Salam semua..
Saya nak mintak maaf banyak2 kepada sesiapa yang banyak tanya soalan dalam website ni and saya tak balas2..saya tersangat sibuk dengan klinik…and susah nak online sangat. So kepada sesiapa yang nak bertanya boleh sms/call ke no 014-6345676. Ini adalah no hp klinik. Kalau nak call ke talian tetap 03-87394039.
Sempena bulan April ni..colgate menganjurkan bulan kesihatan gigi di mana klinik-klinik yang mengambil bahagian akan memberikan pemeriksaan percuma kepada pesakit baru sepanjang bulan April. So kepada sesiapa yang belum check gigi lagi rebutlah peluang ni sebab selain pemeriksaan percuma…mereka yang awal2 datang boleh dapat hadiah dari Colgate…:) Klinik2 yang mengambil bahagian akan ada poster colgate di klinik tersebut..so kalau yang ada poster tu je dapat pemeriksaan percuma ye….
meh datang ramai2…:)
Askm Dr. Leen..saya ada adik yg giginya kuning disebabkan salah pemakanan ibu sewaktu mengandungkan dia..Apakah rawatan yg sesuai utk giginya menjadi putih normal dan apakah kesan2 dr rawatan in?
w’salam…adik tu umur berapa? biasanya kalau gigi kuning sebab ubat tetracycline, boleh buat whitening utk putihkan balik cuma mengambil masa skit..apa2 pun check dulu kat klinik gigi k
kenapa gigi seorang itu sentiasa berdarah,,ada kah dia kkurangan vit K?
gusi biasanya berdarah sebab terdapat banyak plak dan juga karang gigi yang menyebabkan keradangan pada gusi dan seterusnya pendarahan. Jika lepas buat scaling and penjagaan gigi yang betul, gusi yang berdarah akan pulih semula
Salam,
Wah tak sangka dr gigi pun minat berblog
salam..heheh..ada laa skit2…:)
salam dok..sy nk tanya..dua gg dpn sy ni senget ke depan..jadi ada jarak besar..gg nmpk jarang..ape rawatan yg sesuai utk buat gg sy nampak rapat ye? gg jadi mcm ni sbb penah jatuh basikal masa kecik..
salam…kalau nak rapatkan jarak tu samada buat braces, ataupun tampalan, ataupun crown, ataupun cabut and gigi palsu…apa2 pun kena check dulu utk tengok apa yang sesuai.
ehh..salah…senget ke dalam…
saya Mohd Baharudin Bin Yahya panggil saja saja jack Baha , sebenarnya tak tahu hendak memberitahu bagaimana hendak memberitahu doktor kerana saya ada dua sakit iaitu saya sakit gigi dan sakit kepala saya pun tak tahu nak pergi klinik gigi atau klinik biasa saya sakit kepala sudah 3 hari , selain itu, saya sakit gigi saya tidak boleh kunyah makanan kerana saya sakit gigi sampai sekarang ni saya belum makan lagi kerana gigi saya terlalu sakit selain itu, ada juga saya sakit telinga mungkin sakit gigi menyebabkan kesemua bahagian kepala dan telinga sakit.
salam…biasanya kalau sakit gigi kadang2 ianya boleh menyebabkan sakit kepala juga especially gigi bawah..memang kena check laa dari mana datangnya sakit tu..kemudian kena buat samada tampalan sementara ke..rawatan saraf ke atau cabut..
salam,
Dr. Leen
sekarang saya memakai pendakap gigi, saya telah berurusan dengan doktor gigi saya selama lebih dua tahun. doktor gigi saya masih dalam pengajian pascasiswazah. saya berniat untuk memberi sedikit hadiah sebagai tanda menghargai jasanya merawat saya. saya ingin bertanya adakah boleh saya memberi beliau hadiah atau ia melanggar etika profesionalisme seorang doktor dan pelajar. saya bimbang beliau serba salah untuk menerima hadiah saya.
salam…
hmm..susah jugak nak jawab ni..
sememangnya tak boleh menerima hadiah sebab takut di katakan rasuah…tapi rasanya bergantung kepada jenis hadiah dan juga intrepetasi orang kot..masa saya study dulu ada jugak patient yang kasi something bila birthday saya, hari raya etc…anyway..up to you laa nak kasi ke tak..
Salam semua…selepas ini semua komen akan dibalas secara e-mail…:) terima kasih…
salam dok.. saya lin… saya mengalami sakit gigi pd gigi yg tlh d tmpl…. ia akan sakit apabila ada tekanan pd gigi trsebut. walhal tiada lubang pun yg sy dpti krn bru sebulan ditampal… apa yg prlu sy lkukan?? adakh sy prlu cbut… tp syg krana msih elok