Bulan April dah sampai. Dan seperti biasa…bulan ni kebanyakkan klinik gigi di Malaysia ni turut serta dalam Bulan Kesihatan Mulut yang dianjurkan oleh Colgate.Kalau pergi ke klinik gigi yang turut serta dalam program ni, akan dapat pemeriksaan gigi secara percuma dan juga barangan percuma dari Colgate. So meh laa ramai-ramai datang ke klinik gigi utk bulan April ni untuk pemeriksaan gigi. Kalau nak tau list klinik gigi yang turut serta boleh tengok kat surat khabar ataupun tengok di laman web http://www.colgate.com.my atau pun http://www. mda.org.my
Halitosis II
September 8, 2008Dah lama tak post something kat blog saya ni..saya teramatlah sibuk…beberapa bulan lepas saya ada menghadiri conference dan ada satu produk yang menarik hati saya…iaitu satu produk utk mengatasi masalah mulut berbau. Di sebabkan ramai pembaca blog ni yang mempunyai masalah halitosis..walaupun dah jumpa dengan dr gigi dan mendapati tiada masalah karang gigi, kerosakan gigi, masalah gusi tetapi masih juga mengalami masalah halitosis.
Mungkin ada pembaca yang pernah mendengar Therabreath…ianya satu produk yang dijual di US utk tujuan mengatasi masalah mulut berbau…Produk ini ada dijual di Asia tetapi dengan brand name yang lain iaitu PE Dental. Produk ni terdiri daripada ubat gigi, ubat kumur dan juga spray mulut. Ubat gigi dia berbentuk gel yang tak berbuih…ubat kumur dia tak mempunyai bau atau rasa..dan spray mulut dia pun serupa…produk ni datang dalam 1 package…dia ada 1 tube ubat gigi (RM60), 1 botol ubat kumur(RM60)..1 botol spray(RM35) dan 1 pencuci lidah(RM5)..semuanya RM160.
Sekiranya ada yang nak cuba boleh e-mail saya. Tentang keberkesanannya..mungkin sesuai utk sesetengah orang dan tidak pada sesetengah orang…tapi tak salah kalau mencuba….
Pengendalian gigi tercabut akibat jatuh atau kemalangan
June 4, 2008Pernah tak anda mengalami atau melihat orang yang gigi kekalnya, terutama gigi hadapan yang tercabut kerana kemalangan, jatuh, semasa bersukan ( futsal, bola keranjang, bola sepak etc) ataupun semasa berlatih aktiviti pertahan diri ( silat, taekwando, etc)? Ataupun gigi kacip kekal anak anda yang tercabut masa dia terjatuh? Apa yang anda boleh buat jika itu terjadi pada diri anda atau orang yang anda kenal?
Read the rest of this entry »
Panduan untuk menjadi doktor gigi
April 3, 2008Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana hendak menjadi seorang doktor gigi. Mungkin adik2 diluar sana yang berminat untuk menjadi seorang dr gigi tapi tak tau dari mana nak mula dan sebagainya. Di sini saya berikan sedikit panduan bagaimana untuk menjadikan cita2 sebagai seorang dr gigi menjadi realiti.
Mitos dan Fakta tentang gigi
February 12, 2008Ada banyak mitos-mitos yang berkaitan dengan gigi yang pernah saya dengar..kadang kala ianya berlaku secara kebetulan dan orang akan menyangka ianya satu penyebab. Kadangkala pula ia diketahui dari orang-orang tua. Adakah semuanya mitos atau sememangnya benar? Kita ikuti satu persatu.
Read the rest of this entry »
Bahan yang digunakan untuk menampal gigi
February 5, 2008Biasanya ada 3 jenis bahan tampalan yang biasanya digunakan untuk menampal gigi. Bahan tampalan akan dipilih bergantung kepada
1. Berapa besar dan dalam lubang pada gigi
2. Kedudukan gigi samada gigi hadapan atau belakang
3. Budget pesakit
Read the rest of this entry »
Bilakah perlu mencabut gigi susu?
January 22, 2008Ramai ibu bapa yang datang ke klinik kerana mereka mahu mencabut gigi anak mereka yang bergoyang. Ada juga yang mahu mencabut gigi anak mereka kerana gigi kekal telah keluar di belakang gigi susu tersebut. Jadi persoalannya, adakah perlu cabut gigi anak apabila sudah goyang?
Read the rest of this entry »
Kenapa rawatan di klinik gigi swasta mahal?
December 18, 2007 Tentu anda semua selalu tertanya-tanya kenapa caj rawatan di klinik-klinik gigi swasta terlalu mahal sedangkan di klinik kerajaan begitu murah sekali. Dan juga kenapa klinik-klinik ini mempunyai caj rawatan yang berbeza-beza bergantung kepada di mana klinik tersebut berada. Sebenarnya, caj rawatan yang dikenakan biasanya setimpal dengan rawatan yang diberi.
Read the rest of this entry »
Apa nak buat jika gigi tiada?
October 2, 2007Gigi memang satu harta yang tidak ternilai harganya kerana jika sudah tiada gigi, nikmat untuk makan dah hilang. Tidak boleh lagi nak memakan makanan yang biasanya di makan ketika masih banyak gigi lagi. Tetapi teknologi sekarang telah makin maju, gigi yang tiada masih boleh digantikan dengan gigi palsu. Tetapi gigi palsu memang tidak akan sama rasanya seperti gigi yang asli tetapi bolehlah juga digunakan untuk mengunyah makanan.
Ada bermacam-macam jenis gigi palsu yang boleh dibuat. Semua ini bergantung kepada bajet seseorang. Tentulah gigi palsu yang paling bagus harganya paling mahal. Di sini saya akan ceritakan tentang jenis-jenis gigi palsu yang ada dan juga proses rawatannya.
Read the rest of this entry »
Sakit gigi – cabut atau tampal?
June 5, 2007Kebanyakkan orang datang berjumpa doktor gigi kerana gigi yang sakit. Ramai yang beranggapan, jika gigi itu sudah rosak teruk dan sakit maka perlulah dicabut segera tetapi jika gigi yang rosak tetapi tidak sakit, dibiarkan sahaja .
Read the rest of this entry »
Posted by drleen
Posted by drleen
Posted by drleen