Pengalaman bekerja di Klinik Pergigian Swasta

Ikutilah pengalaman saya bekerja di klinik gigi swasta sebagai ‘locum’ semasa saya bekerja dengan kerajaan dahulu.

Semasa saya bekerja dengan kerajaan, saya ada juga membuat ‘locum’ selepas waktu bekerja. Memang pada masa dulu, tidak boleh buat ‘locum’ selepas waktu kerja tetapi ramai yang buat kerana nak cari duit lebih. Saya rasa sekarang ni telah dibolehkan dengan syarat mendapat kelulusan dari ketua jabatan. Bagi yang tak tau, ‘locum’ itu ialah bekerja secara sambilan di klinik pergigian swasta selepas waktu bekerja. Biasanya dibayar mengikut jam. Semasa saya berkerja dulu, saya dibayar RM25/jam..tak la banyak mana tapi cukuplah untuk buat tambahan. Maklum sajalah, gaji bekerja kerajaan tidaklah sebanyak mana. Tapi sekarang, gaji pekerja kerajaan telah naik dan doktor gigi dibenarkan buat ‘locum’..memang bagus berbanding dulu. Jika diberi peluang, saya masih tidak mahu kerja di kerajaan..walaupun kerja di sektor swasta ini penat dan susah untuk cuti. Sebab utama ialah : saya tidak mahu ‘oncall’..dah tak larat rasanya hendak pergi ke hospital tengah-tengah malam untuk menjahit muka orang yang kemalangan dan lagi teruk kalau orang itu mabuk kerana bau darah campur arak memang memualkan.

Baiklah, sepanjang saya bekerja sebagai ‘locum’ , telah banyak pengalaman yang saya perolehi. Banyak dah klinik yang saya bekerja sebagai ‘locum’ doktor..di merata tempat seperti di Greenwood, Kota Damansara, Bangsar, beberapa klinik di Bangi, Bukit Beruntung dan Rawang. Kebanyakkan klinik yang saya bekerja, mempunyai cara masing-masing. Ada yang cuma mengaut untung semata-mata, ada yang memang berniat untuk menolong pesakit, ada yang cuba berjimat cermat sehingga membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Bukan saya hendak menakut-nakut atau memburuk-burukkan klinik swasta tetapi saya banyak mendengar ramai orang kata klinik swasta lagi bagus dari klinik kerajaan. Dari segi kebersihan, memang tidak dinafikan, klinik kerajaan boleh dikatakan bagus kerana semua barang-barang dimasukkan ke dalam bekas plastik dan disteril dengan betul. Semua barang yang pakai buang seperti bib pesakit, cawan, penyedut air liur, sarung tangan dan ‘mask’ semuanya tidak digunakan semula. Tetapi kerana jumlah pesakit yang terlalu ramai menyebabkan orang tidak suka pergi ke sana kerana terpaksa menunggu dengan lama untuk mendapatkan rawatan dan temujanji rawatan. Oleh kerana itu, ramai yang suka pergi ke klinik gigi swasta.

Di klinik-klinik swasta yang saya pernah bekerja sebagai ‘locum’, ada yang sangat kedekut sehingga barang-barang pakai buang digunakan semula. Contohnya seperti
1. penyedut air liur yang direndam dan digunakan semula
2. ‘bib’ pesakit digantung untuk dikeringkan dan digunakan semula
3. sarung tangan untuk nurse dihadkan dan tidak diganti selepas habis rawatan untuk setiap pesakit dan ada juga yang dibasuh, dan digantung untuk dikeringkan untuk digunakan pada keesokkan harinya
4. lebihan cecair ubat kebas di suntik keluar dan dimasukkan ke dalam bekas lain untuk memenuhkannya supaya boleh diguna semula
5. peralatan pergigian tidak disteril dengan betul, hanya di rendam atau di lap kerana bilangan peralatan tidak mencukupi . Pensterilan memakan masa yang agak lama.

Saya memang amat terkejut apabila mendapat tahu tentang perkara-perkara ini. Tapi apakan daya, itu bukan klinik saya jadi saya tidak ada kuasa untuk membuat apa-apa. Sememangnya kos untuk bahan pergigian memang mahal, sebab itulah harga untuk rawatan pergigian sangat mahal. Oleh kerana itu, ramai pemilik klinik yang cuba mengurangkan kos dengan membuat perkara-perkara yang tidak bermoral dan tidak beretika ini.

Tidak semua klinik pergigian swasta itu teruk. Ada juga klinik pergigian yang sangat menitikberatkan soal kebersihan dan tidak mengguna semula barang pakai buang seperti klinik yang saya bekerja sekarang ini. Saya tidak akan bekerja di klinik yang tidak beretika. Jika anda pergi ke klinik pergigian, anda perhatikanlah kebersihan klinik itu. Pastikan klinik itu mempunyai sistem pensterilan barang yang betul. Lihat barang pakai buang yang digunakan seperti bib, cawan dan penyedut air liur, semua ini mestilah dalam keadaan baru. Lihatlah sarung tangan doktor , pastikan ianya baru diganti.

Selain dari menggunakan semula barang pakai buang, saya juga perhatikan ada juga doktor gigi yang membuat rawatan yang tidak sepatutnya hanya untuk mengaut keuntungan. Jika anda pergi berjumpa doktor gigi dan doktor gigi mengatakan gigi anda rosak, tidak salah meminta doktor itu menunjukkan gigi yang dikatakan rosak itu. Kerana terdapat beberapa kes yang saya telah lihat sendiri, doktor sebelum saya mengatakan terdapatnya karies di sesetengah gigi dan apabila saya memeriksa gigi tersebut, tiada karies seperti yang dinyatakan.

Berhati-hatilah dalam memilih klinik gigi swasta. Pastikan klinik gigi itu mempunyai reputasi yang bagus. Bagi klinik gigi yang baru dan yang tak pernah anda pergi, pastikan barang-barang pakai buangnya baru dan klinik itu bersih. Jangan sayang untuk mengeluarkan duit lebih jika rawatan, peralatan, persekitaran dan perkhidmatan klinik itu bagus kerana anda membayar untuk kualiti. Sebab itulah ada klinik gigi yang harganya tinggi dan ada yang harganya sangat murah.Tetapi janganlah berdiam diri sekiranya harga yang diletak itu terlalu tinggi berbanding klinik lain. Sebelum membuat rawatan, tanyalah berapa harga rawatan itu dahulu jangan nanti selepas membuat rawatan, anda tidak cukup duit untuk membayar harga rawatan.

Kesimpulannya :
1. Bijaklah dalam memilih klinik gigi.
2. Pastikan bahan pakai buang yang digunakan adalah baru
3. Minta ditunjukkan di mana lubang pada gigi anda
4. Minta ditunjukkan banyak mana karang gigi pada mulut anda
5. Tanyalah harga rawatan sebelum membuat rawatan
6. Jangan takut keluarkan duit untuk kualiti dan kebersihan
7. Jangan anggap semua klinik swasta itu bagus.

Selamat memilih!

About these ads

160 Responses to Pengalaman bekerja di Klinik Pergigian Swasta

  1. Dr Nash says:

    omedeto gozaimasu!.. bagus laa website ni.. just managed to read yur last 2 entries.. keep it up.. yang pasti, klinik aku sangat memntingkan steriliti! (promote sket..)almaklum laaa… 3 tahun keje kt hospital.. untuk pengetahuan.. Dr Leen is my colleague waktu kat Hospital Selayang. she’s good!! believe me! siap ganti oncall aku… muahhhh.. good luck mazleen..

    • teeth_gurl says:

      de ley bg sugestion x nk g klinik gg ne yg diyakini x mggunakan brg terpakai, service guud???? ingat nk putihkan gg la…. agk2 braper ek harge putihkan gg??? help me… ;(

      • drleen says:

        teeth_gurl: awak duduk area mana? Biasanya skang ni memang semua klinik dah ok sebab dah di check oleh kementerian kesihatan. jadi semuanya insyaallah ok laa..nak putihkan gigi ek..biasanya ada banyak jenis..harga pun berbeza2…kalau yang in-office nyer dalam 1500 ke atas..kalau buat sendiri kat rumah biasanya dalam 800 ke atas…kadang2 ada klinik yang offer lagi murah..kena tengok klinik laa..

    • nadiah says:

      Kat klinik dr nash ade locum x? he

  2. drleen says:

    Dr. Nash : Arigato gozaimas…heheh..tak tau le betul ke tidak ejaannya..asalkan bunyi lebih kurang ok laa tuh. Thanks for reading…biasa laa..kalau memang dah pernah kerja kat government, mesti klinik ok punye…:)

  3. ANAH says:

    assalamualaikum…

    doc, nk mintak tlg sket.. hehehe.. ble tak saya nk taw bnd2 kt bwh ni..

    cth : persekitaran tmpt bekerja, kemudahan, risiko, tekanan, gaya kerja, prosedur mohon kerjaya, skim gaji, imbuhan, biasiswa, elaun, peluang masa dpn, spesifikasi pekerjaan dan etika kerja as a dentist…

    mntk doc ble tlg saye… hehehe tima kacih bnyk@!!

  4. husna says:

    apa pula kaitn cross infection in dental nie? kalau ptien yg prgnant, atau de sakit lain, cmaner nk handle dlm dental? beza klinik swasta n public dlm denatal nie, maner yg bgus?

  5. drleen says:

    Anah : wahh…banyak tu yang awak nak tahu. Mungkin saya akan tulis satu post tentang itu.

    Husna : Biasanya kalau barang-barang yang digunakan tidak disteril dengan betul, kuman dari seorang pesakit akan pergi ke pesakit lain. Jadi pastikan yang klinik yang anda pergi mempunyai sistem pensterilan yang bagus. Biasanya klinik kerajaan memang mengambil berat tentang soal pensterilan. Klinik swasta kebanyakkannya hendak menjimatkan duit jadi ada yang tidak mengamalkan proses pensterilan yang betul.

  6. Balqis says:

    Leen,
    I dah lama tak gi jumpa dentist. Last was when I was prg with Luqman. Memang itu pun kat Klinik Krajaan di Jln Semenyih. Jarang gi private. Tapi nak tanya you yang kat Sg Ramal tu okay tak? I don’t think I need to mention the name, you pun pernah buat locum kat situ rasanya.

    Ali dah banyak gigi? Anak-anak selalu ajak gi jumpa dia but tak berkesempatan sebab DH sibuk nak habiskan thesis dia. DO drop by whenever you have the time.

  7. drleen says:

    K. Balqis : klinik yang kat sg ramal tu ok je kot. Memang i pernah buat locum kat situ tapi dah lama dah…rasanya ok je kat sana. Al gigi dia baru 4 batang, nak masuk 6 dah kot sbb dan nampak dah skit baru nak keluar. Tu laa..dah lama tak jumpa. Si Jordan pun asyik sibuk je manjang…anyway, kim salam kat semua ek..:)

  8. Ana Lisa says:

    Pernah tak Dr buat locum kat Klinik kat Section 8, Shah Alam. Klinik Dr. Zahida? Ok tak klinik dia. Saya tanya nak buat braces seramik harga dia dalam 9k. Betul ke? Gigi bawah saya ok & straight. Gigi atas straight jugak, tapi ada 2 btg gigi yang berlapis. Akan dikenakan 4.5 jugak ke?

    Satu lagi Mont Kiara Dental Specialist Clinic, ok ke tak? Harga seramik dia baru 6k.

    Dah terlanjur cerita pasal braces… sebenarnya ada berapa jenis braces? dan anggaran kos klinik swasta. Oleh kerana DrLeen dah ada pengalaman byk tempat, boleh tak DrLeen cerita serba sedikit & lagi super duper best kalau DrLeen dapat sarankan klinik mana yang buat ortho yang bagus belaka?

    PS: Saya ni penakut jumpa doktor dan takut jarum T___T”

  9. drleen says:

    Ana Lisa : Hmm…tak pernah saya buat locum kat klinik di Shah Alam tuh. Memang harga utk ceramic braces mahal sikit dan sebab ada banyak jenis sebab tu harga dari satu klinik lain dari klinik yang lain. Braces ni biasanya ada 2 jenis, satu yang biasa kita tengok org pakai , yang satu lagi tu jenis mahal sikit sebab dia sama warna dengan gigi ( ceramic). Kalau yang biasa punya braces dalam 3000-5000. Kalau yang ceramic tu memang lebih dari itu. Biasanya berapa banyak duit yang keluar bergantung pada berapa lama awak pakai braces tu. Tentang klinik mana yang best tu saya takleh nak kata la sebab semuanya subjective. Tapi kalau awak buat rawatan ortho tu, better buat dengan pakar orthodontik daripada doktor biasa. Walaupun harganya mahal sedikit dari doktor biasa tapi hasilnya bagus dan tidak membazir wang. :)

  10. linda says:

    Salam Dr.,

    Saya nak tahu samada seseorang yang memakai gigi palsu di hadapan boleh buat braces tak?

    Sejak bersalin ramai ni gigi makin kelakarlah tengok..hi hi

    Terima kasih.

  11. drleen says:

    linda : Biasanya boleh jika gigi yang lain sihat. Tetapi kadang-kadang jika ada gigi palsu, susah nak gerakkan gigi yang bersebelahan dan boleh menyebabkan gigi palsu tidak dapat dipakai lagi. Mungkin kena buat gigi yang baru ataupun buat bridge sahaja lepas selesai rawatan braces.

  12. linda says:

    Oh boleh ye. Kalau macam tu agaknya bila kena tukar ye? Lepas pakai braces ke atau semasa dalam rawatan. Mahal tak kos nak wat braces tu?

    Saya dah register kat PPUM sb kos kat sana RM1500.00. Tapi kat sana waiting list terlalu ramai. 2 tahun tgu pun x gerenti dapat. Frust betul..

    Agaknya berapa lama kita perlu pakai braces ni ye doktor? Gigi saya nak kata ke hadapan sangat tidaklah, cuma dia tak rata dan ada gigi taring yang macam tersorok di antara gigi kacip dan geraham.

    Sekali pandang mcm rongak pun ada..

    Terima kasih.

  13. drleen says:

    linda: biasanya lepas pakai braces baru la tukar yang betul-betul punya sebab masa tu gigi dah stabil and tak gerak-gerak lagi. Biasanya kalau kat private ni dalam 5000-6000 bergantung lama mana awak pakai. Biasa kos utk pasang braces dalam 2000-2500 je pastu bulan-bulan bayar 100 utk check up. Kat PPUM memang murah sebab student yang buat…so paham-paham je la bila student buat memang lama skit tapi ada pakar yang jaga so takde la takut sangat nak buat dengan student ni just leceh la sebab pakar kena check ok ke tak ok sebelum buat apa-apa. Kat klinik pakar gov pun ada jugak tapi biasanya di khaskan utk budak-budak sekolah je..kalau dah dewasa ni they all tak ambil..yang tu lagi murah..tak sampai 1000 pun. so elok la awak pegi survey klinik dan doktor yang pandai buat…kalau nak keluarkan duit biar pada klinik dan dokor yang betul…sebab kalau tak membazir je duit awak lepas tu gigi tak elok-elok…so survey baik-baik ye..:)

  14. Eja says:

    doc.. sye student uni.. sye nak wat braces.. kalo sye pi hosp kerajaan die trime x?? nak wat waktu skola dlu x sempat sbb sye duduk asrama…. kos die same x dngn budk skolah??

  15. eyn says:

    dr, sy nk tanye..
    gigi atas sy agak straight la.. so x memerlukan braces..
    gigi bwh saye xbrape straight.. ade 2 btg gigi yg kebelakang sket.. so x brape lawa..
    if sy nk buat braces kat mane2 orthodontics, possible ke buat braces utk gigi bwh jer?
    usually, brape kos braces utk 1 row gigi je ? & brape lame slalunye klo gigi yg x kritikal ni..? hrp dpt reply asap.

  16. drleen says:

    eja: alamak..saya rasa they all tak terima la kalau dah lepas 18 tahun.

    eyn: hmm..biasanya kena buat atas dan bawah supaya sama rata bila dah siap tapi ada kes yang boleh buat bawah saja. elok jumpa pakar orthodontik dan dia biasanya akan bagitau sesuai atau tidak utk buat bawah je..

  17. yanie says:

    drleen,sy nk tny..sy ade mslh gigi bhgian atas yg jarang..slain memakai braces adex rawatan lain tuk mncantikkan blik gigi sy.tq..

  18. drleen says:

    yanie: gigi yang jarang boleh di tampal dengan komposite ( tampalan sewarna gigi), ataupun dengan membuat crown ( sarung gigi) dan adakalanya boleh buat veneer ( tampalan di bahagian hadapan sahaja) . Cuma jika besar sangat gapnya tu mungkin nanti nampak gigi makin besar jika ditampal. Elok jumpa dr gigi utk mendapat nasihat mengenai kesesuaian utk rawatan tampalan atau crown atau veneer.

  19. farhah says:

    doktor…saya nak tau ‘locum’ tu ape?hehehe….saya ni takberapa tau sgt tentang pergigian…

  20. drleen says:

    farhah: locum tu adalag bekerja secara sambilan di klinik swasta..biasanya dibuat semasa doktor tu tak bekerja seperti di waktu malam atau pada hari sabtu dan ahad.

  21. farhah says:

    dr,slps graduate..adakah kite wajib bekerja dengan kerajaan?berapa lama tempoh untuk kite berkhidmat di hospital kerajaan?

  22. drleen says:

    farhah: lepas graduate memang wajib kerja dengan kerajaan selama 3 tahun…selepas tu baru boleh keluar. Biasanya tahun pertama tu kena berkhidmat 6 bulan di hospital dan 6 bulan di klinik pakar. Selaps tu awak akan diletakkan samada di klinik atau hospital utk post tetap. Jika nasib awak baik, awak akan diletakkan di klinik..bila kerja di klinik tak perlu buat pembedahan sangat. Tapi jika awak kena letak di hospital, maka semuanya jadi lain. Hari2 tugas awak memang berdepan dengan pembedahan, rawatan pesakit accident, dan menolong pakar di bilik bedah utk kes2 accident dan sebagainya.

  23. Nini says:

    Salam dr..sy ade jalani RCT utk gigi dpn sy.lama2 gigi sy 2 brbh wrna.jd agak gelap..ape fakt0r yg blh jd camtu n cara nk cegah mslh gg brbh wrna?..tq

  24. drleen says:

    nini: salam…gigi dah mati memang berubah warna..takde apa yang awak boleh buat…bila dah berubah warna tu memang samada buat bleaching ataupun buat crown…biasa bila gigi dah mati dah takde salur darah..bila dah takde salur darah, struktur gigi bertukar warna dah senang mereput…so kalau buat crown tu dia boleh jadikan warna gigi seperti gigi yang lain dah juga melindungi gigi dari pecah…

  25. sYA says:

    Salam..saya nak tau normally brapa harga utk cabut gigi geraham?

  26. drleen says:

    sya: cabutan biasa gigi geraham dalam 50-60 tengok susah atau senang. Kalau patah dan kena pembedahan, harga dalam 100-150.

  27. lea says:

    Salam..gigi kapak saya bergoyang dan gusinya sedikit hitam.Kalau cabut lepas tu pakai gigi palsu sementara, apakh kesannya?berapa lama untuk pakai gigi palsu smentara untuk buat rawatan yang lebih baik dan rawatan yang bagaimana?Saya juga nak tau kos pemutihan gigi di kawasan bangi…

  28. drleen says:

    lea: salam. biasanya lepas cabut..ambil masa dalam sebulan kot utk gusi tu elok..ada org lambat..ada org cepat…bila gusi dah licin baru ok skit nak buat gigi palsu baru. Gigi palsu sementara ni keburukannya ialah ia boleh longgar bila gusi dah makin kecut..tapi utk gigi atas takde masalah sebab ada sejenis gam utk gigi palsu yang dijual utk tolong lekatkan gigi palsu ni sementara nak tunggu gusi elok. Kos pemutihan gigi kalau klinik saya 1800 tak sure pulak klinik lain brapa.

  29. saffiah mohd yusof says:

    Dr Leen, utk pemutihan gigi 1800 ni betul ke rasa ngilu masa buat, tapi ngilu sangat ke ? dan bila rasa ngilu akan hilang. Ada berapa jenis (kos) utk pemutihan ni, saya pernah dengar ada yang 900 sahaja….

    • drleen says:

      saffiah: sebenarnya ada banyak jenis produk pemutihan gigi..ada yang murah..ada yang mahal..so secara keseluruhannya..kebanyakkan produk memang akan rasa ngilu skit semasa buat ataupun selepas buat whitening. Tapi semua tu kejap je…dalam sehari dua. Make sure kena ikut segala pantang larangnya dan pakai maintainance kit..insyaallah ok…

  30. itay says:

    cadang nak buat permenant locum.Ada ke klinik yang nak offer?Service 17 tahun ngan gomen.Dah boring ngan gomen rasa nak ambik optional n nak wat locum

    • drleen says:

      itay: hi..kalau u minat bleh buat lpermanent ocum dengan klinik yang i keja ni..u dok area mana? if anything give me a call 016-3350278

  31. mira says:

    doktor nk ty ni, hrga crowning gigi brapa ratus eh

  32. nana says:

    Dr, saya tinggal area bangi.. boleh tk Dr bgtau klinik2 gigi yg ok, I mean dr segi kebersihan dan Dr yg ok area Bangi ataupun Kajang? Gigi saya yg pernah tampal 10 thn dulu dh sakit balik.. nk pegi ke hosp putrajaya pun takut dh tak tahan nk tunggu jer… tolong yer..

    • drleen says:

      nana: rasanya awak dah pegi klinik kat bangi kan? Anyway, don’t worry…skang semua klinik dah ok dari segi kebersihan..sebab sekarang kementerian dah buat check kat setiap klinik swasta kat malaysia ni..so rasanya dah takde lagi laa kot klinik2 yang tak jaga kebersihan

  33. pink says:

    salam doc…pink nk tnyEr..pink adEr mslh ngn gg atas dEpan skali..dl gg pink straight..tp start taunn lepas gg pink..jongkEt kEdEpan..knp Erk?lEpas2..apE kah yg ptot dilakukan??adakah bolEh tok mEmakai bracEs atau dicabut trus??dan ganti gigi palsu??
    mslh kt gigi kapak..tErjongkEt kEhadapan..hanyEr 1 gigi jEw..lEh doc bgtau apE ptot pink buat??

    • drleen says:

      pink: hmm..kena check dulu kenapa gigi tu bergerak..kadang2 sebab masalah gusi..kadang2 sebab gigitan..so lepas check baru tau nak buat apa..samada pakai braces ke..atau cabut and letak gigi palsu/bridge/implant…so datang utk check dulu k.

  34. travistar482 says:

    dr, nk tanya ckt, mcmmaner utk mengosok gigi kalau pakai braces?? lg satu ape kebaikan memakai metal braces jenis SLB (kalau sy xsilap namanya)?? sy dimaklumkan jenis nie cept dan mudah.. nk minta pdgn doc…

    • drleen says:

      travista482: kat pasaran skang ni ada berus gigi khas utk mereka yang pakai braces. Kalau tak silap jenama oral B..boleh cari ek. make sure berus gigi tu lama tapi jangan kuat2…tentang bracket tu saya tak sure laa cam tak pernah dengar…dr yang buat braces mungkin ada dengar kot..so sorry ek takleh jawab soalan tu.

  35. travistar482 says:

    salam dr, nk tanya satu soalan lagi.. Bolehkah sy berkumur guna listerine apbila memakai braces dan bolehkah dr syorkan kaedah penjagaannya dr segi pemakanan??

    • drleen says:

      travistar482: bibir memang senang ulcer dan pecah2 sebab terkena/tergesel besi pada braces tu..mintak kat dentist awak tu wax utk letak kat bracket dan wire utk protect bibir..selain tu mintak kat dentist ubat utk treat ulcer seperti oral aid etc..boleh guna ubat kumur..takde problem..dari segi pemakanan..elakkan makanan yang keras, liat dan juga melekit2…keras dan liat obviously utk rilekskan gigi supaya tak yah kunyah kuat2..pastu elakkan makanan melekit2 supaya senang nak bersihkan gigi..takde laa melekat kat wire2 and brackets nanti susah nak bersihkan..:)

  36. travistar482 says:

    Dr Leen,sy br 1 week pakai braces, tp rase xselesa dan bibir mula pecah2 dan bagaimana nk elak kena ulser disebabkan braces??

  37. travistar482 says:

    Thanks 4 ur information dan melalui blog nie mmg byk maklumat yang sy dpt dr dr.leen ttg gigi.. Thanks again, dr.Leen..

  38. onesya says:

    dr,ada x rwtn utk m’betulkan gigi yg jongang ke depan tanpa m’gunakan braces?how about invisalign?how much it is?n..how much kos utk memutihkan gigi?gigi sy x brp utih la..

    • drleen says:

      onesya: invisalign bukan utk semua org..ada yang sesuai ada yang tidak. so kena pergi check dulu..kat mesia ni tak ramai pakar yang guna invisalign ni biasanya braces biasa. Kalau tak nak nampak bracesnya tu boleh pakai yang warna gigi punya. yang tu harga dalam 7-8 ribu. Kos utk memutihkan gigi bergantung pada klinik dan bahan apa dia guna..biasanya dalam 1500 ke atas.

  39. rachel says:

    salam. dr, sekiranya saya melakukan pemutihan gigi di klinik dr. adakah pemutihan itu kekal lama or hanya untuk sementara waktu sahaja. saya mahukan pemutihan yang kekal.

    • drleen says:

      rachel: kalau nak pemutihan kekal kena pantang makan dan minum sebab segala makanan dan minuman berwarna akan menyebabkan stain pada gigi..ataupun kalau nak makan atau minum minuman berwarna, kena selalu buat touch up pemutihan tu baru boleh kekal lama. Kalau suka minum kopi, teh, hisap rokok, makan kari..memang pemutihan tu takkan kekal

  40. bell says:

    hello docleen,
    saya baru perasan bila saya tidur suka gesel gigi.
    n what should i do about it?
    kadang-kadang terbangun sbb gigi mcm nak patah.
    risau.
    rasanya mcm tiada kena mngena dgn pergigian, tp cuma mahu mintak pendapat.
    thanks.

    • drleen says:

      bell: better awak pergi kat mana2 klinik gigi utk buat night guard ataupun brixism tray..ianya adalah sejenis plastic yang di pakai waktu nak tido tujuannya utk lindungi gigi daripada menjadi terhakis akibat geselan waktu tidur..so instead gesel gigi awak gesel plastik tu..so gigi awak selamat..:)

  41. shelly says:

    hi there,

    was wondering where u were doing locum in rawang and bukit beruntung.i am living nearby and i dont mind doing some locum too.
    thank you very much

    • drleen says:

      shelly: time i dok sana i buat locum kat kota damansara…anyway,,boleh je u tanya klinik2 kat situ kalau2 they all nak pakai locum

  42. irah says:

    salam drleen,
    nak tny skit, untuk gigi yg terkedepan skit ni rawatan yang mana lebih sesuai, braces or crown?sebab apa yang saya dapat info bila dh g 2 klinik ni dpt pendapat yang berbagai2..so konpius yang mana saya nak guna.lagi satu sy tak sure nk g klinik mana dgn kos yang berpatutan sebab saya bukan dari kalangan yang berduit sgt..sedang2 saja.thanks

    • drleen says:

      irah: kalau nak cepat buat crown je..kalau tak kisah lama boleh pakai braces..tentang harga tu memang kena survey2 beberapa klinik utk tengok mana satu yang ok

  43. bell says:

    ahh i see.
    thanks doc.

  44. sue says:

    salam doc…nak tya la…gigi sy lebih kurang gigi claudia af7 tu…sy nak buat mcm yg claudia tu buat gigi dia…tu dipanggil rawatan ape ye? berapa ye kos klu nk buat mcm tu? area shah alam….

    • drleen says:

      sue: salam. yang tu dia buat crown rasanya…kos utk sebatang dalam 500 ke atas tengok klinik..so kena survey2 klinik kat shah alam berapa harga dia…tapi tak semua org boleh buat rawatan tu..so kena check dulu k…

  45. yonna says:

    salam…doc sy nk tanya nk wat venner utk gigi depan sy yg jarang (mcm mardonna) RM bpe?night guard utk gigi bergesel pd waktu mlm RM bpe?braces utk gigi dpn yg agak jongang sdikit shj RM bpe?maaf sy byk brtanya, coz nk bajet harga utk semua prob gigi sy n my sis….thnks drleen….

    • drleen says:

      yonna: harga biasanya ikut klinik…anggaran satu veneer dalam 1000++ sebatang..night guard dalam 300+ satu..braces biasanya 5000++

  46. amirza says:

    dr..sy nak tnye based on experience….tempat untuk buat housment boleyh pilih sendiri ke????

    • drleen says:

      amirza: biasanya kita hanya boleh pilih negeri mana kita nak bekerja..itupun diberi 3 pilihan..dan kalau bernasib baik kita akan dapat pilihan negeri yang kita nak..kalau nasib tak baik..dia akan hantar ke mana2 negeri yang kekurangan dr gigi..kemudian tempat memang ditentukan oleh pengarah negeri terbabit..biasanya ada beberapa tempat….so kadang2 boleh pilih..kadang2 ditentukan..ikut nasib laa..macam saya dulu..pilih selangor..alhamdulillah dapat…tempat practical di selangor ni antara hospital selayang, atau hospital klang..klinik pula antara klinik pergigian tanjung karang atau klinik pergigian klang..tu masa saya dulu laa tahun 2002..skang ni tak sure laa..

  47. ieja says:

    wah..bgusla web nie.dr leen pon rajin je layan pertanyaan visitor blog nie ek..

    dr.sy pun ingat nak buat braces gak..saya duduk area bangi/kajang.igt cm nak tau jugak la mane klinik yg bgus.kot dr boleh recommend.agk2 ape yg boleh sy jdkan kayu pengukur untuk buat perbandingan klinik mane yg bgus dan ptut dipilih.saya tak nak saya menyesal plak dikemudian hari.= )
    orthodontik tu pakar dlm bidang gigi kan?kalau betul,adakah semua klinik gg yg boleh buat braces adalah pakar?

    • drleen says:

      ieja: saya tak sure klinik mana yang buat tapi saya ada buat part time kat klinik pergigian halizah kat warta tuh..dia ada buat rawatan orthodontik..boleh laa pegi tanya..saya pun tak sure harga berapa kat sana..biasanya yang buat braces ni samada pakar orthodontik ataupun dentist biasa yang dah pergi course utk buat braces..tak semua dentist biasa boleh buat..

  48. motogigi says:

    Dr leen, saya berniat nak gantikan gigi palsu saya dengan “Dental Implant”. Rasa-rasa, klinik swasta atau kerajaan yg patut saya pegi. Biasanya berapa kos yg dikenakan?

    Selamat hari raya Dr Leen.

    • drleen says:

      motogigi: kena check dulu utk tengok sesuai ke tak or berapa banyak implant nak kena letak..klinik kerajaan saya tak tau kat mana buat implant..kalau swasta harga biasanya dalam 5000-6000 sebatang implant..

  49. eiza says:

    drleen,
    Salam,drleen…..saya duk area putrajaya..saya teringin nak pakai braces…saya nak taw kat area cni klinik mane yang ok untuk wat rawatan???gigi saya yang depan agak kedepan dan jarang ckit..saya penah wat rawatan tampalan dulu (2 batang gg depan)…saya nak tanya dr. samada saya perlu cabut atau tidak gg saya yang depan tu untuk dapat hasil yang cantik??agak2 kosnya bape ek?kos mula2 pasang n seterusnya…

    • drleen says:

      eiza: hmm..kat putrajaya saya rasa ada satu klinik je..tak tau laa dia buat braces ke tak..satu lagi option awak boleh pergi ke bangi ataupun puchong..harga berbeza2..biasanya braces dalam 4500 ke atas..gigi depan yang ada tampalan tu kalau nak cantik lepas habis buat braces boleh buat crown..crown tu dalam 500 ke atas..utk braces tu biasanya masa mula2 bayar dalam 1500 ke atas..berbeza ikut klinik..so kena survey and tanya klinik yang awak nak pergi tu k.

  50. eiza says:

    oyeke…tq drleen…kiranya pakai braces dulu la baru wat crown….tapi gg saya yang 2 batang ni macam tak cantik lagi dah…..selalu wat tampalan kan dulu…elok cabut ke atau wat crown ye drleeen…??

    • drleen says:

      eiza: kalau struktur gigi tu elok lagi beter buat crown..tapi kalau lubangnya dah besar sangat and dah involve saraf boleh pilih samada nak buat rawatan saraf then buat crown atau terus cabut je..

  51. embun says:

    salam dr.Leen
    sy prnh terlibat dlm kemalangan pada 2007 dan mgalami kecederaan yg sgt teruk sehinggakan rahang mulut atas dan bawah patah..gigi sy juga hilang 3 btg..persoalannya di sini, pd masa skrg sy hanya mampu mggunakan gigi paslu plstik shj dan sdh beberapa kali terjatuh ketika sy membersihkannya..sbrnnya sy ingin sgt membuat gigi palsu yg kekal, maksud sy tak perlu nak buka n pasang setiap hari. tp sy masih tak tau brapa bajet yg diperlukan, adakah memerlukan kos yg tinggi untk membuat gigi kekal tersebut krn sy tiada bajet dan masih stdy lg. sy nak minta pandangan dr.Leen apa yg perlu sy lakukan dan brapa kos paling maksimum yg diperlukan..disebabkan hal ini sy sentiasa merasa rendah diri dan kurang berkeyakinan. di harap dr. Leen dpt membantu sy..thanks

    • drleen says:

      embun: biasanya kalau 3 batang gigi hilang kena ganti dengan 5 unit bridge..3 utk yang gigi takde dan 2 lagi utk gigi bersebelahan..harga satu dalam 500 ke atas..tengok klinik..so nasihat saya pergi mana2 klinik dan tanya tentang bridge..

  52. fiera says:

    salamz doc!
    saye nk tnye..saye baru jew cabot gigi garham bawah saye..mase cabot uh saye ingat gg uh masih gg susu sebab gigi saye jarang dicabot..then bile pk2 balik..tak brape logik budak umo 17 adew gigi susu lagi..tapi saye dah pun cabot gigi tuh..skarang rasa ta selesa cngat nk makan..tambah pula sakit gigi bongsu nak tumbuh..double sakit..rase2 ape rawatan perlu saye amik..shud i do implant or bridge??hope u will help me eyh..

    • drleen says:

      fiera: biasanya lepas cabut tu kena tunggu sampai gusi sembuh kalau nak buat bridge..tapi utk bridge kena ada gigi belakang daripada gigi yang dicabut tu..kalau takde then tak boleh buat..so kalau kat belakang tu langsung takde gigi kena laa letak gigi palsu atau implant..utk implant kena tengok tulang dia ok ke tak etc…so apa2 pun kena check dulu k.

  53. mysha says:

    salam…doc sy nk tnye sket…sy ade mslh dgn gg depan sy yg dh kna tampal akibat jatuh….sy dh pn jmpe ngn doc gg so die ckp dh xleh tmpal smula cz dh besar kesan tampalan tu,then die advice sy utk buat CAP n it cos rm800 per unit…ape yg ptut sy wat????pls advice me….
    thnks a lot…

    • drleen says:

      mysha: salam. kalau tampalan tu dah besar sangat memang elok kalau buat crown kalau nak tahan lama..kadang2 tampalan ni tak berapa tahan sangat kalau ianya terlalu besar.

  54. mysha says:

    salam…doc brp kos nk wat crown tu????n klinik mn yg ok area putrajaya or bangi????

    • drleen says:

      mysha: kos buat crown bergantung pada klinik..kalau kat bangi tu ada banyak klinik..leh pergi kat klinik pergigian impian di sek 3..klinik pergigian halizah kat warta..lisa alis kat sek 8..banyak lagi laa..tak ingat semuanya..kat putrajaya ada satu je klinik gigi rasanya kat percint 8 tuh..kos tak sure berbeza ikut klinik..boleh tanya klinik tu sendiri sebelum buat..

  55. mysha says:

    thanks ye doc ats advice doc….:)

  56. nurul says:

    dr..saya ada masalh gusi..semakin laem gg saya semakin menurun n tdk teratur serta bergoyang..dah buat arwatan di klinik kerajaan..ttp dah 5bulan masih x dicabut gg yg bergoyang ini..saya dah malasn nak mneunggu sbb menyukarkan sya untuk mkn mknan yg keras…saya mahu pergi ke klinik swasta n ingatkan mahu mebuat implan gigi…ape ye pandangan dr? berapa harga satu gg untuk swasta n kerajaan?

    • drleen says:

      nurul: kalau dah goyang sangat hingga menyukarkan utk makan elok cabut je..tentang buat implant tu kena tangok laa dulu samada sesuai atau tak…kalau sesuai baru bleh buat..harga implant 6000 ke atas utk sebatang skru..harga tak termasuk kos2 lain..so kadang2 satu implant boleh sampai 10000…kena tengok dulu laa dengan dr ek

  57. sarina says:

    salam drleen…
    sy nak tau kenapa kos veneer lagi mahal drpd kos crown? bukankah bahan yg diguna sama cume crown kena sarung dan veneer tampal seramik je?

    • drleen says:

      sarina: salam. veneer tu semuanya guna porcelain..crown ni campur porcelain dengan besi…kalau full porcelain crown pun harganya mahal dalam 1000++ sebatang.

  58. najwa says:

    Dr,
    Gigi geraham hadapan saya (no 2 dari belakang) rosak teruk (nerve dah mula kelihatan) dan baru disedarai selepas saya ke klinik kerajaan. Ini kerana doktor klinik swasta sebelum ini menyatakan bahawa sakit gg saya disebabkan geraham bongsu yang tidak dapat keluar kerana ruang yang sempit. Persoalannya sekarang, saya outstation dan tidak byk dentist yang boleh buat RCT utk geraham.Mungkin saya terpaksa tangguh 2-3 hari utk dapatnkan rawatan di tempat tinggal.Gigi tersebut tidak sakit kecuali disentuh .Saya amat risau sekiranya lewat mendapatkan rawatan menyedbabkan jangkitan kuman pada gigi dan ada kemungkinan masuk ke sistem saraf badan memandangkan suhu bdn meningkat. Adakah terdapat kesan teruk sekiranya saya lewat mendapatkan lewat mendapatkan rawatan?Ribuan Terima kasih ats komen doktor.

    • drleen says:

      najwa: kalau gigi tu dah mati memang kadang2 boleh flare up dan menyebabkan bengkak atau sakit yang menyebabkan tak bleh tidur malam..sebab tu kena buat secepat mungkin…so kalau ada masa..bleh cepat2 buat rawatan saraf tu k..

  59. mysha says:

    salam doc…sy nk tnye brp lm ms yg diambil utk wt crown???if lps wt crown ade x rawatan susulan and ade bayaran lain x???
    tq doc…

    • drleen says:

      mysha: salam…biasanya kena datang 2 kali…appt pertama kecilkan gigi, ambil acuan pastu lekatkan crown sementara…seminggu atau dua minggu lepas tu bila dah siap crown tu dr tu akan bukak yang sementara dan lekatkan yang permanent. lepas buat crown biasanya kena datang seminggu lepas tu utk review pastu just check up biasa every 6 month laa..bayaran biasanya pun bayar dua kali..katakanla crown tu harganya 600..appt pertama bayar 300 pastu appt kedua 300..

  60. mysha says:

    salam,ok…thanks ye doc…
    sy rs cm nk g klinik lisa alis yg doc ckpkn hr tu…

  61. dr yatie says:

    Assalamualaikum

    Kpd Dr Leen. Congrats for putting up a blog like this.

    Izinkan saya menumpang tulis di sini, saya mencari doktor gigi yang boleh bekerja tetap di klinik saya dalam masa 2, 3 tahun akan datang, kalau tak dapat tetap, part time, petang sahaja atau malam sahaja pun OK. Kalau tak dapat, tolong buat locum pun jadilah, terutama pada hari Sabtu. Urgent ni ( dah 3, 4 bulan mencari )

    Lokas klinik di Seksyen 3, Shah Alam. Sila telefon 03 55196745 atau hubungi nurse saya Shikin at 017 3221562. Terima kasih banyak2..

  62. mysha says:

    salam doc….hr nie sy dh g dptkn rwtn tp bkn kt lisa alis…sy g kat klinik pergigian impian…ok la klinik tu….actually blh ditampal lg gg sy…so x perlu buat crown…sy g klinik tu pn cz sy tgk link dr.anisa yg dlm blog doc nie:)….anyway sy nk ucapkn byk2 trm ksh ngn doc ats sume nsht n cdgn…thnk u so much…wish u all the best….

    • drleen says:

      mysha: salam..bagus laa kalau dah pergi..:) macam saya kata selalu..kena pergi jumpa dr gigi utk check baru tau apa rawatan yang sesuai utk dibuat…so jangan lupa buat 6 month check up k..:)

  63. cutesbutterfly says:

    assalam,
    drleen saya nk tpg tnya klu dulu saya pernah buat treatment rawatan akar tp skung warna gigi tu dah bertukar . so saya ingat nk buat pemutihan gigi parmenant utk semua gigi + tampalan gigi depan .. dr rasa kos budget dalam brapa.. lg satu ada tak mana2 klinik gigi yg boleh buat easy p/ment guna c/card maklumlah kos rawatan gigi ni mmg mahal..
    tqvm

    • drleen says:

      cutesbutterfly: w’salam…budget tu saya tak sure laa..whitening dalam 1800 ke atas..kalau yang dah ada rawatan akar tu better buat crown..so lepas buat whitening baru leh buat crown..kos dalam 600 ke atas..gigi2 depan kalau dah ada tampalan kena tukar..harga tak sure..biasanya dalam 80 ke atas satu tampalan…kebanyakkan klinik gigi skang ni ada credit card…ada yang boleh buat 0% interest etc..tengok jenis credit card laa kan..so bleh survey2 klinik mana yang sesuai..

  64. lily says:

    salam doc…
    web ni mmg bagus.byk info yang sya baru dapat tau..
    nak tnye doc ni..dlu my hb penah tecucuk tulang ikan kat gusi,x lame pastu tempt tu bengkak then tulang tu da kuar..then bebaru ni die mengadu sakit balik..bile sya tgk ade mcm ckit tulang dlu yg tertinggal.utk rujuk maslah my hb ni kene g kinik gg ke kinik biase??
    klu g kinik gg brape kos die ea??thx doc..

    • drleen says:

      lily: better gi klinik gigi sebab senang skit nak tengok kawasan tu kalau kat gusi…kos saya tak sure laa..bergantung pada dr tu sebab takde kos khas utk problem camtu..so atas budi bicara dr tu

  65. yatie says:

    salam,
    DrLeen, sy pernah xcident motor masa umur 16 tahun..n now umur sy 32 tahun…masa xcident tu gigi depan sy sebatang tu mcm dah serpih, dan sebatang lg dah patah separuh..kawan sy ada advice utk pegi klinik n tampal..sebab dier pernah buat…jd sy nak confirmkan dengan dr, bole ker gigi saya ditampal atau perlu buat crowning?

    • drleen says:

      yatie: tampal bleh..crown lagi bagus sebab nampak cantik skit..kadang2 kalau tampal bleh nampak line antara gigi dengan tampalan…anyway..kena check dulu dengan dr gigi utk tengok apa yang paling sesuai utk dibuat

  66. syirahrudiman says:

    salam dr..

    Saya ada ank umur 3 dan 4 tahun, masa diaorang sethun lbh diaorg pernah jatuh tersembam dan kena gigi kapak susu, masa tu gigi tu elok lg tp lelama gigi diaorg reput sampai skrg dah tinggal tunggul aje.. dan dah berjangkit reput tu ke gigi kiri dan kanan gigi kapak maknanye semua gigi 4 batng yang dah tinggal tunggul. Jadi saya sebagai ibu rasa kasihan dan takut sekiranya gigi baru yang tumbuh akan berlapis , sebab ada kes yg jadi mcm tu.. Macam mana saya nk buat doktor? blh tak tlg bg penyelesaiannya?

  67. nuhaalia says:

    Assalamualaikum,
    saya nak tumpang tanya, sy nak buat braces gigi..boleh Dr. Leen cadangkan klinik yang ssesuai di kawasan area kajang dan bangi..

    Sy juga nak tanya sy dah 25 tahun, bOleh ke buat braces? Berapa lama lebih kurang masa diperlukan utk habis pakai brace dan kos nye juga lebih kurang berapa selalunye? (ANggaran pun memadai)

    Terima kasih

  68. Dr.Eqa says:

    Salam Dr.Leen..yup i really agreed with ur statements..sy pun naik geli kalo buat treatment guna barang x steril..tolonglah..sampai kdg2 sy pesan kat ahli keluarga yg jauh daripada tempat sy bertugas, x payah la ke klinik swasta..hmm, sy locum kat banyak juga klinik..banyak yang x amalkan kebersihan sepatutnya..tambahan pulak, pembantu doktor diambil dari kalangan tak bertauliah..tak pulak diajar dengan cara sepatutnya..main taram je..yang paling sy tak setuju, pembantu Dr tu boleh jual ubat macam tu je kat patient..macam pandai sangat la dia tu..bukan sy nak bangga diri atau apa..tapi kalo ape2 komplikasi berlaku pada pesakit contohnya alergik, klinik jugak yang tanggung risiko kan..hisy, bila la klinik2 swasta di Malaysia ni nak mengamalkan amalan beretika..kepada klinik yang ok tu, syabas..anda telah melakukan sesuatu yang bermoral demi anak bangsa..ok Dr.Leen..love ur commitment to educate our layman about this issue..

    With regard,
    Dr.Eqa

  69. Lyn Lili says:

    Assalamualaikum Dr,

    Sy stay kat putrajaya, my promblem is 3 btg gigi depan seblah atas dah longgar sgt and doktor gigi kat klinik kesihatan bagitau gigi tu longgar sangat. So dorang cadangkan sy pakai gigi palsu..and klu buat acuan pun gigi tu mungkin akan tanggal skali…klu buat d klinik kerajaan amik masa yg lama untuk semua proses..tak sanggup rasanya bercakap tanpa gigi apalg sy akan berkahwin tak lama lg…insyaAllah.

    So sy plan nak buat kat klinik swasta..bole tak dr suggest what should i do dgn gigi sy and dimana klinik gigi yg berdekatan dgn putrajaya yang ada ervice yg ok and pd harga yg munasabah.. terima kasih atas bantuan Dr..

  70. zaya says:

    Salam dr leen,

    Sy plan nak buat braces, tp adakah terlalu sakit proses braces ni?mmg sy nak tau.hari tu dh pergi klinik gigi impian, tp kena xray pulak kt kl.ada tak klinik kat bangi or kota damansara yg klinik tu tros ada xray sevice?

    Many thanks

  71. ajack says:

    salam.dok, sy kne wat folio bout klinik gigi neh. na tny bsenye mchine pe yg dgunakan kat klinik neh n harganye.tanx

  72. mia says:

    salam…. sy berminat nak g wat braces, doc leh suggestkan klinik maner yang bagus n murah di pandan indah. lagi 1 sy nak tanya, kebanyakan gigi geraham sy berlubang besar,so adakah kos akan bertambah kalau sy nak wat braces. doc leh bagi anggaran kos? tq

  73. zaya says:

    Mia, saje nk mncelah
    Kalo x silap I, klinik gg dr zarin kat area puteri park plaza (if not mistaken)…
    Kat situ agak murah, around 3k utk traditional braces n 4k utk self-ligating sys..
    N dpayment pon just 500 je…

  74. ben unisel says:

    Assalamu’alaikum doc..
    sy nk cuci gg,tp kat area k.selangor ni sy xjmpe lg klinik gg org islam.jadi doc ade suggestion klinik gg islam mane yg hampir dgn tmpat sy?area rawang pun ok gak..thanks alot.

  75. lynn says:

    salam dr leen,
    locum area kota damansara tu nama klinik apa? nak g check gg

  76. bintisanusi says:

    Assalammualaikum dr Leen..

    Saya ni tengah sakit gigi.. gigi geraham bongsu yang tumbuh separuh dan ada lubang.. masalahnya gigi geraham yang bongsu ni tenggelam dalam gusi.. jadi sakitnya berdenyut-denyut.. Just nak tanya dr leen, kene buat minor operation ke? berape biasenya untuk buat minor operation? nak kurangkan sakit berdenyut2 tu macamana ya dr leen??? sementara nak tunggu g klinik gigi..

  77. Jamaliah says:

    Salam Dr Leen,

    Saya ada masalah gusi dan sekarang gigi atas & bawah ada jarang. Boleh ke saya pakai braces kalau ada masalah gusi?

  78. mia says:

    dr.

    sy mempunyai masalah gigi spt claudia af7.
    skrg gigi dia dah cantik.
    nak tanya brapa cos utk braces ?
    brapa tahun ?
    klu kes sy spt itu.
    tp sy tgk dye pki kejap je dah cantik ?
    any suggestion for me ?

    • mia says:

      sy student. nak tanya lagi satu..
      kwn2 sy ckp ader clinic bulan2 boleh byr ansuran .
      tapi deposit ne letak bper ?

      hope to heard u soon.

      mia damira

      • drleen says:

        mia: memang biasanya buat braces ni bayar permulaan dalam 1500-2000 camtuh pastu tiap2 bulan bayar 100-150 or more ikut klinik..takde laa bayar selepuk 4500..:)

    • drleen says:

      mia: tu dia bukan buat braces tu…tu dia buat veneer/crown kot…sebab instant make over. Tak semua gigi sesuai buat macam tu…tapi kalau sesuai memang boleh laa..rasanya dia buat tu agak beribu2 jugak kot..

  79. ain says:

    salam drleen..boleh suggestkan dentist yg ok di shah alam?ok dr segi kebersihan n profesional.mksdnye bkn yg main hantam saje

  80. farhani says:

    salam…dr.leen, saya nak tanya dekat area johor klinik mana yang saya boleh buat braces?lau boleh nak tahu klinik yang terjamin lah…

  81. Aida says:

    Dr.Leen, Saya ade masalah gigi yang x putih. gigi atas bhgian depan saya ade dua warna. boleh ke saya buat pemutihan unt gigi tersebut?

    • drleen says:

      aida: boleh check dulu..kadang2 kalau stain biasa memang boleh putih kalau buat whitening..kadang2 kalau stain dari dalam kena ulang2 buat whitening baru ok..

  82. una says:

    Doc..sy bru dok rwg..if kat cni, klinik mane yg doc leh suggest wat braces..tq in advance

  83. sharifah says:

    minta pendapat klinik lisa alis seksyen 8 bangi ok ke x ok? saya sekeluarga selalu ke situ dan doc locum selalu bertukar ganti..kadang2 caj melampau juga..

  84. seri says:

    hai dr leen,thanx byk info dr blog Dr ni. saya berminat nk buat rawatan crown untuk gigi depan atas. saya tinggal di rawang bleh tolong suggest x klinik gigi mana yang terbaik. ssb saya baru kat area cni.thanks

  85. azmi says:

    dr..klinik gigi kat rawang yg mana ok..untuk wat rct

  86. nureen says:

    dr leen, saya baru je bukak braces…ada sikit gap lagi kat antara 2 gigi depan…dr suruh tunggu setahun nak tgk kot2 tumbuh gusi kat situ…berbaloikah tunggu? atau sy suruh letak filler je terus?

  87. drleen says:

    Salam semua…selepas ini semua komen akan dibalas secara e-mail…:) terima kasih…

  88. nuru; says:

    as salam doc ..

    sy nurul nak tnyer pasal braces sbb cadang2 nye nak pakai insyaAllah lepas raye ..area selangor n kl nie doc rase klinik mane yg doc bole sugest n cost dia berpatutan ..sbb sy ade survey 3 4 klinik daa tp cost start 4.5k ..tu blom lg g wat xray n cost2 klau gg nak kene wat surgery ..

    tq in advance yaa doc n slamat berpuase :))

  89. miz says:

    salam doc,

    nak tanya clinic mana bagus dan murah for minor operation tuk gigi geraham bongsu. dua2 gigi i ni sakit sgt2…last year dah check kt clinic…doc ckp i kena wat minor operation and the cost mahal laa…gigi i ni bkn hari2 sakit..2-3 months its ok then dtg balik sakit dia..

    thx in advance doc…SELAMAT HARI RAYA..

  90. Azizi says:

    Assalamualaikum doc,

    gigi geraham bongsu saya tumbuh secara baring… yang dipanggil kucing tidur.. kadang2 sakit dan kadang2 tidak. kalau makan selalu nye akan tersangkut makanan diantara gigi geraham dan geraham bongsu. saya dah xray di klinik di sg. petani di kg saya.. tapi mereka tiada masa untuk buat operation. Anggaran doc, berapa bayaran untuk membuang gigi geraham bongsu tersebut? klinik doc di mana?

  91. Syahrul says:

    Salam..berapa budget utk buat bridge utk gigi depan ? berapa hari siap?

  92. esty says:

    hai dr leen,

    saya pregnant 4 bln skrg, saya boleh cabut gigi ke?gigi geraham yg tinggal tunggul je da tp gigi tu x sakit la dah.lagi 1 saya nak tanya, bole ker klu saya buat gigi palsu tanpa cabut gigi geraham tu dulu sbb saya ada lopang 3 gigi terpaksa dicabut sbb pecah dan berlubang dalam.saya nak buat gigi palsu depan 1 dgn gigi geraham sebelah kiri 1 dan kanan 1.umo muda lagi da xder gigi..

  93. miena says:

    askum drleen..

    KLINIK GIGI DR ZARIN di taman putra ampang bagus tak?..untuk rawatan braces..saya dapat tahu kos rm3k to rm 4k..deposit rm300 to rm500 je..bgus ke?..

  94. lia says:

    Doc, baru2 ni sy pergi klinik kat kota damsara. Sy nak buat braces harga dlm 5k lebih. Ada kat sri petaling 4k lebih tp sy pilih kota dmasara sebab sy ada pakai gigi palsu dihadapan bila jumpa doc di kd die akan pakaikan sy gigi sewaktu memakai braces. Di sri petaling pula die kata tpaksa tiada gigi dihadapan semasa memakai braces. Minta jasa dr utk mberi pendapat.

  95. Chempaka says:

    Salam Dr. Leen..
    Just curious nak tau..agak2 nya berapa la kos ny akalau buat rawatan gigi di klinik cahaya Suria tu kan ? coz nak save budget.. ingat nak buat crowning or bridging dan belaching… coz gigi depan sy ni satu pakai gigi palsu dan satu lagi dah patah.. lagi satu gigi sebelah gigi kapak sya ni mcm kedepan sikit, so igt nak selari kan jer..agak2 nya Dr tau tak anggaran nya brp ? tapi kalau Dr tak pasti, it’s ok .. just try my luck kalau2 Dr ader info psl klinik gov punyer harga … Thanks . Wslm..

  96. Save money with energy efficient lighting for your business!…

    [...]Pengalaman bekerja di Klinik Pergigian Swasta « Gigi Sihat Senyuman Menawan[...]…

  97. fauziah says:

    bestnya baca blog2 yang berilmiah mcm ni..congrat!

    nak tanyalah klinik pergigian dr smile tmn peelangi semenyih ok tak?

  98. Diana Zinal says:

    Askum Dr Leen,

    Saya ingin Bertanya jika dr tidak keberatan . Berdasarkan pengalaman dr, cosmetic treatment seperti ‘ veneer’ ditawarkan atau tidak di klinik2 pergigian kerajaan atau di Falkulti pergigian di UM/Uitm?

  99. Nor says:

    salam dr.
    saya nak tanya, dulu saya kena tampal kt gigi yg second last sebelom wisdom teeth tue. (2nd molar ke? maaf sy tak tahu). tapi lepas tue tampalan tertanggal. pergi klinik, sedihnya dentist tue gerudi gigi saya sampai terkena saraf. senang kata, bila dia tampal tue gusi bengkak. sakit sampai demam. pergi klinik lain, dia bukak tampalan. dia suggest buat root canal treatment. tp sbb sy student lg, x ada duit. last2 saya cabut je gigi tue.

    soalan saya, boleh ke kalau saya nak buat braces tanpa gigi tue??

    sbb dulu nurse kata gigi tue penting utk buat braces.
    sorry panjang sgt. tq

  100. Bee says:

    Dr…nak email…nak ask something tentang topik dentist laa..TQ

  101. kon says:

    as-salam..gigi sy berlubang..premolar..brape ek kos wat RCT?sakit tak?hehe…terima kasih

  102. gigikerat says:

    sLAM doktor ni email sye nur_kartina@yahoo.com. nak taye doc , doc tahukah klinik gigi di kajang yang bagus dan berpatutatn. sye duduk kat kelantan tapi sye ade saudara kat kajang coz sye rase nak buat crown or veneer, sye xsure sbb bajet sye xde lah tinggi. tapi sstgh gigi sye cm org kata ape entah jarang2x , sbb teknik gune flossing yg salahke?

  103. mohd fahmi says:

    dr, ada contact x mana2 klinik melayu kat bangi yg memerlukan locum permanent or almost permanent?

  104. Adlina Mohammed says:

    Slm doc. Sy nk minta pendapat. Gigi saya kerap berdarah n nafas pun agak berbau. Sy da 2@3 kali pg klinik gomen. Mtk check kan tp doc. Suruh balik. Dia kata gigi elok. X ada masalah. Saya mtk cuci gigi pun dia kata x perlu cuci… sy jadi confuse. Apa perlu saya buat ni…

  105. nura says:

    salam dr.

    saya ada masalah gusi bernanah sedikti, gusi menyusut dan gigi dah mula longgar…apa rawatan yang paling baik. buat masa ni gigi masih elok lagi…kalau boleh tak nak cabut ..

    Pegi ke klinik kerajaan ..sy dicadangkan untuk buat scalling sahaja. tiada ubat dibekalkan… dan dicadangkan untuk menjaga pemakanan saya dengan harapan tulang gigi akan tumbuh semula (katanya sikit sahaja)..

    mungkin doc boleh ulas sikit rawatan-rawatan yang sesuai…dan mcm mana nk elak masalah gusi dan gigi saya bertambah teruk.

    jika gigi tidak dapat diselamatkan lagi…apa pilihan yang saya ada ..implan + bridge..or dll…

    kalau pegi ke klinik swasta berapa kos nya….

  106. Sha says:

    Dear doc, can u suggest me which dental clinics in Ampang or pandan Indah area? Which is clean, good and reasonable price. Need it very urgently, I cannot bear the pain on my root canaling tooth which I did last year. :(

    • mohd fahmi says:

      if u happen to pergi ke klinik suriani ampang.. cakap dr fahmi send regard.. mintak dia discount sket. hehe.. tu my colleague time d U. dr suriani/dr khairul.. tapi klinik baru la.

  107. halisa says:

    Assalam, nak Tanya… Saya nak jadi doktor gigi, tapi gigi saya. Tidal seberapa elok malah ada yg bertampal dan berlubang..boleh ka..

    • mohd fahmi says:

      boleh tidak ada masalah, nanti semasa 1st year, u akan di treat oleh senior. u pon akan ada access pada dental treatment yang lain free/minimum fee e.g. tampalan, scaling,crown, braces etc.

  108. Su liana says:

    salam dr,sy nak tnya sya ada msalah ggi dan nak pakai braces,tpi sy dega sebelum pakai braces gigi akan dicabut,tpi gigi graham sy yg second last sebelah kiri da berlubang teruk dan sy da pergi klinik untuk cabut,adakah sy masih boleh lagi pakai braces kalo gigi graham sya dicabut?

  109. eety hashim says:

    salam doc,
    nak tanya. kalau harga biasa whitening rm1500+ kan, saya ada jumpa satu klinik swasta, klinik Dr Zarin Ampang harga dia rm600-rm900 je. tapi saya ragu ragu, dia murah sebab guna barang yang kurang berkesan or memang dia murah sebab dia baik hati ke hehe

    takut kang saya kena rm900 tapi tak tahan lama or ada kesan sampingan sebab guna barang murah.

  110. As says:

    As salam Dr Leen, Tahniah utk blog yg sgt informative! I dah dua kali cabut gigi dalam tahun ni, tetapi pengalaman mencabut sgt terrible sampai i serik sgt…di klinik yg sama..Dentist kata die bius tapi semasa cabutan saya dpt rasa mcm x di bius je….sakit ya Allah saje yg tahu….boleh ke Dr bagi cadangan klinik mana yg bersih, barang2 disterilkan, dan cabutan tidak sakit di klinik area Bangi….blh tlg email ye
    Thanks in advance doc!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 237 other followers

%d bloggers like this: