Pernah tak anda mengalami atau melihat orang yang gigi kekalnya, terutama gigi hadapan yang tercabut kerana kemalangan, jatuh, semasa bersukan ( futsal, bola keranjang, bola sepak etc) ataupun semasa berlatih aktiviti pertahan diri ( silat, taekwando, etc)? Ataupun gigi kacip kekal anak anda yang tercabut masa dia terjatuh? Apa yang anda boleh buat jika itu terjadi pada diri anda atau orang yang anda kenal?
Pengendalian di tempat kejadian
- masukan gigi itu semula ke dalam soket gigi jika boleh. Pastikan masa masuk tu kita kenal mana depan dan belakang. Jika gigi tu kotor, boleh basuh dengan air..tapi jangan sentuh bahagian akar gigi itu. Memadai lalukan bahagian kotor itu dengan air.
- Jika tak boleh nak masukkan balik ke dalam soket gigi, masukkan gigi tu ke dalam medium yang dibenarkan dan bawa berjumpa doktor gigi yang terdekat. Medium yang dimaksudkan ialah
1.susu,
2.saline
3.air liur ( simpan dalam mulut)
4. Kalau semua tu tak boleh, boleh letak dalam air.
Sebenarnya lagi bagus kalau letak dalam Hank’s Balanced Salt Solution..tapi kalau dalam masa kemalangan tu tentu susah nak cari, jadi paling bagus susu kemudian diikuti dengan yang lain.
Pengendalian di klinik gigi/hopital
A. Masukkan balik gigi ke dalam soket
- kalau masa di luar dari mulut kurang dari 2 jam, ataupun telah dimasukkan dalam medium ( susu, saline, air liur etc) masukkan kembali dalam soket segera
- Kalau masa di luar mulut lebih dari 2 jam, rendam dalam larutan florida ( topical fluoride) 20 minit, kemudian cuci dengan saline dan masukkan ke dalam soket
B. Pengendalian akar gigi
- Jangan pegang akar gigi, pastikan ianya sentiasa basah.
- jangan bersihkan akar gigi dengan cara memberus dan sebagainya, hanya lalukan ke saline atau air ( jika saline tiada) untuk mmbersihkannya. Jika kotor lagi, ambil kekotoran dengan cotton plier ataupun bersihkan dengan span yang basah secara perlahan-lahan.
- selepas akarnya bersih baru masukkan ke dalam soket gigi.
C. Pengendalian soket gigi
- Jika ada darah beku dalam soket, bersihkan dengan larutan saline
- Jangan korek soket
- Jika bahagian tulang telah termasuk ke dalam soket dan menghalang kemasukan gigi, ambil alatan yang tumpul dan betulkan semula tulang soket itu dan masukkan gigi.
- Selepas masukkan gigi tekan tulang bahagian depan dan belakang ( dekat langit2) supaya ianya rapat.
D. Pengikatan dengan dawai ( splinting)
- Selepas gigi di masukkan, dawai akan dilekatkan di bahagian gigi bersebelahan untuk memegang gigi tersebut.
- Biasanya ianya akan dilekatkan selama 7 hingga 10 hari. Tapi kalau masih bergoyang, boleh dibiarkan lama sedikit ( 2-8 minggu , jika tulang yang pegang gigi pun patah sekali )
Penjagaan di rumah
- Tak bleh gigit gunakan gigi yang di ikat dengan dawai
- makanan yang lembut sahaja
- Kebersihan gigi perlu dijaga untuk mengelakkan jangkitan kuman jila tak di bersihkan selalu
Rawatan susulan
- Kebiasaannya, gigi yang dah tercabut dan di masukkan semula akan mati jadi gigi tu memerlukan rawatan saraf di kemudian hari
- Pesakit dikehendaki membuat rawatan susulan untuk doktor memeriksa gigi tu ok ke tak ok biasanya sebulan sekali selama 1 atau 2 tahun. Jika tiada masalah, boleh dibiarkan. Jika ada sakit atau bengkak dan sebagainya, kena dibuat rawatan saraf.
Apa yang boleh berlaku selepas di masukkan semula gigi tersebut?
1. gigi kembali keras seperti biasa
2. rawatan endodontik perlu dilakukan
3. Akar ‘dimakan’ dari dalam – akar menjadi pendek, gigi tak kuat dan terpaksa dicabut
4. Akar bercantum dengan tulang ( ankylosis) – susah nak cabut gigi di masa akan datang kerana ianya bercantum.
# Jangan sesekali menanam kembali gigi susu yang tercabut. Ini hanya untuk gigi kekal sahaja..
Bagaimana nak elakkan kejadian ini dari berlaku??
Semasa bersukan atau melakukan aktiviti lasak , pakai MOUTHGUARD. Ianya boleh dibeli dari kedai sukan atau boleh suruh doktor gigi anda membuatnya untuk anda.
June 5, 2008 at 11:20 pm |
Really? thanks for sharing Dr.! never known gigi boleh simpan dlm medium² tuh. Kalau tahu, maybe boleh selamatkan my sister’s gigi depan yg tercabut 4 batang time kena ragut
Persoalan:
1.susu maknanya SUSU yang animal base?
2.saline contact lens boleh?
June 7, 2008 at 11:43 pm |
anuar: Hmm..cian your sister..memang ramai org tak tau apa nak buat dengan gigi kalat tercabut macam tu…takpe laa..lepas ni sure awak tau apa nak buat kan..:) Hmm..biasanya susu lembu tu lagi bagus..nak2 kalau yang sejuk2 tu kan…lagipun senang je nak dapat kat mana2…susu lembu tu banyak nutrient..hmm..pasal saline contact lens tu plak..ada yang kata ok..ada yang kata tak ok…lagi senang kalau takde apa2..letak je dalam air liur ( dalam mulut)..paling penting akar gigi tu tak bleh pegang..lepas tu kalau kotor lalukan je dengan air..pastu jangan biar kering..sebab kalau kering sel kat akar tu mati..takut bercantum plak ngan tulang mulut nanti.
July 18, 2008 at 2:39 am |
klu macam 2 drleen..knape xde derma atau terima organ gigi org len? bleh ker…
July 21, 2008 at 11:21 am |
kunz22:heheh..mana bleh..sebab gigi ni ada sel2 hidupnya..sama juga dengan gusi..jadi kalau kita nak letak gigi kita kat orang lain..sel2nya tak sama..nanti badan org tu reject plak..lagipun ianya bukan that simple…
July 21, 2008 at 5:35 pm |
huhu…i got it..tq
August 13, 2008 at 5:37 pm |
Dr..Lebih kurang 3 thun lpas, gusi dpan sy bengkak dan bernanah slepas seminggu sy skit gigi.. sakit gigi sy bemula slepas sy membuka bungkusan plastik guna gigi dpan dan sy perasan mcm bhgian dlm gigi patah. smasa bengkak, satu gigi dpan sy terkeluar dr soket. jd sy x brani cabut dan sy masukkn smula ke dlm soket.. lpas bengkak hilang, sy perasan gigi sy tak berada pd kedudukan soket yg btul.. skarang ada jurang antara 2 gigi dpan sy..
soalan sy, bolehkh sy dapatkn rawatan akar gigi stelah skian lama dan adakah risiko utk jalani rawatan..terima kasih
August 16, 2008 at 1:07 pm |
boleh x cerita sikit pasal gigi batu, gigi palsu yang ditanamkan, kuat ke? mahal ke? sakit ke? kene ikut saiz ke?
August 17, 2008 at 2:42 pm |
jamel08: Biasanya gigi yang dah mati memang boleh buat rawatan saraf. Cuma sebelum buat rawatan saraf, gigi tu kena amik x-ray utk lihat keadaan akarnya. Kadang2 saluran saraf boleh tertutup ataupun hujung akar boleh terbukak disebabkan proses diminerilasi akibat jangkitan kuman. Jika saluran akan tersumbat, agak sukar utk membuat rawatan saraf. Jika hujungnya terbuka terlalu besar juga susah utk buat…jika semuanya nampak normal, tiada masalah utk buat rawatan saraf..:)
mrX: gigi batu? Hmm..maksud u crown? ianya dibuat daripada porcelain dan agak keras berbanding gigi palsu biasa yang dibuat dari acrylic ( plastic). Crown tu biasanya memang agak kuat tetapi tidak laa sekuat gigi asli…utk buatnya setakat ni harga dalam 500 sebatang…masa buat tak sakit sebab akan dibius terlebih dulu…saiz biasanya ikut keadaan gigi yang lain…jadi ianya nampak normal..dan tak nampak janggal..
August 20, 2008 at 12:06 pm |
dr leen saya ingin bertanya sekiranya kita membuat bridge..adakah gigi yang di bridgekan boleh dicucikan..maksudnya untuk membersihkan plak..caries..
August 20, 2008 at 4:17 pm |
A: Gigi yang dah sibuat bridge memang kena dibersihkan dengan menggunakan superfloss…ianya floss yang tebal dan berbulu sikit supaya ruang antara bridge dan gusi boleh dibersihkan..:) Gigi yang telah disarungkan hanya perlu diberus seperti biasa dan celahnya di floss seperti gigi2 lain.
August 24, 2008 at 2:41 am |
assalamualaikum dr. leen,
saya baru jumpa this blog from my other friend (who took dentistry also)..
saya baca blog dr leen, rasa lagi berkobar-kobar tak sabar nak jadi dentist..
and all the infos in this blog sangatlah useful..
i will always look up to this blog, if there is anything i need to know about dentistry..
saya first year student who took dentistry at jakarta, indonesia under jpa loan.
all the best, dr leen!
August 26, 2008 at 11:14 am |
assalamualaikum,
doktor leen,
hari ini saya menjumpai blog doktor. terima kaseh blog doktor ini sedikit sebanyak berkongsi info yang bermanafaat.
di sini saya nk mintak pendapat doktor.
saya mempunyai kawan yang telah mengalami kemalangan yang teruk pada bulan jun yang lalu.
sewaktu kemalangan tersebut, gigi-gigi di sebelah kanan nya telah mengalami hentakan yang kuat di stereng kereta.
akibat dari kemalangan tersebut, dia sering berasa saket di keseluruhan gigi sebelah kanan.Dia merasakan gigi-gigi sebelah kanan nya itu bergoyang dan longgar.
selepas dari kemalangan tersebut, tiada rawatan susulan yang di buat oleh pihak hospital. Menurut doktor yang merawati nya sewaktu kemalangan tersebut, gigi-gigi di sebelah kananya telah lari dari kedudukan sebenar dan tidak ada rawatan susulan diambil.
di sini saya ingin mendapat pendapatan doktor, apa kah kemungkinan yang terjadi? dan apa langkah yang sewajarnya di ambil.
saya pernah bertayakan ini pada jiran saya yang kebetulan seorang doktor gigi terdahulu..dia ada menyebut tentang pakar omg/omf..saya kurang pasti.
di harap doktor dapat give some advise.
terima kasih.
September 3, 2008 at 2:34 pm |
nuha: good luck ye…:)
missisma: hmmm..sebenarnya jika selepas kemalangan biasanya dr medical akan refer pesakit pada doktor gigi yang bertugas di hospital utk pemeriksaan lanjut. Jika gigi2 sebelah kanan terasa sakit dan longgar dan bila gigit tak seperti sebelum kemalangan, maka itu tanda2 rahang atau tulang rahang telah patah atau retak. Biasanya dr gigi akan merawat dengan meletak dawai dan diikat tak boleh buka selama beberapa minggu…tapi jika kemalangan tu dah lama ( macam kes kawan awak sekarang ni )..dah tak boleh nak buat apa2 dah sebab tulang dah sembuh tak boleh nak gerak lagi. Kecuali kalau buat pembedahan dah pisahkan semula tulang dan letakkan pada kedudukan asal. Kemudian kena pakai dawai utk sebulan. BIasanya mesti dr gigi kat hospital tu akan buat rawatan susulan…kalau takde boleh komplen..:)
September 5, 2008 at 9:23 am |
tq doktor atas penjelasan
last week, saya dah bawa kawan saya tu untuk rawatan susulan di PPUM. Menurut doktor, gigi depan nya menghadapi masalah akar. ada 4 btg. 1 btg, akar nya telah patah. itu yang telah di lihat dalam x-ray, dan tidak boleh di selamatkan. doktor suggest untuk cabut sahja untuk elak kesakitan berpanjangan. manakala 3 btg lagi harus jalani rct. masalah skrg, kwn saya begitu takut untuk meng hadapi rawatan RCT tu dan refuse untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin. kami dh register kat PPUM, tapi menurut pihak PPUM rct itu akan di lakukan oleh doktor pelatih yang lagi melemahkan semangat kwn saya nih..hehehe..mungkin doktor boleh advise saya secara peribadi(by email), mana mana doktor yang bagus untuk buat rct?
September 8, 2008 at 11:03 am |
missisma: hmm..tentang rawatan akar tu jangan risau sangat…sebenarnya kalau buat kat PPUM tu ok jugak sebab memang doktor pelatih tapi dia akan diawasi oleh dr pakar kat sana…harganya lebih murah tapi cuma mengambil masa yang lama..kalau nak buat kejap je..mana2 dr gigi pun boleh buat..biasanya gigi hadapan senang skit berbanding gigi belakang…kat kerajaan pun they all buat…cuma kat swasta harganya mahal skit..sebab kawan awak tu nak buat 3 batang..satu batang kos dalam 250 camtu…kalau kat kerajaan dan PPUM murah skit…
September 9, 2008 at 2:58 pm |
TQ docleen..later saya pon nk buat rawatan putehkan gigi..kekeke. tempoh hari saya ada buang gigi taring saya, then ada ruang antara gigi sebelahnya,doctor tersebut suggest untuk simen untuk besar kan saiz gigi. tempoh hari after buat mcm puteh..later turn out yellow..burokkk!!!huhu
September 10, 2008 at 10:19 am |
missisma: kalau beza warna..suruh dia tukar balik je..:)
December 27, 2008 at 6:34 pm |
Assalamualaikum…haiii doktor..sy juz nak tanya skit, ayah saya tlh mengalami accident (terjatuh) dimana 2 gigi depannya bergoyang tetapi blm tercabut sehingga saat ini…peristiwa itu berlaku sekitar 5bln yang lalu…jd saya nak dapatkan nasihat dari doktor adakah gigi ayah saya dapat diselamatkan dengan menanam gigi aslinya semula atau harus dicabut dan memakai gigi palsu..sy harap doktor dapat menyelesaikan masalah saya ini..terima kasih(wassalam)
December 31, 2008 at 12:53 pm |
nofiso7: Hmm..dah 5 bulan tu agak lambat nak lekatkan balik.kalau dah terlalu goyang kadang2 kena cabut and buat gigi palsu. Apa2 pun better check dulu..mana laa tau boleh diselamatkan ke atau tak..
January 14, 2009 at 4:24 pm |
salam..
hai doktor..
saya nak tanya…
dulu, saya penah mengalami kemalangan semasa bersukan…
unfortunately, salah satu gigi depan saya patah sekerat,..
kira bukan tercabut laa..patah setengah je…
then dah buat sambungan balik..tapi bukan dgn gigi ori la..doktor tu buat dengan ape ntah..about 3 years after that, gigi sambung tu patah semula..then dah buat balik…sampai lah sekarang…
masalah nye skarang, lelangit saya bengkak sedikit di kawasan belakang gigi yg patah tu..bila saya tekan, rasa ngilu…
apa pendapat doktor ttg masalah saya ni?
January 19, 2009 at 10:09 pm |
put: hmm..kalau macam tu memang dah kena buat rawatan saraf tu..gigi tu dah mati.
February 8, 2009 at 6:28 pm |
assalamualaikum,
Dr,
Pada hari ini, sebahagian gigi depan saya reput, dan kelihatan agak rongak ini amatlah merunsingkan saya, kerana saya hilang keyakinan diri, saya ingin menggantikan dengan gigi palsu..Soalan saya, apakah tindakan saya betul menggantikan dengan gigi palsu? Untuk pengetahuan Dr. saya berminat menjalankan rawatan pendakap gigi, adakan selepas ini saya tidak boleh melakukanya, kerana saya mempunyai gigi palsu?
Saya amat berharap pertolongan jawapan dari dr.
Terima kasih
February 11, 2009 at 5:08 pm |
lina: w’salam. saya rasa saya dah jawab soalan awak di post lain. Anyway, kalau nak buat braces, boleh lepas pakai gigi palsu..cuma nanti kena adjust sikit laa gigi tu..and kena make sure yang gigi palsu tak halang gigi utk bergerak. Apa2 pun saya nasihatkan tanya dr yang nak buat braces tu nanti.
March 10, 2009 at 10:47 am |
Salam Sejahtera doktor. Saya ada masalah gigi depan atas terangkat ke depan boleh mengatakan menonjol ke depan.Ia kerana saya sedar masa kecil dulu saya suka menolak gigi saya ke depan dengan lidah. Ia juga seperti permainan bagi saya.Masa itu saya tak sedar. Bila dah dewasa barulah saya sedar gigi saya dah terangkat ke depan.Tapi ia taklah merisaukan saya. Setelah berkahwin selama 14tahun saya mendapat tiga orang anak. Badan pula naik. Tapi mula bulan disember lalu saya diet dan turun dari 75kg ke 60kg.Muka saya kecil.Semalam suami saya kata saya nampak hodoh sangat kerana gigi saya menonjol ke depan. Saya sedih bila suami saya kata mcm itu. Apa yg paling menyedihkan ialah boss saya dan kawan-kawan saya semua kata saya nampak hodoh kerana gigi saya.Boleh doktor bagi jalan penyelesaian bagi masalah sy ini. Saya tidak mau ikat gigi saya dengan besi. Ada cara lainkah doktor?
March 11, 2009 at 11:29 am |
nita: salam. kalau awak datang utk check lagi senang saya nak bagitau apa boleh buat dengan gigi tu. mula2 kena tengok punca kemudian baru lah dapat penyelesaian. so datang utk check k,.
March 25, 2009 at 11:13 am |
salam dr. leen, saya memakai gigi palsu dibahagian depan (atas) akibat kemalangan, sya nak tanye kalau ingin gantikan gigi palsu tu dgn gigi batu boleh ker and gigi batu tu warna dia sama ker dgn gigi asal
March 25, 2009 at 12:42 pm |
lynna: salam. gigi batu tu maksudnya bridge laa kan? ianya dibuat dari porcelain…memang boleh buat kalau gigi bersebelahan gigi yang takde tu kuat lagi. Warna memang akan sama dengan gigi asal…so pegi check dulu ek kat klinik gigi utk tengok sesuai atau tak buat braces.
April 2, 2009 at 7:38 pm |
teringat kat abang saya…..masa umur dia 12tahun gigi depan dia patah separuh sbb eksiden kat sekolah……tapi rasanya doctor buat crown jer kot..abang saya tuh skrg dah umur 30thn dah.
April 3, 2009 at 2:07 pm |
saya cakap nak tengok cara nak patah kan gigi
April 6, 2009 at 11:51 am |
kamalia raihan: crown kalau jaga betul2 akan tahan lama..:)
alya syuhada: nak tengok cara nak patahkan gigi?
April 7, 2009 at 5:51 pm |
salam drleen.
2 tahun lps sya ada buat skelling. start dari hari tu 2 btg gigi depan saya terus berubah. makin hari makin ke depan. saya juga sering alami bengkak gusi antara kedua2 gigi tersebut. skarang salah 1 gigi tersebut macam terkeluar dari soket dan bergoyang2. adakah tulang gigi tu dh patah? saya juga perasan yg gusi 2 gigi depan saya jadi makin pendek mcm kne ‘makan’. sy dh lame xpegi jmpe dentist sbb trauma dgan apa yg dh jd kt gigi saya. cuma skrang sya nk tnya..sama ada gigi depan saya tu kalau dicabut boleh tanam balik ke? berapa kosnya? atau ada lain-lain option?
April 8, 2009 at 11:04 am |
akeim: sebenarnya scaling tu buang karang gigi…so bila dah lama tak buang, sakit sikit bila buang tu..jadi bila awak dah trauma and tak buang lagi…karang gigi yang menebal tu menyebabkan gusi merosot dan tulang awak makin hilang dan seterusnya menyebabkan gigi makin goyang…sebab tu gigi awak macam makin kedepan sebab ianya bergerak. So kalau dah teruk sangat goyangnya..memang takde cara lain kecuali cabut dan pakai gigi palsu. Kalau gigi2 bersebelahan gigi yang dicabut tu kukuh..boleh buat bridge bila gusi dah elok..tapi kena rajin bersihkan dan rajin jumpa dentist utk pemeriksaan..kalau tak nanti bridge tu pun akan tanggal sebab gigi yang pegang dia tu makin goyang.
April 23, 2009 at 11:27 am |
salam drleen..smase umur saya 16 thun,saya pernah mengalami kmalangan dan sebatnag gigi depan saya telah patah ttapi tidak sampai ke akar.skarang umur saya 23 thun dan saya pemakai gigi palsu.masalahnye,saya rasa akr gigi tu mungkin dah mati kerana tunggul yang tinggal jadi warne hitam.saya teringin nak buang tunggul tersebut dan buat penanaman gigi tetapi tidak tahu dimana dan kos nye berapa.tlong lah saya drleen..
April 27, 2009 at 11:03 am |
izad: salam. memang kena buang tunggul tu…nasihat saya, pergi jumpa dentist utk buang tunggul tu kemudian tanya dentist tu kat mana yang awak boleh buat implant.Saya tak tau kat mana awak tinggal..kalau kat kawasan KL, Klang valley tu memang banyak laa dentist buat implant
May 12, 2009 at 10:19 pm |
salam dr. adik sya gigi depan dier hanya sebatang yg tercabut dari gusi,disbbkan kemalangan berulang selepas tempoh rawatan gigi tamat. tp dier xnak buat rawatan sbb fobia kat dr.gigi yg rawat dier masa accident dulu. so, skang nie sya tanya dier just letak gigi tu kat atas gusi depan mcm biasa,mcm ada ruang. jd apa yg bleh sya tolong adik sya nie. sekian terima kasih
May 18, 2009 at 11:58 am |
piniko: bawak laa dia datang utk check…baru senang skit nak tau apa yang boleh dibuat k..
May 29, 2009 at 8:23 am |
salam….drleen saya nak tanya berkenaan gigi yang patah separuh. 7 tahun yang lepas saya terjatuh dan menyebabkan 2 gigi depan saya patah separuh. saya ke klinik swasta, dr tu simenkan gigi saya jadi penuh. sebulan kemudian satu dari sambungan tu patah. saya pergi ke klinik kerajaan pula buat simen gak. tapi sekarang dah kuning & memang x cantik. simen yang dibuat pun kedepan sikit menyebabkan gigi saya nampak jarang dan macam jongang. tapi yang sebatang lagi yg dibuat di klinik swasta tu masih puteh sampai sekarang. saya nak tanya dr bleh x sy buang gigi simen kt klinik kerajaan tu dan buat sarung atau dipanggil crown. berapa kosnye. betul ker kat klinik kerajaan x de servis pemutihan & crown.???
May 30, 2009 at 7:23 pm |
yanpon: boleh buat crown utk gigi tu..kos bergantung kat klinik mana awak pergi..biasanya dalam 500 ke atas. Kat kerajaan memang takde buat rawatan kosmetik sangat seperti pemutihan gigi dan juga crown…mereka buat yang penting2 dan perlu2 je..
June 18, 2009 at 4:05 pm |
Di PPUM ada klinik rawatan gigi? Dimana & bagaimana? Adakah kos rawatan lebih murah berbanding klinik gigi biasa?
June 19, 2009 at 8:55 pm |
adlina: hmm..saya tak sure sangat tentang PPUM..saya rasa ada..tentang camna nak buat, harga semua saya tak tau..so kena tanya org yang tau k.
June 25, 2009 at 8:40 am |
Salam drleen.
kak su nak tanya. Kalau kita pakai bridge untuk 4 gigi, then at one time gigi tu tetiba sakit berdenyut diantara gigi tu, apa agaknya sebabnya dan tindakan sebaiknya ya. kak su suspect ada gigi tu yg tak dibuat root canal kut.
June 25, 2009 at 8:24 pm |
kak su: better k. su pergi jumpa dentist and ambil x-ray and check up so dr tu tau apa problem dengan gigi tu..kalau sakit mungkin ada problem dengan saraf dia..or just gusi dia ..so better check.
June 26, 2009 at 8:22 pm |
thanx drleen. Dentist kak su put me on antibiotic, flagyl. Tak kuat sgt ni. Next week baru nak kerjakan gigi ni. Tp in the mean time, sakit berdenyut je n asyik makan painkiller je la.Kalau kena bukak bridge ni, alamak takut kena buat baru je la. Costly gak tu kan, tambah ngan rct lagi.
June 28, 2009 at 9:42 am |
kak su: biasanya kalau gigi tu kena buat rct tak payah bukak bridge tu..dia buat terus tebuk kat crown gigi yang problem tuh…so don’t worry…apa2 pun make sure habiskan antibiotik tu k
June 30, 2009 at 7:19 pm
salam drleen. at last kak su dah jumpa dentist kak su tu. 2 jam gak dia godek gigi k su. Tp dia terpaksa gak potong bridge. Mmg ada pus and gigi belakang pn ada infection. Jab pun masih terasa sakit sikit2. So tambah tuk 3 hari lg a/biotik tu and tengah garu kepala nak kena bayar around 4K nak wat bridge baru …. aduhaiiii …
July 2, 2009 at 11:03 am |
hai dr leen…
just nak tanya skit…my husband pernah mengalami kemalangan di tempat kerja, husband i mekanik. salah seorang rakannya sedang mengetuk body sebuah lori, secara tidak sengaja penukul tersebut telah terkena bahagian gigi hadapan dan mulut my husband.gigi hadapan husband i hanya pecah separuh saja, dan dia tak pergi trtment atau cabut pun gigi tersebut. selepas 2 tahun kejadian itu, husband i selalu sakit di bahagian tersebut.sangat2 sakit yang mnyebabkan dia tak boleh kerja.apa yang patut di buat.i pernah suruh dia pergi cabut gigi tu, tapi my husbnad tak nak, takut rongak..pls dr..sian tengok my husband bila sakit.
July 2, 2009 at 9:06 pm |
maslizawati: boleh buat rawatan saraf kat gigi tu kemudian buat crown..kalau tak nak buat tu kena cabut and buat gigi palsu…gigi tu dah mati dah sebab tu sakit. so kena pergi mana2 klinik gigi utk ambil antibiotik dan kena fikir apa nak buat samada selamatkan atau cabut.
July 4, 2009 at 12:02 am |
drleen, k su nak tanya lagi kalau boleh. harga untuk pasang crown dan bridge sekarang dalam anggaran berapa ya? ada perbezaan ke kalau yg mahal dan murah.
Thanx again.
July 8, 2009 at 8:47 pm |
kak su: biasana dalam 500 ke atas laa utk satu crown..bridge tu kira berapa nak buat laa sebab ianya cantuman crown…hmm..beza mahal and murah tu biasanya sebabkan lokasi klinik dan lab mana dia hantar..ada lab yang bagus2 skit dia charge mahal so harganya mahal laa gak…of course laa yang mahal skit tu berkemungkinan besar kualiti lagi bagus kot..so apa2 pun survey2 laa and tanya org yang dah buat kat situ.
August 28, 2009 at 11:53 pm |
salam drleen…sy de jumpa dentist, buat rawatan saraf sbb 1 gg kapak saya dah mati. then, dia cadangkan buat crowning. masalahnya, saya bimbang t gg yang dipasang crown tu nampak pelik macam warna lain drp warna gg yg lain.tak pun, bentuknya pelik ke…sebab adik saya nye gg, dah tak lawa lepas dia buat crown pada gg dia yg patah separuh. sian dia..lagi satu,takut t bila saya senyum, jadi makin buruk. dentist tu de cakap gak, kalau buat crowning ni, t ade nampak hitam kat pangkal gg…betul ke? so, camana saya nak rawat gg saya ni? budget terhad sbb saya blaja lg….saya tension ng keadaan saya ni
September 11, 2009 at 11:06 am |
ada: tak semua klinik buat crown tu buruk…semua tu bergantung pada lab mana yang klinik tu hantar crown tu…tapi biasanya kalau tak suka boleh suruh dr tu tukar balik..awak kan bayar..kalau tak puas hati tak yah terima..biasanya lepas buat crown, gigi akan sama macam gigi2 lain..tentang pangkal hitam atau tak tu bergantung laa..kalau dia buat margin crown tu atas skit dari gusi kadang2 bleh nampak hitam2..kalau dia buat sama paras dengan gusi atau bawah skit dari gusi insyaallah tak nampak..kalau awak tak buat crowning..gigi tu akan bertukar warna nanti lama kelamaan…
September 12, 2009 at 11:02 am |
salam dr.saya nak tanya ada x cara lain untuk membetulkan gigi selain ikat dawai kat gigi?gigi saya nie dah senget sangat nie huhuuu
September 15, 2009 at 2:03 pm |
lizawati: kalau senget sangat kadang2 takde cara lain..kalau tak braces..kena cabut..tapi extreme sangat pulak kalau cabut…kalau senget sikit je boleh jugak buat crown utk betulkan tanpa braces..so nasihat saya pergi jumpa dr gigi utk check dulu and tanya pendapat dr tu k.
September 12, 2009 at 11:04 am |
harap dr dapat bagi jawapan pada masalah saya nieh
September 12, 2009 at 11:06 am |
boleh ke nak kerat gigi bagi sama?
September 27, 2009 at 8:30 pm |
Salam drleen..
Anak saya umur 1 1/2 thn baru jatuh tersembam ptg td , so now 2 gigi depan da patah senget 1/3..
soalan:
1) blh x 2 gigi tu diperbetulkan?
2)haruskah gigi2 tersebut perlu dipotong untuk di sama ratakan?
3)lain2 alternatif..
terima kasih..
September 29, 2009 at 12:03 pm |
wawa: kalau dia tak sakit atau gusi tak bengkak boleh dibiarkan..tapi lagi elok kalau bawak dia pegi check kat klinik gigi utk pastikan ok ke tak..
July 2, 2009 at 8:59 pm |
kak su: ok laa kalau dah jumpa dentist tuh..kadang2 memang takde cara lain..so terpaksa laa buat yang baru kan..takpe laa asalkan nanti takde problem..apa2 pun make sure lepas buat yang baru tu suruh dentist tu ajar camna cara nak jaga bridge betul2 k..