Kenapa rawatan di klinik gigi swasta mahal?

December 18, 2007

Tentu anda semua selalu tertanya-tanya kenapa caj rawatan di klinik-klinik gigi swasta terlalu mahal sedangkan di klinik kerajaan begitu murah sekali. Dan juga kenapa klinik-klinik ini mempunyai caj rawatan yang berbeza-beza bergantung kepada di mana klinik tersebut berada. Sebenarnya, caj rawatan yang dikenakan biasanya setimpal dengan rawatan yang diberi.
Read the rest of this entry »


Bolehkah gigi putih selepas rawatan mencuci gigi?

November 15, 2007

Mungkin ramai yang terkeliru dengan maksud rawatan pencucian gigi. Ada yang ingat jika gigi mereka kuning, selepas dicuci gigi akan menjadi putih. Sebenarnya tidak. Rawatan pencucian gigi adalah bertujuan untuk membuang karang-karang gigi, plak-plak yang melekat pada permukaan gigi dan juga boleh membuang stain (tanda kotor) pada gigi disebabkan rokok, teh, kopi, milo dan sebagainya. Gigi yang semulajadinya sudah kuning tidak boleh diputihkan dengan cara ini. Kekerapan rawatan pencucian gigi ini bergantung pada individu, ada yang perlu membuatnya setiap bulan (selalunya org yang kuat merokok sehingga banyak stain pada gigi), 3 bulan sekali ( mereka yang mempunyai masalah tulang dan gusi ), 6 bulan sekali ( kebiasaan orang) dan juga setahun sekali ( mereka yang pandai menjaga gigi dan gigi bebas dari masalah).
Read the rest of this entry »


Apa nak buat jika gigi tiada?

October 2, 2007

Gigi memang satu harta yang tidak ternilai harganya kerana jika sudah tiada gigi, nikmat untuk makan dah hilang. Tidak boleh lagi nak memakan makanan yang biasanya di makan ketika masih banyak gigi lagi. Tetapi teknologi sekarang telah makin maju, gigi yang tiada masih boleh digantikan dengan gigi palsu. Tetapi gigi palsu memang tidak akan sama rasanya seperti gigi yang asli tetapi bolehlah juga digunakan untuk mengunyah makanan.

Ada bermacam-macam jenis gigi palsu yang boleh dibuat. Semua ini bergantung kepada bajet seseorang. Tentulah gigi palsu yang paling bagus harganya paling mahal. Di sini saya akan ceritakan tentang jenis-jenis gigi palsu yang ada dan juga proses rawatannya.
Read the rest of this entry »


Saya masih di sini

October 2, 2007

Dah lama saya tidak menulis dalam blog ni. Saya memang amat sibuk dan tidak sempat hendak masuk dan check laman web saya. Jadi saya mintak maaf kepada sesiapa yang menanyakan soalan tetapi saya terlambat jawab. Saya dah menjawab semua soalan-soalan yang anda kemukankan. Terima kasih saya ucapkan di atas soalan-soalan bernas yang anda kemukakan. Semoga laman web ni berguna untuk semua orang berkongsi pengalaman, dan juga mencari jawapan kepada soalan-soalan yang berkaitan dengan gigi. Jadi teruskan melayari laman web ini dan bertanyakan apa jua soalan yang berkaitan dengan gigi di sini. Insyaallah lepas ni saya akan lebih aktif lagi dalam menulis dan menjawab soalan anda semua..:)


Sakit gigi – cabut atau tampal?

June 5, 2007

Kebanyakkan orang datang berjumpa doktor gigi kerana gigi yang sakit. Ramai yang beranggapan, jika gigi itu sudah rosak teruk dan sakit maka perlulah dicabut segera tetapi jika gigi yang rosak tetapi tidak sakit, dibiarkan sahaja .
Read the rest of this entry »


Pengalaman bekerja di Klinik Pergigian Swasta

June 5, 2007

Ikutilah pengalaman saya bekerja di klinik gigi swasta sebagai ‘locum’ semasa saya bekerja dengan kerajaan dahulu.
Read the rest of this entry »


Kerjaya sebagai doktor gigi di Malaysia

May 29, 2007

Kepada sesiapa yang berminat atau ingin tahu mengenai kerjaya seorang doktor gigi di Malaysia, bolehlah membaca mengenainya di sini. Tentu ramai yang tidak tahu apa sebenarnya tugas sebagai doktor gigi di Malaysia ini sebab selepas saya menamatkan pelajaran, saya agak terkejut juga semasa menjadi ‘FYDO’ ( First Year Dental Officer). Ikuti pengalaman saya… Read the rest of this entry »


Pemberusan gigi anak anda – bila dan bagaimana?

May 15, 2007

Mengajar anak memberus gigi adalah sangat penting. Tentu ramai yang mempunyai masalah yang anak mereka tidak suka memberus gigi atau tidak mahu diberus giginya oleh anda. Bagaimana anda mahu memupuk sikap suka memberus gigi dikalangan anak anda? Bagaimana cara memberus gigi anak anda? Read the rest of this entry »


Masalah mulut berbau (halitosis)

April 27, 2007

Saya rasa ramai yang mempunyai masalah ini tetapi tidak tahu apa nak dibuat untuk menghilangkannya. Kebanyakkannya merasa malu untuk bertanya dengan doktor gigi. Ada juga
yang terasa rendah diri kerana mempunyai masalah ini. Ada juga yang merasa tersinggung apabila ditegur kerana mempunyai masalah ini oleh orang yang rapat dengan mereka. Ada juga merasa rendah diri dan malu untuk bercakap dengan orang.
Read the rest of this entry »


Adakah perlu menggunakan benang flos?

April 26, 2007

Adakah penting untuk menggunakan benang flos? Adakah anda rasa ia menyusahkan? Adakah anda rasa anda tidak perlu menggunakannya kerana membuang masa?
Read the rest of this entry »