Dah lama tak post something kat blog saya ni..saya teramatlah sibuk…beberapa bulan lepas saya ada menghadiri conference dan ada satu produk yang menarik hati saya…iaitu satu produk utk mengatasi masalah mulut berbau. Di sebabkan ramai pembaca blog ni yang mempunyai masalah halitosis..walaupun dah jumpa dengan dr gigi dan mendapati tiada masalah karang gigi, kerosakan gigi, masalah gusi tetapi masih juga mengalami masalah halitosis.
Mungkin ada pembaca yang pernah mendengar Therabreath…ianya satu produk yang dijual di US utk tujuan mengatasi masalah mulut berbau…Produk ini ada dijual di Asia tetapi dengan brand name yang lain iaitu PE Dental. Produk ni terdiri daripada ubat gigi, ubat kumur dan juga spray mulut. Ubat gigi dia berbentuk gel yang tak berbuih…ubat kumur dia tak mempunyai bau atau rasa..dan spray mulut dia pun serupa…produk ni datang dalam 1 package…dia ada 1 tube ubat gigi (RM60), 1 botol ubat kumur(RM60)..1 botol spray(RM35) dan 1 pencuci lidah(RM5)..semuanya RM160.
Sekiranya ada yang nak cuba boleh e-mail saya. Tentang keberkesanannya..mungkin sesuai utk sesetengah orang dan tidak pada sesetengah orang…tapi tak salah kalau mencuba….
September 13, 2008 at 8:39 pm |
sy dok kt kuantn…
mcm mne sy nk dptkn produk ni???
sy agk tdesak tok mncuba..tq
September 15, 2008 at 11:44 am |
shana: kalau nak saya boleh poskan…apa2 pun e-mail saya doktorleen@gmail.com
September 17, 2008 at 1:26 pm |
salam dr. pertama skali, maaf kerana post comment ni di entry lain.
Dulu saya pernah tanya Dr mengenai pemutihan gigi dan sampai ke hari ni, saya hanya nampak “whitening” toothpaste di pasaran (yang saya tidak yakin akan keberkesanannya), saya tidak penah nampak “whitestrip” atau gadget yang “mengeluarkan cahaya biru” di pasaran. Any advise?
soalan kedua, saya rasa gigi geraham saya pecah sedikit sbb saya dapat rasa tajam di bhgn tepi gigi. tapi saya tak rasa sebarang kesakitan atau rasa ngilu. Saya skarang mengalami bell’s palsy dan rata2 websites yg saya baca, bell’s palsy tidak kena mengena dgn gigi/nerves gigi. ada kemungkinan ke keadaan Bell’s Palsy saya disebabkan oleh gigi?
tq!
September 22, 2008 at 11:06 am |
dentee: memang yang power2 skit tu takde dijual dipasaran..biasanya boleh didapati kat klinik2 gigi . tentang bell’s palsy tu pulak sebenarnya memang susah nak ketahui punca sebenar seseorang tu dapat bell’s palsy..ianya hanya melibatkan saraf yang mengawal pergerakan otot..dalam kes ni otot muka..jadi rasa sakit semua tu sebenarnya daripada saraf lain ( saraf rasa/ sensory nerve)…ianya tak terlibat bila seseorang mendapat bell’s palsy. Awak kata yang pecahnya sedikit sahaja..mungkin sebab tu takde rasa apa2 sebab kecik sangat. JIka lubangnya besar dan awak tak rasa apa2 ada kemungkinan gigi tu sudah mati disebabkan jangkitan kuman. So apa2 pun boleh datang kat klinik gigi utk dapatkan rawatan pemutihan gigi dan boleh suruh dr tu tengok keadaan gigi yang pecah sikit tu samada perlukan tampalan atau tidak.
October 12, 2008 at 7:00 am |
drleen..
bagi pesakit yang mengalami masalah halitosis ni,berapa kerap perlu untuk berjumpe dengan dr?
lagi 1,PE dental ade x jual kat farmasi2?
October 13, 2008 at 1:18 pm |
afi: biasanya 3 bulan sekali ok jugak..bila dah stabil then 6 bulan sekali. PE dental ni takde jual kat farmasi laa..kena order..tak banyak klinik gigi yang ada jugak…
October 28, 2008 at 7:56 pm |
Dr Leen pernah cuba ker produk ni?
October 29, 2008 at 12:27 pm |
nick: husband saya pernah cuba
November 5, 2008 at 12:21 am |
salam drleen…
blog y byk mmberi maanfaat, tahniah!
sy ade masalh berkaitan dgn gg depan sy y terlalu rapat kemudian berlubg dan telah pon ditampal sebyk dua kali.sy rungsing sbb gg depan saya nmpk lebam ditgh-tghnya.jadi,ape pndapt doktor ntok megatasi masalh ini.adakah gg sya akn bertambh teruk, berlubg semula atau sebaliknya.apa y perlu sy lakukan…tgh risau ni..huhuhu..
maaf sbb keluar topik…
tq
November 5, 2008 at 10:21 am |
student: salam. lagi elok kalau awak buat crown..nampak cantik sikit..sebab kadang2 kalau tampal ni boleh nampak gigi tu tampal…so lagi satu kena tengok kalau gigi tu dah mati ke tak..biasanya kalau dah tukar warna tu kadang2 sebab dah mati..kadang2 sebab ada kerosakan yang baru..apa2 pun pegi laa jumpa dr gigi utk check
December 5, 2008 at 9:57 am |
very interesting product…erm..camne tahap keberkesanannye yek?
December 8, 2008 at 8:34 pm |
insan biase: hmm..menurut kata orang berkesan tapi saya tak tau laa..biasa laa ada produk berkesan utk sesetengah orang..ada yang tak berkesan..tapi tak salah utk mencuba..:)
February 13, 2009 at 6:39 pm |
Dr Leen, saya interested nak beli tapi sampai sekarang dr masih belum jawab email saya. Lagi cepat dr respond, lagi bagus. Terima kasih.
February 16, 2009 at 12:14 pm |
nanora: hmm…susah utk saya beli skang ni sebab saya kerja dengan orang…bulan 6 nanti ada dental expo..saya cuba dapatkan k..
February 13, 2009 at 8:57 pm |
Salam doktor..
saya nak beli PE Dental mcm mana yer?saya tinggal di perak.berapa lama saya perlu guna produk itu?kalau boleh tolg sertakan no akaun agar saya boleh bank in terus ke akaun doktor.Atau ada cara lain utk saya dptkan produk tersebut.
terima kasih.
February 16, 2009 at 12:18 pm |
permata tunggal: produk ni belum sampai kat area sana lagi…hmm..bulan 6 nanti ada dental expo…kalau banyak permintaan saya boleh beli dulu..tapi macam saya kata kadang2 guna produk saja tanpa pengawasan belum tentu berkesan….so jumpa dr gigi dulu k..;)
April 11, 2009 at 7:33 pm |
helo drleen,count me in for the product.i berminat nak try.camner nk order from drleen?
April 28, 2009 at 10:51 am |
Hai, saya adalah pengguna produk ini. Baru 1 bulan menggunakannya dan saya juga ada masalah halitosis ini. Keberkesanannya mmg xnampak lagi.Maybe sbb baru saja menggunakan.Tp sebaik shj berus gigi dgn produk ni mmg rasa mulut xbusuk sgt.cuma kalau dah lama sikit dan especially lepas makan bau tu akan kembali semula. Apa pun saya xputus asa dan akan guna produk ini.Mungkin dlm jangka masa 6 bulan. Saya beli dari web dibawah. Harap info ini dapat membantu kawan2 disana walaupun diri ini juga memerlukan bantuan.
http://www.pelifestyle.com/eng/why.html
May 3, 2009 at 12:38 pm |
JV: saya tak jual..maybe awak boleh tengok kat website yang mummy letak tu..
mummy: semoga produk ni berjaya ye..tapi jangan lupa check dengan dentist k..
May 7, 2009 at 2:59 pm |
hello, sebenarnya saya ingin buat rawatan ortodontik di klinik gigi , macam mana nak mohon?
May 8, 2009 at 3:00 pm |
chu: hello…kalau nak buat di klinik kerajaan, kena dibawah umur 18 tahun. pergi ke mana2 klinik kerajaan dan mintak surat rujukan utk berjumpa dengan pakar orthodontik. Kemudian pergi jumpa pakar dan nama akan dimasukkan dalam senarai menunggu utk rawatan. kalau dah lebih 18 tahun..pergi ke mana2 klinik swasta yang menawarkan rawatan orthodontik dan terus buat.
June 12, 2009 at 6:14 pm |
asamekm dr leen,sy nk tnya dulu gigi saya ptah sekerat then g klink gigi tmbah gigi simen.tp,now gigi tue dh jadi kuning dari gigi kekal sy..mcm mana nak putihkan balik ye??tlg sy..sebb sy nak kwen dh..rs malu lak nk snyum dgn gigi cmtu..he..he..
June 15, 2009 at 1:23 pm |
eifa89: w’salam. Kalau nak putihkan balik elok buat crown je. Kena check dulu gigi tu dah mati ke atau ok lagi..kalau dah mati kena buat rawtaan saraf pastu baru buat crown. Bila pasang crown, warna gigi akan sama dengan yang lain2. So pergi check dulu k
July 15, 2009 at 12:22 pm |
doc. saya ada follow up dgn klinik gigi kerajaan tentang gigi saya yang dicabut dan dia org cadangkan saya buat brigde.saya nak tahu apa itu brigde,risikonya dan kos untuk sebatang gigi, jika di buat di specialist kerajaan.saya harap doc. dapat beri feed back secepatnya
July 15, 2009 at 4:28 pm |
fida: kalau nak tau tentang bridge saya dah kasi semua info di post “apa nak buat jika gigi tiada” boleh tengok kat situ. Biasanya buat bridge ni lepas gusi tu dah licin…kat kerajaan biasanya tak buat tapi kat pakar tu ada laa kot..harga saya tak sure. kalau swasta harga dalam 500 ke atas sebatang so kalau nak ganti satu gigi kena buat 3
September 28, 2009 at 3:26 pm |
salam dr. leen…sy ad beberapa kemusykilan..1st q: kat tv ad macam2 iklan ubt gigi. ad y berflorida dan ad y x berflorida. jd ubat gigi y mana selamat dgunakan? 2nd q: dalam ubat kumur ada mengandungi ethanol atau methanol. adakah bahan tersebut selamat kpd mulut kita? tq dr. leen…
September 29, 2009 at 1:34 pm |
kunz_sy: ubat gigi berflorida tu actuallynya bagus utk elakkan gigi menjadi karies..yang buat tak bagusnya kalau ditelan..tapi kita dah besar takkan telan ubat gigi ye dak? sebab tu utk budak2 yang tak reti meludah digalakkan guna sikit je ubat gigi berflorida..kalau gigi elok..pakai yang tak berflorida pun ok. tentang ubat kumur tu..bahan2 tu selamat digunakan…ada juga ubat kumur yang tak mengandungi alcohol..so bergantung pada individu nak guna yang mana..kalau mereka yang selalu mengalami kering mulut..tidak digalakkan guna ubat kumur beralcohol kerana boleh mengeringkan lagi mulut..