Soalan berkaitan gigi

Disebabkan masalah masa, saya tidak dapat menjawab soalan2 yang dikemukakan di blog ini dengan cepat. Jadi, saya rasa untuk mereka yang inginkan jawapan kepada masalah-masalah yang dihadapi boleh terus e-mailkan pada saya dan saya akan cuba balas secepat mungkin. Jika anda e-mailkan kepada saya, saya boleh terus jawab soalan-soalan tu terus kepada anda tanpa anda perlu menyemak di dalam blog ini samada soalan telah dijawab atau belum. Kepada mereka yang telah menanyakan soalan di dalam komen, saya akan cuba menjawabnya tetapi mungkin memakan masa. E-mail saya : doktorleen@gmail.com

158 Responses to Soalan berkaitan gigi

  1. Azri says:

    Assalamualikum doktor,
    segala pengorbanan, dan ilmu yg dikongsi doktor bersama pembaca akan mendapat balasan drNYA. Really appreciate it doc.

    Doktor, saya 34thn, dan maalah yg sy alami selama ini gigi depan atas sy twist sedikit dan tertonjol keluar. Dengan rawatan invisalign ni adakah ianya byk dpt membantu?

    Dr segi kosnya sy akui membebankan dan ingin menggunakan kaedah itu. Ttp practically adakah yang mn baik sebenarnya antara dawai n invisalign ni?

    Dr research yg sy buat invisal ni lebih cepat / pendek treatmentnya drpd kaedah tradisional cuma perlu lebih disiplin. Cuma sy tertanya2 purata mould yg akan dipakai sepamjang treatment tersebut.

    Dengan penjelasan doktor ni dapat mengembalikan keyakinan saya untuk jalani rawatan tersebut.

    Terima kasih doktor
    wassalam

  2. boboyz says:

    hello…sy berumur 20 thn..ingn brtnya apakah keburukan dan kebaikan kalau pasang gigi paslu permanent?n how much 1 gigi palsu permanent?

  3. boboyz says:

    hello…sy berumur 20 thn..ingn brtnya apakah keburukan dan kebaikan kalau pasang gigi paslu permanent?n how much 1 gigi palsu permanent?

  4. saya says:

    assalamualaikum….dr leen…saya da masalah…sbnarnya dr kecil lg sy fobia dgn rawatan gigi..jenuh jugak ibubapa saya bwa sy ke klinik gigi…dan akhirnya….gigi sy tidak tumbuh dgn elok….dan skrg umor sy sudah 24 tahun…dn terasa malu jugak sebab gigi tidak cantik….dan skrg sy kumpul smgt nk buat rawatan gigi….setelah bertahun sy tinggalkn…soalan sy….sy ada dua batang gigi siung…bolehkah sy cabut gigi ni dan ganti dgn gigi palsu….?sy malu jgk gn gigi siung sy ni….=)

  5. me says:

    askum…sy nak tanya patutkah guna pendakap gigi untuk gigi depan yg jarang…berapa kosnya??

    • nana says:

      kena tgk jugak… adekah awk ni ade high attached frenulum ke x… klu ade awk kena bedah buang dulu…..

      • zue says:

        saya juga menglmi msalah yg sama…..nk gne pendakap gigi tp agak mahal memndngkan sya pelajr ipt..ad ke kaedah lain?

  6. su says:

    sy nk tanya kat klinik u boleh buat bayaran secara ansuran tak?
    sbb sy ada masalah gigi yg berlubang dan ingin membuat gigi palsu sebatang sahaja..

  7. alin_sabah says:

    assalamualaikum dr leen..

    tq for u suggestion last time. saya dah berjumpa dengan seorang doktor lain tentang masalah saya. saya telah diberikan rawatan crown bagi mencantikkan keadaan gigi asal saya. saya berpuashati dengan rawatan tersebut.cuma saya ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang penjagaan gigi crown. harap doktor dapat memberikan panduan.
    1. apakah langkah penjagaan yang paling sesuai bagi memastikan gigi crown bertahan lama?
    2. Bolehkah saya menggunakan ubat kumur seperti yang ada dipasaran?

    terima kasih dr. leen.

  8. hottestELF says:

    salam..saye nak tanye..gigi saye jarang di bahagian depan dan gigi saye tak la teruk sgt masalahnya.
    saye nak tahu perlu ke saye pakai braces ataupun removable orthodontic and boleh doctor explain more pasal removable orthodontic? saye tak berape faham. tq : )

  9. Zuriyati says:

    Salam,
    Saya ingin bertanya mengenai gigi yang kelihatan kotor terutama sekali di kawasan antara gigi dan gusi akibat daripada merokok. Kekotoran gigi sangat nyata sampai rasa macam tak boleh nak dibershkan dah. Bagaimanakah caranya untuk membersihkan gigi seperti itu? Boleh Dr Leen maklumkan sekali kosnya. TQ

  10. nurulhanim says:

    salam Dr, sy ingin bertanya soalan kepaba Dr. Sy mempunyai seorang anak berusia 1tahun 4 bln dan sudah tumbuh gigi 4 btg gigi diatas dan 4 btg gigi dibawah, masalah nya gigi atas anak saya menghakis sedangkan setiap hari sy berus gigi untuknya.sy tak pernah bg gula2,aiskrim, atau makanan yg manis kepadanya kecuali nasi.sayur,roti dan buah2an sperti pisang,tetapi mengapa giginya makin hari makin menghakis? utk pengetahuan Dr. anak sy hya mnyusu badan hingga sekarang dan tidak pernah minum susu formula.harap Dr dapat mmeberi penjelasan. Tq

    drpd ibu yg risau

  11. norhazlina says:

    Salam doc, selamat hari raya
    sy nak tanya.saya dah pakai braces pd bln 11/09.
    masalah 1:gigi sy bertambah plak/karang (yg dkt leher gg tu) puas sy gosok, x bersih gak..per cara nk hilangkan?
    masalah 2:gigi saya kuning, kwn sy kata, gg bertambah kuning sbb pakai braces (ikatan logam menyebabkan perubhan tsbt) betul ke? bgmana nak atasi?
    masalah 3:gg dah kuning, bler dah cabut braces, aper perkara yg perlu sy buat?
    masalah 4:bler pakai brace, kwn2 kata ada perubahan dr bentuk muka..dagu jd kedepan @ rahang bawah melebihi dr rahang atas? adakah ia akan kekal2akan berubah sepenuhnya biler gg dah sama.
    saya agak risu berkaitan perubahan tersebut..
    terima kasoih doc

    • drleen says:

      norhazlina: salam…saya rasa masalah awak ni ialah tentang penjagaan gigi semasa pakai braces…biasanya kena pakai berus gigi khas utk braces..floss khas..interdental brush etc…karang gigi tu kena buat scaling baru hilang..kuning2 tu kadang2 sebab stain..ye aa dah susah nak gosok kan..apa2 pun apa dr yang buat braces tu kata? Lepas bukak boleh guna toothmousse utk kembalikan warna gigi yang sekata..tentang bentuk muka tu rasanya akan berubah balik tu..

      • syahril says:

        dr. apakah perbezaan klinik gigi malaysia dgn klinic gigi luar negara?? sbb saya sekarang sedang mencari case study diantara klinik gigi malaysia dan klinik luar negara .

  12. hanif says:

    salam dr.leen

    soklan 1 :

    mandibular incisor sy terase sengal je ia seolah berdeyut sengal nk kate sakit xsakit cume sengal.. apakah ini n cara rawatan ?

    soklan 2 :

    sy ni dental student 2nd year baru je memulakan sesi pengajian tahun baru jd nk tnye apakah itu (iaitu subjek yg akn sy belajar ) :-
    a) prosthesis ( ia pasal denture ke )
    b) operative n conservative

    sekian TQ

    • drleen says:

      hanif: salam…cuba laa check..maybe masalah pada gusi..ada perio problem ke..subject prosthesis tu memang berkenaan denture..conservative tu biasanya crown , bridge

  13. IrWadi says:

    Dr.Leen,
    nak tanya ni, kalau ada gigi macam nak tumbuh tu, tu sebab apa? sebab ada la satu petanda gigi tumbuh kat gusi gigi kacip, sakit sangat gusi tu..

    boleh tak cabut gigi baru ni? denyut2 rupanya sakit gigi ni..

    • drleen says:

      irwadi: saya pun tak sure camna nak jawab sebab tak nampak kan..camni laa better awak pergi jumpa dr gigi..then sure dr tu bagitau tu gigi nak tumbuh ke..gigi extra ke..etc..biasanya dr tu akan amik x-ray utk tengok dalam dia camna..

  14. aiza says:

    salam, anak saya time umur 1 tahun lebih pernah jatuh atas simen dan sebahagian kesil gigi depan patah, macam serpih la, sejak tu gusi dia bengkak dan menonjol ke depan, macam jongang, skrg umurnya 3 tahun , sy dah cuba tolak giginya setiap pagi tp x berkesan, apa patut sy buat doc?

    • drleen says:

      aiza: salam…kalau ianya tak menyakitkan boleh biar je nanti umur dia dalam 6 tahun camtu gigi tu akan diganti dengan gig kekal..tapi kalau ianya selalu bengkak dan selalu menyakitkan boleh cabut je…

  15. Jumat Raska says:

    Dr.Leen,
    Saya ada seorang anak lelaki berumur 15 tahun, baru-baru ini saya telah membawa anak saya ke klinik gigi untuk menampal giginya yang berlubang. Saya nak tanya, kalau gigi yang rosak itu di cabut adakah gigi tersebut akan tumbuh lagi pada usia anak saya sekarang ini.

    • drleen says:

      jumat raska: kalau ianya gigi kekal ianya takkan tumbuh lagi tapi kalau gigi susu ianya akan tumbuh..nak tau samada ianya kekal atau susu boleh tanya dr yang cabut tu k..

  16. nurul says:

    dr.leen, klinik Dr. launching hari ni ke> dekat mana eh? dpn econsave jln reko eh

  17. zura says:

    hi..
    doct/.. saya nak tnya… gigi depan saya d atas rosak,pecah separuh.. apakah patut saya lakukan?? cabut atau mcmana..gigi saya terasa sakit..

    • drleen says:

      zura: kena check dulu laa..kalau boleh selamatkan boleh buat root canal pastu tampal ataupun buat crown. kalau tak boleh selamatkan boleh cabut dan buat gigi palsu kemudian boleh buat bridge ke implant ke etc..

  18. ellia aliza says:

    doc, betul ke ada org kata kalau kita cabut gigi taring,muka kita akan jd senget atau nampak pipi jatuh?soalan kedua sy,kalau jwpn nya betul,adakah masalah itu akan selesai kalau kita pakai gigi palsu?soalan ketiga sy,bilakah masa yg sesuai slps cabut gigi kita menggunakan gigi palsu?

    • drleen says:

      ellia aliza: kalau cabut gigi taring memang boleh merubah muka…kalau gigi taring tu tersembul bila dah takde so memang terus nampak perubahan dramatik..tapi kalau gigi taring tu kedudukan sama..then agak lama baru nampak perubahan dia. Kalau pakai gigi palsu memang masalah tu akan selesai. Biasanya ada 2 jenis gigi palsu. satu yang dibuat sebelum cabut gigi..kemudian pada hari gigi tu dicabut gigi palsu boleh pakai terus..gigi palsu ni kena tukar bila gusi dah sembuh. yang satu lagi ni kena tunggu sampai gusi betul2 sembuh dalam masa 1-3 bulan kemudian baru buat gigi palsu.

  19. sean haikal says:

    hi dr leen..
    adakah masalah mengketap/kacip gigi ketika tidur bole merosakkan gigi? sy menghadapi masalah kacip gigi serius dpd kecik..kadang2 sy sedar gigi sy terkacip..i don know the exact term of kacip gigi..

    • drleen says:

      sean haikal: yup..itu dipanggil bruxism. Biasanya menda ni berlaku lagi kerap kalau stress/penat sangat. Ia boleh meretakkan gigi atau membuatkan gigi sumpik kalau dibiarkan berlarutan. Cara utk pulihkan takde tapi kita boleh elakkan gigi dari menjadi crack atau pecah2 dengan memakai bruxism tray. Ia macam satu plastik yang menyalut gigi dan dipakai sebelum tidur. Boleh dibuat di mana2 klinik gigi.

  20. Miza says:

    Salam Dr Leen,

    saya berumur 31 tahun. Saya mempunyai gigi yang besar-besar. Soalan saya, ada tak alternative selain daripada braces untuk mencantikkan gigi saya. Gigi atas agak kedepan beberapa mm.

    Thank you in advance😉

    • drleen says:

      miza: kalau kedepan sedikit je boleh buat crown..tapi kalau gigi tu sihat walafiat sayang jugak nak kecikkan gigi tu kan..so paling bagus kalau buat braces. kalau gigi tu memang dah ada tampalan then boleh cuba buat crown. apa2 pun kena check dulu laa utk tengok apa rawatan yang sesuai

  21. myira ismail says:

    Hi Doctor,

    How much for braces?

    • drleen says:

      myira: setakat ni klinik saya belum buat lagi..tengah tunggu pakar yang boleh datang utk buat..:) Nanti bila dah ada saya bagitau k

  22. viviana says:

    dr leen i nak tnya
    klu i ble bt rawatan crown ke klu gigi i
    depan, lepas tu gigi len terbelakang..
    rawatan apa yg sesuai crown e braces?

  23. ct says:

    slm dr,

    kedudukan 8 batang gigi depan saya 4 diatas & 4 dibawah tidak teratur.ada yg kebelakang & ada yg kedepan sikit tp x la sampai jongang.
    so saya tringin sgt nk bagi elok gigi saya ni. kalau blh x nak pakai braces, ingat nak wat pembedahan terus untuk susun kedudukan gigi-gigi tu. blh ker??
    kos dia plak mcm mana??

    • drleen says:

      ct: tak boleh nak buat pembedahan utk betulkan..kecuali kalau awak nak cabut and letak implant ke atau gigi palsu then bridge ke..apa2 pun check dulu..mungkin boleh buat crown atau veneer..tapi kena tengok kesesuaian kes dulu..

  24. lina says:

    As’kum Dr Leen,

    saya nak tanya mengenai gigi geraham belakang bahagian atas jika sudah rosak tapi tak sakit adakah masih boleh dirawat atau boleh dicabut terus dan apakah kesannya bila dicabut terus?

    • drleen says:

      lina: w’salam. kena check dulu…kalau boleh rawat boleh buat root canal..kalau tak boleh kena cabut…bila dicabut takde gigi kawasan tu so kena gantikan dengan gigi palsu atau bridge..tapi kalau ianya gigi geraham bungsu tak letak pun takpe

  25. kat says:

    salam..dr.
    walaopon da brus gigi 3x sari,knape gigi tetap xputih??lebih teruk lagi jadik wrna kuning??
    mcm mane cara nk puthkan gigi yg kuning dgn cara paling slamat skali??i mean, xde side effect la..tenks..hehe

    • drleen says:

      kat: kadang2 warna tu semulajadi..tak bleh nak tukar camtu je..kalau nak buat rawatan yang takde side effect then memang takde laa…whitening pun kadang2 bleh sensitive skit..

  26. kat says:

    btw,brape hrga nye ek??hehe

  27. syahirah says:

    salam dr leen..

    sy nk tnya 1 soalan..sy pernah menampal gigi depan sy..selepas beberapa tahun bekas tampalan gigi tersebut menjadi warna kuning dan hitam..macamana cara nk hilangkan kekotoran dan warna hitam tersebut?

    harap dr blh tolong sy..

  28. fatin says:

    salam,dr leen..
    Saya mempunyai masalah gigi susu yg masih saya simpan walaupun sudah goyang..saya berumur 19 tahun dan tidak wajar menyimpan gigi susu..
    masalahnya sekarang gigi susu itu masih ada dan menyebabkan gigi lagi satu tumbuh di diatas gusi..gigi saya sungguh tidak cantik gara2 perkara ini..
    utk pengetahuan doktor leen,,gigi ini telah goyang ketika saya berusia 12 tahun..dan sekarang ia semakin goyang..saya pernah pergi ke klinik gigi..tetapi dr gigi tersebut memberitahu bhawa kalau gigi susu saya dicabut maka gigi saya akan rongak..
    apa pendapat doktor..
    adakah ada kemungkinan utk gigi saya yg tumbuh diatas gusi turun kebawah??

    sekian,terima kasih..

    • drleen says:

      fatin: bila gigi susu tu dah dicabut..kemungkinan utk gigi kekal turun ke kedudukan asal tu mungkin susah skit laa..kadang2 kena pakai braces baru boleh turunkan gigi ke kedudukan asal..

      • pelajar says:

        maksudnyer kalau pakai bracer gigi akan tumbuh semula ..betul ker dr??dan berape lame proses tersebut..

      • drleen says:

        pelajar: gigi takkan tumbuh semula kalau pakai braces…braces tu utk susunkan semula gigi so jadi laa cantik semula. proses tu dalam 18 bulan ke atas

  29. natsumi says:

    Salam, sy ader sebtg gg yg b’lubang sbb bekas tampal yg t’buka. now, gigi b’lubang tu m’buatkn nafas sy b’bau. sy nk cabut tp risau pd penampilan sy lps ni, t’utama bila senyum or ketawa. coz gg tu t’letak sblh gigi taring (antara barisan hadapan). apakah cara tuk saya msalah ini? sy x blh simpan lama gg yg rosak ni coz takut merosak kn gg yg lain.

    • drleen says:

      natsumi: kalau boleh selamatkan lagi, boleh buat rawatan saraf then tampal or buat crown. kalau tak bleh selamat then boleh buat gigi palsu dulu..bila gigi dah siap then cabut pastu terus pasang gigi palsu tu…bila gusi dah sembuh, kadang2 gigi palsu tu akan longgar so boleh repair atau buat baru atau buat bridge.

  30. fatin says:

    salam dr leen,
    kalau saya terpaksa memakai braces,jadi gigi yg tumbuh di bhgan atas akan turun ke bawah..
    agak2nya berapa lama masa yg diperlukan utk gigi yg tumbuh diatas gusi itu akan turun ke bawah,,adakah selepas gigi yg tumbh diatas itu turun,saya boleh membuka braces yg sy pakai..adakah saya masih boleh memakai braces kerana saya sudah berumur 19 tahun.
    adakah boleh jika saya memakai braces pada gigi yg tertentu sahaja..maksud saya bukan disemua kawasan gigi..kerana gigi yg masalah cuma satu gigi sahaja..saya takut jika saya memakai disemua bhgn gigi atas,kedudukan gigi saya yg cantik2 akan berubah..adakah gigi yg sudah turun ke bawah akan pergi ke kedudukan dia diatas semula jika saya menanggalkan braces..susah hati saya..
    sekian,terima kasih,.

    • drleen says:

      fatin: salam. Biasanya gigi tu akan turun..berapa lama tu bergantung..kadang2 sampai setahun lebih..biasanya pakai braces utk semua gigi..jangan risau selepas pakai tu gigi akan cantik tersusun

      • fatin says:

        terima kasih dr leen atas nasihat yg telah diberikan..
        sy telah pun mencabut gigi susu berkenaan dan telah meminta pendapat dr gigi tersebut…
        dr gigi tersebut menberitahu bhwa saya tidak perlu memakai braces..dia menasihati saya supaya menekan akar gigi yg tumbuh diatas gusi tersebut setiap hari pada waktu malam dan pagi supaya gigi tersebut boleh turun ke tempat asal walaupun ia mengambil sedikit masa berbanding memakai braces..
        sekian,terima kasih..

      • drleen says:

        fatin: ok…bagus..:)

  31. Sara says:

    SALAM DR…

    Sy ada stu gigi kuning di bhgian hadapan…..Mcm mne sy nak hilangkan kuning tu??Adakah kuning kat gigi tu akan kekal sampai bila2 ??

    • drleen says:

      sara: saya dah reply kat post lain..kuning tu takkan berubah kecuali kalau cover dia dengan crown atau veneer..or boleh cuba whitening jugak

  32. huda says:

    hello boleh sy tahu adakh mamakai bracers ni membahayakan terutama ketika hujan dan petir…kerana bracers adelah besi adekah ia akn effect

  33. noor aini says:

    saya nak tanya 1 soalan… cara kaedah rawatan crown tu mcmana.? adakah gg asal tu akan dicabut? atau macmana? saya ada masalah dengan gg depan yang patah tergigit batu… dah jumpa DR dia suggest buat crown.. saya x berapa jelas cara / kaedah rawatan crown ni… boleh dr tolong jelaskan.. tq very much!

    • drleen says:

      noor aini: crown ni sarung gigi..gigi asal takkan dicabut..cuma gigi asal tu akan dikecilkan..kemudian dibuat sarung sementara..selepas seminggu camtu sarung sementara akan digantikan dengan crown betul. murah laa tu harga crown 450. skang ni kat sekitar kawasan saya harga crown dah mencecah 600 sebatang..

      • noor aini says:

        DOKTOR… harga rm6oo tu full porselin ke??? kalau yang ada campuran besi tu betul ke akan nampak byang2 hitam??

      • drleen says:

        noor aini: 600 tu utk porselin campur metal..harga full porselin skang ni dah 1000-1200 sebatang. kalau ada campuran besi memang lama2 boleh nampak bayang2 hitam.

      • noor aini says:

        doc.. kalau full porselin boleh tahan berapa lama?? n kalau yang porselein+metal tu berapa lama pulak??? byg2 hitam tu nampak amat ketara ke doc..?

      • drleen says:

        noor aini: sama je dengan metal + porselin..asalkan penjagaan bagus crown akan tahan lama. kalau mereka yang senyum sampai nampak semua gusi then bayang2 hitam tu akan nampak..kalau senyum nampak gigi je tak nampak gusi then bayang2 hitam tu tak perasan.

  34. moi says:

    salam..doc sy nk tny, kalo gigi depan dah ada plak boleh
    di selamatkn lagi x? melalui kaedah apa? kalau ada gigi berlubang boleh buat scalling tak? berapa kos semuanya?

    • drleen says:

      moi : kalau gigi ada plak, buat scaling / cuci gigi dah hilang plak tu…kalau ada gigi berlubang boleh je buat cuma kadang2 bleh ngilu skit laa sebab air masuk dalam lubang kan

  35. niesha says:

    salam dr leen….
    sy nk tye..kalu nk wat gigi palsu…n nk cabut gigi..adakah gigi palsu sementara akan diberi selepas gigi dicabut…sementara gigi palsu yg kekal siap?
    sebab..gigi yg nk dicabut gigi hadapan…krn ade perasan malu nk pergi kerja bila gigi hadapan…tiada…:(
    sy hrp..dr leen dpt mmberi nasihat n jawapan…

    • drleen says:

      niesha: utk gigi depan kita boleh buat gigi palsu sementara dulu kemudian cabut dan pasang gigi palsu tu. so bila keluar klinik dah ada gigi. kemudian bila gigi tu dah longgar kena buat baru.

  36. cik melati says:

    dr.leen,saya nak buat bleeching (putihkan gigi) untuk nampak lebih berseri di hari perkahwinan saya..berapa kos perawatan yang perlu saya sediakan? dan berapa bulan ia bertahan? sebab majlis saya insyallah bulan 12 tahun depan..

    • drleen says:

      cik melati: kos pemutihan dala 500-800 tengok awak nak buat yang home punya ke atau in-office punya. biasanya tahan lama dalam beberapa tahun…kalau ikut cara2 penjagaan laa…bleh je buat…saya ada pakej utk wedding..so kalau nak cantikkan gigi ada diskaun skit..:) datang check dulu k.

  37. cute says:

    bagaimana untuk memutihkan gigi yang semulajadi kuning. rasa merendah diri kalau senyum di khalayak ramai.
    bagaimana mahu menghilangkan kekuningan ini dr?

  38. fairul says:

    sy nk tanye, gigi bwh saye ke dpan, mcm gigi ceh wan tu, blh ke saye nk buat gigi atas saye ke depan dari gigi bwh

    • drleen says:

      fairul: tak boleh cara biasa sebab ia melibatkan tulang tengkorak…kalau nak kena buat pembedahan utk re-position tulang

  39. SHIDAH says:

    salam…
    saya telah kehilangan 4 gigi atas dan 2 gigi bawah di hadapan..so boleh tak saya mmbuat rawatan bridge untuk gigi atas dulu sbb kekurangan budget ..tq

  40. SHIDAH says:

    tq..doc…saya rasa ingin membuat rawatan di klinik doc..berapakah charge yang dikenakan untuk 4 batang gigi yang hilang dan untuk pengetahuan doctor saya telah mencabut gigi saya pada 23 Disember yang lalu dan bilakah waktunya saya perlu untuk memulakan rawatan…

    • drleen says:

      shidah: ooo..baru lagi tuh..biasanya kena tunggu gusi sembuh biasanya dalam 2-4 minggu..takpe laa datang je utk saya check k. utk ganti 4 batang gigi kena buat 6 unit so 3600.

  41. pelajar says:

    saya nak tau maksud bridge tu ape??

    • drleen says:

      pelajar: bridge tu ialah cantuman crown. kalau takde gigi..kita buatkan gigi palsu yang melekat pada gigi2 bersebelahan kawasan yang takde tu so tak payah cabut2 macam gigi palsu biasa

  42. Leen says:

    salam doc.
    saya ada masalah sebatang gigi di bhg atas sy terkebelakang dari kedudukan gigi yang lain. Apakah rawatan yang boleh sy ambil selain dari memakai braces dan berapakah kosnya?

  43. maihini says:

    Salam doc.
    Saya ada masalah dgn gigi depan saya.saya telah buat crown pada 6 tahun yg lalu tapi gigi itu sekarang sudah longgar dan menyebabkan gusi saya bengkak.saya rasa gigi yg dlm tu makin teruk..bagaimana saya nk selesaikan masalah saya ini..kadang2 dia berbau ..perlukah saya cabut

  44. su1979 says:

    slm doktor,
    1.saya nk tahu, kalau kite pakai crown, adakah mulut kite tetap berbau?sbb, dlm crown tu ade gigi asal. xde effect kt gusi kite ke kalau pasang crown.
    2.saya ade 4 btg gigi depan yg dh x dpt ditampal.so, doktor gigi cadangkan supaya buat crown sbb sy xnk pakai gigi palsu yg boleh tanggal.masalahnya, gigi taring (siung) pulak ketara lain dr gigi yg ade.boleh ke sy buat crown menyerupai kedudukan asal gigi lama?

    • drleen says:

      su1979: salam..mulut berbau disebabkan plak yang melekat kat celah2 gigi…so kalau buat crown, and kita tak gosok and floss celah2 gigi tu of course mulut akan berbau. gusi ok je bila buat crown..tapi kalau tak jaga betul..gusi boleh merosot..macam gigi biasa jugak kalau tak jaga..gusi boleh merosot. tentang kedudukan gigi utk buat crown/bridge tu boleh je suruh dr tu aturkan ikut gigi asal..biasanya sebelum buat pun dr akan ambil acuan gigi asal supaya nanti boleh compare.

  45. sarah says:

    slm doktor,
    saye berumur 17 tahun.saya ingin bertaye saya mempunyai gigi depan yg agak lurus.manakala gigi di bahagian tepi pula berbentuk bulat dah gigi di belakang agak taring sedikit.bolehkah saye memakai braces untuk meratakan kan gigi saya ini.supaya kelihatan selari.dan berapa kah kos pemakaian braces di hospital kerajaan doktor?harap doktor dapat menjawab soalan saya ini.TQ🙂

    • drleen says:

      sarah: saya tak sure laa awak boleh buat kat kerajaan lagi ke tak..kalau boleh tak salah saya harga dalam 800 kot…kalau kat swasta dalam 4500 ke atas

  46. By says:

    Slm dok,
    Saya mempunyai karies di bahagian tengah gigi hadapan dan sudah dtmpal. Skrg, walaupun sy mengamalkan pjagaan gg yg teratur spt kurang mkn manis, berus 3X sehari, flos, n bkumur. Masalahnya karies masih mula kelihatan di celah gg hadapan yg lain. Apa yg perlu sy buat lagi utk mengelakkan karies dr mjadi lebih serius? Please..

    • drleen says:

      by: salam..kena check dulu utk tengok samada ianya caries ataupun karang gigi..kalau warnanya kehitaman kadang2 ia boleh jadi karang gigi..kalau dah nampak berlubang, memang confirm karies laa kan..anyway..kalau berlubang tu kena laa tampal..walaupun kecik..and kalau karang gigi boleh buat scaling.

  47. moi says:

    As salam doc, sy nk tny apa kesan mencabut gigi di awal kandungan?

    • drleen says:

      moi: w’salam…ada macam2 study kat luar sana..ada berpendapat, kalau bukan emergency kalau boleh elakkan cabutan gigi pada awal trimester pertama iaitu 1-3 bulan. Tapi kalau dah teruk sangat, terpaksa jugak cabut then boleh cabut cuma tak boleh kasi banyak2 ubat kebas and tak boleh makan ubat tahan sakit yang kuat sangat..biasanya kalau tak teruk sangat dr tu akan suruh tunggu sampai second trimester baru cabut…

  48. sya says:

    salam dr leen,
    sy ingin tahu rawatan untuk sebatang gigi hadapan yg ke depan???

  49. anis nadia says:

    salam doktor.saya bakal pakai braces dalam bulan may ni.tapi saya ada masalah sebab gigi geraham no 2 dari belakang bahagian bawah berlubang teruk,mungkin kena cabut dan gigi geraham paling hujung bahagian atas berlubang juga.jadi saya nak tahu,adakan ini akan menjejaskan peluang saya untuk memakai braces?

  50. liberta says:

    saya membuat crown di gigi hadapan
    jika saya memakai braces. adakah ia akan memberi kesan?

  51. azren says:

    salam dr leen,
    saya dijadualkan akan memasang braces tetapi gigi bongsu menganggu dan doktor meyarankan agar gigi itu dicabut dan 2 kali operation telah diadakan.Tetapi pembedahan kedua agak sakit dan sudah masuk hari ke-5 bengkak tidak surut dan bengkak agak keras.Kenapa ye?Adakah telah menjejaskan sesuatu?

  52. lia says:

    sy nk tanye, gigi bwh saye ke dpan, mcm gigi chef wan tu, blh ke saye nk buat gigi atas saye ke depan dari gigi bwh.saya rase ada yg penah tnye soklan yg same kt dktr..is it true x bole betulkan just nagn pakai braces?or de treatment len yg bole dilakaukan? wat bout the prise?so what should i do?sy x yakin ngan keadaan gg sy skrg..

  53. liana says:

    salam dr..
    sya bru mcabut ggi graham yg rosak.sewaktu proses mcabut ggi, akar ggi sya msih ttinggal di dalam dan doktor bjaya mngeluarkannya..tp slepas bberapa hari, sya dapati tdapat bnda putih di dlam gusi tsebut dan ia mpunyai bau yg kurg enak..sy ingin mmninta pndapat doktor mngenai msalah sy ini..

  54. mr rambo says:

    salam dr lee ,
    gigi syterlalu jongang , agak2 dr lee boleh sy berlakon dalam filem jongang terbitan astro … terima kasih

  55. atie says:

    As salam Drleen…
    warna gigi saya tidak sekata. terdapat warna putih di tengah hampir setiap gigi. saya pernah bertanya pd dr gigi ttng masalah gigi saya n dr t’sebut kate tiada cara lain selain pakai ‘Tooth Mousse’ tp masih tiada perubahan jg. ape yg perlu saya lakukan? harap dr dapat membantu. tq.

    • drleen says:

      atie: kadang2 memang susah nak hilang and kena ambil masa yang agak lama utk pulihkan kembali putih2 tu…dah berapa lama awak pakai tooth mousse? Mungkin kalau letak tooth mousse tu dalam tray gigi lagi berkesan sebab air liur takkan hilangkan dengan cepat…awak duduk area mana? kadang2 kalau nak cepat hilang boleh je tampal kawasan yang putih2 tu..tapi kalau tak nak tampal, kena sabar skit utk tengok kesan tooth mousse k..

      • rini says:

        Salam Drleen, saya baru perasan yang karak gigi saya agak teruk , bagaimana rawatan dia dan berapa kos?

  56. jesrin says:

    slmat sjahtera drleen ,
    saya berumur 17 tahun gigi depan saya sblh kanan goyang2 ,mungkin nak tercabut ,kalo saya cabut adakah masih boleh tumbuh lagi ?

  57. wana says:

    doc tempoh hri sy jump doc ggi nk buat rwtan akar dan crown..doc tu pasangkan gigi semntra..selang berapa hari gigi yg nk kena psang crown tu rase ngilu..persoaln sy klu dah guna crown tu nnti adakah gigi tu rsa ngilu lagi? lgi 1 hrga crown dan rawatan akar tempat doc brpe?klu yg dlm putih luar pun putih itu pangil ape ek dan brpa hrganya..tq

  58. yoges says:

    boleh saya tahu mana nak beli ubat / air liur gantian.

  59. niesha says:

    salam dr.leen…sy tanye…sy nk cabut gigi hadapan dan buat gigi palsu…masalahnye…adakah sy perlu pergi ke klinik dr untuk ukur dulu gigi tu…baru cabut?adakah hari y berlainan untuk ukur n cabut gigi…kemudian pasang gigi palsu sebaik cabut gigi….

  60. dhuha says:

    salam dr, boleh ka cabut gigi masa gigi masih rasa sakit?apa risikonya

  61. wanna says:

    lmbt tul doc bls pertanyaan sya…huhuhuuu…bzzzz btll lerrr..hheeeeeeeeeee

  62. drleen says:

    Salam semua…selepas ini semua komen akan dibalas secara e-mail…:) terima kasih…

  63. zue says:

    assalamuailaikum dr.
    saya ada masalah tanda putih pada gigi saya. kadang-kadang malu nak bercakap dengan orang. blh tak dr maklumkan kos untuk kaedah rawatan. klinik dr dimana?

  64. mimi says:

    ello doc.saya ada masalah ckit dengan gigi saya.Saya ada tampalan gigi yang sudah lama sejak saya di bangku sekolah lagi.Tampalan hitam itu masih kuat,adakah perlu saya buat tampalan baru?

  65. Toledo Orthodontics…

    […]Soalan berkaitan gigi « Gigi Sihat Senyuman Menawan[…]…

  66. salam doctor leen,sy nak tanya patut ke sy pakai braces cuma sbb nak samakan gigi depan sy ni je yang agak jarang.gigi bahagian bawah saya ok je.sy xsuka nak tampal2 bende kat celah2 gigi depan saya y jarang sikit tu.mesti nampak xcantik n sy lebih rela pakai braces.

  67. SITI IZZARATUL SOLIKIN BT ZUKRI says:

    slm,doktor ,dua btg gigi sy sdh tercabut tetapi saya tidak mkn coklat saya juga hairan mcm mn gigi sy tercabut

  68. SURIA says:

    hello doc..sy br buat crown gg bln lepas..sy nk tnya cne penjagaan gg crown nie?bleh gne floss gg tk?bape lm gg akan jd htam atau kuning?apa kesanny kalu sy sllu minum minuman yg coklet cthnye milo, nscfe or coffe?thanks doc..SURIA

    • drleen says:

      Hi…jaga crown sama je cam gigi..kena berus dan floss..kalau bolwh jgn gigit menda yg keras sgt cam tulang…takut sumpik la plak..

  69. myra says:

    saya nak buat braces tapi untuk bahagian atas sahaja…berapa cost nyer??

  70. ain says:

    salam doktor. saya seorg pelajar yg baru memakai braces selama 1 bulan. jikalau saya mendapat tajaan utk ke luar negara smbung belajar, bagaimana doktor?? saya dilema kerana baru sebulan memakai braces, dan tajaan itu akn menghantar terus tanpa persediaan di malaysia.

    • drleen says:

      Salam..ada 2 pilihan…samada teruskan atau bukak dan pasang balik lepas habis belajar. Kalau teruskan..samada suruh dr sini refer ke orthodontist sana..atau awak balik mesia utk review..mungkin orthodontist awak boleh adjust treatment awak..check balik ngan orthodontist awak ek.

  71. VinCristine says:

    Salam Dr Leen.. saya baru cabut gigi..sebab doktor tu kate nak buat rawatan akar pun dah x boleh dah. jadi saya tertanya-tanya kenapa??

  72. ila says:

    Dr, macam mana nak buang hitam2 kat celah gusi di rumah.. hitam celah gusi tu masih samar2 tapi bagi saya tu dah teruk sgt sbb sblm ni saya tak pernah ada masalah gigi n gusi

  73. zarina says:

    Hello Dr..Saya nk tanya ckit..Is there another way to fix an underbite that doesn’t involve surgery and braces ? Kalo guna veneers bole ker ?

  74. ewan says:

    asslmkm…dr…gigi arnab sy yg sebelah terlebih pnjg dri yg stu lg..dulu okey je..bole ke sy gunakan jari utk naikkn semula…tuk kmbli kpd asal…time kaseh..

  75. BEAST says:

    Hello, doctor..gigi arnab depan saya mepunyai masalah reput? so, colors gigi tu kuning. apa rawatan terbaik untuk masalah trsebut?

  76. Adi says:

    salam Dr, saya nak tnye. Gigi taring saya senget. Dan kadang2, makanan bolg terselit di celah gigi taring tuh? apa patut saya buat? adkah kene pakai braces?

    Terima kasih .

  77. ASYRAF says:

    Assalamualaikum
    Saya baru simen gigi palsu saya di klinik kerajaan .Gigi yang disimen itu adalah gigi hadapan saya , dan sekarang ini ia disimen di sebelah kanan dan kiri .Saya amat risau sekarang .
    saya cuba menolak gigi itu dengan keadaan yang stabil semula
    akan tetapi gigi tu yang baru disemen dua hari lepas menjadi longgar .Bagaimana saya nak menghadapi nya sekiranya ia tidak boleh dilekatkan balik ?adakah saya perlu membeli polident sebagai ganti untuk menguatkan simen tersebut ?

  78. asyraf says:

    assalamualaikum
    saya baru simen gigi palsu saya di klinik kerajaan
    tetapi baru dua hari gigi saya tercabut
    apabila saya menghembus hingus semasa mandi .
    Gigi yang disimen itu adalah gigi hadapan saya , dan sekarang ini ia disimen di sebelah kanan dan kiri. saya amat risau sekarang .
    saya cuba menolak gigi itu dengan keadaan yang stabil semula
    akan tetapi gigi tu yang baru disemen dua hari lepas menjadi longgar .
    bagaimana saya nak menghadapi nya sekiranya ia tidak boleh dilekatkan semula ?
    adakah saya perlu membeli polident sebagai ganti untuk menguatkan simen tersebut ?

  79. chan chee fung says:

    salamsejahtera nak tanya doktor lah kan, kalau gigi geraham besar sakit sebab mungkin goyang patut tak di cabut, tetapi ianya hanya sakit bila mengunyah makanan ianya di sebelah kiri, sebab tu lah saya mengunyah guna yg belah kanan, dan satu lagi nak tanya kenapa gigi berlubang?, apakah pencegahannya, ya lah saya pun dah 2 btg cabut gigi geraham atas dan bawah dan kalau berlubang mcm gigi saya kan , doktor yg chek gigi saya kata kena buat rawatan saraf ,teteapi dia suruh dtg 3 kali, mula2 dtg chek kt doktor dan dia cucuk kt lubang tu mmg sakit, tapi waktu dia injection dan korek sedikit lalu tampal sementara ,kalau tak sakit dlm seminggu, boleh kah terus tampal dan tak perlu buat rawatan saraf lagi?

  80. ashraf says:

    Assalamualaikum doctor.. saya mmpunyai masalah dua gigi atas yg ke depan(jongang)..ini membuatkan mulut saya berkeadaan memuncung kerana dua gigi itu menolak bibir atas saya ke depan… jika saya cabut dan letak gigi palsu,ade kemungkinan bibir saya akan nampak berada dalam keadaan normal dan tidak muncung lagi ?

  81. miyra says:

    assalamualaikum
    saya nak tanye,, klu lepas buat rawatan akar,, gigi akan bertukar menjdi wrne hitam tau kelabu?? klu sye nk buat rawatan bleaching adakah gigi sye akan kembali putih semula??

  82. sue says:

    salam doc…saya risau sgt2 ni…gigi saya jongang. tahun lepas saya ada bt crown utk satu batang gigi depan yang dh rosak..ada ke peluang utk saya pakai braces lg..sy musykil..bleh ke kalau gigi yg dah pasang crown nk pasang braces…tolong bantu sy dooc…tq

  83. pika8899 says:

    salam doc..sy nk tny,klw sy nk buat gigi taring palsu mcm customfangs.co.uk boleh ke??brpe kos dia doc??sy nk pakai n i wane look real..

  84. zety says:

    salam doc…sy nk tnye…gigi atas sye agak jrang n jongang siket ja…ta teruk sgt.but still sy malu..nk tnye perlu ka pkai braces?how much the cost?sy student ipta,.n perlu ka cabut gigi graham?

  85. fiqa :( says:

    dr leen , saya fiqa . 17 y/o . kuantan phg . saya ada masalah gigi garham berlubang . yang belah atas . hujung sekali . masa check gigi hari tu , tak de pun nurse cakap apa apa . apa patut saya buat ? harap doctor boleh tolong saya😦

  86. muhammad amin bin ibrahim says:

    assalammualaikum doc,saya nk tnya tentang masalah gigi hadapan sebelah kiri saya yg berada 1PER3 atas gigi hadapan sebelah kanan.saya….bagaimana saya nk samakan gigi kiri saya di tempat yg betul…tq

  87. muhammad amin bin ibrahim says:

    1per3 senget ke sebelah kanan gigi hadapan

  88. Qilla says:

    Assalammualaikum dr.. sy nak bertanyakan tentang masalah gigi depan sy yg rosak akibat jatuh masa zaman kanak-kanak dahulu.. Gigi sy cume satu je patah separuh tp bila kelamaan gigi sy bertukar menjadi kekuningan dan selalu sakit sehingga bengkak dan bernanah di gusi atas gigi yg rosak tu.. sy dh lama berhasrat nak cabut disebabkan malu hanya gigi tu saja yg berwarna lain.. rawatan ape dr sy nak atasi masalah gigi sy nie.. tQ

  89. liezwaty aim says:

    sore dok,saya mau tanya
    sy kan punya anak berumur 5th trus gigi bagian atasnya smua tu habis krn kebanyakan minum susu formula sejak bayi trus gigi atas tu tumbuh gigi siung n rencananya mau sy cabutkan
    apa diusia 5th ini boleh cabut gigi dok n apa tidak bahaya
    trimakasih,,

  90. zatyejat93@yusma zatyejat93@yusma says:

    Saya ada masalah Gigi x teratur.. Rasa nk pkai braces tapi memndangkn sya pelajar ipt sye kurang mampu.. Ape patut saya buat..disebabkn masalah ni sye kurang berkeyakinan dalam diri

  91. nor says:

    salam dr
    dua gigi depan saya saiz besar dr gigi yg lain..dn mnjadikan gg sy jongang..sekarang gg dpan sya d antara dua btg tu d bhgian dlm ada hitam2 dan sdh terbntuk lubang kcil,apabila d jolok dgn lidah boleh rasa ada lubang…dan dr depan boleh nmpk byg2 hitam d gg dpan tsebut…mcm mna cra ny supya lubng d bhgian dlm tu x btmbh bsar dan byg2 htam tu x nmpk..

  92. Nina says:

    Assalamualaikum. Dr.nk tanya.2,gigi atas sy yg kat tengah mcm agak kedepan mcm open bite punya case.even ms kecik sy x prnh hisap puting.brp lama ye agaknya sy kena pki braces.sbb sy ada gi check n dr tu kata sy x yh cabut gigi blkg sbb still ada ruang.jd klw sy x cabut dia still effective ke.sbb dr tu kata klw nk ketara cabut gigi tapi klw blh sy nk elakn.sbb sy rasa keduduk gigi ganggu cara prckpn n cara sy kunyah mknn.buat sy rasa sgt rndh diri

  93. wiwi says:

    hai dok… saya mempunyai masalah gigi.gigi saya sudah terlalu kuning dan sukar dibersihkan dok boleh bantu saya umur baru12 saya rasa tidak selesa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: