Akan Datang ….. KLINIK PERGIGIAN DR LEEN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca2 blog saya ni…alhamdulillah..setelah lama berazam..akhirnya impian saya untuk membuka klinik akan tercapai…Insyaallah pada bulan Oktober nanti, Klinik Pergigian Dr Leen akan dibuka. Klinik saya bertempat di Reko Sentral, Jalan Reko Kajang. Ianya berhadapan dengan Econsave yang akan dibuka tak lama lagi dan bersebelahan dengan Klinik Pakar Kanak-kanak dan Ibu mengandung An Nur.

Jadi kepada sesiapa yang tinggal berdekatan atau yang nak berjumpa saya, sila laa datang ke klinik…sekarang ni kepala saya pun tengah pening nak menyediakan semua kelengkapan klinik…insyaallah kalau masa mengizinkan saya akan buat post pula sebagai panduan kepada doktor2 gigi yang nak bukak klinik gigi..macam mana prosedur2 yang perlu dibuat etc…saya memang suka berkongsi pengalaman, info dan sebagainya kepada semua…

Sekarang ni kebanyakkan pertanyaan2 dalam blog ni saya jawab menerusi e-mail yang diberi semasa menulis komen…lagi senang untuk pembaca2 dapatkan jawapan terus dari saya…sebab ruangan komen dalam post2 saya pun dah terlalu banyak..

Anyway, doakan semoga pembukaan klinik saya ni berjalan lancar…saya harap dapat membuat pembukaan rasmi pada 10/10/10 insyaallah….

55 Responses to Akan Datang ….. KLINIK PERGIGIAN DR LEEN

  1. hanim says:

    tahniah dr leen!hope semua ok =)

  2. drleen says:

    thanks..:) yup..hopefully semuanya berjalan lancar..aminnn

  3. dr.fadzli says:

    ALHAMDULILLAH SEKALUNG TAHNIAH DR LEEN REZEKI anak-anak dan suami.Alhamdulillah semoga lancar semuanya, ya.

  4. dr.fadzli says:

    Jikalau perlukan bantuan atau perkongsian Dr Leen boleh hubungi saya.Tahniah..

  5. dr kamrul says:

    Congratulations dr leen….

    ALHAMDULLILAH , if u need anything guide,tricks and tips let me know, we share… we care.

    • drleen says:

      thanks dr kamrul…you pun baru set up another branch kan? ok..if anything that i need info on or advice on i’ll contact you…:)

  6. Dr.Eqa says:

    Tahniah Leen..nanti ajarkan procedurnya ye..Dr.Kamrul tu rasanya ex-senior sy UKM dulu..kalo x silap la..hehe

  7. novita says:

    asalamualaikum dr leen alhamdulillah tahniah drleen akhirnya impian membuka klinik tercapai.drleen ade sedikit problem yang ingin saya tanyakan if u don’t mind. dr my name is novita , i’m a dentist from indonesia, tapi saya punya grandma orang malaysia yg sekarang tinggal kat pontian malaysia, dan dia tinggal sebatang kara disana.the problem is my grandma want me to life with her in malaysia, tapi saya bingung dan pening memikirkan perkara ini cause i don’t really sure that i can get job as a dentist in malaysia. tapi saya juga tak sanggup tinggalkan nenek saya sorang.Dapatkah dr dari indonesia yang punya keluarga orang malaysia seperti saya,kerja kat malaysia? adakah doctor tahu information about job for dentist in malaysia especially for indonesian citizens like me. saya sudah lepas graduate 2 years ago from Airlangga University, i had 2 years experience in dental aesthetic clinic and public health centre. i really thankfull if u can help me

  8. Mira says:

    tahniah doktor..InsyaAllah saya akan dapatkan rawatan di klinik doktor

  9. momma says:

    salam doctor,

    Tahniah atas bakal pembukaan klinik doc tu..moga makin bertambah rezeki..
    one Q..kat klinik doc nnti ada tak rawatan untuk implan gigi..tqs

  10. Yuana says:

    Smg Allah mempermudahkan urusan Doktor

    -dentist to be, inshaAllah-

  11. HW says:

    List your dental clinic in our directory!

