Kemasukan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2011/2012

Salam semua…
Kepada lepasan2 SPM yang berminat nak menjadi dentist..boleh laa memohon utk masuk ke Program matrikulasi jurusan sains..macam saya dulu laa..lepas SPM masuk matriks sains setahun lepas tu sambung ke dental school. Saya dapat maklumat ni dalam NST hari ahad lalu…

Syarat Kelayakan Permohonan
1. Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Jan 2011
2. Mendaftar mata pelajaran berikut dalam peperiksaan SPM tahun 2010
– Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia DAN ( Fizik atau Biologi)

Syarat Kelayakan Minimum Program Matrikulasi Satu tahun (PST)
– C Bahasa Melayu
– C Bahasa Inggeris
-B Matematik
– C matematik tambahan
-C kimia
– C dalam satu daripada matapelajaran berikut ( Biologi / Kimia)

Syarat Kelayakan Minimum program dua tahun
C Bahasa melayu
C bahasa inggeris
C matematik
C kimia
D matematik tambahan
C dalam 2 daripada matapelajaran berikut – matematik tambahan/fizik/biologi/matapelajaran teknik (Pengajian kejuruteraan awam, pengajian kejuruteraan mekanikal, pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik, teknologi kejuruteraan)
* pelajar bumiputera yang tidak terpilih bagi program satu tahun berpeluang ditawarkan program 2 tahun jika memenuhi syarat diatas.

Cara permohonan
1. Permohonan melalui internet
– pelajar boleh membeli no pengenalan individu ( no pin) 5 digit dari mana2 kaunter BSN mulai 1 julai 2010 dengan bayaran RM6.00 termasuk komisyen dengan menggunakan no kad pengenalan yang didaftarkan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPN).
– Sebelum meninggalkan kaunter sila pastikan menerima resit bayaran yang tercetak:
i) bayaran telah dibuat atas nama ‘Pengarah bahagian Matrikulasi’ ke nombor akaun 1410029000211897
ii) no kad pengenalan yang sama seperti didaftarkan dengan lembaga peperiksaan malaysia
iii) no pin 5 digit
– pelajar juga boleh membuat bayaran PMI di mesin ATM BSN ( bagi pemegang akaun GIRO/Wadiah BSN saja). Sila ikut arahan di skrin mesin ATM tersebut.
-Nombor pin digunakan utk mengemukakan permohonan matrikulasi dan juga membuat pindaan atau pembetulan butiran permohonan. Pindaan atau pembetulan permohonan boleh dibuat sebelum tarikh tutup sebanyak 3 kali saja. No pin hendaklah dirahsiakan.
-pelajar dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan dan diikuti dengan nombor pin untuk membuat permohonan
-pelajar yang terlupa atau hilang nombor pin boleh mendapatkan nombor pin tersebut dengan membayar RM6.00 dimana2 kaunter BSN
-permohonan matrikulasi boleh dibuat melalui internet dengan melayari laman web http://www.moe.gov.my mulai 1 julai hingga 10 oktober 2010
– baca dan fahami panduan permohonan melalui internet (PMI)yang terdapat dalam laman web tersebut
-setelah selesai mengisi maklumat dalam PMI, sila klik butang HANTAR dan mencetak halaman yang mempunyai no rujukan 6 digit sebagai bukti penghantaran permohonan
-TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 10 OKTOBER 2010

Jika ada apa2 pertanyaan sila rujuk bahagian matrikulasi kementerian pelajaran malaysia

Alamat:
Pengarah
bahagian Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E15
Kompleks kerajaan parcel E
Pusat pentadbiran kerajaan persekutuan
62604 Putrajaya

no telefon: 03-8884 4083
no fax : 03-8884 4028/8888 6864

laman web: http://www.moe.gov.my

SELAMAT MEMOHON…:)

About these ads

32 Responses to Kemasukan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2011/2012

  1. georgiana baun says:

    cemerlang

  2. Pelajar says:

    pin 5 digit tu key in di mana?

  3. m.u.s.e says:

    salam doktor, kalau boleh saya nak request doktor buat post pasal hukum hakam berkaitan rawatan pergigian terutamanya yang berkaitan dengan rawatan kecantikan..

    apa pun, selamat maju jaya kepada doktor.

  4. yana says:

    mcm mane dr blh smbung kat canada dgn sijil matrikulasi?

    • drleen says:

      yana: masa tu ada MOU dengan uni dekat canada..so dean dia datang malaysia utk interview students matrikulasi…skang ni dah takde dah sebab mahal sangat kot..

  5. syafiq says:

    dr leen….jadi dr gg and dr biasa mana yg lebih kaya???
    n ader org kater pakar pergigian pon gaji cam dr biasa..

    • drleen says:

      syafiq: hmm..saya pun susah nak cakap mana satu lagi kaya..sebab semua bergantung pada tempat..apa yang dibuat etc…kalau klinik dibuka 24 jam and ramai yang datang of course laa kaya kan, tak kira laa dr gigi ke dr biasa. cuma bezanya jumlah patient yang dilihat oleh dr medical jauh lebih banyak dari dr gigi sebab dr gigi banyak kena buat prosedur..dr medical check je pastu bagi ubat..kadang2 je dia kena buat prosedur…pakar pergigian tu kalau pakar implant..atau pakar endodontik..pakar bedah mulut..pakar orthodontik semuanya kaya2 kalau mereka bukak klinik sendiri dan kalau kliniknya di damansara, bangsar ( kat tempat2 org kaya). kalau implant tu biasanya sebatang dalam 6000…kalau sehari dr tu pasang 10 implant je dah berapa income sehari kan…so kaya atau tidak tu banyak bergantung pada lokasi..jenis rawatan etc…

      • syafiq says:

        camner nk jadi pakar?? kne ader min experience ker?? n tyme kat canada, ader viva x?? sbb kat india almost everyday ader viva.

      • drleen says:

        syafiq: nak jadi pakar..lepas dah ada degree and rasanya 3 tahun kot experience ( ikut university) then kalau dapat biasiswa and tempat then bleh teruskan..tapi kalau takde biasiswa or tempat then kena tunggu…kalau ada duit sendiri kalau dapat tempat then boleh buat..masa saya kat canada dulu ada laa masa exam…

  6. nuramirah says:

    emm,,,dr, bleh kongsi ngan saye apa behave that should have with a DENTIST,,???

    • drleen says:

      nuramirah: sorry mungkin boleh tanya balik soalan tu..saya tak berapa faham utk menjawabnya

    • asyraf says:

      dear Dr. Leen,

      saya tengah tunggu result SPM and Im mrsm student. tengah nak isi borang UPU regarding to universities and courses etc. sy tengah cari ideal career for my future dan agak tertarik dengan dentistry dan juga dr biasa. then sy jadi confuse sebab dua2 tu kira macam 2 course yang berbeza kan?

      itu apa yang sy tengok course offered dekat UM la. tapi kalau boleh sy nak belajar overseas, everyone dream kan. kawan saya punya kakak ada buat dentistry dekat Jordan. sy nak tanya, usually dekat mana lagi selalu scholar student sent other than Jordan? ada peluang ke zaman sekarang ni nak hantar dentist student oversea?

      maximum berapa lama course ni eh? boleh kalau kita develop minat tu, or memang kalau tak minat tak payah ambil langsung? and from your opinion and experiences, apa yang membezakan dr biasa and dentist, dari segi input bila study dan juga the reality life bila dah kerja?

      Thank You.

      • drleen says:

        asyraf: of course medical and dental tu berbeza..kena tanya diri sendiri..yang mana satu lagi awak berminat. Medical ni masa awal2 banyak teori..kena hafal banyak menda..kena diagnose penyakit…tak banyak buat kerja practical…sebab banyak nanti nurse and medical assistant yang tolong buatkan..cuma kalau kerja dekat emergency dept kena buat procedures banyak skit. Bila dah specialize nanti baru laa banyakkk buat kerja2 practical. Dental ni plak memang dari awal2 kena buat banyak kerja practical..so hafalan pun kena..practical pun kena..kalau satu je ok satu lagi tak ok..takkan grad..kena dua2 ok. Sekarang ni rasanya utk belajar dentistry kat luar negara, malaysia hantar ke jordan, india dan indonesia. Tempat lain saya tak sure. Dental course ni biasanya dalam 5 tahun..tengok tempat..ada yang 4 tahun. masa saya mula2 masuk pun takde laa minat yang begitu mendalam…tapi bila dah start, sronok pun ada. Dua2 belajar tension..dua2 belajar susah…so kalau tak sure boleh apply dua2 and pilih yang mana satu dapat. kalau dua2 dapat susah skit laa..bleh sembahyang istiharah..:)

  7. fiza says:

    Dr kalau saya dapat hanya 4A dalam SPM 2010 boleh masuk matriks ke bagi sesi 2011? saya minat untuk ambil perubatan and saya fikir if dapat masuk matriks boleh struggle from there untuk dapat pointer yang tinggi since my Spm tak berapa cemerlang :(

  8. lyna says:

    i just wanna to know is it true if we want to futher into specialist it depends on our degree pointer.. if not so good so our name will be late to up for take specialist.. can dr explain it to me??

  9. babylynn says:

    Dr, sya mungkin akan memasuki matrikulasi bagi 2011/2012. (Masih menunggu tawaran)
    Program matrikulasi 2011/2012 telah diganti dari sains hayat dan sains fizikal ke Modul I, Modul II dan Modul III.

    Modul I
    1. Matematik 2. Kimia 3. Fizik 4. Biologi

    Modul II
    1. Matematik 2. Kimia 3. Fizik 4. Sains Komputer

    Modul III
    1. Matematik 2. Kimia 3. Biologi 4. Sains Komputer

    Modul apa yg perlu saya ambil bagi memenuhi syarat kelayakan bagi jurusan pergigian akan datang? Adakah menjadi stu kewajiban untuk mengambil matapelajaran Fizik?

  10. siti says:

    assalamualaikum dr leen,

    sy nak bertanya beberapa soalan.sy harap dr x kisah.
    1-bagaimana dr meneruskan pengajian di canada?adakah dr mempunyai biasiswa dr pihak lain atau dr pihak jpa atau mara
    2-bagaimana hidup dan pengajian di matrikulasi?ramai orang kata dekat sana pengajian sgt pantas dan kena struggle betul2
    3-selepas tamat matrikulasi dr leen teruskan pengajian di mana pula?

    minta maaf banyak2 kerana banyak soalan.harap2 dr boleh menjawabnya.sy berminat dalam bidang pergigian dan berminat untuk masuk ke matrikulasi.sy juga teringin sgt nk cuba pengajian di luar negara.dipendekkanlah sy ingin jadi seperti dr leen.:D

  11. harzy says:

    tumpang tanya..untuk program matrikulasi yg tebaru ni..berapa lama kah tempoh belajar di matrikulasi? 3 semester @ 2 semester?

  12. miss sin says:

    herm sya nak tanya ckit nie result spm sya 4A 1B 1C+ 2c 1e tpi yg e sya ialh admt sys ada pluang x msuk matrik nie….

  13. Lia says:

    Saya nak tahu ap subjects yg akn dipelajari jika amble course pergigian?

  14. umisumi says:

    salam,dr.sy pelajar lepasan matrikulasi dan baru jer dpat result semalam.Alhamdulillah,wlaupun mgkin tidaklah sehebat dr..
    siyes,sy trjumpa website ni dan trus jatuh hati sbb ni mmg course yg akan jadi plihan sy utk dmasukkan dlam upu nnti.InsyaAllah.tapi,masalahnya skarang,sy kurang pasti adakah dgan pointer 3.84,probability utk sy mndapat course ni tnggi?bgaimana pulak dgan farmasi?sy benar2 buntu sbb tkut yg dkejar xdapat,yg dkendong brciciran..
    mintak pertolongan dr.mekasih.:))

  15. skelly says:

    salam doc leen. sy akn mduduki spm taun ni. n bminat ng dntistry. tp sy xambk bio. sume sbjek sc y laen sy ambk. so lyak x utk sy pilih dntistry course nii?

  16. drleen says:

    Salam semua…selepas ini semua komen akan dibalas secara e-mail…:) terima kasih…

  17. berita terbaru 2011…

    [...]Kemasukan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2011/2012 « Gigi Sihat Senyuman Menawan[...]…

  18. racheal says:

    can i still apply maticulation by now ?

  19. sofea says:

    Saya telah hilang pin num saya . Boleh beli sekali lagi ke ?

  20. Aliah says:

    Sy lepasan spm 2012 dan mndpt kputusan 2A, 4B, 1C, 1D dan 1E. E sy adlh add math. Sy minat dgn course perakaunan. Adakah sy layak masuk matrik? Bantu lh sy :(

  21. syaz says:

    sy punya pin num dah hilang..kena beli lg skali ke?

  22. muhammad azri says:

    Assalam dr. Spm Sya dpt 4a tp addmath ngn chemistry sya dpt d bole x sya msok matrik bg aliran teknikal

  23. Ridhwan says:

    salam, kimia sya dpt D, ada peluang tk sya nk dpt tawaran ambilan kedua?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 237 other followers

%d bloggers like this: