Adakah perlu menggunakan benang flos?

Adakah penting untuk menggunakan benang flos? Adakah anda rasa ia menyusahkan? Adakah anda rasa anda tidak perlu menggunakannya kerana membuang masa?

Apa itu benang flos?

Sekiranya anda pergi ke pasaraya-pasaraya di bahagian yang menjual barangan penjagaan gigi, anda tentu pernah ternampak benang flos ini. Ia biasanya dijual di dalam paket kecil ataupun yang melekat pada batang plastik (floss pick). Ia ada perisa mint atau tiada perisa, berbentuk benang bulat atau leper, dan juga disaluti wax atau tidak. Anda boleh memilih flos yang bersesuaian dengan keadaan gigi anda. Jika gigi anda amat rapat maka baik anda memilih benang flos leper dan mempunyai wax.

Apakah kegunaan benang flos?

Sebenarnya benang flos ini amat penting untuk membersihkan plak yang bersembunyi di celah-celah gigi anda. Ini dapat mengelakkan gusi anda mendapat keradangan gusi (gingivitis) ataupun penyakit gusi yang lagi teruk (periodontitis) yang menyebabkan penurunan gusi. Ia juga penting bagi mengelakkan celah gigi anda menjadi berlubang (karies). Apabila anda memberus gigi, hanya permukaan gigi sahaja yang boleh dibersihkan. Celah-celah gigi hanya dapat dibersihkan dengan menggunakan benang flos. Kadang-kadang ramai orang yang menggunakan pencungkil gigi untuk membersihkan celah-celah gigi. Pencungkil gigi jika tidak digunakan dengan berhati-hati boleh menyebabkan kerosakan pada gusi anda hingga menyebabkan gusi di celah gigi anda menurun. Benang flos juga boleh menyebabkan kerosakan gusi jika tidak digunakan dengan betul tetapi tidaklah seteruk pencungkil gigi kerana saiz pencungkil gigi yang lebih besar dari benang.

Bagaimana cara untuk menggunakan benang flos?

1. Tarik keluar benang flos sepanjang 18 inci ( lebih kurang 2 hingga 3 jengkal).
2. Balutkan satu hujung ke jari tengah kanan dan hujung lagi satu ke jari tengah kiri dan pegang lebih kurang 1 inci dengan jari telunjuk dan ibu jari
balut flos
3. Masukkan benang flos di celah gigi dengan perlahan-lahan dengan gerakan gergaji sehingga sampai di hujung gusi. Kemudian balutkan benang flos ke gigi dengan bentuk ‘c’ dan gerakkan benang flos ke atas dan ke bawah. Pastikan benang flos sentiasa melekat pada permukaan gigi dan bersihkan sehingga di celah gusi.
flos gigi
4.Ulangi untuk semua gigi sehingga gigi belakang. Pastikan anda menggunakan permukaan flos yang baru untuk setiap gigi.
floss gigi
floss gigi

Bagaimana menggunakan benang flos untuk mereka yang mempunyai korona bersambung (bridge) ataupun menggunakan pendakap gigi (braces) atau untuk mereka yang mempunyai gigi yang jarang?

Anda memerlukan benang flos yang dipanggil Super Floss
super floss
Perbezaan benang flos ini dengan benang flos biasa ialah ia mempunyai satu bahagian yang keras sedikit untuk memudahkan anda memasukkan benang flos di celah pendakap gigi, atau di bawah bridge. Terdapat satu lagi bahagian yang agak tebal dan berbulu bertujuan untuk membersihkan bahagian bawah bridge dan juga di celeh-celah gigi yang jarang. Satu lagi bahagian yang sama seperti benang flos biasa untuk membersihkan celahan gigi lain atau celahan gigi yang menggunakan pendakap gigi (braces). Biasanya doktor gigi akan menunjukkan cara penggunaan yang betul kepada mereka yang mempunyai bridge atau yang menggunakan braces.

Gusi anda akan berdarah pada mulanya kerana keadaan gusi anda yang tidak sihat. Jangan takut tetapi teruskan menggunakan flos. Tetapi selepas seminggu biasanya pendarahan akan berhenti kerana semua plak yang berada di celah-celah gigi telah hilang dan gusi anda telah pulih. Sekiranya pendarahan tidak juga hilang selepas seminggu, eloklah anda berjumpa doktor gigi kerana mungkin cara penggunaan flos yang salah atau terdapat karang gigi yang perlu dibersihkan dahulu.

Selamat mencuba

95 Responses to Adakah perlu menggunakan benang flos?

  1. Nizar says:

    Sejak saya buat ‘scaling’, gigi saya nampak macam jarang sebab ‘simen’ dah takde. saya guna flos cap oral-B (saja nak sebut , u slalu promote colgate, i promote oral-b la plak huhu). bila guna flos, tak jadi makin jarang ke gigi kita?

  2. drleen says:

    nizar: tak ler..gigi jarang sebab masalah gusi. Bila ada masalah gusi, gusi akan menurun kerana tulang menurun. Bila tulang menurun, gigi boleh bergerak kerana kurang sokongan oleh sebab itulah gigi menjadi jarang. Dengan menggunakan flos, gigi tidak akan jadi semakin jarang sebaliknya menolong gigi dari menjadi lebih jarang.

  3. Nizar says:

    Macam mana nak kuatkan gusi? Makanan pedas dan berempah boleh lemahkan gusi tak? BTW, masa buat scaling ari tu, ada ke patut dr tu kata saya telan simen! Saya terus puurrrrr… mencekelepak air tersembur ke muka dr tu… habis jadi topeng muka plak2 gigi… (tp tu dlm episod Ally Mcbeal yg tak ditayangkan…). Tp memang betul dr tu kata saya telan simen! Teruks…..

  4. drleen says:

    nizar: hehehehe…klakar betul citer awak tuh…tertelan simen? apa plak yang dimaksudkan dengan simen? tampalan atau karang gigi? sebab ada org kata nak simen gigi = nak tampal gigi. Karang gigi tu pulak macam simen yang melekat kat gigi. So apa-apa pun takpe kalau tertelan karang gigi, sebab karang gigi tu hanya mineral + plak. Kalau tertelan tampalan plak biasanya akan keluar laa kat end yang lagi satu..hehehe.. tentang nak kuatkan gusi..hmm..biasanya takde kaitan dengan makanan pedas/berempah..tak kisah makan apa-apa pun…gusi jadi lemah sebab ada karang and plak gigi jer..jadi kalau menda-menda tu dibersihkan..gusi akan jadi sihat. Nak bersih biasa laa kena berus and guna floss jadi segala plak yang melekat boleh dibuang.

  5. Nizar says:

    Tapi masa saya kumur, memang karang gigi tu nampak macam simen! haha.
    ‘end yg lagi satu’? hmm puas ku renung2 maksud ayat ni, lepas 5 minit baru paham!
    lepas buat scaling, gusi rasa macam rendah, nak berus sampai setiap celah bukan senang sebab gigi pun herang-herot macam mata piano! nak tegakkan gigi duit la plak tak cukup2. belum kawin lagi ni! adeh laa… silap gaya tanggal sumer gigi baru cukup rm3k huhu…

  6. drleen says:

    Nizar: Actually bukan sebab scaling gusi jadi rendah tapi sebab karang gigi. Cuba guna berus gigi yang kepala kecil..guna yang kanak-kanak pun takpe…sebab lagi kecik lagi senang nak bersihkan gigi yang terabur…kalau floss lak cari yang ada wax baru senang nak masuk. Kalau ada masalah gusi memang tak digalakkan buat braces pun sebab nanti gigi akan jadi lagi goyang and tulang pun makin pendek.

  7. amie says:

    sy ada masalah gigi berlapis di sebelah ats..2 gigi sy di sebelah ats bertindih dgn yg bwh..tp tak npk bila sy bcakap..antara gigi yg blapis dgn yg bwh ade sdkit ruang..sy ingin memakai braces utk atasinya tapi sy nk tahu kene jugak ke cabut gigi yg di sebelah bwh utk rapatkan gigi sblah ats tu..

  8. drleen says:

    amie: biasanya kalau terlalu kedalam, memang dinasihatkan cabut sahaja gigi yang terkedalam tu..senang nak samakan gigi lain dan masa yang diambil tak lama berbanding kalau cabut gigi lain dan cuba gerakkan gigi yang terkedalam tu. So kalau awak pergi jumpa dr gigi, tanya pendapat dr tu..sebab biasanya dr akan buat keputusan yang terbaik utk patientnya..:)

  9. ida says:

    Dr leen..sy baru jek terbaca ruangan nie..2 mggu lps sy jmpa doc gg.sy sbnarnya sy mmg de mslh gusi..sbb bile gosok gg gusi berdarah.dan yg palingketara,..gg hadapan saya (2btg) dahulu nyer rapat tetibe jek makin jarang.jadi sy buant keputusan utk jmpa doc gg. Doc gg ada m’ambil sample set gg sy utk study samada sy sesuai utk pki braces @ tidak.Tp slps sy baca pe yg dr leen tulis tu sy rasa tertanya2..betul ke klu de penyakit gusi mmg xsesuai pki braces???ada teknik laen ker utk merpatkan smula gg sy yg jarang tuh??Rely ASAP yea Dr leen

  10. lina says:

    Assalamualaikum..

    dr,
    Saya baru je 2 minggu pakai bracers yang boleh tanggal bahagian atas sebab gigi kapak saya jarang sangat.rasa2nya ada cikit perubahan. dr gigi saya kata nak letak gigi palsu sebelah kiri gigi kapak saya..gigi atas saya tak cukup 2 batang.selepas gigi kapak kedua-dua belah terus gigi taring. cantik ke kalau letak gigi palsu tu..karang tak seimbang lak.sebelah ada gigi palsu sebelah gigi taring..saya tak konfiden la.. gigi palsu tu lak macam mana cara nak letak..saya tak pakai gigi palsu yang ada besi dan lelangit tu…boleh ke yang tanam..kosnya brape.

    lagi satu, gigi saya belah bawah ada dua batang bergoyang..saya takut sangat..takut tanggal sendiri..dr saya kata dia tak nak cabut..saya pun hairan..boleh ke gigi yang goyang boleh kuat balik..lagipun gusi kat kanan kiri gigi yang goyang tu da menurun..boleh ke gusi tu sembuh balik..

    harap dr dapat tolong saya
    terima kasih

  11. drleen says:

    ida: Biasanya kalau awak ada masalah gusi sahaja tanpa masalah pada tulang, takde masalah utk buat braces. Sebelum buat, biasanya dr akan suruh awak ambil x-ray. Masa tu boleh nampak bagaimana keadaan tulang pada gigi awak. JIka tulang ok..then go on boleh buat tapi kalau tulang banyak yang dah hilang, maka ada risiko utk tulang jadi lagi hilang semasa buat braces. Utk rapatkan gigi jarang selain braces ialah tampalan tetapi keburukannya ialah ia akan nampak gigi jadi lebih besar skit. Takpe, ikut saja apa yang dr tu nasihatkan. Biasanya dr tersebut tau apa yang dia buat cay…jangan risau..:)

    lina: Ok, biasanya kalau awak tak suka pada gigi palsu yang ada tapak kat langit2 tu awak boleh buat bridge. Kalau dr tu rapatkan gigi dan ada satu je ruang kosong, maknanya just ganti satu batang gigi je la yang kosnya dalam 1350. Tapi kalau ada 2 ruang kosong ( sebab awak kata ada 2 batang gigi yang hilang), maknanya kena ganti 2 tempat kosong jadi kos dalam 2700 sebab kena buat dari gigi taring kanan ke taring kiri. So tanya dr awak pasal bridge cay..:) Tentang gigi yang goyang tu pulak, kadangkala masih boleh digunakan lagi. Kalau goyangnya teruk macam ditiup angin, then eloklah cabut dan digantikan dengan gigi palsu atau bridge. Gigi yang dah goyang susah utk kuat balik tapi kita boleh maintainkan dia jadi tak bertambah goyang dengan selalu buat scaling dengan dr gigi. Gusi yang dah turun pun tak bleh naik balik kecuali kalau buat graft ( penambahan gusi) dengan pakar periodontik.

  12. lulu_han says:

    hi drleen…
    best nyer ade website camni…
    saye da pkai braces lebih kurang 3 bln..
    saye bersihkn gigi cam biase gune orthodontic brush yg saye beli kt klinik gigi tu dan bile mlm saye kumur2 gune listerine…tu je..
    saye nk try gune flos tapi…alamak sshnye nk gune…ader ke flos yg khas utk brace-face cam saye nih??
    lagi satu…saye baru td plak tumbuh kt bhgn blakang gigi..saye rase brush saye xleh reach sampai sane…so saye boleh x pkai brush 4 kids sbb kepale brush kecik sket….
    pls reply dr leen…thanks!!

  13. mariam says:

    hai dr leen..saya umur 22thun skarang masih belajar..saya nak tnya tentang harga pemasangan braces di hospital keraaan dan swasta…dan umur saya masih layak ker nak buat braces di hospital kerajaan?ok thanks harap dr leen dapat membantu saya.

  14. drleen says:

    lulu_han: Kalau awak pergi ke pasaraya ke farmasi ke cuba cari superfloss dari Oral B. Yang ni memang khas utk bersihkan bawah bridge dan juga bagi mereka yang pakau braces. Kalau tak sure, boleh pergi klinik gigi and tanya camna nak guna..sure doktor yang buat braces awak tu boleh tunjukkan. Boleh je pakai brush budak2..takde salahnya…kalau susah nak sampai lagi kecik lagi bagus. So don’t worry ye..:)

    mariam: umur awak dah lebih laa utk buat braces kat government. Kalau nak buat di swasta dalam 3000-5000.

  15. lulu_han says:

    thanks dr leen…. nnt sy cr superfloss tu… skang sy gne oral b nyer floss dlu la ek….ehehe

  16. Abu says:

    salam dr..gigi sy trlalu jarang la kat tgah..ada ka cra nk rapatkn smula? n nk tnya ada x ubt khas utk gusi bgkak?
    slmt rmdn

  17. drleen says:

    lulu_han: superfloss tu pun jenama oral B…ok..nanti kalau tak tau nak guna boleh tanya

    abu: salam..kalau gigi jarang sebab masalah gusi..kena baikkan gusi dulu…dengan cara cuci gigi dan makan ubat antibiotik..kemudian guna ubat kumur khas utk beberapa minggu..bila dah ok then boleh tampal..atau kalau besar sangat boleh letak gigi palsu/bridge. Utk mereka yang ada masalah gusi tak digalakkan buat rawatan orthodontik ( pakai braces) ..

  18. mimi says:

    Salam,

    Dr, sy nk tny..berapa kos utk pakai braces?

  19. drleen says:

    mimi: pakai braces dalam 3000-5000

  20. yuni88 says:

    salam Dr..
    Dr sy btul2 nk tahu psl ni..
    sy brumur 20thn.
    bhagin dpan gigi bwh sy jarang..
    hnya sbgian sj tdk..tu pn hampir2 nk jd jrng..
    kdg2 sy malu bile nk brckp dgn org..
    ye la..bila nmpak gigi bwh kita yg jarang..lps tu cara sebutn pn dh tentu kurang jelas.

    sy prnh jmpa dr gigi dn tnye psl hal ni..
    Dr tu tnye sy prnh cabut gg bwh ke x?
    jd sy jwb sy x prnh cabut lg sjk lps gg susu gugur kmudian adnye gg kekal ni hinga skrang.
    tp ibu sy jg mempunyai gigi jarang d bwh..

    sy nk tanye Dr..
    1-adakah masalh ni ada kaitn ngn keturunan keluarga yg jg mempunyai gg jarang?
    2-bolehkah gg jarang ni dirapatkn semula?dgn cara apa tu?

    plez Dr..help me!!

  21. drleen says:

    yuni88: salam. kadang2 memang ada keturunan sikit di mana gigi kekal kecik berbanding rahang menyebabkan gigi jarang…takpun ada antara gigi yang memang takde menyebabkan mulut tak cukup gigi…so gigi yang jarang ni boleh dirapatkan dengan pakai braces..tapi kalau jarangnya tu banyak..kadang2 perlu di pakai bridge selepas buat braces..sebelum buat braces tu biasanya akan di x-ray dulu..so akan tau ada gigi yang tak keluar lagi ke..tersekat ke..atau memang takde etc…

  22. NORAI says:

    dr…
    1.kalau pregnant bleh buat braces ker?atau pregnant masa pakai braces
    2.berapa agaknya bayaran untuk 1st consultation pasal braces?
    3.bridge tu buat tak kat government?
    tq dr…

    • drleen says:

      norai: biasanya kalau dah pregnant tu biar tunggu habis bersalin baru buat..tapi kalau tengah buat tiba2 pregnant tu boleh teruskan. Bukan apa..bila pregnant ni kadang2 loya2 skit masa permulaan..so susah nak berus gigi..nanti gigi cepat rosak sebab ada banyak besi2 yang boleh buat sisa makanan tersangkut..pastu bila pregnant ni senang nak dapat gingivitis ( merah and bengkak gusi)…so memang kena 200% penjagaan gigi..kalau tak nanti macam2 problem timbul. Bridge tu kat gov takde buat laa..tapi maybe boleh tanya kot2 dr they all buat ke kan..biasanya tak buat .Biasanya bayaran pertama utk pasang braces dalam 1500.

  23. safwan says:

    assalamualaikum..
    sy safwan from seremban..
    sebelum sy tny,,sy nk cerita dulu..
    satu malam nih,,sy makan nasi lauk ikan semilang sambal..
    he he he
    abis je makan,,cam ade kayu kecik melakat kat gg depan saya,tgh2,atas..
    saya nk keluarkan,,tp sy tertekan..
    dan menyebabkan bnd tu terselit kat tgh2..
    ah sy dah panik
    sy terus cungkil pakai pencungkil gg(floss tade time tu)
    pastu,,jarang dah!
    sy rase cam nak nanges!
    lol
    tade ah jarang mane..
    tp nampak gak ah kalau tgk dkt2..
    kalau kes camni,,boleh ke tampal cover yg jarang tu?
    sebab asal sy makan je mesti terselit kat situ..
    nk pakai floss hari2,,takot makin jarang..
    sy nk gg asal saye!
    lol
    =(
    tlg hantar email kpd sy ye..
    plss!

  24. drleen says:

    safwan: w’salam. Lahaii…hmm..kena check dulu utk tengok samada celah gigi tu sebab lubang ke atau sebab gigi dah berubah kedudukan jadi semakin jarang. Kalau ada lubang senang je nak tampal balik. cuma kalau gigi menjadi bertambah jarang tu ada problem sikit sebab gigi yang makin jarang maknanya ada problem dengan gusi dan tulang dan ianya akan berterusan kalau tak buat sesuatu. so nasihat saya pergi ke mana2 klinik gigi and suruh dr tu check samada boleh tampal atau tak.

  25. safwan says:

    gigi saye jarang sebab kecuaian saye..
    saye tertolak kayu tu ke celah2 gigi..
    emm
    da g check gigi
    tp dokter tu,,g wat —> tanggalkan plag?
    sy lom abis cerite die dah soh sy baring
    lol?
    gigi saye nih,,yg bermasalah kat atas tgh2..
    kat bawah gusi tu yg berjarak sikit..
    sikit je ah
    asal makan je terselit..
    nk pakai floss lagi?
    emmm
    boleh ke tampal gigi yg jarangnye kecik DR?
    plsss
    anyway tq =)

  26. drleen says:

    safwan: kadang2 tertolak kayu saja tak menyebabkan gigi tu semakin jarang sebab gigi kita ni kuat. Cuma bila ada problem dengan tulang dan gusi menyebabkan gigi kita mudah bergerak..sebab tu jarangnya makin nampak. Anyway, buang plak gigi tu memang satu cara utk pastikan gusi dan tulang gigi sihat..so kena buat 6 bulan sekali..kemudian bahagian yang jarang tu boleh ditampal tapi problemnya nanti gigi akan nampak besar…kalau nak rapatkan ruang tu tanpa tampalan..kena buat braces…so kena tengok sesuai atau tak utk buat braces…kalau sesuai boleh buat..kalau tak sesuai tak boleh. Kalau tak kisah gigi nampak besar..boleh tampal je..

  27. safwan says:

    oowh camtuuu…
    sy cube k..
    anyway…
    tq Dr leen ku sayang..
    hahhahahhhaahah
    gile baik ah =)
    salam..

  28. drleen says:

    safwan: heheh..ok…pergi tau klinik gigi utk check.

  29. Syahira says:

    salam dr leen..sy dulu pki braces.. then, ms dlm tempoh pki braces tu, dr tu potong muscle yang ada kat bahagian gusi atas tu. tak lama tu sy perasan yang gigi sy jd panjang2 dan rasa mcm cpt goyang..skg ni ni sy perasan balik gg sy jd jarang2 balik..knapa ya jd mcm tu?? selain tu, ada tak cara len selain psg crown utk cover ruang antara gg sy tu..

    • drleen says:

      syahira: kadang2 ruang pada gigi disebabkan fiber yang melekatkan bibir tu terlalu dekat dengan gusi..so sebab tu bila buat braces dr tu potong fiber terbabit..tapi kadang2 gigi ni ada ingatan sendiri dan bila tak pakai retainer ianya bergerak ke kedudukan asal..so check balik gigi tu kat mana2 dentist..kalau nak pakai crown memang boleh utk cover ruang tu..tapi kena kecikkan gigi laa..sayang kalau gigi tak rosak..anyway..check balik..mungkin boleh pakai removable appliance je ke atau something selain crown..

  30. yantie says:

    salam……. emh dr nk tnya ne lau kte wat cuci gg emh mang ka gg kta kan jd jarang2 pas 2??????

    • drleen says:

      yantie: Sebenarnya, kalau gigi tu memang dah sedia jarang2, ianya senang dipenuhi oleh karang gigi. Bila dah buat cuci gigi, tentulah nampak gigi tu jarang2. So jarang tu bukan sebab cuci gigi tapi sebab masalah gusi dan tulang yang menyebabkan gigi bergerak.

  31. lavender says:

    dr,msalah sy gg jarang jugak..sy x tau kenape..tp makin lame gg kapak sy makin jarang..huhu..adakah ini serius?boleh tak bagi rapat balik tanpe guna braces?

    • drleen says:

      lavender: kena check dulu kenapa makin jarang..kebanyakkannya sebab penyakit gusi menyebabkan tulang merosot dan pastu gigi pun senang bergerak.

  32. lavender says:

    yeke..ape jln terbaik sy nak buat?
    adakah dgn flos gg boleh hilangkan penyakit gusi ni?
    memang x nafikan sometimes gosok gg berdarah..
    brus gg n ubt gg plak,yg terbaik ape ye..

    • drleen says:

      lavender: lepas jumpa dentist utk buat scaling ( cuci gigi) then tiap2 hari boleh gosok dengan betul and guna floss…lepas tu datang utk check up every 6 months…gusi yang berdarah sure hilang punya. Berus tak kisah apa2 pun asalkan yang soft…ubat gigi pun sama..tak kisah apa2 asalkan cara berus gigi tu betul.

  33. aniz says:

    dr, nak tanya pendapat dr la.. gigi saya bahagian atas boleh dikatakan agak berterabur. 2 gigi x la lurus sangat n sebelah2 gigi tu berselindung sedikit di belakang gigi depan tadi. gigi bahagian bwh pulak ok je, lurus tp tak sama rata.. gigi geraham yg paling belakang belah atas pulak sekarang ni dh berlubang sbb saya mls nk pegi klinik nk cabut. hari tu gigi tu pecah n sekarang lubang dh makin besar. adakah nanti kalau saya pegi klinik dr akan cabut cam biasa o bedah?? takut pulak saya mengenangkan nk operate gigi nih.. n sekarang kalau saya nk pasang braces brapa kos nye ye??

    • drleen says:

      aniz: gigi berlubang tu kena tengok jugak..kadang2 boleh cabut macam biasa..kadang2 kena buat surgery skit..tapi takde laa rasa apa2 sebab dah kena bius. Lepas tu kalau takut sakit makan je laa ubat ikut time. Braces bergantung jugak kat klinik..harga biasanya 4500 ke atas.

  34. aniz says:

    ok.. now xde la rasa takut sangat dh. hehe.. nak kumpul duit dulu nih nk g buat braces.. tp de beza tak kalau buat braces kat klinik swasta o government?? takut pulak hasilnya berlainan..

  35. ssonic says:

    hi doktor,

    saya memang ada banyak masalah gigi sejak kecil sebab x jaga gigi dengan baik. minggu lepas je saya dah cabut 2 gigi gerham. coming soon 1 lagi.. tapi saya nak tanya ada efek ke kalau orang tu diabetes @ darah tinggi cabut gigi?

    • drleen says:

      ssonic: kalau darah tinggi dan diabetes yang tak terkawal..memang bahaya. Kalau darah tu tinggi sangat nanti lepas cabut susah nak berhenti darah. kalau diabetes terlalu tinggi nanti luka lepas cabut tu lambat baik dah boleh jangkit kuman..bahaya sebab ia boleh merebak.

  36. arm says:

    salam.. dr, sy nk tye pndpat dr..gg bhgian ats sy jarang.sjk kecik 2 btg gg sebelah ngan gg kapak mmg xde..xtumbuh.mkna nyer sjk lahir, sy xckup bil gg. ini mmbuatkan ada ruang di antara kedua2 gg kapak sy dan ade jgk ruang kosong antra gg kapak ngan gg taring. sy x thu ape rwatn yg ssuai utk mslh gg sy ini.blh dr tlg bg pndpat?mhal ke rwatan utk rapatkan gg?huhuhu..

    • drleen says:

      arm: kalau nak cepat..better buat bridge..dia akan kecikkan empat bantang gigi..2 gigi taring..pastu 2 gigi kapak..kemudian dia akan buat bridge utk 6 batang gigi..selain dari tu..boleh mintak pendapat orthodontist kalau boleh buat braces..tapi awak takkan ada gigi kedua yang tak tumbuh tu..dia hanya rapatkan semua gap yang ada…tentang harga..kalau buat bridge harga ikut klinik..dalam 3000 ke atas..braces dalam 4500 ke atas…

  37. mell says:

    salam dr,sy nak tanye.boleh tak org yg pkai braces,pkai gigi palsu?ctenyer camni,gg susu sy still x jth2 walupon da form5.then,lpas ulangalik a few months ngn dr pakar kat klg,die decide tok wt surgery tok kuarkn gg susu n lelangit sy d lubangkn utk lekatkn dawai d gigi kekal yg still x kuar2 2. so,sy pkai braces tok tarik gg kekal 2 kuar. de 2 gg susu yg d cabut n keduanye d bhgn dpn. yg 1 tu da kuar slps sy pkai braces dlm 2taun. tp yg 1 lg 2 x kuar2 n da dkt 4taun sy pkai braces. plus, selepas 3taun pkai, dawai 2 tercabut n sy wt 1 lg surgery tok lekatkn balik dwai 2 kat gg yg 1 itu. masalahnya sekarang, gigi sebelahnya yang da dpt kuar slps di tarik dlm 2taun tu jadi pnjg n gusinye jadi sensetif sbb wkt 2nd surgery, keseluruhan gusi dpn bhgn ats sy di potong n d jht blk pas dwai d lekat. disebabkan dah terlalu lama sy pkai braces and 2nd tooth still x kuar2,sy nk mintak pendapat dr samada boleh x sy pkai gg plsu?mngkn dr nak tau kedudukan gg sy tok lbh jls..kedua gg susu yg d cbt adlh d bhgn ats dpn, 1 sebelah gigi taring n 1 lg gg dpn.kedua2nya sebelah menyebelah.gg sebelah gg taring da kuar,tngl gg dpn sj blum. so in case n psg gg palsu(klo blh)agk ssh cz de dawai yg di ikat dr dlm gusi keluar n di ikat d braces. mtak tlg dr..

    • drleen says:

      mell: salam. kalau awak dah buat keputusan utk pakai gigi palsu/bridge then kena habiskan dulu rawatan braces..lepas dah tanggal semuanya then baru boleh buat,..cuba tanya dr pakar tu tentang gigi yang tak turun2 tu..samada boleh remove ataupun biar je kat situ..sebab takut dah lama2 nanti dia akan keluar pulak..so tanya dr pakar tu dulu ek..kalau dia kata ok je utk tanggalkan braces..then tanggal pastu boleh buat gigi palsu/ bridge.

  38. nurul says:

    salam
    nk tanya, kenapa gigi tengah atas dan bawah sy tibe2 jarang/renggang lepas sy gosok gigi. tibe2 saje. sedih la. ape yg patut sy bt. tampal atau braces?. ;(

    • drleen says:

      nurul: salam…kena check dulu kenapa jadi jarang..mungkin sememangnya jarang kemudian ada karang gigi..nampak cam rapat..so bila karang gigi hilang/pecah dia jadi jarang..apa2 pun check dulu k..gigi takkan tiba2 jadi jarang tanpa sebab..biasanya kalau jarang tu ambil masa lama..

  39. Lina says:

    salam dr leen.
    saya berusia 30thn dan baru skrg gigi bongsu atas nak tumbuh. 2thn lepas keluar sikit ja, baru skrg kuar byk. Gigi plak kuar di sebelah gigi geraham kedua ke sebelah luar, skrg saya mengalami sakit pipi dan rahang bawah. Masalahnya, skrg saya tgh mengandung dan rasa macam impossible untuk buat surgery sbb ibu mengandung tak boleh mkn pil killer utk thn sakit selepas buat surgery kan?
    apa yang perlu saya buat untuk mengurangkan sakit skrg?saya tak dapat buka mulut, nak berus gigi dan mkn pun susah sgt… apa nasihat dr?

  40. amad says:

    doktor,
    sy nmpk sjk sy pkai braces nie,
    gigi sy nmpk lbih jarang,
    plik btul la..
    so doktor rasa apakh yg mnyebabkn prkara ni brlaku??

  41. maria says:

    salam,sy umur 25 ade 2 maslh.. 1st 1 gigi bwh dpn sy berlapis sejak kecik..sy rasa mgkin trlbih tmbuh..patutnye mase kecik dulu sy g cabut 1..tp x de kesedaran..so skang dah sedar..pe patt sy bt?pkai braces?tp bwh je,,atas ok..
    2nd..bibi bongsu bawah sy tumbuh senget dan menghimpit g g gerhm sy..sy nk cabut tp rasa2 mcm akan d operate..tkt la plak..tlg sy

    • drleen says:

      maria: memang kalau nak betulkan kena buat braces…kalau sesuai memang boleh buat bawah je…geraham bungsu yang senget memang kena buang secara pembedahan…kalau takut sangat boleh buat kat hospital kerajaan di mana dia akan kasi ubat bius separuh sedar atau yang terus tak sedar…

  42. mdfahmie says:

    Salam Dr Leen

    Anak saya berusia 17 tahun sering
    dihina oleh rakan sekeliling dgn
    panggilan jongang,jongos dsb menyebabkan
    timbul rasa rendah diri & pelajaran terganggu.
    Saya ada buat pertanyaan pada klinik
    pergigian kerajaan utk dapatkan khidmat
    memasang pendakap gigi. Malangnya,
    hanya kanak2 berusia 14tahun ke bawah aje yang layak.

    Saya ada pertanyaan.
    Pendakap gigi ni kena pasang atas/bawah
    sekali @ boleh pasang atas aje?
    Kos pulak camne di pihak swasta? Sama ke?

  43. ina says:

    doktor, saya ada masalah gigi jarang kerana gusi saya besar. saya dah pakai bracess malangnya gigi tetap x mahu rapat.kata doktor gigi saya, saya ada masalah ‘thung trust’ begitu la bunyinya.retainer pon dia x bg saya pakai.dia dah fedup. mcm2 cara dia cuba rapatkan tetapi tetap x mahu rapat.asalnya gigi saya agak ke depan jadi 4 batang gigi telah dibuang sepanjang saya pakai bracess.malangnya gigi saya distripping dan tak boleh rapat pula….apa yang harus saya lakukan doktor?

  44. mawar says:

    salam.dr sy baru sj memakai braces.sy rase tk0t bile dr kate kalo de mslh gusi ta digalakkan pakai braces..sy mmng mempunyai mslh gusi berdarah setiap kali memberus gigi sbolm pkai braces . dr yg pakaikan braces tok sy tidak menyuruh membuat x-ray terlebih dahulu pon dan dia jg tidak mengajar sy bagaimana tok membrus gigi dan flos yg btol. dR. tersebut hnya mengatakan perlu membr0s gigi spt biasa shj..macam mane ni ye dr? sy jd ragu dgn dr tersb0t,tp,mmng rmai yg buat braces dgn die..

  45. seri says:

    salam dr..sy na tnye,sy baru je pkai braces ta smpi seminngu ag..sy boleyh floss gigi sy ni ke?sbb mase mula2 pkai sy tros floss gigi sy dan mcm de bnd tertanggal je..

  46. Cartina says:

    Salam drleen,
    saya mempunyai masalah gigi kapak yg kedepan n gigi bawah yg jarang masalahnya saya nak cuba buat braces tp satu gigi geraham sebelah pipi kiri saya dah lama d cabut akibat rosak, dpt kah saya memakai braces @ kenak buat bridge dulu kemudian buat braces?

  47. Hani says:

    hi dr leen,
    boleh tak kalau saya pakai braces pada gigi bawah je?
    sbb gigi atas sy mmg dah tersusun. cuma barisan gigi bawah tak tersusun sangat.
    brapa kosnye ye?

  48. nas says:

    kalau pkai rmoveble braces ,berapa cost di swasta ?

  49. nazri azemi says:

    salam,
    camne nak putihkan gigi.saya perokok jd gigi dah semakin kuning.kalu boleh nak cari cara memutihkan gigi dlm masa yg singkat.

    • drleen says:

      nazri: boleh je buat whitening…tapi kalau lepas tu hisap rokok then gigi akan kembali kuning..:) cara paling bagus..buat whitening dan berhenti merokok..

  50. nas says:

    dr leen,
    apa perbezaan retainer n removeble appliances ?
    kerana sy lihat bentuk lebih kurang sama ..

    • drleen says:

      nas: bezanya retainer tu dia tak active..maknanya dia tak tolak gigi..just pegang je kedudukan gigi supaya jangan lari. Removable appliance ni active..dia gerakkan gigi..so tiap2 bulan kena adjust supaya dia gerakkan gigi ke kedudukan yang dikehendaki. retainer tak yah adjust.

  51. alina says:

    dr ,
    saya baru pkai braces yg boleh tanggal ,
    tapi sy liht spt tiada prubahn …
    brkesan ke kalau pkai yg boleh tnggl ni ?

    • drleen says:

      alina: biasanya kesan memang lambat berbanding pakai braces yang biasa sebab bila tanggal2 kesan penolakan pada gigi kurang sebab kejap ada kejap takde..lagi satu kuasa penolakan dia pun kurang berbanding braces..so sabar ye

  52. ain says:

    dr. sy nk tanya ubat gigi yang khusus untuk pemakai brace ada tak n dimana tempat utk membelinya?

    • drleen says:

      ain: pakai ubat gigi apa2 je pun ok sebenarnya…asalkan cara pemberusan gigi and floss tu betul..:) Pastikan ubat gigi tu ada floride..kadang2 mereka guna toothmousse sebagai tambahan. Toothmousse ni biasanya dijual di klinik2 gigi.

  53. adlina says:

    doc leen..

    dulu sy ade pakai braces sbb gigi saya jarang dan gigi kapak ke depan cket.lepas pakai braces selama 1 tau setengah sbb nk tunang bukak braces tuu.lama2 gigi makin jarang la..walaupun dh pakai retainer..saya riso gak nh..kalo gusi 2 ade itam2 tu tandanya pe ye doc..tq for helping

    • drleen says:

      adlina: better check dulu…retainer tu utk elakkan gigi bergerak and makin jarang…so kalau dah tak function tu maknanya retainer tu dah tak bleh guna..cuba pergi balik kat klinik yang awak buat braces tu..ada kemungkinan kena buat braces lagi…pasal gusi itam2 tu kena check dulu..ada hitam2 yang sebab pigmentation ( yang tu normal laa)…

  54. atin says:

    sy nie berusia 20thun n mgalami mslh gg jarang bhgan atas depan..so sy jdy xdk keyakinan diri utk berckp @ bersua ngn sapa2..jdy sy nk tnya pd doc, adakah rawatan tampalan sesuai gg sy??n kalau boleh berapa kosnya?
    adakah selepas buat tampalan itu gg sy akn bertmbh jrg??sbb nk pakai braces sy xmampu..
    tolong laa sy doc..
    sy teringin nk gg yg cantik dan elok…

    • drleen says:

      atin: boleh je tampal cuma gigi akan nampak besar sedikit laa banding dulu..so kalau tak kisah ok je nak tampal. Kos biasanya dalam 100 utk sebatang gigi…klinik lain saya tak sure laa berapa dia charge kan..

      • atin says:

        Besar??mksd doktor mcm gg arnab 2 ka???hehe..
        then ada kwn sy ckp bila tampal, gg kita akn jdy semakin jarang..betul ka doc??
        dan 1 lg boleh x doc suggest mana2 klinik yg terbaik kt penang nie yg doc tahu???

      • drleen says:

        atin: saya tak sure laa kat penang klinik mana yang ok…mungkin awak survey2 klinik berdekatan. gigi takkan jadi semakin jarang kalau gusi sihat. so kena pastikan kenapa gigi tu jarang dulu..kalau sebab gusi then kena pulihkan gusi dulu baru bleh tampal..

  55. atin says:

    owh mcm 2..but gg sy nie dari kcik mmg mcm nie dh….
    and 1 more if sy boleh buat tampalan 2,saiz gg akn besar truk ka??akn buat gg dpn sy nie jdy jonggang ka doc???

    by the way….thanks 4 all ur information…sgt2 berguna..:)

  56. ana says:

    salam doktor..gusi sy bngkak,dan selalu terjadi,sy ke klinik blan lepas,dr ckap sbb terdapat plak dan karang…dia cdang kan utk cuci..lps cuci kmur air gram..tp smpai skrang kdg2 bengkak..mc mana nie..dr 2 ckp..mslh sy,bngkak antara gg..ad orang lain,gusi dpan atau blakang..nie mybabkan gg dapn sy jarang,ore lain xnpk..kdg2 xjarang..ari 2,mcm bergoyang sdikit,sy xbrani nk mkn…mcm mana nie..pas 2,lpas cuci,gg dpan bgesel dgn gg bwh..mybab kan terhakis sdikit…sy ada gg terhakis san sensitif,mcm mana nie…gg dpan pon jd hitam dan berlubang di celah gg..sy bleh ke buat rwatan gg xterhakis..mcm mana nk elak smua 2…sy xde byk duit..brapa kos rwatan…sy rsau smpai xmkn byk,sbb gg dpan jarang,dan terpaksa berus gg slpas mkan..sy xbrni gsok gg,sy rasa 2 mybbkan gusi d belakang gg dan mula bengkak..sy xbrani sbb mcm gg bergoyang…harap dr bg nshat..sy btul2 xmampu nk pegi klinik..

    • drleen says:

      ana: awak ni kena buat penjagaan gigi dengan betul. boleh pergi ke klinik kerajaan utk cuci gigi dan tampal or cabut. harga kat situ murah je..cuma kena tunggu laa kan ramai orang. lepas buat scaling..awak kena jaga kebersihan gigi..kena gosok gigi dengan betul..lepas tu kena guna floss utk bersihkan celah2 gigi..then guna ubat kumur yang ada chlorhexidine..biasanya gusi akan surut dari bengkak..tapi akan bengkak balik kalau ada plak kat celah2 gigi..utk elakkan plak dari terbentuk kena laa rajin2 floss. gigi yang lubang2 boleh tampal balik..gigi yang rosak teruk kena cabut…apa2 hal pun rajin2 pergi klinik gigi k.

      • ana says:

        terima kasih dr..sy dah ke klinik td..kerjaan punya..tp dr 2 ckap xde mslh..tp sy yg rasa xslsa..gg dpan nie rs bengkak kat gusi,dr bulan lepas ckp bengkak sbb terdapat karang n plak..kena cuci lg ke?dia ckp,hakis mgkin dsbabkan penyit kcing gg..mcm mana nk rwt xnak bg hilans sampai tinggal separuh…moga dr dbekarti Allah..amin..

  57. alyahya says:

    sy nak buat scaling gigi tapi biler sy tengok komen kat blog ney…yg tuliz ade gigi yg rapat boleh jadi jarang sy takot pulak nak buat rwtn 2 sebab gigi sy pon kadang2 berdarah?boleh ker sy wat rwtn 2

  58. ain says:

    doc…sy nak tanya..sy dh pakai pendakap gigi. n doc 2 dah pun bg taw kemungkinan gigi nanti akan terdapat benda2 putih terhasil..tp bkn plak…apa 2 doc? kenapa leh terhasilnya benda2 putih 2…sy jadi takot..sbb dekat gigi saya dah ada benda 2. sy selalu gosok gigi lepas makan..tp ade jugak…mcm mane nie doc? apa y perlu sy buat…adakah ia akan bertambah lepas ni. harap doc dapat jelaskan pada sy

    • drleen says:

      ain: biasanya tu terjadi sebab gigi tu dah demineralize ..biasanya susah nak bersihkan plak yang kat celah2 bracket tu kan..so gigi belakang bracket tu nampak cam tompok2 putih….mungkin boleh guna tooth mousse keluaran GC produk..tanya kat dentist awak tu dia ada jual tak..ia boleh mengurangkan tompok2 putih tu and lepas dah bukak bracket tu nanti boleh apply lagi utk hilangkan terus.

  59. Rad Bilayati Binti Saad says:

    doc,saya nak tanya..bahaya x cabut gigi taring?sb dlm perancangan doc ortho sy,dia suruh cabut 4 btg gigi n salah satu gigi tersebut adalah gigi taring..sebab gigi 2 tumbuh atas gusi bukan dlm barisan mcm gigi2 yg lain..saya takut la nak cabut sebab org ckp gigi taring ni brsambung dgn urat mata..nanti bley rabun..betul ke doc?

  60. lisa says:

    salam dr…
    sy ada kemusykilan ttg nak crown n bridge gg…gg depan sy mmg dah bermslah n sakit d sekolah lg.so sy matikan akar 2 gg depan…satu hari 2 sy makan daging n tersepit d celah gg yg dah matikn akar 2…so mmg dah terlalu goyang, sy jumpa dr gg 2…n dr gg 2 bt crown..p herannya crown 2 jadi hitam…sy nak tahu…
    1) apa yg menyebabkn crown gg sy jadi hitam? adakah disebabkn gusi sy selalu berdarah ketika nak berus gg?
    2) dr 2 kata gg yg sy bt crown 2 tak bertahan lama n dr 2 suggest sy bt bridge..tapi sy risau kalau bila bridge gg 2 akan hitam juga? apa pendapat dr? sbb next week sy dah nag g bt bridge gg ni?

  61. drleen says:

    Salam semua…selepas ini semua komen akan dibalas secara e-mail…:) terima kasih…

  62. fajar says:

    asslm doc, kalau guna floss, gigi jd jarang ke ?

  63. ayie says:

    dr,gg sy jarang kat tngh2 gigi bhgn atas sy…so,sy nak tanya dr…rase2 brapa kos braces utk tu…dan rase2 brape bulan sy perlu pakai braces tu….pls dr….i’m so shy to talk with the public

  64. hamba Allah says:

    salam doc,
    sy mmpunyai masalah bau mulut,
    sy menggunakan flos dan mnyebbkan celahan gg sy berdarah..
    setiap kali sy flos pd gg tersebut akan berdarah
    paling menjengkelkan darah tersebut berbau dan mnyumbang kpd bau mulut sy mnjd lebih teruk..
    pd gg lain jika brdarah sekalipun tidak berbau seperti itu..
    sy tlh brjumpa doc dan meminta beliau unt mncabot gg trsebut tp doc kate gg masih baik n normal jika gg berdarah..
    masalahnyer sy sndr merasakan pendarahan itu tidak normal krn ia berbau yg tidak sama seperti darah pd gg yg lain..dan mungkin itu adalah pnyebb mulut sy berbau.
    sy tlh mmberus gg dgn teratur, mmbersihkan lidah dan berkumur dgn pnyegar tetapi seketika sahaja bau mulut hilang selepas itu sy perasan pd bahagian mulut yg ada gg tersebut berbau..
    bgmn unt mngatasi masalah ini?sy buntu doc..sy tertekan dgn bau mulut ini..

  65. mimi says:

    salam dr. ,
    sekiranya kita menggunakan floss gigi secara konsisten, dapatkah floss tersebut memecahkan karang gigi yg dah terbentuk di antara gusi dan gigi? selain membuat rawatan dgn berjumpa doktor gigi, adakah cara lain yg blh dilakukan sendiri utk memecahkan karang gigi ini? apa pulak kebaikan menggunakn ‘Tooth stain eraser’ ?
    tq

  66. Norfatariah bt. Abd.Talib says:

    Salam Dr.
    saya mengalami masalah gigi goyang tapi saya sayang gigi tu sbb kalau cabut nampak tak cantik,apakah rawatan untuk gigi saya ni boleh tampal ke. Saya rasa gusi pun bengkak.

  67. melati says:

    salam Dr, saya berumur 30 tahun. 1 batang gigi geraham atas di sebelah kanan dan kiri telah dicabut. 1 batang gigi geraham di sebelah bawah kanan dan kiri juga telah dicabut. selain tu, 1 batang gigi depan di sebelah atas juga telah dicabut dengan rawatan bridge. soalan saya, adakah dengan keadaan ini saya layak memakai braces? Dr, tolong bantu saya sebelum saya pergi ke klinik untuk mendapatkan khidmat nasihat.. terima kasih.

  68. ixona says:

    salam doc, saya nak tnya, sebelum ni saya tidak mengalami masalah gigi, sy selalu menjaga gigi, ttpi semasa mengandung saya mengalami bengkak gusi dan gigi tetrasa sakit…kemudian sakit tu berulang selepas melahirkan kira2 anak berusia 1 tahun lebih…kali ni ketara, dalam masa minggiu gigi geraham paling belakang bahagian . dah tercabut sendiri. gigi depan jarang dan juga taring bergoyang…apakah rawatan yang perlu saya lakukan dan keadaan ini terlalu bahaya untuk gigi…dan bagaimana untuk merapatkan…gigi menjadi seperti dahulu.

  69. Kal says:

    Saya da pertanyaan utk En Hisham Mcmne ngn masalah bb mmng Dh Pulih sepenuhnya or bb dtng Balik Selepas pengunaan klacid hp7 tu..

Leave a reply to drleen Cancel reply