuh lambat ~ 19 tahun ke atas). So biasanya umur dalam 14 ke 15 camtu

  33. dina Says:

    Salam Dr,

    masalah anak saya sama macam masalah anak kecik13, suka hisap botol time tido, gigi atas depan abis rosak tinggal tunggul saja. Umur anak saya 5 tahun, yg merisaukan saya ialah samada tunggul2 tu kena cabut sbbnya dr ckp klu keturunannya gigi tak teratur takut gigi anak pun ikut tak teratur.Gigi saya agak tidak teratur jadi amat merisaukan saya jika gigi anak saya pun ikut tidak teratur.

    • drleen Says:

      dina: biasanya dalam umur 6-7 tahun gigi depan akan digantikan dengan gigi kekal…kalau tulang rahangnya kecil dan gigi2 nya besar..tu yang boleh gigi tumbuh tak teratur..so jangan risau..kalau tak teratur pun boleh dibetulkan dengan braces bila dia besar nanti. Paling penting ialah kena pastikan gigi2nya takde sakit dan juga dia boleh makan/minum seperti biasa..dan kena jaga gigi2 lain supaya jangan rosak.

  34. roslinda Says:

    Salam Dr,

    Anak lelaki saya dalam minggu ini saja 2 batang gigi kiri dan kanan atas dan bawahnya bergoyang dan patah.Persoalan saya.Adakan gigi yang goyang itu gigi susu atau gigi kekal?memandangkan usisnya sudah 11 tahun.Dan dia juga menjaga gigi dengan teratur sejak kecil hingga kini.
    Terima Kasih Dr.

    • drleen Says:

      roslinda: kemungkinan besar gigi susu…sebab masa umur 11-12 gigi geraham susu akan tanggal dan digantikan dengan geraham kecil gigi dewasa. tapi kalau nak sure bawak laa pegi check kat klinik..boleh tengok betul2..kan..

  35. Anis Says:

    Salam Dr Leen,

    Harap Dr berada dlm keadaan sihat sejahtera. Saya pernah menulis thn lepas & tnye Dr pasal masalah gigi anak saya. Skang anak sy dh 2 thn 4 bulan. Gigi depan dia dh tinggal separuh & tiap2 bulan mesti 1 @ 2 kali mengadu sakit. Hari ni dia mengamuk pasal sakit gigi. Kami bawak dia jumpa Dr tpi dia naik hantu. Aii susahnya…Sudahnya Dr gigi cek ala kadar je & kata ada bengkak sket. Bagi ubat pon kena paksa.

    Saya suggest kt hubby nk cabut gigi depan tu guna GA, tpi hubby refused pulak. Saya kesian dgn anak saya tu, asal sakit gigi je, cover ngn ubat. Cmtu la ulang2. Saya aware risiko kalo gigi dia dicabut awal, tpi cm xde pilihan je. What say you Dr?

  36. drleen Says:

    anis: salam. hmm..kalau dah berulang sakitnya tu memang elok dicabut saja. ye laa makan ubat selalu pun tak elok juga. dan memang utk umur macam ni kena buat under GA masa dia tidur..baru dia tak trauma. Kalau dia sihat insyaallah takde masalah utk GA tuh. Daripada tunggu lama2 atau paksa pergi klinik gigi and cabut nanti dia trauma sampai besar.

  37. DNG82 Says:

    Selamat petang Dr. Leen,
    Hmmm,anak saya berumur 3tahun setengah dan hampir setiap pagi dan malam mengalami kesakitan gigi yang teramat sangat.Saya tidak sanggup lagi melihat anak saya sedemikian setiap hari.dia terpaksa mengambil ubat tahan sakit yang hanya kadang-kadang mujarab terhadap kesakitannya setelah diambil berulangkali dalam satu masa.Dr.Leen,ramai doktor tidak membenarkan giginya dicabut, adakah cara lain atau ubat lain untuk menghilangkan kesakitan itu?Terima Kasih.

  38. drleen Says:

    DNG82: Hmm…Kalau dah selalu sangat sakit..tiada cara lain dari cabut gigi yang terbabit..cuma risikonya pada gigi kekal nanti laa..samada tumbuh tak teratur..atau lambat tumbuh..apa2 pun boleh jumpa pakar pergigian kanak2 utk dapatkan kepastian.

  39. Ita_GC Says:

    Assalamualikum..Dr.
    Pertamanya, tahniah diatas kesungguhan Dr. dalam mendidikan masyarakat mengenai kesihatan gigi dengan cara berkongsi ilmu dan pengalaman.

    1.Anak lelaki saya 3thn2bln,late talker,baru2 ni je sejak sakit gigi(saya tahu pon sebab dia asyik pegang gigi dia) sejak sakit ni agak rajin berus gigi..tapi rase saya dah terlambat. sebab at least once a month gigi dia akan sakit.Dulu dia problem betul bile nak berus gigi..saya terpakse menyanyi utk dia.

    2.Gusi(atas sebelah gigi taring) dia on and off bengkak bernanah skit..then surut balik.Kami tak pernah pergi jumpa dentist(mahal sgt kat oz ni..).Balik cuti raya ni baru plan.

    3. molar dia dah ade 4 yg start rosak, 2 bhgn atas kiri dan 2 kanan,saya nampak tompok2 hitam.

    4. Dia pon macam kebanyakan anak2 lain,jenis yg menjerit dan memberontak, saya takdpat bayangkan keaddan dia bila dikerusi utk pemeriksaan gigi atau cabutan.

    Pls advise.

    note: agak2nya kalau saya buat appmnt di clinic tiew, boleh saya pilh Dr. tak? you sound so friendly. :)
    wait.. i hav another Q, but its under adults treatment.Thnaks 4 now.

    • drleen Says:

      Ita_GC: W’salam. hmm..from ur explanation memang dia ada sakit gigi laa kan..but which one tu yang tak tau tuh..mungkin lebih dari satu gigi yang jadi punca sakit or kadang2 kejap gigi tu kejap gigi lain..anyway memang susah utk dia buat treatment especially kalau first time tapi kalau dia makan pujuk insyaallah boleh..kalau tak jugak and the other option ialah letak dia under GA..kasi dia tidur masa kita buat treatment..tapi tu kena buat kat hospital ..dentist biasa tak boleh buat. So mungkin boleh introduce kat dia pasal dentist..apa yang dentist akan buat etc..beli buku ke..buat puppet play ke etc..so by the time dia nak jumpa dentist dah tak takut sangat…lagi satu kadang2 budak ni takut sebab bunyi2..so kalau boleh bawak earphone yang plug in dengan lagu2 yang dia suka etc…so kalau dia boleh terima rawatan dengan dentist biasa..tak perlu bawak dia jumpa specialist utk buat rawatan…biasanya kita akan avoid cabutan unless betul2 necessary,,biasanya kita akan tampal dulu…ok..bila dah balik nanti insyaallah boleh bawak dia datang jumpa saya..:)

  40. Ina Says:

    Salam Dr!

    4 gigi depan bhgn atas bb saya 2thn dah decayed. Kesian dia asyik kena gelak dekat org gara parents yg ignorance.

    Boleh ke kalau dentist put crown on teeth tersebut. Will it cause discomfort?

    Thanks & Regards

  41. drleen Says:

    ina: salam. biasanya kalau gigi depan budak2 tu kita tak buat apa kecuali kalau dia betul2 kasi kerjasama utk kita buat rawatan. Gigi atas tu akan tanggal dalam usia dia 6-7 tahun. Kalau lubangnya sikit tampalan biasa je dah ok..tapi kalau lubangnya sampai ke saraf kadang2 kena buat rawatan saraf dulu baru tampal. Kebanyakan parents tak nak tampal sangat sebab kosnya tinggi dan gigi tu akan tanggal dalam beberapa tahun. Kalau tak kisah tentang kos..boleh jumpa mana2 dentist utk tanyakan mengenai tampalan. Kita jarang buat crown utk kanak2.

  42. siti Says:

    salam doc.

    Saya nak tanya ni, anak saya berumur 1 thn 8 bulan gigi awal tumbuh. Sekarang saya ada masalah kerana gigi depan dah berlubang kerana dia suka gigit benda. Saya dah jumpa 2 dentist untuk buat tampalan seperti kanak2 lain anak saya pun takut bila jumpa doktor gigi,jadi kedua dua dentist tersebut cuma memberi alasan anak saya tidak memberi kerjasama dan mereka tak boleh buat apa…saya betul2 nak rawat gigi anak saya agar tak menjadi semakin teruk…Dimanakah saya harus membawa anak saya untuk mendapat rawatan pergigian yang lebih alternatif seperti memberi bius semasa rawatan?

    • drleen Says:

      siti: jika anak puan tak boleh kasi kerjasama semasa rawatan , boleh suruh dr tu rujuk kepada pakar pergigian kanak2…kalau teruk sangat keadaan giginya..boleh buat di dewan pembedahan dengan bius am ( tidur ). Kalau keadaannya sikit2 saja..mungkin boleh dipujuk2..kalau tak jugak kadang2 pakar pergigian kanak2 boleh kasi ubat penenang sikit…so apa2 pun sila jumpa pakar pergigian kanak2 k.

  43. baha Says:

    salam doktor..terima kasih tak terhingga adanya blog ni. anak sy umur 3 tahun 5 bulan. gigi dia banyak dah rosak. menyesal pun dah terlambat, kami tak jg kesihatan gg anak pd permulaan lg.anak sy laki-laki, hero. kuat mengamuk ni..kalau nak jumpa doktor gg, macam mustahil rasanya..macam mana nak buat ni..mlm ni dia mengadu sakit gg buat pertama kalinya. risau sy. ada ubat tahan sakit tak? boleh simply beli kat kedai ke? terima kasih doktor..

    • drleen Says:

      baha: kalau sakit sangat2 boleh makan panadol syrup tu je..but kena bawak pegi check dulu laa kot..at least dr gigi boleh tengok kot2 kalau ada bengkak..then boleh kasi antibiotik…kalau dia memang tak cooperate langsung..kalau dah teruk sangat gigi2 dia..boleh pegi mana2 klinik gigi utk dapatkan surat referal utk jumpa dengan pakar pergigian kanak2..boleh buat treatment masa dia tido dalam operation theater..so try laa bawak pegi jumpa dr gigi k. Even kalau tak buat apa2 pun just tengok je..

  44. baha Says:

    terima kasih doktor. sy akan cuba. dia susah sekali kalau nak jumpa doktor. nak potong rambut pun susah. mak dia je yang potong.

  45. anie Says:

    salam dr..3 hr lps,sy baru perasan gg geraham ank sy berusia 5 thn mcm belubang sbb nmpk sdikit kehitaman.stakat ni dia blum mengadu sakit cm sy risau akn jd bh teruk.soalan sy,apakah perlu ditampal?dan 1 lg,gg hadapannya nmpak mcm ada sdikit tompok2 kuning memanjang mcm karat.apakah puncanya dan jln pnyelesaiannya?apakah ubat gg yg selamat utk kanak2 berusia 2 thn?adakah sesuai kanak2 berusia 5 thn mggunakn ubat gg colgate@ etc…tq.

    • drleen Says:

      anie: salam. elok bawak anak utk check up..biasanya kalau berlubang memang kita akan tampal sebelum ianya menjadi lagi teruk. Hmm..tompok2 kuning pada gigi depan kena check baru tau kenapa..mungkin bahagian tu hampir nak rosak…so lepas check nanti boleh tau kenapa. Biasanya utk budak yang dah pandai meludah dan giginya banyak rosak memang disyorkan guna ubat gigi yang ada fluoride..so tak kisah laa apa2 brand..tapi paling penting jangan guna banyak2..hanya sebesar kacang pis je kat berus gigi dan pastikan jangan ditelan. Utk budak2 yang tak pandai meludah atau mereka yang tidak mempunyai kerosakan gigi teruk..boleh pakai ubat gigi tanpa fluoride seperti yang jenama pureen. Kalau budak2 ni tertelan banyak ubat gigi berflorida..takut nanti giginya bercapuk2 putih yang dipanggil fluorosis..

  46. yaya Says:

    Dr,
    saya mengalami gigi yang berlapis di sebelah kanan. Amat xlawa kalau ketawa…
    Adakah ok if saya nak cabut gigi yang berlapis tersebut sedangkan ia tidak sakit/rosak. Saya prnah dagr ada people said ia akan merosakkan sistem saraf.is it true??

    Hope can hear from u soon…

    Thanx :-)

    • drleen Says:

      yaya: cabut gigi takkan rosakkan sistem saraf ke apa ke..so kalau ianya sangat berlapis memang cara paling sesuai ialah dengan buat rawatan orthodontik ( pakai braces). tapi kadang2 patient nak result yang cepat…so boleh cabut dan letak gigi palsu..bila dah elok boleh buat bridge ke implant ke etc..so apa2 pun pergi check dulu..then dapatkan padangan dari rd yang check tu.

  47. azie Says:

    apakah waktu rawatan & lokasi dr leen masih kekal?
    nak bawak anak berumur 2 & 4 tahun utk ‘1st time visit’.

    • drleen Says:

      azie: saya dah tak kerja di KP tiew lagi…sekarang hari sabtu kadang2 saya buat locum tapi tempatnya tak tetap lagi…sabtu minggu pertama dan kedua bulan 7 saya kerja di klinik pergigian di bandar tun husin onn cheras.

  48. Ummy Says:

    Salam.Dr Leen,
    anak saya berumur 2 thn 11 bln.
    Tapi giginya dah agak rosak, terutama 3 batang gigi depan atas dah patah.
    Gigi lain agak kekapuran.
    Saya memang memberus gigi anak 2x sehari, tapi nampaknya giginya masih rosak.
    Dia minum susu soya Isomil.
    Baru2 ini dia suka menangis,katanya sakit gigi, tapi saya ragu2 adakah sakit gigi hingga ke akar atau hanyalah berasa ngilu.
    Saya ada bawanya berjumpa Dr gigi kanak2 di HKL.
    Dr cadangkan cabut sahaja gigi yg patah tu,tp saya tak rasakan sangat perlu sebab ini baru first time dia sakit gigi dan makan pun masih ok.Dan nampak giginya rosak belum sampai ke akar? Mungkin masih boleh diselamatkan?
    Saya risau sgt kalau dicabut dlm umur sekarang, nanti agak lama dia tak bergigi. Dan prosesnya agak menyakitkan anak.
    SOALAN:
    1)Pada pandangan Dr, bolehkah gigi anak saya itu ditampal sahaja?
    2)Dan bagaimana kos untuk tampalan bagi 3 batang gigi kanak-kanak yg patah?
    3)Berapa sebatang di klinik gigi?
    4)Adakah susu soya seperti isomil menyumbang kpd gigi mudah rosak? manis?
    Setakat ini saya hanya pernah membawa ke pergigian HKL dan tidak tahu dimana klinik gigi kanak2 yg lain.
    Respon Dr amat saya hargai.
    Thanks.

    • drleen Says:

      ummy: Gigi hadapan yang dah rosak teruk kadang2 dah tak boleh diselamatkan, tapi kalau ianya tak teruk mungkin boleh ditampal lagi..so kalau tanya pakar dan dia kata perlu dicabut, kemungkinan besar perlu dicabut. harga tampalan saya tak pasti bergantung pada klinik mana yang u pergi. tentang susu isomil tu saya kurang pasti, tapi mungkin sebab ianya manis, dan juga jika anak u memang suka minum susu waktu tidur, ia memang penyebab utama gigi rosak. Biasanya kalau budak yang minum susu dan terus habiskan kemudian dicabut botol dari mulut, kemudian boleh di ajak gosok gigi sebelum tidur, kemungkinan gigi rosak akan kurang. Selain susu, jika anak u suka makan atau minum benda2 manis macam gula2, sirap..ia juga boleh menjadi penyebab. kadang2 budak2 lain yang minum susu biasa pun boleh mengalami nasib yang sama..utk second opinion, boleh try pakar kanak2 hospital lain plak..rasanya di serdang ada kot pakar pergigian kanak2..

  49. hana1904 Says:

    Hai dr, saya ingin bertanya, sudah 3 hari anak saya menangis sakit gigi, umurnya bln 11 ni masuk 4 tahun,gigi dia rosak teruk, banyak karies gigi sbb minum susu guna botol malam2 x nak lepas sambil tido. Tapi saya akan cuba tarik bila dia nyenyak.

    malam semalam saya pergi ambik ubat antibiotik & tahan sakit di klinik biasa bkn klinik gigi sbb klinik ni 24 jam , x jumpa klinik gigi masih buka lg masa masa tu.Doktor tu kata gusi anak sy ni bengkak so dia sakit, gigi depan pun mcm menipis dah terhakis dan hitam, doktor tu kata kena cabut klu tak cabut pangkal gigi susu yg rosak tu akan menyentuh gigi kekal didalam so bakteria tu akan merosakkan permulaan gigi kekal sama.

    betul ke apa doktor tu kata?
    Saya dah risau dah ni, kuar2 gigi kekal kang dah rosak pulak..

    • drleen Says:

      hana1904: memang boleh jadi jugak sebenarnya, gigi susu yang rosak dan ada nanah dihujung akar…boleh merosakkan bentuk gigi kekal yang sedang membentuk kat dalam..biasanya kalau gigi tu affected, warna gigi tu akan berubah skit..so nampak macam ada comot kat gigi kekal..ataupun nampak macam ada lekuk etc kat gigi kekal…kalau dah rosak teruk memang dinasihatkan cabut..tapi gigi kekal akan lambat tumbuh skit…daripada dia terseksa asyik sakit je better cabut ..apa2 pun check dengan dr gigi dulu k..kalau anak u boleh kasi kerjasama utk cabut, boleh cabut kat klinik je tapi kalau dia jenis yang takut sangat mungkin kena refer kat hospital utk buat bius tido.

  50. Nona Says:

    Salam Dr.Leen,
    (Kes saya lbh kurang sama kes hana1904 tu.)
    Saya risau dengan kerosakan teruk gigi anak perempuan saya berusia 4thn 7 bulan. Giginya rosak akibat dr pembantu saya tidurkannya dengan membiarkan botol susu tersumbat dimulutnya. Sekarang, giginya makin terhakis dan gusi selalu bengkak. Kadang2 tu gusinya bernanah. Saya belum pernah bw jmp doktor gigi cuma klinik biasa sahaja dan diberi antibiotik untuk cegah kuman akibat nanah tersebut. Saya takut juga utk bawa ke doktor gigi, sebab dia kecil lagi..tp saya fikir sampai bila? Anak kwn sy juga begitu dan si ibu telah bw anaknya ke hospital di melaka berjumpa pakar dan anak tersebut di bius ngan ubat pelali dan berlakunya operation cabut sume gigi anak tu.
    Soalan saya :
    1. Adakah cara kawan saya itu baik utk anak dan disekitar Ampang bagaimana dan dimana utk saya dapatkan rawatan tersebut.?
    2. Adakah cara lain untuk saya bawa anak untuk pemeriksaan dan dimana? Kalau boleh saya nak pemeriksaan di hospital kerajaan. Dimana dan bagaimana?
    Terima kasih.

    • drleen Says:

      nona: usia 4 tahun lebih bukan usia yang awal snagat utk bawak jumpa dr gigi…hmm..kalau kerosakan gigi tu teruk sangat..mungkin boleh pergi ke mana2 klinik kerajaan atau swasta dan kemudian boleh mintak rujukan berjumpa pakar kanak2..ada di hospital kuala lumpur rasa saya…kalau pergi klinik kerajaan tu they all tau laa nak refer hospital mana. Apa2 pun pergi check dulu..mungkin anak puan boleh dibuat rawatan tanpa bius tidur tu..biasanya bius tidur tu utk kanak2 yang tak kasi kerjasama utk dr buat rawatan.

  51. ida Says:

    Salam Dr. Leen. Anak perempuan saya br berumur 4 thn lebih,giginya cantik satu pun takde yg rosak tetapi gigi susunya sudah mula goyang. Adakah ia normal? anak saya mula tumbuh gigi ketika berumur 4 bln lebih. Adakah pertumbuhan gigi susu awal menyebabkan ia longgar pun awal

    • drleen Says:

      ida: kadang2 memang ada budak2 yang tumbuh gigi awal..so jangan risau..tunggu sampai gigi tu tanggal sendiri atau bila gigi kekal dah tumbuh baru cabut gigi susu tu

  52. ib Says:

    salam doktor,

    anak lelaki saya umur 2 tahun setengah mengalami kerosakan gigi sejak beberapa bulan yang lepas kerana terjatuh. sudah 2 kali berjumpa doktor dan diberi antibiotik untuk mengurangkan jangkitan dan nanah. Selain daripada gusinya selalu bengkah dan sakit, mulut/nafasnya berbau dan sering diejek oleh abang2 semasa mereka bermain/bergurau. Adakah rasional jika saya menunggu sehingga umurnya 6 tahun dan mengambil antibiotik sepanjang masa? Adakah kemungkinan penyakit lain akan muncul seperti jangkitan pada jantung dll akibat kuman/nanah yang terlalu lama berada dalam mulut/perut anak saya. Atau adakah sebarang rawatan/petua lain untuk megalak daripada gusi bengkak dan bernanah? Nampaknya menggosok gigi tidak memberi apa-apa kesan kepadanya.
    Harap dapat pandangan. t kasih.

    • drleen Says:

      ib: kalau selalu bernanah dan bengkak . gigi tu elok dicabut..tak elok kalau makan antibiotik pada masa yang terlalu lama..apa2 pun kalau nakkan kepastian boleh jumpa mana2 dr gigi utk tanya pendapat..sekiranya anak puan tak beri kerjasama utk dr biasa check dan lakukan rawatan bolehlah dirujuk kepada pakar pergigian kanak2..sekiranya gusi sering bengkak dan bernanah itu tandanya gigi terbabit telahpun mati dan mendapat jangkitan kuman..so check dulu dengan dr gigi k.

  53. rahim Says:

    salam Dr,
    anak saya umur 8 thn (girl), saya dapati gigi kekalnya telah tumbuh dibelakang gigi susu. Itu takpa la saya akan cabut kat dr gg…masalahnya gusi nya bengkak, tapi bukan kat tempat tumbuh gigi kekal tu, yg bengkak tu kat tempat lain (kat area gigi kacip atas). saya amat risau tentang masalah ini, takut ada nanah, dan lain2 masalah yg mungkin lebih serius…adakah ini normal? kenapa terjadi demikian? macamana nak surutkan yg bengkak tu? Dia kata tak sakit, cuma masa makan saja sakit sikit2.

    Minta pandangan dr. terimakasih

    • drleen Says:

      rahim: bengkak kat gusi tu biasanya sebab gigi tu dah jangkit kuman..kena pegi bawak jumpa dr gigi utk check..biasanya kalau dia dah 8 tahun mungkin gigi susu kacip tu dah mati dan kalau ianya goyang boleh dicabut. apa2 pun check dulu..susah saya nak bagitau apa nak buat sebab tak nampak depan mata

Leave a Reply