  12. law c says:

    o rlly dr leen?..congrats 2 u. i wnna b ur frst ptnt 2 gt ur srvices.:)

  13. husna says:

    tahniah dr leen.. waiting for the info.. rasanya dr yang cabut gigi bongsu sy dulu di hospital selayang n rite now i’m a gov dental officer too as u r before.. moga semuanya berjalan lancar..

  14. nurul says:

    Tahniah Doctor. Leen!!!

    Apa nama klinik?

    x sabar nk buat treatment ngn Doctor!!

    cepat la 10.10 tu datang…

  15. mysha says:

    congrats doc…semoga semuanya berjalan dengan lancar..

  16. ami says:

    congrats leen.. aritu sy cari klinik awak..hehe!!!

  17. Izyan Liyana says:

    Salam Dr. Leen,

    tahniah dengan berita pembukaan klinik gigi baru Dr. Leen.

    Saya nak jadi first customer untuk pasang braces, boleh?🙂

  18. man says:

    kalau nk repair handpiece hubungi 0177494698 mansor

  19. Azni Azizan says:

    Tahniah Dr Leen..dan kalau boleh adakan halitosis punya treatment..

  20. norhazlina says:

    Salam dr leen.

    Alhamdulillah n Congrate atas pembukaan klinik drleen pada 101010..
    Skunk sy dah pakai braces..sebelum pasang, banyak proses kena sy lalui.jd saya byk la membaca ruangan drleen utk mengetahui dan yakin dgn per yg sy akan buat…it’s very helpful.thanx a lot ya..x rugi berkongsi..gud luck..

  21. fahmi says:

    OMG,dah nak ada klinik sendiri!! yeay,congrates! hmm inshAllah semua akan jalan lancar ye.go doc!😉

  22. nurul says:

    dr.leen…bila saya boleh buat rawatan di klinik dr? x sabar ni lg2 bl dah tau klinik dr dah bukak…….bila start service eh?

  23. vee says:

    hye dr leen,

    clinic dah buka ke?boleh buat rawatan laser for teeth whitening ke? tq

    • drleen says:

      hi vee..klinik dah bukak dah skang ni. Boleh je datang utk buat whitening…:) datang utk check up dulu then saya bagi consultation before buat whitening..lepas tu baru book appt k.

  24. nak promo biz boleh melalui saya

    jan lupa add facebook sy ye

    mohdogos@yahoo.com

  25. jay says:

    tahniah dr leen…nk tanya gigi saya jarang dan semakin jarang. selain braces, treatment apa blh dibuat utk dpt instant result? composit filling sesuai ke? kos berapa? kalau braces kat klinik dr leen kos brapa?

    • drleen says:

      jay: thanks..:) hmm..utk kes awak ni kan better tengok dulu samada tampalan sesuai ke tak..kalau sesuai boleh je buat tanpa pakai braces cuma tampalan atau crown etc ni akan membesarkan gigi..kalau gigi memang dah sedia besar so tak sesuai..nak rapatkan gap kena jugak pakai braces tapi kalau besarkan tu tak ketara sangat then boleh je buat tampalan atau crown. Apa2 pun meh laa datang utk check up..

  26. myzatulfara says:

    Dr.Leen,

    Dr. buat rawatan untuk kanak2 3tahun x?

    • drleen says:

      myzatulfara: biasanya budak2 umur 3 tahun saya buat check up supaya dia biasakan diri dengan dentist. kemudian go through camna nak berus gigi dengan mak..penjagaan gigi etc..and bila perlu saya akan prescribe tooth mousse utk apply ..tampal , cabut, biasanya tak digalakkan utk buat di klinik kecuali kalau budak tu kasi kerjasama. biasanya budak2 jarang kasi kerjasama laa…and biasanya we all akan refer pada pakar pergigian kanak2 utk handle kes2 camni and buat tampalan atau cabutan masa tidur di hospital setting.

  27. khairun says:

    pertanyaan: you buat kanak2 punya sekali tak like 3-7 yrs old? my daugther ni penakut sket nak jumpa doktor gigi. you punya klinik dekat annur bangi tu ke?

    • drleen says:

      khairun: boleh je datang…klinik i dekat depan econsave yang baru bukak tu…dulu dia panggil annur skang ni dah tukar nama jadi reko sentral specialist and family polyclinic kot…

  28. ita says:

    Dr.leen,
    sy nak tnya klu tanam gigi dpan utk satu batang
    beraper harganya…
    dan klu nak putihkan gigi beraper harganya…

    • drleen says:

      ita: kalau tanam yang awak maksudkan implant..harga dalam 5000 camtuh..kalau bridge harga dalam 1800. kalau nak buat whitening harga dalam 800-1000 ikut jenis bahan yang digunakan.

  29. fitri says:

    saya ada masalah gigi.gigi depan patah tapi tidak patah semua yang tinggal hanya akar gigi saja..berapakan kos perubatan?

    • drleen says:

      fitri: kalau akar tu boleh diselamatkan then boleh buat root canal kemudian buat crown. Kalau tak boleh then cabut, gigi palsu kemudian bila gusi dah elok boleh buat implant atau bridge. harga utk rawatan saraf ialah 300, kemudian crown adalah 600…kalau kena letak post tambahan 150. So total dalam 1000 ke bawah laa. Kalau cabut…harga dalam 50..kemudian gigi palsu sementara dalam 150…kemudian kalau buat bridge dalam 1800..kalau buat implant pula dalam 6000 kot..saya tak sure sangat sebab klinik saya tak buat implant..tu harga klinik saya laa..klinik org lain..lain pulak harganya..so boleh datang check dulu and survey2 klinik

  30. cutie says:

    Dr, utk wat scaling berapa ye? 1 more, nak cabut gigi bongsu yg terlebih berapa harga ye?
    Thanks

  31. fatihah ghani says:

    tahniah dr. leen… terima kasih atas kesudian dr berkongsi ilmu

  32. SHIDAH says:

    salam..
    saya telah hilang gigi atas sebanyak 4 batang dan gigi bawah 2 batang…sekiranya saya ingin membuat bridge untuk gigi atas sahaja ..boleh ke dan gigi bawah masih menggunakan gigi palsu boleh ke..berapa bugetnye..tq

    • drleen says:

      shidah: salam. boleh je…utk gigi atas..kalau gigi atas tu berderet 4 batang yang hilang..kos dalam 3600. utk gigi bawah pula..harga gigi palsu dalam 180 utk ganti 2 batang gigi yang tiada

  33. lyana says:

    salam..saya nk jdi doktor gigi..
    saya nak tanya macam mana nak apply masuk universiti, sebab upu xda kursus untuk menjadi doktor gigi..bolehkah doktor membantu saya untuk memberi penjelasan yang lebih terperinci?

    • drleen says:

      lyana: saya pun tak sure ada ke takde dalam upu tu…rasanya kalau lepasan spm kena amik matrikulasi or asasi..kalau pergi ipts boleh apply direct..but still kena buat setahun or dua tahun course ala2 asasi. lepas tu baru masuk dental school…

  34. tirah says:

    Salam Dr Leen, first time sy encounter blog dr wktu tu b4 applying for dentistry course lps spm, n now im prusuing dentistry.. iAllah nk ikut jejak langah dr leen🙂 all the best dr leen🙂

  35. didi says:

    doktor,bole cetrkn x cmner procedure nk bukak klinik pergigian sndri?pstu,ape klayakan y prlu ade utk bukak klinik sndri.dktor cter la pngalaman dktor slpas mmbuka klinik sndri.em,pas bkak klinik sndri,dktor buzy x cm mse krja kt krajaan dlu tu??

    • drleen says:

      salam didi…sorry le lambat reply..hehe..
      takde kelayakan apa2 pun nak bukak klinik sendiri ni..asalkan ada fulusnya..boleh bukak..but make sure dah habis serve 3 years compulsary dengan government..kalau tak sure tak lepas..kalau nak detail e-mail saya ek

  36. drleen says:

    Salam semua…selepas ini semua komen akan dibalas secara e-mail…:) terima kasih…

  37. Article writing is also a excitement, if you be familiar with afterward you can write
    if not it is difficult to write.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: