Mitos dan Fakta tentang gigi

Ada banyak mitos-mitos yang berkaitan dengan gigi yang pernah saya dengar..kadang kala ianya berlaku secara kebetulan dan orang akan menyangka ianya satu penyebab. Kadangkala pula ia diketahui dari orang-orang tua. Adakah semuanya mitos atau sememangnya benar? Kita ikuti satu persatu.

Mitos: Cabut gigi atas akan menyebabkan rabun
Fakta : Pencabutan gigi atas tak kira gigi hadapan atau belakang tidak akan menyebabkan rabun kepada mata. Kita boleh melihat apabila cahaya yang masuk ke dalam mata terus fokus pada lapisan retina. Kita menjadi rabun kerana cahaya itu masuk dan fokus di hadapan atau belakang lapisan retina. Kebanyakkan rabun adalah bersifat keturunan. Cabut gigi atas memang tidak akan menyebabkan rabun, jika ianya terjadi, ia hanyalah kebetulan sahaja.

Mitos: Pencucian ( scaling ) gigi yang kerap menyebabkan gigi nipis

Fakta: Alat yang digunakan utk mencuci gigi tidaklah bersifat tajam. Ianya bergetar untuk menanggalkan karang gigi yang keras seperti simen dan melekat pada gigi. Jadi pencucian yang kerap iaitu 6 bulan sekali tidak akan menipiskan gigi. Gigi boleh terhakis jika di berus dengan berus yang keras dan juga jika berus dengan kuat setiap hari.

Mitos:Pencucian gigi yang kerap menyebabkan gigi makin goyang
Fakta: Gigi bergoyang disebabkan tulang yang memegang gigi telah berkurangan. Ini berpunca daripada karang gigi yang melekat pada gigi. Lama kelamaan karang gigi itu sangat tebal dan memegang keseluruhan gigi-gigi yang bergoyang menyebabkan gigi-gigi tersebut nampak seperti tidak bergoyang. Jadi bila karang gigi itu dibersihkan, maka gigi terasa seperti lebih bergoyang. Jika selalu cuci gigi, maka karang itu susah nak terjadi dan tulang akan sihat seterusnya gigi tak bergoyang

Mitos : Jika tak cabut gigi susu sebelum gigi kekal tumbuh, gigi anak akan tak tersusun
Fakta: Gigi susu yang goyang menandakan gigi kekal sudah semakin hampir ke permukaan dan juga akar gigi susu tadi telah dihakis oleh gigi kekal. Ianya boleh tercabut sendiri ataupun dicabut oleh dr gigi apabila masa utk gigi tu tanggal telah tiba. Jika dicabut terlalu awal, ia boleh menyebabkan gigi kekal nanti tak tersusun kerana ruang yang sepatutnya utk gigi kekal itu tumbuh sudah semakin kecil disebabkan gigi lain bergerak ke ruangan itu. Gigi yang tak tersusun biasanya disebabkan oleh keturunan ( rahang kecil, gigi besar) dan juga kerana gigi dicabut terlalu awal.

Mitos: Jika gigi susu rosak, elok dicabut sahaja kerana akan diganti oleh gigi kekal
Fakta:
Gigi susu sama sahaja fungsinya dengan gigi kekal iaitu untuk mengunyah makanan. Ianya sama penting dengan gigi kekal untuk memastikan tubuh badan mendapat nutrisi sepenuhnya untuk tumbesaran. Jika dicabut, beberapa masalah akan timbul. Pertama, susah nak makan kerana sudah tiada gigi. Kedua, gigi kekal akan lambat tumbuh kerana lagi lambat menembusi gusi berbanding jalan yang telah dibuat oleh akar gigi susu. Ketiga, akan menyebabkan gigi kekal tidak terusun.

Mitos: doktor gigi suka membuat lubang kecil pada gigi jadi besar
Fakta:
Lubang pada gigi kadangkala nampak kecil sahaja tetapi di dalamnya sudah kosong. Bila doktor gigi membersihkan semua bahagian yang rosak, maka nampaklah lubang itu semakin besar.

Mitos: Gigi palsu lagi senang dipakai dan tahan lama
Fakta:
Gigi palsu tidak akan tahan selama-lamanya kerana lama kelamaan tulang dan gusi akan mengecil, jadi gigi palsu akan menjadi semakin longgar dan perlu di ganti dengan yang baru.

Mitos: Tidak boleh buat rawatan pergigian jika mengandung
Fakta:
Rawatan pergigian seperti cuci, tampal boleh dibuat pada bila2 masa saja termasuklah semasa mengandung. Rawatan yang memerlukan pesakit duduk terlalu lama atau rawatan yang susah seperti cabutan secara pembedahan, rawatan saraf eloklah di elakkan semasa mengandung di 3 bulan pertama dan 3 bulan terakhir.

About these ads

120 Responses to Mitos dan Fakta tentang gigi

  1. soleh says:

    Salam Dr. Leen,

    Terima Kasih atas info ini. Sekarang saya sudah tahu serba sedikit mengenai gigi saya.–smile–

  2. sasa says:

    salam.
    dr leen, saya nak buat crowning. sebatang gigi don saya dah nampak hitam after rct bbrp tahun lepas. saya pernah terbaca dlm blog dr… crowning di klinik tiew dlm rm400. saya berminat sebab harganya lebih murah berbanding harga kat KL.saya dah call one of branch klinik tiew they advised me to come to PJ Branch(saya stay area pj,plus susah saya nak pg area yg jauh dr KL, xde transport)..yg saya nak tau, semua branch tu harganya lebih kurang atau berbeza?lepas crowning saya nak buat bridge pulak..2 batang gigi geraham sebelah gigi taring dah cabut..nak buat yg plastik murah kan?saya plan sementara ni nak buat plastik bridge dulu while waiting tuk kumpul duit for better bridge. paham2 ajer la baru start keje..hehehe..

  3. drleen says:

    sasa: harga kat klinik tiew ni beza2 sikit. Tapi kalau crown tu harganya dari 470 atau 500. PJ punya branch saya rasa harganya 500. So boleh tanya dulu sebelum buat . Utk gigi geraham tu mula2 boleh buat gigi palsu yang boleh tanggal2 tu…memang agak murah berbanding bridge. Kena bukak sebelum tidur. Takpe, asalkan kawasan takde gigi tu berisi, jadi senang sikit makan. Bila dah ada budget nanti boleh pakai bridge yang tak yah bukak2 tu,..senang skit…

  4. kays says:

    askum dr…saya penah terbaca samada mitos @ fakat saya tak pasti..bgini tulang dagu/rahang kita akan jatuh jika kita biarkan semua gigi kita rusak, tiada inisiatif utk merwatnya..betul ker tu?

  5. drleen says:

    kays: hmm..takde la…tulang dagu/rahang takkan jatuh kecuali kalau accident..:) Saya rasa itu mitos saja…

  6. ana says:

    saya ada masalah gigi geraham bongsu yang tumbuh baring. apakah yang saya patut lakukan.

  7. drleen says:

    ana: jika geraham bungsu itu selalu menyebabkan gusi bengkak dan juga sakit, dinasihatkan supaya cabut gigi tu. Cabutan pula melalui pembedahan kerana gigi tu terbaring. Di klinik swasta harga utk cabutan gigi geraham bungsu dalam 300-400 ada yang charge lebih dari tu. Kalau di hospital harganya murah sikit tapi kena ada surat rujukan.

  8. cacen86 says:

    salam..dr..saya ada satu soalan ni.gigi saya tkder masalah pon.tak pernah tampal mane2 gigi.gigi saya ada 28 batang.sekarang umur saya 22..masalahnyer,gigi depan sy sedikit jarang.ada tk kaedah untuk memperbaiki gigi depan saya ni?dan berapa anggraran kos rawatan.saya amat berharap agar dr boleh memberi jawapan secepat mungkin.terima kasih..:)

  9. drleen says:

    cacen86: salam. Biasanya gigi yang jarang boleh dibaiki ikut bajet laa…kalau nak cepat dan bajet tak berapa banyak boleh buat tampalan komposit..harga dalam 80-100 sebatang. Kalau bajet lebih sikit boleh buat crown harga dalam 470-500 sebatang ( ikut klinik). Kalau bajet lebih sikit boleh buat veneer tu harga dalam 800-1000 sebatang. Bajet lagi banyak dan boleh tunggu lama utk hasilnya boleh buat braces..harga 3000-5000.

  10. eking says:

    hye dr..sy ni mmg de mslah gg yg truk sgt2..smpi sy rs mlu utk bckp dgn org len..
    msalh nyer gg depan sy alami krosakan yg teruk…jd sy ign mmbuat rawatan crown…mcne pndpt dr…kmudian ade stu gg graham tpi sy, berlubang…dn sy tlh mnmpl nyer…tp mlsah nyer warna tmpln tu tlh berubah warna hitam…jd..pe yg perlu sy wat…sy nk cbut….tp nt akn ronggak…sbb ia berada di peti..dn pstinye…bile sy bka mlot…akn klhatan..pe yg perlu sy wat yer dr..

  11. drleen says:

    eking: saya nasihatkan awak jumpa dengan dr gigi…kalau nak datang jumpa saya pun ok gak. Kadang2 gigi ni masih boleh lagi diselamatkan dengan bermacam2 cara. Kalau dah teruk sangat sampai takleh nak selamat baru laa cabut. So kalau awak nak buat crown tu memang boleh tapi kena check gigi dulu laa kan..kadang2 kalau dah rosak teruk tu kena buat rawatan saraf dulu baru bleh buat crown. Tentang gigi belakang tu pun masih boleh selamat…warna tampalan tu asalnya warna apa? Kalau tampalan putih bertukar jadi gelap tu kadang2 sebab ianya dah bocor dan perlu diganti..so jangan segan2 ek..bleh pegu jumpa dr gigi and boleh dirawat lagi gigi2 awak tu…:)

  12. noraz says:

    salam Dr, sy berumur 25 thn, br ja lps cabut gg yg brada gg ke empat kalo dr tengah (centre-dpn semetri, slps gg taring)… dr sy kt gg saya ada msk kuman n bernanah sdkt, krn tu sakit berdenyut2 n goyang.. xleh mkn.. soalan sy, dr sy ada maklumkan psl rawatan saraf r cabut, mulanya sy decide rwatn saraf, kemudian, i change my mind n cabut…
    lps dh bc web Dr., sy myesal cabut gg saya ni walaupun satu n xda la nmpk sgt kalo senyum… soalan saya, adakah slmt rawatan saraf n bukan ke kemudian gg tersebut akan btukar warna hitam n gg akan mati? dan kemudiannya sy ttp perlu cabut gg krn gg tersebut akan mreput – gg mati.. boleh tlg jelaskan..
    apakah langkah penjagaan gg yg terbaik bg ruang gg yg dicabut – yakni kosong…
    harap Dr. dapat membantu n balas d email sy… TQ.

  13. drleen says:

    noraz: ok..saya jawab kat e-mail

  14. ir says:

    salam.. dr,sy nk tya.gigi sy b’warna agak berbeza dari org lain.ada putih dan kuning pd tiap2 gigi.sy penah ke klinik gigi dan dr tu kte gigi sy t’lebih florida akibat menggosok gigi t’lalu kerap atau meletakkan ubt gigi t’lalu byk pd berus gigi.btol ke??? n rmi kte gigi spt ni dah xleh wat pape?? btol ke?? ada x cara tok putihkn gigi tu semula?? sy hrp dr dpt membantu sy n bls di email sy..tq..

  15. drleen says:

    ir: salam. fluorosis tu kalau tak berapa teruk sangat boleh diubati tapi prosesnya lama..ada sejenis ubat sapu yang diletakkan pada gigi utk proses mengembalikan mineral kepada gigi dan seterusnya mengurangkan tompok2 putih tu. Lagi satu cara kalau nak cepat sikit ialah rawatan pemutihan. Tapi kalau teruk sangat kadang2 pemutihan pun susah nak kembalikan warna gigi. Kalau yang teruk dicadangkan buat veneer atau crown pada gigi. Veneer tu hanya melibatkan permukaan gigi saja dan crown tu seluruh gigi. BOleh cuba dulu ubat sapu keluaran GC. Tapi ubat ni ada kat klinik gigi tertentu je…kalau awak nak saya boleh orderkan. Harga dalam 70 satu tiub.

  16. wina says:

    dr,,
    saya ada masalah dengan gigi saya. saya ada gingsul di bagian atas. saya ingin mencabutnya. tapi saya takut. kira2 resikonya apa?? dan apa yang sebaiknya saya lakukan?
    trima kasih

  17. drleen says:

    wina: gingsul tu apa? Bengkak di bahagian gusi ke? Biasanya jika gusi atas gigi tu dah bengkak, gigi tu dan mati dan perlu di buat rawatan saraf atau dicabut. Lepas dicabut ianya akan hilang. Tapi seeloknya gigi tu diselamatkan kecuali jika ianya sudah bergoyang atau tinggal tunggul saja atau jika dah rosak yang terlalu teruk..

  18. mimi says:

    dr,
    gigi saya ada plak..dah lama..10thn lps bila cek doktor gigi (gov),mereka xckp ape2..nak repair pun x..skrg boleh dikatakan gigi saya ada lapisan dlm yg berwarna kuning..saya pun malu untuk berkomunikasi dgn org..bagaimana nak baiki atau perlu dicabut?berapakah kos utk cabut gigi skrg..?

  19. ir says:

    salam..ir disini..ok..sy b’minat utk try ubt tu..bila ubt tu dah smpi dr bgatu sy..dr leh email sy di iris_blackrose@yahoo.com..atau ada cr lain yg blh sy hubungi dr??

  20. drleen says:

    mimi: Gigi kalau ada lapisan karang gigi, boleh dibuang karang gigi tu…kecuali kalau gigi tu dah bergoyang teruk then baru kena cabut. Kalau cabut gigi depan dalam 30 sebatang. Cuba cuci dulu dengan dr gigi, pastu baru tau ok ke tak ok gigi awak sebenarnya..:)

    ir: salam. ok..nanti saya bagitau…nanti saya e-mailkan no saya…:)

  21. AMN says:

    Assalamualaikum DR

    Saya ada masalah gusi. Bila berus gigi pasti berdarah. Satu masa dulu gusi saya bengakak di bahagian geraham( graham untuk kunyah). hingga bernanah. Yang peliknya bila belah graham kanan benkak selang 2, 3 hari gusi geraham belah kiri juga akan bengkak dan menanah. perkara ini berlanjutan sehingga ari ini. ( setahun lebih kuran sekali gusi akan bengkak). Saya pernah jumpa doktor, tapi dr nasihatkan x prlu cabut gigi sebab gigi okay. kedua-dua geraham sya bergoyang sedikit walaupun waktu tidak bengkak. Cuma ia tak sakit aje. kalau gusi bengkak, gigi akan sakit bila digoyangkan.

    Soalan saya, Apa saya perlu buat? Ada x ubat untuk menyembuhkan gusi yang selalu berdarah ? kenapa Gusi saya selalu bengkak n bernanah? adakah agar gigi geraham kiri bersambung dengan gigi geraham kanan? kalau saya nak matikan saraf berapakah kosnya untuk kedua dua gigi geraham tersebut? Sekrang ni dah seminggu gusi bengkak dan bernanah…. rasaynya macam nak cabut ajer gigi tersebut.

  22. drleen says:

    AMN: w’salam. Hmm..biasanya kalau gusi selalu berdarah, kadang2 bengkak dan gigi kadang2 goyang..maknanya awak dah ada penyakit gusi. Apa2 pun kalau nak tau kena amik x-ray..baru boleh tengok keadaan level tulang yang pegang gigi awak tu. Kalau penyakit gusi memang susah sikit nak elok..kena selalu datang cuci..kalau teruk sangat mungkin kena pegi jumpa pakar gusi – periodontist. Kalau terlalu goyang..dah tak boleh buat apa2..kena cabut je..rawatan saraf tu kalau gigi tu ada lubang yang besar menyebabkan sarafnya mati. tapi kalau saraf ok tapi gigi goyang disebabkan pegangan tak kuat then susah skit nak tegakkan semula.

  23. mencari erti confident says:

    a’kum… dulu gigi depan saya tidak rata so saya cabut 4 bilah dan pakai denture, umur dah 30 so i tak mau pakai braces.. so sekarang wondering if should pakai bridge atau gigi tanam? apakah perbezaannya? bila pakai denture masih tak confident nak senyum or cakap dgn orang, bila senyum masih nampak denture.. terima kasih selamat hari raya..

  24. drleen says:

    w’salam. Hmm..semuanya bergantung pada keadaan tulang, gigi dan juga budget awak. Kalau gigi bersebelahan masih kuat, then boleh buat bridge tapi kalau gigi bersebelahan tak berapa kuat ( bergoyang sikit) tak berapa sesuai buat bridge. Kalau buat implant, sebatang dalam 5000-6000 so kalau nak ganti 4 batang lebih kurang dalam 36000. Kalau bridge pula utk ganti 4 batang gigi harga dalam 3000. Apa2 pun better pergi dentist utk tengok apa yang sesuai..implant ke atau bridge.

  25. mencari erti confident says:

    thanks alot drleen.. a’kum…

  26. drleen says:

    mencari erti confident: ok..no problem

  27. Aneq says:

    Salam, nk tnye nie sy ade assingment sket nie.. ianye ttg gigi..

    soalan : kenapa gigi x continue grow selepas they reach full size

  28. drleen says:

    aneq: salam. sebab gigi2 tu dah tak boleh bergerak lagi. Gigi atas dan bawah kan bertemu antara satu sama lain dan kira kunci each other laa kan..so gigi2 tu tak boleh nak bergerak –maximum intercuspation. Tapi bila salah satu gigi tiada..contoh kalau gigi bawah takde..gigi atas sebenarnya akan bergerak ke bawah sebab tu kena letak gigi palsu kalau gigi takde..nanti gigi atas tu nampak lebih panjang dari yang lain..sebab memang nature gigi ni kena cari satu tempat utk dia sentuh..so kalau tak gigi..gusi..

  29. green girl says:

    boleh ka kita tanam gigi geraham di hujung sekali pastu bahagian yg xda gigi wat bridge ngan gigi yg ada?

  30. drleen says:

    green girl: boleh…kalau tak boleh nak buat bridge sebab takde gigi belakang, boleh buat implant dulu pastu buat bridge. Cuma proses tu makan masa sikit laa kan..

  31. mulan says:

    apa kaitan cabut gigi dengan saraf mata?
    ada komplikasi pada mata tak kalau kt cabut gigi untuk pakai braces ?

  32. drleen says:

    mulan: takde kaitan cabut gigi dengan rabun. Saraf lain2..so jangan risau.

  33. KittyCat says:

    Hi Dr Leen – What a great website you have! Can I ask you 2 questions:

    1. Is it true that if a person is sickly as a child then their teeth conditions suffer as well, even well through adulthood? E.g. I’ve got great teeth, which I only brush once a day and I actually avoid the dentist as much I can (sorry, no offence intended). However, poor Hubby has to see the dentist once too often even though he maintains an admirable dental hygiene routine. He thinks it’s because he was sickly as a child while I was in great health. My Mum thinks it’s all that milk she drank when she was preggy with me. Who is right? :-)

    2. I have an almost 3 toddler who REFUSES to allow me to give him a good brush. I ensure that he has lots of calcium in his diet and his teeth seem quite OK. I am worried though as I can see the buildup of yellow tartar on his two front teeth, which is the hardest to clean! Should I bring him in to the dentist for a clean up?

    Sorry for the long post. Thanks a million!

  34. drleen says:

    kittycat: ok…in my opinion..as long as you take a good care of your teeth everyday, maintain a good diet and seeing a dentist every 6 months or at least once a year….you can still have all your teeth forever..:) So becaming sick when you was small doesn’t mean that you will have problem with your teeth when you’re older..but didn;t get enough calcium when you’re baby or in the womb could be one of the reason why someone’s teeth are more easily to get decay. Diet also plays a major role..if you like a lot of sweet food or sticky food..then the chances of getting tooth decay is much higher even though you brush everyday..because maybe not all tooth surfaces are cleaned. Anyway, just see the dentist every 6 months for a check up even though you don;t have any problem because prevention is better right? For your son, i suggest you take him to see a dentist..just so that he can get use to the dentist..and to see if the dentist can get rid of the tartar on his teeth…

  35. farra says:

    sy nk tya msa sekolah dlu nurse yg bt rawatn tu tmpal gigi dpn saya
    dia kata ada lubang n perlu ditampal
    lama kelamaan tu tmpalan nya tercabut
    jadi gigi sy berlubang dan mkin lama mkin besar
    sy sgt malu untuk senyum
    jadi sy ingt bt rawatan gigi
    adakah kos nya tinggi??
    apakah jenis rawatan nye??

    • drleen says:

      farra: kena tengok dulu lubangnya besar mana…kadang2 boleh terus tampal je..kadang2 kena buat rawatan saraf dulu kemudian baru tampal..kadang2 lepas rawatan saraf kena buat crown…so harga pun bergantung juga..saya nasihatkan awak pegi check baru senang nak tau harga k..

  36. anna says:

    salam doc..

    masa sekolah dulu saya pernah accident n menyebabkan 2 gigi depan saya patah..baru-baru ni saya nak pergi buat tampalan gigi..tapi doc tu ckp kena matikan saraf dulu, then baru bleh tampal..tapi selepas matikan saraf,esok tu, gusi saya jadi bengkak dan bernanah..muka saya pun bengkak jugak..saya nak tnya..adakah ini sesuatu yang normal?

    • drleen says:

      anna: bengkak tu disebabkan dah ada nanah kat dalam akar and dia tak tau nak pegi mana bila dah ditutup so sebab tu bengkak. Biasanya kalau bengkak camtu kena buangkan nanah tu dulu kemudian baru sambung buat rct.

  37. yatiyuzz says:

    Dr, saya berumur 38 tahun … disebabkan tiada penjagaan gigi yang rapi semasa saya kanak-kanak,saya gigi kanan kekal saya bersebelah belakang gigi taring telah dicabut… dan sejak saya berumur 11 tahun saya mengalami ketiadaan gigi kekal dan sememangnya apabila saya remaja dan berumur lingkugan 20an saya mengalami masalah rendah diri yg sgt teruk.

    soalan saya: jika saya ingin membuat brigde pada gigi saya itu, adakah gusi saya telah mengalami masalah disebabkan selama ini (saya tidak aware ada teknologi bridge atau implant sehinggalah diberitahu oleh rakan) saya tidak bertindak cepat untuk membuat bridge pada gigi saya yang hilang itu? adakah sudah terlambat kerana berkemungkinan gigi2 saya yang lain juga sudah mengalami kerosakan seperti longgar atau bergoyang sikit?
    Soalan kedua: Doktor, apakah benar gigi kekal yang betul sihat2 apabila kita cuba goyangkan, ianya 100% sentiasa berkedudukan mantap&kukuh?

  38. drleen says:

    yatiyuzz: tentang soalan awak tu..selagi gigi2 bersebelahan kawasan yang takde gigi tu masih kukuh…dan juga ada ruang bila awak rapatkan gigi atas dan bawah..so boleh buat bridge. Kalau tulang awak masih banyak boleh buat implant. So apa2 pun boleh pergi check dulu utk tengok samada boleh buat atau tak. Gigi yang sihat memang takkan bergoyang bila digerakkan…jika ada bergoyang sikit maknanya tulang yang memegangnya dah merosot sikit. so kalau nak pastikan kena amik x-ray..baru nampak keadaan tulang.

  39. x de gg says:

    salam dr..sy ada mslh gg yg sgt truk.bleh di katakan smua gg sy sdh rosak,ada yg tinggal tunggul,gg yg dpn atas ada 4 btg tp dh ptah serpih klu di biarkn tinggal tnggul je lh nanti..gg graham pn dh out.nak snyum n sembang pn malu..nk mkn pn susah.rawatan mcm mane yg sy perlu kn?klu sy pkai gg palsu(denture)ada kah smua tunggul2 kena cabut?klu buat rawatan saraf brp kos dan apakah tindakan slanjutnya selepas itu?tq.

  40. drleen says:

    x de gg: salam. Biasanya kalau dah tinggal tunggul tu kemungkinan besar utk kena cabut tinggi…lepas dah cabut mana2 gigi yang perlu dicabut baru boleh buat gigi palsu..prosesnya lambat skit laa so biasanya kena tunggu gusi elok skit kemudian baru buat gigi..tempoh ada laa dalam beberapa bulan…so nasihat saya pergi check dulu and tengok gigi mana boleh selamat gigi mana kena cabut..tanya kos sekali.

  41. ish says:

    sy b’usia 23tahun dan masih memiliki gigi susu pada semua gigi kecuali 4 batang gigi bhgian bwh. 2 btg gg depan sbnrnya adalah masih gg susu ttpi d sbbkan pnh tjth dan hampir patah ia pada umur 7 thn dan sehingga kini tdk patah dan berganti.adakah gigi kekal akan tumbuh sekiranya sy mcabut gigi susu yg ada skrg ini?

    • drleen says:

      ish: datang check dulu k utk tau samada gigi yang ada tu kekal atau susu. kalau betul ianya gigi susu dan gigi kekal ada di dalam, lepas cabut ianya akan tumbuh tapi mungkin lambat skit..apa2 pun pegi check k.

  42. amira says:

    sy berusia 16 tahun dan memiliki gigi yg tidak teratur..sy pergi berjumpa doktor gigi tentang masalah gigi sy..sy menyuruh doktor tersebut supaya mencabut gigi taring susu di sebelah atas kerana sudah ditumbuhi dengan gigi taring kekal di tempat tersebut..dia telah tersilap cabut..dia telah mencabut gigi yg berada bersebelahan gigi taring susu tersebut iaitu gigi kacip dan tempat itu telah menjadi kosong dan doktor tersebut telah menghilangkan gigi itu hingga sekarang….sy telah mencabut gigi itu pada tahun yg lepas dengan doktor tersebut dan sekarang sy menderita kerana ramai kawan mengejek sy..adakah doktor leen mempunyai cara untuk mengembalikan gigi sy yg hilang itu??

    • drleen says:

      amira: aiseh…kena check dulu laa utk tengok apa yang boleh dibuat dengan ruang bekas tempat gigi tu..kalau besar boleh letak gigi palsu..kalau kecik sangat gigi palsu leceh skit sebab senang patah so sesuai utk buat bridge..apa2 pun datang check dulu k.

  43. ika says:

    salam doktor…

    ada 2 soalan nak tanya…dulu gigi sebelah taring ada berlapis…pastu tetiba doc ckp urat dah mati sbb x nampak pun lubang die…

    so, sy buat rct…rasanya doc tu ckp lama2 saraf tu akan baik… n kena whitening gigi setiap 6 bln…
    sy tunggu2 gigi sy yg itu makin hitam la….

    x tahu nk wat whitening kat mana…n mcm mahal je…

    kedua, dulu sblm pakai braces, gigi sy bersih n putih…bile dh buka braces, gigi sy jd kuning sgt…
    semua kwn2 heran…

    nampak mcm x jaga gigi…tp bile tgk, gigi sy x penah berlubang pun kecuali gigi berlapi yg buat rct ari tu…

    camner nak putihkan gigi?? rasanya lepas die cuci utk buka braces, lepas tu jd kuning….masa pakai braces, gigi sy still putih…

    camner nk putihkan gigi??

    • drleen says:

      ika: gigi yang dah mati memang akan menjadi semakin hitam…kadang2 boleh buat whitening kat gigi tu je..tapi kadang2 kena buat crown…kalau gigi lain pun kekuningan..boleh buat whitening..tak tau laa saya kenapa gigi jadi makin kuning lepas buat braces..so check balik kat dr yang buat tu and kena survey klinik2 yang buat whitening..harga memang mahal skit tapi ada banyak produk..so biasanya dalam 800 ke atas laa

  44. azie says:

    Hi Dr Leen,
    Anak saya berumur 4 tahun 6 bulan, mengadu sakit gigi. tapi bila saya minta tunjuk, dia tunjuk gusi belakang (selepas geraham) yg dikatanya sakit (bengkak). ada kah kemungkinan geraham baru (kekal) hendak tumbuh? atau ada sebab2 lain?
    perlukah saya bawa dia berjumpa dentist?

    • drleen says:

      azie: memang better bawak pergi jumpa dentist utk check…masih terlalu awal kalau nak tumbuh gigi kekal pada usia 4 tahun tapi tak tau laa kan..ada budak awal..so memang elok bawak pergi jumpa dentist utk check up

  45. lin says:

    salam doc…
    baru-baru ini..suami saya mengalami masalah sakit gigi..gigi hadapannya sudah berlubang..dan apabila hendak makan..sisa-sisa makanan akan masuk ke lubang tersebut..dan menyebabkan kesakitan yang teramat sangat..suami ada juga mengambil ubat di farmasi.. tetapi selepas makan…kesakitan makin menjadi-jadi..saya berhasrat untuk membawa suami ke klinik gigi..supaya gigi tersebut dapat dicabut…tetapi saya ingin tahu..jika gigi tersebut dicabut..apakah cara untuk menggantikan gigi tersebut?saya jga kurang faham tentang tanam gigi?adakah sesuai dengan cara ini?dan berapa kos nya?..harap doc dapat membantu…
    terima kasih.

    • drleen says:

      lin: salam. kalau gigi tu nak dicabut ..boleh buat gigi palsu sementara ataupun implant…kalau nak buat implant kena pergi kat dr yang buat..harga biasanya dalam 6000 ke atas…gigi palsu bawah 200 kot..bergantung pada klinik. Kalau gigi tu boleh diselamatkan dengan rawatan saraf..pun ok jugak..so jumpa d gigi dulu dan dapatkan pandangan

  46. seliey says:

    aslmkm sekali lagi dr leen yang budiman,
    saya berhajat nak buat bridge kat 3 gigi yang tiada,2 gigi atas,1 gigi geraham bawah.nak tanya:
    – bridge ni tahan berapa lama dr.saya takut bridge ni tak tahan. sebab saya ada masalah gigi reput. nanti jadi melopong lakk..eii tkut nya..
    -umor baru 25..gigi banyak dah takde..trauma kalau dipikirkan balik..rasa nak nangis pun ade.

    • drleen says:

      seliey: salam. bridge ni boleh tahan lama kalau penjagaannya betul…so biaanya dr tu akan bagitau camna nak jaga bridge ni…apa2 pun pergi check dulu ek utk tengok sesuai tak utk buat bridge

  47. irfana says:

    salam drleen…
    saya nak tanya…gusi saya sering berdarah..
    kadang2 saya akan gosok dengan garam…
    adakah cara itu betul dan tidak akan memudaratkan???

    –gigi geraham saya berlubang agak besar dan sering sakit…adakah gigi tersebut mesti dicabut????
    sakit di gigi geraham tersebut juga menyebabkan sakit pada telinga dan kepala..adakah sakit gigi punca kepada sakit kat telinga dan kepala???

    thanks drleen…

    • drleen says:

      irfana: salam..jangan gosok dengan garam sebab garam tu kasar nanti makin melecet pula gusi…apa yang awak boleh buat ialah kumur dengan air garam..dan pergi jumpa dr gigi utk buat scaling. Pasal gigi geraham tu kena check dulu kalau boleh selamat atau tak…kalau terlalu besar tapi boleh selamat lagi boleh buat rawatan saraf…kalau dah terlampau teruk kena laa cabut. Bila sakit gigi, kadang2 separuh muka jadi sakit sebab saraf dia dekat2..

  48. deedom says:

    salam, kenapa selepas saya makan daging gusi saya akan sakit n ada bau kurang menyenangkan, sakit bengkak tu sampai 2-3hari . terima kasih atas jawapan

    • drleen says:

      deedom: salam…daging tu sure melekat kat celah gigi dan menyebabkan gusi bengkak, bau , sakit..so make sure lepas makan daging kena floss gigi

  49. azlin says:

    salam dr…
    saya baru cabut gg depan 2 batang dan ingin membuat implan gg.Boleh dr terangkan ape beza implan ngan bridge?berapa lama sy perlu tunggu untuk membuat implan sbb buat masa ni sy pakai gg palsu yg blh tanggal2 tu.berapa kos implan utk 2 btg gg.sakit tak buat implan gg ini?harap dr jawab thru emel sy..tq dr

    • drleen says:

      azlin: salam. implan tu dia skrukan satu skru pengganti akar gigi ..kemudian bila skru tu dah bercantum dengan tulang (kena tunggu dalam 9 bulan camtu) baru dia letak crown yang betul. Bridge tu dia kecikkan 2 gigi bersebelahan gigi yang takde utk dijadikan pegangan pastu disarungkan 4 crown yang melekat antara satu sama lain ke atas gigi2 tersebut. kos implan utk 2 batang gigi mungkin anggarannya dalam 10,000 ke atas..bridge pula dalam 2000 ke atas.

  50. syah says:

    dr. sye nk bertnye jika gigi atas sy teratur tpi gigi bawah sy tdak…bleh ke sy bt pndkap gigi untk gigi bwah shje…dan gigi ape yg plu dcbut jika membuat pndakap gigi dbwah…tq

    • drleen says:

      syah: utk pakai braces bawah sahaja atau atas bawah semua tu lepas check baru tau mana lebih sesuai..tentang cabutan gigi..biasanya kalau gigi tumbuh rapat2 dan takde ruang utk ratakan susunan memang kena cabut..

  51. Flo says:

    Hai Drleen..

    Saya mengalami masalah gusi yang agak teruk.sekarang gigi bahagian depan saya semakin renggang antara satu sama lain. kemudian ada bengkak di antara rengangan tadi..dan ada juga bengkak di bahagian belakang gusi saya. apa yang perlu saya lakukan dan sekiranya perlu ke klinik gigi, biasanya apakah yang akan di lakukan oleh dr gigi. saya merasa takut. tolong saya ya Drleen.Thanks

    • drleen says:

      flo: gusi kalau dah banyak bengkak macam tu biasanya disebabkan tulang yang pegang gigi tu dah merosot menyebabkan ada satu posket yang dalam tempat persembunyian bakteria2..biasanya dr gigi akan membuat scaling ( cuci) kawasan berkenaan..kalau gigi tu tak sakit boleh dibiarkan tetapi kalau selalu sakit mungkin kena cabut..so apa2 pun memang penting utk check dulu..kadang2 dengan cara scaling boleh mengelakkan gigi tu dari dicabut..

  52. hady rashid says:

    salam doktor,

    saya lelaki berusia 29tahun. punya gigi yang sihat. masalah saya ialah kedudukan gigi saya yang berlapis, empat batang kesemuanya (dua batang gigi taring di bahagian atas) dan dua batang gigi geraham di bahagian bawah). saya sudah lama ingin cabut gigi taring yang terkeluar itu, cuma agak ragu ragu dengan mitos berkenaan gigi taring. orang cakap, kalau kita cabut gigi taring, kemungkinan besar struktur muka akan berubah dan mungkin akan rabun.

    boleh dr tolong jelaskan? saya bekerja sebagai arkitek, dan amat perlu menjaga penampilan. harap doktor dapat bantu.

    terima kasih.

    • drleen says:

      hady rashid: hmm..better awak check dulu dengan mana2 dr gigi..baru bleh suggestkan apa bleh dibuat dengan gigi awak..paling baik ialah buat braces tapi kena tengok sesuai atau tak..selain tu boleh juga cabut gigi taring tu kalau ianya betul2 terkeluar dan lepas dicabut kadang2 tak perlu buat apa2 kalau spacenya tak kelihatan ataupun buat bridge dan sebagainya kalau ada nampak space..takde kaitan rabun dengan cabutan gigi sebenarnya..sarafnya lain2..struktur muka skit je laa berubah especially bibir laa tapi biasanya akan nampak lagi ok laa..:) so pergi check dulu k.

  53. hady rashid says:

    terima kasih doktor. thats help a lot.

    • drleen says:

      hady rashid: no problem..:)

      • hady rashid says:

        salam dr Leen,

        saya baru selesai melakukan pemeriksaan gigi. doktor yang merawat saya memberi dua pilihan untuk membaiki kedudukan gigi saya.

        untuk pengetahuan, empat gigi saya berlapis, dua di bahagian atas (gigi taring) dan dua di bahagian bawah (geraham kecil dan taring).

        pilihan satu – membuat braces – dengan major alignment, kerana gigi saya memang berlapis teruk dan sebenarnya kalau dibuang gigi yang berlapis itu, barisan gigi saya memang tiada ruang (sebelah kanan), dan hanya ruang kecil di sebelah kiri. cuma kos untuk major alignment mungkin mencecah 15k – 20k. agak mahal kos perubatan di Dubai.

        pilihan kedua – untuk mencabut terus kesemua gigi berlapis, dan membuat bridge untuk gap kecil di antara gigi.

        soalan saya, bolehkah sekiranya saya cabut kesemua gigi berlapis tersebut, dan kemuadian membuat minor alignment – braces untuk kemaskan kedudukan gigi.

        klinik yang merawat saya hanya membuat teeth removing dan saya kena cari private clinic lain yang ada membuat braces.

        harap doktor boleh bagi pandangan.

      • drleen says:

        hady: better kalau u nak buat braces tanya orthodontist…pakar dalam hal ni..they all lagi tau sesuai ke tak sesuai..sebab banyak faktor kena tengok..umur..keadaan tulang..gusi..berapa banyak nak ubah kedudukan gigi etc..so kalau ada pakar orthodontist kat situ boleh rujuk laa and tanya. saya susah skit nak bagitau pendapat sebab tak tengok dengan detail keadaan gigi awak tu..

  54. hady rashid says:

    terima kasih doktor
    :)

  55. zooglera says:

    DR,
    saye ade masalah gigi taring terkeluar boleh ke kalu buat braces dan berapa harganya..

    Terima Kasih Dr.

  56. anisa says:

    dr. saya mengalami sakit gigi kerana gigi tersebut telah pecah dan saya baru cabut gigi geraham tersebut pada 2 hari yg lepas, so masalah nye sekarang gusi tersebut pulak sakit. saya lihat ade sedikit warna putih, x tau le kuman atau nanah. dan skang ni dr tu bg saya ubat amoxillin 500mg utk melegakannye. tapi gusi tersebut tetap sakit….ade tak ubat lain atau ape yg saye perlu sy lakukan…..

    • drleen says:

      anisa: ada tak makan ubat tahan sakit setiap 4-6 jam? biasanya lepas cabut gigi kalau gigi tu bermasalah memang akan sakit sikit. antibiotik tu utk bunuh kuman…kadang2 bila kuman banyak sangat pun ubat tahan sakit yang tak kuat menahan sakit..so kena tanya dr tu utk kasi ubat yang kuat sikit. biasanya yang putih2 tu adalah bahagian gusi yang nak baik..tapi utk pastikan ianya bukan nanah boleh jumpa balik dr gigi tu k.

  57. illiana says:

    salam Dr,

    untuk pengetahuan Dr, saya telah melalui minggu ke-2 rawatan RCT. gigi geraham kedua dari dalam dan bawah saya berlubang sehingga ke akar menyebabkan saya mengalami sakit gigi… apa yang membuatkan saya risau adalah menjelang hari ke3 rawatan RCT, terdapat benjolan yang mengandungi nanah di gusi yang dilakukan RCT tersebut. dan benjolan tersebut masih ada sehingga kini, masuk minggu ke3 RCT. apa yang diberitahu dr yang merawat saya, benjolan ini akan mengambil masa yang agak lama untuk pulih. bolehkah saya memicit benjolan ini utk nanah keluar ataupun menunggu dr gigi sahaja yang merawat? sewaktu minggu ke2 rawatan nanah dah pecah sikit. tapi saya amatlah sakit bila dr saya memicit gusi tersebut. adakah berbahaya? dan apakah yang menyebabkan terjadinya benjolan nanah tersebut?

    terima kasih.

  58. insan xtahu says:

    salam doc..
    boleh ke sya pkai braces dengan kandungan saya baru sebulan..

    • drleen says:

      insan xtahu: better lepas mengandung baru buat..bukan apa nanti susah nak jaga gigi macam2 masalah lak timbul..bila ngandung ni gusi pun ada org jadi kurang sihat…so elok tangguhkan lepas bersalin.

      • insan xtahu says:

        doc..gg sya dah 4 btg cbut..rongak kat tepi..aduh..buruk la..huhuhu

      • drleen says:

        insan xtahu: so awak buat jugak laa ye rawatan ortho tu…boleh je tapi make sure awak jaga betul2..:) kalau pandai jaga no problem..gigi rongak tu kejap je..nanti lepas gigi lain dah bergerak tutup laa ruang tu.

      • insan xtahu says:

        doc..leh x doc terangkan dgn lebih detail ape akan berlaku kalo sya buat jugak braces 2..baby saya ok ke?

      • drleen says:

        insan xtahu: takde kesan pada baby…cuma kesan pada gigi je kalau tak jaga betul..masa ngandung gusi ni senang nak dapat gingivitis – merah, cepat berdarah, bengkak…tapi dengan penjagaan yang betul gusi tu akan ok…so kalau pakai braces dengan besi and bracket sumer tu senang perangkap plak yang merupakan penyebab no 1 masalah gusi…so kira org ngandung yang pakai braces ni kena double laa usaha utk bersihkan gigi takut gusi problem…itu je…kalau banyak plak..senang nak dapat kerosakan gigi..pastu senang utk tulang merosot etc..so kalau nak pakai boleh just kena jaga betul2 je k.

  59. nak tahu says:

    nak tanya sket..
    saya baru cabut gigi depan saya..bila waktu yang sesuai untuk wat gigi palsu?
    nak biar bape lama untuk pegi wat ukuran dan bape lama selalunya gigi tu akan siap?
    lepas cabut tu adakah kena tggu sampai gusi betul2 x bengkak baru pergi wat gigi palsu tu?

    • drleen says:

      nak tahu: biasanya kalau nak elok kena buat lepas gusi tu betul2 sembuh ( licin) tapi memgambil masa 1-3 bulan…so kalau gigi depan saya nasihatkan lepas seminggu camtu bila gusi tu dah ok skit then dah bleh buat gigi palsu tapi ianya sementara je sebab bila gusi makin sembuh gigi palsu tu akan makin longgar..kalau tak kisah gigi depan takde dalam jangka masa 1-3 bulan then boleh laa tunggu..tapi kalau rasa tak selesa better buat lepas seminggu

  60. insan xtahu says:

    tq doc..sya sgt puas hati dengan jwpan doc..baru lega hati saya..syabas doc adakan blog mcm ni..byk membantu sya.

  61. naktau says:

    salam dr,

    gigi bwh sy xteratur susunannya…n dua dr geraham juga da rosak teruk(geraham plg blakang)..sy da cabut..sy nk tanya, utk gigi geraham ni, patut ke sy buat gigi palsu utk gantikannya..n kalo nk pakai braces boleh ke ea?..rase cm plik plak sbb gigi geraham da xde…lg satu, smua geraham bongsu pn belum tmbuh…perlu wat pmbedahan utk cabut ke ea?sy umur 23..

  62. rozza says:

    asalamualaikum dr, sy ada masalah gigi depan..6 gigi depan sy dah rosak dan dicabut..blh ke kalau nak buat bridge..??atau implant dan bridge..satu lagi gigi geraham kecil atas sy dah belubang,blh ke gigi belubang ditengah buat crowning??

  63. isya says:

    Assalammualaikum doktor….baru2 ni anak saya terhantuk kepalanya dengan kuat di gigi saya dan menyebabkan gigi atas saya tergerak kedudukan dan saya berjaya memasukkan kedudukan gigi itu semula….masalahnya sekarang gigi saya bergoyang dan sakit bile mengigit makanan…bila xray doktor cakap gigi tu tak lari kedudukannya n doktor bagi mase sebulan untuk saya datang buat pemeriksaan semuala….soalannya bolehkah gigi saya menjadi kuat semula….

  64. Fina says:

    Salam..dr,sy ada cabut gigi..tp slepad 2 mggu gusi tmpat gigi yang saya cabut tu bengkak dan sakit..apa puncanya dan tindakan selanjutnya yg prlu sy lakukan..
    lg satu, jika gigi saya berlubang yg dalam tp tidak bergoyang, masih boleh buat rawatan saraf ke?di hospital gov ada ke rawatan ni..tq

  65. ziela says:

    assalamualaikum doc,
    sy sekarang mengalami gusi bengkak dan bernanah..sy g check doc kte ggi bongsu sy nk tumbuh dan xde ruang utk die tumbuh.doc trsebut bg sy mkn ubt utk surutkan sakit gg sy..dn die mintak sy dtg lg mggu dpn utk cuci gg dn bedah utk buang gg sy..tp mslhnye gusi sy bengkak dan sakit xsurut2..da nk msuk 4hr da.sy nk tny,brape mse yg diambil utk sy xmerase sakit ni lg?adekah disbb sy tdk mnjge mkn,krn wlupun gusi sy sakit,sy mkn sprti biase jg..sekian terima kasih

    • drleen says:

      ziela: mungkin kena tambah skit ubat antibiotik tu utk 7 hari. and kena guna ubat kumur yang ada chlorhexidine…ubat tahan sakit kena makan ikut jam baru gigi tu tak sakit. biasanya akan ok dan boleh dibuang gigi tu..sakitnya lama mungkin sebab infection tu teruk skit.

  66. amani says:

    salam dr, sy nk tanya, btol ke kalo da pkai braces, lame2 nnt gigi kite akan jarang?

    • drleen says:

      amani: takde laa….kecuali kalau sebelum pakai braces tu gigi memang jarang2..and lepas pakai braces tu kita tak pakai retainer..so gigi tu akan kembali ke kedudukan asal..

      • amani says:

        dr, sy nk tnye lg. sy ade dgr fakta, gigi prempuan lps bsalin, akan jd jarang2, btol ke??

      • drleen says:

        amani: takde laa…gigi yang jadi jarang tu sebab kalau ada masalah pada gusi dia…bila mengandung masalah gusi akan meningkat kalau tak jaga dengan betul..so gigi akan menjadi jarang disebabkan tulang yang memegang gigi tu dah berkurangan.

  67. alyahya says:

    tolong dr gigi sy sakit sgt ney rase mcm nak cabut jer gigi atas n bwh sblh kanan…tapi dr dah cek dy ckp okey jer…sebab ape ae dr

  68. aju says:

    Salam Dr, saya seorang ibu dan berkerjaya. kerja saya memerlukan saya bertemu orang ramai. masalah saya ialah gigi saya yang tidak teratu. gigi hadapan saya, satu di depan dan kemudian kiri dan kanan di bahagian belakang dan yang lain sebaris dengan gigi bahagian hadapan. Saya akan berasa kecik hati dan segan setiap kali org bercakap pasal gigi. apa yang perlu saya buat.

  69. Nur Hasanah says:

    Assalamualaikum, doktor.
    Saya berumur 18 tahun.Gigi geraham saya bahagian bawah baru tumbuh,sebelah kiri.Kemudian, gusi saya menjadi bengkak. Apa yang patut saya lakukan?

  70. drleen says:

    Salam semua…selepas ini semua komen akan dibalas secara e-mail…:) terima kasih…

  71. noora says:

    salam dktor..sy nak tumpang tanya…bebrapa hari yg lepas,sy cabut sbtg ggdi bhgian bwah…tp gg tu susah nak cbut dn dentist tu trpksa tolak gg dgan kuat sdikit.dan dia ada cakap yg gg sbelah akn goyang sdikit.dan skrang gg sbelah ni goyang sdikit…tp ni gg kekal..boleh ke gg ni keras balik sperti sdia kala???ataupun mmg akn brterusan goyang??tq..

  72. husna says:

    Salam Doktor, saya mempunyai gigi yang tersusun & rupanya yang ‘kecil’.
    Masalah yang saya alami adalah, semakin lama saya dapati gigi saya sudah tidak tersusun. ada yang sudah mula ke depan & ke belakang. Kadang-kadang saya terpaksa menahan kesakitan seperti rasa sesuatu yang sedang ‘menegang’. disebabkan itu, gusi saya berdarah. saya ke sebuah hospital di Kuala Lumpur dan doktor mengatakan saya mempunyai rahang yang kecil & tidak mampu untuk menampung gigi yang ada & saya perlu buang sebagian gigi juga memakai pendakap gigi.
    Persoalan saya, jika dibiarkan sahaja, ada possibility gigi saya akan jadi tidak rapi? Bagaimana untuk mengatasi masalah saya ini?
    sekian, terima kasih. (:

  73. ekin majid says:

    masalah sy skrg saket gg yg teramat sgt,berdenyut2 sudah semggu..gg tuh penah bertampal semasa sy di sekolah menengah,5 ke 6 taun dulu. tetapi gg yg bertampal tertanggal serpihan tepi mcm da reput la. sebab sy mkn nasi, then dlm nsi ade batu n tergigit then sedikit serpihan gg saye hilang. ia menjadi berlubang sedikit. manakala gg yg btampal bhgian tgh.sy saket sgt, doktor bg beberpa ubt. bile saket ia akan brkurangn? sy xtahan rasa mcm nk cabut je sekarang.. dan knpe bile sy tergigit bnda kecil yg keras tu mnyebabkan serpihan gg sy tertanggal . dan boleh kah gg ini di cabut cara biasa? kerana ada serpihan kecil sudah berlubang.?
    lg 1 soalan sy , gg gerham sy tumbuh lebih di sebelah kiri, bila sy snyum ia akan nmpk . ia nmpk tdak cntik. dulu doktor gg pnh tnye adakah ia mnggu gg lain, sy jwb x. dr tuh x bt ape2.. yg pelik nye gg gerham tumbuh bersebelahan gg gerham , jika cabut adakah ia akan effect pd gg grham yg di dsebelah. harap jawap pntnyaan sy.

  74. ekin majid says:

    balas di email sy ye , pls

  75. rafieya says:

    saya mempunyai 2 gigi taring di atas.Boleh saya memcbut gigi tesebut.Sya merasa tidak selesa bila bercakap dan senyum.Adakah gusi sya akan tertutup rata seperti biasa selepas ia di cabut…dan berapa kah kos memutih gigi.

  76. mimi says:

    salam doctor..sy nk tny doktor mengapa gigi sy bercapuk?
    maksudnya,di tengah-tengah gigi sy berwarna putih dan sebelah tepi kuning sedikit..
    ada penyelesaian tak doktor?

    • drleen says:

      Gigi awak tu ada fluorosis..dimana terlebih makan fluoride masa kecik…fluoride ni ada dlm ubt gigi dan juga air. Awak boleh cuba buat whitening dan kemudian tooth mousse utk samakan warna gigi.

  77. hi doc,apa khabar? nak tanya tentang gusi yang bengkak.gusi bahagian bawah pada bahagian belakang yang paling hujung (yg dekat dgn kerongkong). sudah bengkak selama 5 hari.sekarang sore throat pula ada.sangat sakit.apa yang patut saya buat.dah beli ubat hari tu,nama ubat tu serratio peptidase tapi masih juga tak berkesan.mulut saya pula berbau.what should i do doc?

    • drleen says:

      Kena makan antibiotik…kena check dgn dr gigi..kemungkinan besar gigi geraham bungsu awak yg senget/ tumbuh x habis ada jangkitan kuman

  78. thank Q doc.gusi saya dah sembuh sekarang.thanks for he advice.

  79. detrieks says:

    nice share…

    detrieks.blogspot.com

  80. ewan says:

    smkm..dr..gigi arnab sy xsme rata la..dulu xde..cmne nk wt..sblh kiri mnurun sikit dri yg knn..bole ke sy naikkn balik..

  81. najwa says:

    doktor,saye berumur 13 tahun..gigi dpn(gigi susu) saye dh pernah tercabut.so bile dh tercabut ia dipanggil gigi kekal..jadi sekiranye gigi tersebut goyang adakah ia akn tumbuh semule pada peringkat umur saye ini…???

  82. anis5601 says:

    salam doc, ahad baru2 nie saya ada wat minor surgery utk buang gg impacted 13,38,48, erupted 24,44,34..menurut doktor di hospital tu, gg taring yg ada dalm atas lelangit sy telah dibuang dan sedikit tulang di lelangit telah dibuang dalam pembedahan tersebut..soalan sy, adakah tulang yg telah dibuang tu akan tmbuh dan sembuh semula?dan berapa lama masa yg akan diambil?menurut doc tu 6bulan..ini kerana sy hendak pakai braces..gg yg utk wat braces pon tlh dibuang..huhu.plz doc explain pasal pertumbuhan tulang tu…tq

  83. shadila husin says:

    DOC saya nak Tanya apa sebab lubang bekas cabutan lambat sgt tutup?

  84. Ida says:

    Salam.Doc saya mengalami masalah gusi yg teruk gak la kot.Saya dah buat scaling but Doc 2 buat sikit ja tak habis.lepas scaling pertama kena tunggu berapa lama utk scaling yg seterusnya.2 minggu boleh tak.

  85. Grace Robert says:

    salam doc, tahun lepas saya ada wat appointment untuk braces tapi slepas check x-ray gigi saya gigi 2 taring kekal saya blum kluar dan gigi tu nak naik pergi kawasan pipi skarang ni sya akan buat p&g di Kota Kinabalu dan mungkin maybe dalam bulan 9/10 pembedahan saya akan dibuat tapi doc saya nak tahu lah brapa lama baru
    sembuh dari pembedahan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 235 other followers

%d bloggers like this: