Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga blog Drleen. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih sebab masih membaca blog saya dan bertanyakan soalan. Saya meminta maaf sekiranya saya tidak membalas atau lambat membalas pertanyaan-pertanyaan yang ditanyakan dalam blog ini. Kadang-kadang saya tidak mampu untuk menjawab kesemua soalan-soalan yang dikemukakan di atas sebab terlalu banyak soalan yang ditanya dan saya juga ketiadaan masa untuk menjawab. Saya memang suka kalau pembaca-pembaca menanyakan soalan kerana ini menunjukkan tahap kesedaran tentang gigi semakin banyak. Tidak seperti dahulu di mana semua jawapan untuk sakit gigi ialah cabut.
Selepas beberapa tahun menjawab soalan-soalan yang diberikan pembaca,saya dapati saya masih lagi menjawab soalan-soalan yang sama. Mungkin pembaca yang menanyakan soalan tak perasan yang soalan yang hendak ditanya telah dijawab sebelum ini. Jadi mungkin pembaca boleh membaca komen-komen untuk mendapatkan jawapan sekiranya soalan yang ditanya serupa. Sekiranya masih tiada jawapan untuk soalan-soalan yang Iingin ditanya, bolehlah menanyakan soalan itu di blog ini ataupun ke e-mail saya : doktorleen@gmail.com ataupun menelefon klinik saya : 03-87394039 ataupun sms ke no klinik saya : 014-6345676 ataupun lagi bagus kalau datang sendiri berjumpa saya di : KLINIK PERGIGIAN DR LEEN, NO 27-1, JALAN REKO SENTRAL 6, REKO SENTRAL, KAJANG.
Selepas ini saya akan membuat satu rumusan tentang soalan-soalan yang sering ditanya supaya pembaca-pembaca boleh terus ke page itu dan membaca jawapan kepada soalan-soalan. Saya minta maaf sekali lagi kerana mungkin tidak mampu menjawab soalan-soalan secara direct di blog ini kerana terlalu banyak soalan yang ditanyakan. Saya akan cuba menjawab soalan-soalan yang ditanya direct ke e-mail ataupun melalui sms.
Insyaallah, saya akan membuat satu website baru untuk klinik saya dan akan memasukkan ruangan blog ke dalam website klinik. Segala sokongan yang diberikan kepada saya untuk terus menulis dalam blog ini amatlah dihargai. Dan saya berharap agar apa yang saya tulis ini berguna kepada semua pembaca-pembaca yang tercari-cari jawapan kepada masalah-masalah gigi. Terima kasih semua.
Salam,
Saya dengan rendah dirinya memohon Dr leen buat satu page@group di dalam Facebook,lepas buat bgtau lah yer,tq;-)
salam..thanks for the suggestion..saya dah buat dah..:) sila laa lawat ye…
DrLeen, saya bakal menamatkan internship di India hujung tahun ni, saya banyak membaca blog Dr.Leen. Banyak rasanya saya nak timba pengalaman dengan Dr.Leen.. InsyaAllah kalau ada kesempatan teringin rasanya bertemu muka dengan Dr.. =D
salam.drleen, sy berhadapan satu masalah dgn anak sy berusia 8 tahun.malam semalam, dia terjatuh dan gigi depannya patah sebahagian (gigi kacip kekal)dan berdarah.apa rawatan yang diperlukan,berapa kosnya dan bila boleh sy buat treatment tersebut?
salam doktor leen.sy ade masalah tampalan ggi yg tercabut n menyebabkan ggi reput..sebanyak 3 batang gigi bahagian atas di sebelah tepi..berape agaknye harge tanam gigi di klinik kerajaan n bpe lme mase yg diperlukan bg proses penanaman gigi utk siap sepenuhnye??e2 je..tq