Pemberusan gigi anak anda – bila dan bagaimana?

Mengajar anak memberus gigi adalah sangat penting. Tentu ramai yang mempunyai masalah yang anak mereka tidak suka memberus gigi atau tidak mahu diberus giginya oleh anda. Bagaimana anda mahu memupuk sikap suka memberus gigi dikalangan anak anda? Bagaimana cara memberus gigi anak anda?

Bayi

Kunci utama untuk memupuk tabiat suka memberus gigi adalah memulakannya dari AWAL. Paling bagus jika anda memulakannya beberapa hari selepas lahir. Selepas bayi anda menyusu, lapkan gusi, lidah dan langit-langit bayi anda dengan kain lembab. Ini bertujuan untuk :
1. Membersihkan gusi, lidah dan langit-langit bayi anda dari plak yang terbentuk
2. Membiasakan anak anda merasa ada jari atau sesuatu di dalam mulutnya supaya anak anda tidak akan berasa tidak selesa atau takut apabila anda mahu menggosokkan giginya kelak

Selepas 6 bulan

Gigi pertama bayi anda biasanya akan tumbuh apabila umur bayi anda sekitar 6 bulan. Biasanya gigi bawah di bahagian hadapan akan tumbuh. Ada yang tumbuh awal dan ada juga yang tumbuh lambat jadi jangan risau sekiranya hal ini terjadi. Selepas gigi pertama tumbuh, anda boleh membeli berus gigi bayi. Terdapat bermacam-macam berus gigi bayi di pasaran. Ada yang boleh disarungkan pada jari dan ada yang berbentuk seperti berus gigi biasa. Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana sesuai untuk bayi anda. Pastikan berus gigi itu cukup kecil dan mempunyai berus yang lembut.

Saya lagi suka menggunakan berus gigi yang boleh disarungkan pada jari untuk permulaan kerana kita boleh mengagak berapa dalam kita memberus dan apa yang kita berus. Selepas bayi mempunyai lebih banyak gigi, dan anda telah biasa memberus gigi anak anda, anda boleh bertukar kepada berus gigi yang berbatang.

Ubat gigi

Tidak perlu menggunakan ubat gigi bila memberus gigi anak anda yang berusia di bawah 18 bulan. Anda boleh menggunakan ubat gigi berflorida selepas anak anda berusia 2 tahun ( apabila anak anda sudah tau berludah). Sekiranya anak anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies ( gigi berlubang), anda disarankan untuk menggunakan ubat gigi berflorida tetapi pastikan anda hanya meletakkan jumlah yang kecil sahaja ( sebesar kacang pis) di atas berus gigi . Ini adalah kerana, jika anak anda berusia kurang dari 6 tahun dan menelan ubat gigi berflorida dalam jumlah yang banyak, gigi kekal anak anda akan mendapat fluorosis ( tompok-tompok putih – kecoklatan). Ada juga ubat gigi tanpa florida untuk kanak-kanak dan sekiranya anak anda tidak mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies maka ubat gigi tanpa florida amat sesuai untuk digunakan.

Cara memberus gigi anak anda

Berus gigi anak anda 2 kali sehari, pagi dan juga malam sebelum tidur.

1. Posisi paling bagus untuk anda berdiri ialah di belakang atau tepi anak anda dan memegang rahang bawah anak anda dengan lembut.
2. Berus bahagian permukaan gigi belakang dahulu kerana bahagian ini digunakan untuk mengunyah makanan dan sangat senang mendapat karies. Kemudian, teruskan dengan bahagian permukaan tepi gigi dan juga bahagian sebelah dalam gigi belakang.
3. Selepas itu berus pula bahagian gigi hadapan, permukaan luar dan dalam gigi.
4. Gunakan teknik berusan secara bulatan kecil seakan gegaran supaya seluruh permukaan gigi dibersihkan dengan sempurna.
5. Luangkan masa dalam 3 minit untuk memberus gigi anak anda. Nyanyikan lagu semasa memberus supaya apabila habis lagu dalam masa 3 minit, maka pemberusan gigi pun habis.
5. Suruh anak anda berkumur dan ludahkan semuanya. Jangan risau sekiranya anak anda tertelan sedikit ubat gigi yang mempunyai kandungan florida rendah. Jika anak anda selalu menelan ubat gigi, gunakan ubat gigi tanpa florida.
6. Jangan lupa memuji anak anda kerana telah memberus gigi.

Apa perlu buat jika anak tidak mau memberus gigi

Ada kanak-kanak yang tidak suka anda menggosok gigi mereka. Mereka mahu membuatnya sendiri. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak akan menggosok gigi dengan betul kerana mereka masih tidak tahu menggunakan berus gigi dengan betul. Jadi, anda perlu memberus semula gigi anak anda selepas anak anda memberusnya. Anda juga boleh mencuba beberapa tip untuk menjadikan aktiviti memberus gigi disukai anak anda:

1. Pastikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang seronok dan bukannya satu tugas yang perlu dibuat oleh anak anda setiap hari
2. Biarkan anak anda memberus gigi anda, kemudian memberus giginya sendiri dan kemudian anda pula menyudahkan pemberusan gigi.
3. Biar dia memilih berus gigi dan ubat gigi kesukaannya
4. Nyanyikan lagu atau buatkan aktiviti gosok gigi seperti satu permainan
5. Bacakan buku mengenai gigi, pemberusan gigi dan juga doktor gigi
6. Jangan gunakan paksaan semasa memberus gigi anak anda, sekiranya anak anda tidak mahu memberus nasihatkan anak anda secara perlahan-lahan sehingga dia mahu memberus gigi

Jika anda jadikan gosok gigi ini seperti sesuatu yang menyeronokkan tentu anak anda sukakannya. Anak anda juga akan suka memberus gigi jika mereka melihat anda memberus gigi. Mulakan dari awal, supaya senang mendidik anak menggosok gigi kelak. Ingatlah bahawa gigi anak anda amat penting walaupun gigi itu akan diganti dengan gigi kekal kerana tanpa gigi, anak anda akan menghadapi masalah untuk makan dan boleh mengganggu tumbesaran mereka.

Selamat mencuba!

28 Responses to Pemberusan gigi anak anda – bila dan bagaimana?

  1. Aida says:

    wah dahsyat siot…i just saw your blog..all about gigi. hebat lah. betul betul article you. we recently buy avarayna her toothbrush. baby nyer, so soft. at first nak ngunyah jer. then i brush my teeth and bagi kat dia, her toothbrush. now dia mimic abis, so cute!

  2. drleen says:

    Aida : hehehe…Alisdair pun lebih kurang camtu jugak. Dia just kunyah-kunyah je toothbrush tu bila i kasi dia pegang. Then bila dia nampak jordan gosok gigi baru i boleh gosok gigi dia. Kalau dari kecik they all suka berus, then takde problem utk suruh they all gosok gigi bila dan besar sikit. Keep it up mommy!

  3. maz says:

    dr leen, my daugther baru masuk 3 month. seminggu lepas dia asyik masukkan jari dalam mulut. air liur dia pun meleleh banyak macam baby yang gatal gusi.
    it’s that means yang dia dah nak tumbuh gigi? bukan ke normally baby tumbuh gigi after 7 month?

  4. drleen says:

    maz: nampak gayanya memang ur daughter nak tumbuh gigi. Ada budak tumbuh gigi cepat and ada budak lambat. So make sure u belikan teething ring or teething biscuit utk dia gigit-gigit. Memang time ni they all cranky sikit . Ada budak yang 4 months dah tumbuh so don;t worry, it’s normal..:)

  5. AmiRa says:

    Hye Dr LEen,

    My toddler is 18 mths old, he already got few teeth but his upper front teeth which are 4 of them have some white spots. Is this show an early sign of tooth decay? He likes to suck his bottle of milk when he wants to sleep & seem he cant resist it before sleep.

  6. drleen says:

    amira: hi..maybe it’s an early sign of decay..did he likes to brush his teeth? If possible, try to clean the surface of his teeth with wet cloth after he fall asleep and take away the bottle once he’s asleep. Look for non-fluoridated toothpaste since he’s too young to spit everything..because if he ingest too much fluoride, his permanent teeth can get fluorosis ( white patches on the tooth surface). Try to bring him to see a dentist, just for check up..and the dentist can confirm if it’s really decay or not.

  7. Liza says:

    Salam Dr.Leen,

    Just curious, my baby dah 8 mths… masa dia 6 mnth dah tumbuh gigi bawah… kira sekarang dah ada 2 batang kat bawah.. tapi baru2 ni i realize satu gigi atas nak tumbuh tapi bukan kat tengah.. usually tgh2 dulu tumbuh kan?…. ni tumbuh kat tepi pulak… mcm gigi taring… tapi belum tumbuh penuh… baru mula keluar… is that normal?

  8. drleen says:

    liza: salam..kalau boleh bawak check dulu..susah nak bayangkan kalau tak tengok..kalau nampak abnormal biasanya dr tu akan amik x-ray kalau boleh..kalau tak boleh..maybe kena tengok atau refer kat pakar pergigian kanak2..apa2 pun jangan panic..bawak pegi check dulu k

  9. Ayu says:

    Salam Dr.Leen,

    Anak saya dah berusia 1 thn 8 bln. Klu nak beruskan giginya memang susah, sampai menangis2 la..

    Baru2 nie saya perasan 2 btg gigi depan atasnya mcm terhakis & gigi taringnya seperti patah sikit2. Apa punca yg menyebabkan giginya camtu? Adakah disebabkan dia suka melaga-lagakan giginya?

    Risau gak saya klu giginya reput/tercabut sblm masanya. Ada x cara2 untuk saya mengatasinya?

    TQ

    • drleen says:

      ayu: gigi dia nampak cam terhakis tu rasanya sebab dah start rosak..so bila dah rosak dia cepat reput skit especially kalau terlanggar atau tergigit menda2 keras..cuba jugak laa gosok gigi dia perlahan2…memang susah skit..atau cara lain elakkan dia dari makan menda2 manis..dan elakkan minum susu sambil tidur..kalau tak bleh jugak…mungkin bleh start bawak dia jumpa dentist supaya dia tak takut..so kalau ada gigi yang nak kena cabut atau kena tampal nanti dia tak rasa takut sangat..

  10. Ayu says:

    Dr Leen,

    Pelik jugak..sebab saya x berikan anak saya makan makanan manis @ junk food. Biasanya pun dia cuma makan bubur nasi/nasi/biskut jer..

    Klu dia xnak di berus menggunakan berus gigi, boleh x klu saya berus gunakan kain basah..? Sebelum tdo & waktu pg..?

    Risau gak saya klu dia rongak sblm masanya..hehehe..

    • drleen says:

      ayu: boleh jugak kalau pakai kain basah…kadang2 makanan yg kaya dgn karbohidrat pun boleh menyebabkan kerosakan sbb karbohidrat bleh jadi gula dlm mulut. so memang kalau boleh cuba beruskan gigi dia..kalau tak nak kain pun ok jugak for now

  11. Meli says:

    Dr, anak saya berumur 11 bulan. Masalahnya saya tidak tahu selama ini kita perlu mula menjaga gigi anak sejak mula tumbuh gigi pertama. Mcm mana saya nak ajar anak saya memberus gigi sebab dia tidak suka jika saya masukkan jari ke dalam mulut, dan dia akan gigit jari saya jika saya teruskan juga.

    • drleen says:

      meli: hmm…mula2 memang macam tu tapi kalau dah lama2 dia akan ok..jangan putus asa k..kalau takut jari digigit boleh cuba berus gigi utk baby..mula2 dia akan kunyah2 je berus tu takpe pun..then lama2 nanti dia akan biasa dan tak kisah utk diberus.

  12. ecah says:

    Dr, anak saya sudah 2thn dan saya perasan di giginya ada kesan tompok² putih yg xmahu hilang biarpun sudah digosok berkali-kali. Soalan sy ialah bagaimana caranya untuk menghilangkan kesan tompok² putih tersebut. Selain itu, bolehkah saya tahu gigi bayi yang tumbuh ini biasanya akan bertahan sampai bila kerana saya risau ia akan rosak/rongak sebelum tiba waktunya.

  13. ilyana says:

    salam…Dr. anak saya dah masuk 1thn 6bulan.sebelum ni saya tgk gg dia putih bersih..sekarang ni dah nmpk warna bertukar dan kuning.dia mula memberus dari awal ade gg…tapi baru mggu ni saya cube menggunakan ubat gg mukmin (wpun dia tak pandai ludah/dia telan je) saya risau warna itu akan bertambah…untuk makluman dr. gg saya mmg berwarna kuning (hampir kesemua adik beradik) tp suami gg putih.adakah ianya gen.apa yang perlu saya lakukan?

  14. nor elianna says:

    dear drleen,bayi saya berusia setahun dan dah ader 7 batang gg..kebelakangan ni saya lihat gigi anak saya kekuningan..saya memberus gigi mase mandi shaja..adakah kerana breastfeeding?
    tq

    • drleen says:

      nor elianna: kuning2 tu mungkin disebabkan plak..atau mungkin gigi tu dah nak rosak..hmm..mungkin boleh tambahkan waktu berus gigi tu especially time malam. masa dia tidur lapkan gigi dia dengan kain basah.

  15. N.Aida.H says:

    mohon share ye dr di blog saya..thanks for sharing valuable info bout GIGI…

  16. bole sy na tau mane nak carik berus gigi yang sarung ke jari tu…?
    anak saya da berusia setahun 10hari.. tapi die ade 8batang gigi.. belum terlambat lagikan sy nak ajar die berus gigi…?

  17. nana says:

    anak saya 1 thn 9 bulan tapi gg atas dan bawah dah rosak..masa kecil sy gosok gg dia tapi pada satu tahap dia nak muntah je bila gosok gig…so sy stop sekejap… bila saya sedar giginya dah rosak…memang habit dia tido dgn botol susu…kalu x bagi memang x bleh tido anak saya tu…sy risau gg gerahamnya akan rosak nanti.. ape yang saya perlu buat?…kalu jumpa Dr gg pun rasenya dh x bleh iselamatkan…

    • drleen says:

      nana: salam…mungkin boleh cuba lapkan gigi dia lepas dia minum susu waktu malam tu..ambil kain lembab dan cuba lapkan gigi..masa mula2 memang dia tak suka..tapi kalau selalu buat dia akan ok..lagi bagus kalau boleh dapatkan sejnis tisu lembab yang ada xylitol..contoh macam spiffies dan juga tooth tissue…harganya memang agak mahal sedikit tetapi ianya boleh menolong mengelakkan karies baru dari etrjadi dan juga menolong stabilkan karies yang ada supaya tidak jadi lagi teruk sampai ke saraf. Selain itu, mungkin puan boleh ke klinik gigi berdekatan and tanya ada tak floride varnish..biasanya kalau kanak-kanak itu mempunyai risiko besar utk dapat karies, eloklah sapukan floride varnish itu 2 kali setahun disamping penjagaan gigi yang betul supaya gigi mereka tidak mendapat karies atupun boleh menstabilkan karies supaya tidak merebak menjadi besar.

      • cikinot says:

        doc..nape kanak-kanak selalu berlubang di antara 2 gigi arnab di hadapan..anak sy baru sethn 8 bln..tp sudah berlubang…stress sy tgk gigi die..kalau macam tu, macam mana nak kurang dari terus berlubang..boleh ditampal ke?

  18. drleen says:

    Salam semua…selepas ini semua komen akan dibalas secara e-mail…:) terima kasih…

  19. ΠΡΟΓΡΑΜΜΑΤΑ ΗΜΙΑΥΤΟΝΟΜΗΣ ΔΙΑΒΙΩΣΗΣ…

    […]Pemberusan gigi anak anda – bila dan bagaimana? « Gigi Sihat Senyuman Menawan[…]…

  20. Julia Napiah says:

    Alhamdulillah jumpa page ni, sgt2 membantu🙂

  21. […] Pemberusan gigi anak anda – bila dan bagaimana? | gigi […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: