Bagaimana memilih ubat gigi?

Terdapat banyak jenis ubat gigi di pasaran sekarang. Yang mana satukah sesuai untuk anda? Adakah anda membeli ubat gigi jika ubat gigi harganya murah? Atau jika mendapat barangan percuma? Pernahkah anda melihat kandungan ubat gigi yang anda beli? Pernahkah anda tertanya-tanya adakah ubat gigi ini berkesan? Adakah anda percaya segalanya yang anda lihat di dalam iklan di tv?

Ubat gigi yang mempunyai fluoride

Sebenarnya, apa-apa jua ubat gigi yang mempunyai fluoride boleh digunakan oleh anda. Fluoride ini dapat mencegah gigi anda daripada rosak kerana ia menghalang asid yang dirembeskan oleh bakteria di dalam plak dan juga asid dari makanan atau minuman mereputkan gigi anda. Sekiranya anda lihat di kotak ubat gigi itu mempunyai sodium monoflurophosphate, stannous fluoride atau sodium fluoride maka ubat gigi itu ada fluoride. Ubat gigi yang mempunyai fluoride tidak boleh digunakan dengan kuantiti yang banyak untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun kerana boleh menyebabkan fluorosis. Ini menyebabkan gigi kekal kanak-kanak ini nanti akan mengalami tompok-tompok putih atau kuning atau coklat. Jadi bagi kanak-kanak, hanya letakkan ubat gigi sebesar kacang pis dan elakkan dari ditelan.

Untuk mereka yang mempunyai gigi sensitif

Mereka digalakkan menggunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif seperti Sensodyne, Colgate Sentitive dan lain-lain. Ubat gigi-ubat gigi ini mempunyai bahan aktif di dalamnya seperti Strontium chloride, potassium nitrate dan sebagainya yang bertujuan untuk menghalang gigi dari sensitif dengan:

-membuat satu lapisan yang boleh menutup lubang-lubang halus pada gigi

- mengendalakan isyarat sakit dalam gigi anda

Dengan menggunakan ubat gigi tersebut, dan juga menjaga dari memberus gigi dengan kuat dan menggunakan berus gigi lembut maka gigi sensitif dapat dikurangkan atau di hilangkan.

Bagaimana pula dengan ubat gigi pemutih? (Whitening toothpaste)

Ubat gigi pemutih tidak akan membuat gigi anda bertambah putih. Ia bertujuan untuk mengurangkan atau menghilangkan kekotoran berwarna (stain) pada gigi yang berpunca dari rokok, atau minuman berwarna seperti kopi, teh atau milo. Gigi anda memang berwarna sedikit kekuningan disebabkan warna lapisan dalam gigi (dentin) adalah kuning. Jadi jika anda beranggapan bahawa dengan menggunakan ubat gigi pemutih akan menjadikan lapisan dalam gigi turut putih maka anggapan anda salah.Sekiranya anda tidak memberus dengan betul dan juga mengambil rokok atau minuman berwarna dalam kuantiti yang banyak dan kerap, kekotoran itu tidak akan hilang dengan menggunakan ubat gigi pemutih. Kekotoran ini hanya boleh dihilangkan dengan membuat pencucian gigi di klinik gigi dan juga dengan rawatan pemutih gigi (bleaching/tooth whitening) di klinik gigi. Anda perlu berhati-hati dengan penggunaan ubat gigi pemutih kerana kebanyakkannya mempunyai bahan lelas (abrasive) yang tinggi dan ia boleh menyebabkan lapisan enamel gigi anda terhakis dan menyebabkan gigi anda bertambah kekuningan( disebabkan lapisan dentin terdedah) dan juga sensitif.

Ubat gigi yang mempunyai antibakteria

Ada juga ubat gigi yang mempunyai antibakteria di dalam kandungan aktifnya seperti ubat gigi Colgate Total 12. Ubat gigi ini mempunyai triclosan dan juga copolymer (bahan yang membuat triclosan itu melekat pada permukaan gigi untuk beberapa jam). Triclosan ini menyebabkan menghalang pembentukan plak dari permukaan gigi jadi ia boleh menolong mencegah karies dari terjadi.

Apa-apa pun ubat gigi yang anda pilih, anda perlu pastikan yang cara pemberusan gigi anda betul. Anda juga perlu memilih ubat gigi berdasarkan masalah gigi yang anda hadapi. Sekiranya anda tidak pasti, sila berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan nasihat. Anda boleh membaca dengan terperinci lagi di sini dan sini bagi mengetahui kandungan ubat gigi anda.

Selamat memilih..



About these ads

58 Responses to Bagaimana memilih ubat gigi?

  1. kuku man says:

    florida tak baik untuk kesihatn!

    ia menganggu pertumbuhan otak yang sihat…

    jangan makan ubat gigi anda!

  2. Adik gigi says:

    Kak gigi,

    ubat gigi apakah yg sesuai bagi gigi yg mempunyai kesan2 hitam di sisi? Adik takut pergi dentist lah…

  3. drleen says:

    Kuku man : Florida baik untuk mencegah kerosakan gigi. Florida juga terdapat di dalam air dan juga ubat gigi. Anda boleh mendapat fluorosis gigi dan juga tulang jika anda menelan ubat gigi berfluorida dan juga kadar fluroda di dalam air melebihi paras yang diluluskan. Jadi, memang kita tidak boleh menelan ubat gigi terutamanya bagi kanak-kanak.

    Adik gigi : Eloklah adik berjumpa doktor gigi kerana kesan hitam di sisi gigi boleh disebabkan oleh gigi yang rosak, karang gigi ataupun kekotoran akibat rokok , kopi atau teh. Jika gigi yang rosak, apa-apa jenis ubat gigi pun tidak boleh menghilangkan warna hitam itu kecuali dengan tampalan. JIka kerana kekotoran gigi atau karang, disarankan adik membuat pencucian gigi di klinik gigi. JIka kekotoran itu sedikit, ubat gigi pemutih boleh digunakan tetapi hendaklah dibawah pengawasan doktor gigi kerana ia boleh menyebabkan gigi anda terhakis dan menjadi sensitif. Tidak semua doktor gigi itu menakutkan..dan tidak semua rawatan gigi itu menyakitkan..jadi cubalah berjumpa dengan doktor gigi ye…:)

  4. Nizar says:

    Hello Dr…

    Kawan2 sy yg buat MLM sumer sibuk promote ubat gigi tanpa florida. Ubat gigi guna extrak kayu sugi la, extrak limau, macam2 extrak lagi. saya pun sebab nak tau sgt masa tu buatlah sedikit kajian. sila rujuk capaian berikut untuk membaca pandangan seorang pengkaji tentang florida ni.

    http://www.fluoride-journal.com/98-31-2/312103.htm

    lepas baca lebih byk pasal kesan florida kepada gigi, saya terus tinggalkan colgate. satu hari, sedang saya berjalan2 di brickfields, saya ternampak papan iklan yang besar ada gambar epal. rupa-rupanya itu iklan ubat gigi Neem dari India. makan epal takde kesan darah. saya pun terus beli. memang betul ajaib ubat gigi tu. hilang masalah gusi berdarah saya. dan ubat gigi tu takde florida. ada extrak daun semambu. saya tengoki gigi orang india memang cantik2, dari jauh liplap liplap tak nampak muka dek kilauan mereka. kalau waktu malam, nampak gigi putih jek. sejak hari itu, saya pun cuba satu persatu ubat gigi di kedai seetharam. kebanyakannya takde florida.

    adakah dr pasti florida bagus untuk gigi?

    macam mana nak rapatkan gigi yg dah jarang?

  5. Nizar says:

    nak tambah sikit lagi… apa kaitan tulang dgn florida? tulang bukan kalsium ke? kalau mkn yogurt/tairu tulang lebih kuat.
    air mineral pun kalau tak silap ferum dgn magnesium je yg bagus untuk tubuh, klorin florin sumer tu perlu ke untuk badan? kalau berenang kat kolam yg byk klorin rambut kita pun keras macam berus kawat basuh kuali, kalau minum ntah apa pulak yg keras nanti… sila perjelaskan… saya keliru

  6. drleen says:

    Nizar :
    Florida dalam ubat gigi memang terbukti berkesan untuk mengurangkan karies (lubang) pada gigi kerana ia menguatkan lapisan luar gigi supaya ia tidak senang dilarutkan oleh asid dari bakteria. Fluorosis atau tompok-tompok pada gigi kekal biasanya terjadi apabila kanak-kanak yang berumur kurang dari 7 tahun menelan banyak ubat gigi berfluorida. Jadi biasanya di galakkan kanak-kanak menggunakan ubat gigi yang khas untuk kanak-kanak.

    Saya tidak menafikan bahawa ubat gigi herba itu baik kerana pada zaman dahulu, sebelum ubat gigi tercipta, memang mereka membersihkan gigi dengan menggunakan siwak, neem dan sebagainya. Jadi tidak salah untuk menggunakan ubat gigi jenis ini.

    Untuk rapatkan gigi yang jarang, kita kena mengenal pasti kenapa gigi itu jarang pada awalnya. Jika memang semulajadi maka rawatan orthodontik, atau tampalan komposit atau korona /sarung gigi ( crown) boleh dibuat. JIka gigi yang jarang disebabkan masalah gusi, hendaklah merawat masalah itu dahulu dan jika semuanya telah sihat maka bolehlah membuat rawatan tersebut. Sekiranya terlampau jarang , maka pemakaian gigi palsu ataupun korona bersambung (bridge) boleh dilakukan.

    Mungkin Nizar tersalah faham mengenai fluorosis dan tulang. Dalam komen sebelum ini saya mengatakan yang fluorisis boleh menyerang tulang yang menjadikan tulang rapuh dan tidak kuat. Ini terjadi sekiranya kita menelan banyak florida yang kebanyakkanya terdapat di dalam air yang kita minum. Kebanyakkan kes fluorosis tulang ini terdapat di India dan China kerana air minuman mereka mempunyai lebih banyak florida dari had yang selamat, dan di China, mereka banyak meminum ‘tea brick’ yang mengandungi banyak florin. Di Malaysia, florida yang terkandung dalam air adalah dalam had yang selamat iaitu 1ppm.

  7. Nizar says:

    kalau gigi kita dah ada tompok2 fluorosis akibat salah guna ubat gigi masa kecik2 dulu, boleh ke kita putihkan balik?

  8. drleen says:

    nizar: tengok kepada keadaan gigi samada teruk atau tidak. Jika tidak teruk sangat, ia boleh diubati dengan membuat pemutihan gigi ataupun menggunakan sejenis ubat yang diletakkan pada permukaan gigi untuk proses remineralisasi berlaku . Kalau tompok-tompok itu agak teruk, maka ia hanya boleh ditutupi dengan tampalan seperti veneer, ataupun komposit veneer (veener adalah tampalan yang hanya menutup bahagian permukaan depan gigi sahaja).

  9. Nizar says:

    Veneer tu bukan macam porselin ke? Apa warna asli gigi ye? Kalau putih sangat pun tak nampak elok.

  10. Assalamualaikum, saya juga pernah terbaca artikel tentang florida. Dikatakan bahawa ikut kajian, florida ni adalah toksid yg terpaksa dibenarkan. ini kata para saintis. penah doktor baca ttg artikel ini?

    Dulu saya juga guna ubat gigi colgate dan lain2 yg ada di pasaran. kalau gosok,mmg agak kerap juga berlaku pendarahan. tapi lepas saya guna ubat gigi herba HPA (daun mambu dan bunga cengkih), tidak berlaku pendarahan lagi.

  11. drleen says:

    nizar: veneer memang dibuat dari porselin dan dilekatkan di permukaan gigi. Biasanya warna gigi asli memang agak kekuningan sedikit. Kalau putih sangat nampak tak natural la tapi ramai org nak ikut artis-artis holywood yang gigi putih-putih.

    duniaherbahpa: memang ramai yang kata florida itu toksik. Tetapi ianya toksik jika diambil dalam jumlah yang banyak dan ubat gigi biasanya mempunyai sedikit sahaja florida berbanding dengan air. Ubat gigi herba memang tidak dinafikan bagusnya. Mambu (neem) memang banyak khasiatnya untuk menyembuhkan gusi berdarah dan juga boleh mencegah gigi dari berlubang. Sama seperti minyak dari cengkih boleh mengurangkan sakit gigi dan juga boleh mengurangkan bau mulut. Sebelum ubat gigi dicipta, ramai orang menggunakan kayu sugi, mambu, dan sebagainya untuk memberus gigi.

  12. Nizar says:

    Air paip ada florin, ubat gigi ada florida, kalau dua2 diambil sekali, habislah gigi kita keracunan…

  13. drleen says:

    heheeh..nizar..gigi kita tak keracunan la…biasanya utk org dewasa..kita takkan telan ubat gigi..lagipun kita takleh dapat fluorisis ( tompok-tompok pada gigi) bila gigi kekal dah tumbuh. Yang jadi masalah ialah pada budak-budak. Sebab itu budak-budak di suruh guna ubat gigi untuk budak-budak..

  14. paklong says:

    Dr,bleh ke ke doctor terangkan kepada saya dengan lebih lanjut pasal florida ni.saya tak berapa faham..mungkin florida baik untuk gigi dan tulang.tapi mungkin juga ia tak baik untuk kesihatan.boleh doktor senaraikan kenapa perlunya florida dan apa kesan sampingan florida terhadap kesihatan..saya dah mula kelira pasal benda ni..tolong doktor.

  15. Doll says:

    untuk ubat gigi biasa saya pilih ubat gigi halalgel sebab dijamin halal, berasaskan herba, dibuat di malaysia.

    untuk ubat gigi special pula saya gunakan ubat gigi “mukmin untuk gigi sensitif”. dijamin halal. buatan malaysia, diluluskan oleh ppim, memang berkesan. siapa kata cool*ate/pe*sodent saja boleh buat ubat gigi untuk gigi sensitif ?

  16. cute10180 says:

    Dr, satu btg gigi saya terkeluar sikit menyebabkan gigi sy nmpk tak sekata. apakah teknik braces blh memulihkan gigi sy ni? sy syg utk mencabut gigi sy dgn mengantikan gigi palsu..

  17. drleen says:

    cute : kalau gigi terkeluar sikit ada bermacam cara utk nampakkan ia jadi elok…salah satu tentulah braces, tapi kalau nak pakai braces memang kena cabut gigi utk dapatkan ruang…satu lagi cara ialah dengan membuat sarung gigi. Jika gigi tu terkeluar sikit je, bila kecikkan gigi tu dan buat sarung gigi yang nampak sekata dengan gigi lain, takde la lagi masalah cute tu..cuba pergi jumpa dr gigi dan dapatkan pemeriksaan..tanya dr gigi tu apa rawatan yang sesuai utk dibuat..:)

  18. puteri says:

    bagaimana mengatasi sakit di sebabkan pertumbuhan gigi bongsu?

  19. ROY says:

    SELAIN PAKAI braces ADA TAK CARA LAIN NAK RAPAT KAN GIGI..?PEMBEDAHAN KE..? KALAU NAK PAKAI braces LAMA SANGAT LA..THANKS

  20. drleen says:

    puteri: hmm..actually bila gigi geraham bungsu ni nak tumbuh memang sakit dan boleh demam..apa yang awak boleh buat ialah makan ubat tahan sakit..kalau ianya jangkit kuman ( bengkak ) boleh makan antibiotik yang diambil kat klinik gigi..pastu kena pastikat mulut bersih ( buat scalling) supaya jumlah kuman dalam mulut sikit..tu je laa yang boleh buat..kalau dah tumbuh dan slalu sangat sakit..dinasihatkan cabut gigi tu.

    roy: cara lain nak rapatkan gigi ialah dengan buat rawatan crown ( sarung gigi )..yang tu dapat result cepat..biasanya dalam 1 minggu je

  21. ali kurga says:

    memang bagus guna ubat gigi halalgel sebab dijamin halal, berasaskan herba, dibuat di malaysia.

  22. cik_su says:

    nk putihkan gigi macam mana?gune colgate bleh ke?

    • drleen says:

      cik_su: ubat gigi biasa tak boleh putihkan gigi..dia hanya boleh maintainkan gigi yang dah dibuat rawatan pemutihan je..

  23. ana says:

    salam dr leen…sy student IPTA..umur sy 19..sy ade mslh gigi fluorosis..sy da pnah g chek kt klinik swasta+gov…ad doc yang cdgkan sy tok wt crown or veneer…dr rse mne lg better???lg stu..sy nk tny..if sy nk wat crown or veneer…bley tak if sy wat 8 gigi atas tengah skali…coz sy nk bg warna gigi sme warna,tak nak mcm b4 diz gigi sy yang putih+kuning then cmpur plak ngn masalah gigi fluorosis…kengkdg malu nk ckp dgn org..huhu..

    • drleen says:

      ana: mungkin veneer lagi sesuai sebab tak banyak permukaan gigi yang dikecilkan. Kalau crown kena kecilkan keseluruhan gigi..sayang pulak. Veneer ada 2 jenis..satu composite veneer dan satu lagi porcelain..yang composite veneer tu murah skit laa berbanding porcelain..apa2 pun tanya kat dr tu tentang harga dua2 jenis veneer tu k..Kalau veneer tak sesuai memang terpaksa buat crown laa..ada tak tanya kat dr pasal penggunaan microabrasion dan GC Tooth Mousse? Kalau sesuai dengan cara tu je dah ok balik..anyway..kalau buat veneer/crown memang biasanya buat semuanya serentak. Cuma kos tu je laa kena bincang balik..agak mahal skit laa..

  24. ajie says:

    bagaimana nak tahu gigi itu sudah mati. gigi geraham saya telah sakit selama 2 minggu.lepas 2 minggu gigi yang sakit tadi tidak sakit lagi. Adakah gigi itu sudah mati atau adakah masalah lain yang meyebabkan gigi saya sakit dan bukan nya sebab gigi ssaya mati

    • drleen says:

      ajie: biasanya dr gigi akan buat test utk tengok gigi awak tu respond tak pada test tersebut. kalau takde respond besar kemungkinan gigi tu memang dah mati…lagi satu tanda2 ialah kalau ada bengkak..kalau ada memang sah gigi tu dah mati..kecuali kalau bengkak tu sebabkan oleh gusi..so apa2 pun kena pergi check utk pastikan gigi tu masih boleh ditampal atau kena buat rawatan saraf kalau ianya dah mati.

  25. amar says:

    jika seseorang mempunyai masalah fluorosis pada gigi iaitu tanda tompok putih,warna kuning atau coklat pada giginya.adakah ianya boleh dihilangkan?

    • drleen says:

      amar: kena tengok keadaan gigi tu..kalau teruk sangat kadang2 susah nak buat apa2 kecuali kalau buat crown atau veneer…kalau sikit2 je kadang2 boleh dihilangkan dengan gunakan toothmousse…so kena check dulu and tanya dr gigi tu samada ada tak rawatan utk masalah ni

  26. zue says:

    dr, saya dah buat bridge kat gigi depan tapi, yang menjadi masalahnya gigi tu jadi tak cantik dan warnanya berbeza dengan gigi asal dan keadaan ini menyebabkan perbezaan gigi asal dan palsu nampak terlalu ketara..keadaan ini membuatkan saya terpaksa menutup mulut sekiranya ketawa atau senyum..adakah keadaan gigi tersebut boleh diperbaiki?

    • drleen says:

      zue: hmm..malangnya kalau dah buat bridge tapi warnanya berbeza atau bentuk tak cantik..ianya tak bleh nak dibaiki tapi kena buat yang baru…kalau boleh pergi balik kat dr yang buat rawatan tu dan tanya kalau boleh buat semula…

  27. amira says:

    dr, saya rasa gigi bongsu saya dah tumbuh sebab saya rasa sakit yang teramat sangat.kalau malam,xdapat nk tido sebab die berdenyut2.rasa cam nk tercabut rahang gigi.huhu..ape yang saya patut buat.patut ke saya cabut gigi tu atau biar je die tumbuh…

    • drleen says:

      amira: pergi laa check dulu utk tengok samada gigi tu nak tumbuh atau tak..kalau selalu sangat sakit baru cabut..kalau sesekali sakit boleh biar je sampai dia tumbuh abis

  28. nad says:

    tepi bibir saya ader kesan hitam akibat daripada colgate yang saya guna ,bgaiman nak mghilangkan nya

    • drleen says:

      nad: hmm…jumpa medical dr laa utk tengok kenapa ada kesan hitam tu..mungkin awak allergic ke apa ke kan..or maybe sebab lain bukan sebab colgate..

  29. nad says:

    dr tolong sy,,sy malu

  30. supariani says:

    dr saya punya masalah gigi saya renggang ,setelah saya konsultasi dng dr gigi dianjurkan memakai gigi palsu,
    saya mau tanya gigi palsu gimana yg bagus dan apakah gigi palsu bisa berubah warna.karena saya takut kemungkinan yg terjadi setelah memakai gigi palsu tersebut.

    Terima Kasih

    • drleen says:

      supariani: gigi palsu yang tahan lama jenis yang tapaknya besi ( chrome)..tapi tak semua org sesuai pakai..so biasanya dr akan kasi suggestion tentang mana yang ok…samada plastik atau yang besi…gigi palsu boleh berubah warna kalau merokok..atau makan sireh etc..tapi biasanya ambil masa yang lama utk berubah warna

  31. Rose1203 says:

    salam..
    DR..saya nak tanya. baru-baru ni saya ada buat veneers untuk gigi atas yang jarang. tapi apa yang ingin saya tau ialah veneers ni ada berapa jenis? boleh bagitau saya tahap ketahanan veneers ni?? cara jagaan die?? kemudian saya nak tau apa beza veneers dengan filling? coz dalam resit pembayaran tertulis rawatan ‘filling’?
    harap DR dapat membantu..terima kasih.

    • drleen says:

      rose1203: biasanya ada 2 jenis..satu tu dibuat dari komposit satu lagi dari porcelain. yang dari komposit tu macam tampalan biasa..siap pada hari yang sama jugak..yang dari porcelain tu kena hantar lab so biasanya siap dalam seminggu dua dan harganya mahal skit sampai seribu lebih utk satu. ketahanan bergantung pada banyak faktor..kalau veneer tu dibuat pada lapisan pertama gigi iaitu lapisan enamel ianya lagi kuat melekat berbanding lapisan kedua iaitu dentin..so lagi kuat melekat lagi tahan laa veneer tu…satu lagi faktor ialah geselan gigi..kalau gigi yang ada veneer tu selalu bergesel dengan gigi bawah kurang laa tahan skit..cara jaga macam biasa je..berus dengan lembut…kalau dibuat dari porcelain masa dr gigi buat scaling..dr tu tak bleh guna scaling yang biasa yang dibuat dari metal..so kena guna special tip utk bersihkan kawasan tu…

  32. adik says:

    urm??/sis? leh tnya? npe gg sye ade itam after sye wat tampalan?? n itam tu bole hilang tak?? : (

    • drleen says:

      adik: hitam tu kalau pada gigi mungkin bermakna gigi tu dah mati..ataupun warna dari tampalan jenis hitam yang meresap ke dalam gigi ..so better check balik gigi tu utk tengok kenapa dia hitam..kalau tak nampak susah nak cakap kenapa dia hitam.

  33. leeya says:

    salam,
    Dr..sy berumur 24 tahun.ade problem dengan gigi depan..sebatang gigi depan dah bertukar warna jadi kuning dan semakin xcantik. nk ckp dan senyum pon malu..huhu.sblm nie sy ade buat rawatan akar sbb doktor ckp gigi tu dah mati.adakah sebab gigi tu dah mati ia berubah warna?? bolehkn gigi tersebut diputihkan seperti asal.

  34. aina hafiy says:

    salam drleen…
    sy mengalami karang gigi yg brwarna kuning dan ad yg hitam….jika sy bersihkan gigi di klinik adakah gigi sy trus pulih spenuhnya atau kesan lain selepas bersihkan?

  35. Snow White says:

    Assalamualaikum.
    Dr,
    Saya mempunyai msalah gigi..
    Kedudukan gigi sngt sya jarang antara satu sama lain. Ini membuatkan saya malu untuk berckap dengan orang lain. Saya harap dr dpt mnsyorkan satu rwtan untuk yg sesuai untuk sya.

    • drleen says:

      snow white: w’salam. Kena check dulu..mungkin boleh tampal je..mungkin kena buat braces..mungkin tak bleh buat apa2..so kena check dulu k

  36. Zainal... says:

    sejak saya bertukar ke ubat gigi herba garam bukit, daun mambu,cengkeh dan kayu sugi ni, saya tak pernah dah sakit gigi.

    Dulu guna ubat gigi colgate ,selalu sakit gigi gigi berlubang.

    Bertukarlah ke ubat gigi herba, pasti tak sakit gigi lagiii…

    saya cadangkan anda semua guna ubat gigi herba halagel….

  37. Ahmad says:

    betul tu, ubat gigi herba adalah yg terbaik, dan digunakan sejak turun-temurun lagi…

    ubat gigi sekarang seperti colgate ada banyak bahan kimia yang boleh merosakkan gigi……

  38. syida says:

    doctor, saya nak tanye, saya ade masalah fluorosis. saya dah try check kt internet n jumpe mcm2 treatment. so, saya nak tanya pasal cost die. btw, saya punye masalah gigi flurosis ni kt gigi depan tp xteruk mane pun. so, harap doctor boleh bg cadangan tntg which treatmnet is better. tq

    • drleen says:

      syida: biasanya fluorosis ni boleh buat either whitening ataupun buat microabrasion dan tooth mousse…kalau teruk sangat then kena laa buat tampalan ataupun veneer. kena datang klinik utk check dulu laa macam mana keadaan fluorosis awak ni k

  39. sham says:

    Dr. pun dah mengaku ubat gigi herba memang bagus dan tiada pula cerita yang buruk tentang herba. tetapi ubat gigi berflorida pula ade buruk dan baiknya…sebagai org islam, kita seharusnya memilih yang menghampiri halal iaitu bukan yang syubhah seperti florida. barangsiapa yang mendekati syubhah maka dia lebih mendekati neraka.. bagi langkah keselamatan, gunalah ubat gigi herba yang diyakini halal seperti ubat gigi halagel dan ubat gigi hpa. dengan alasan keselamatan juga, dapatlah menguatkan lagi sebab untuk kita memboikot produk sekutu yahudi keluaran cina ini(colgate)..wALLAHUALAM..

    • drleen says:

      sebenarnya..cara pemberusan gigi tu lagi penting daripada pemilihan ubat gigi…dan juga pemakanan…kalau gosok gigi tak betul..tak bersih keseluruhan pemukaan gigi…dan tak floss celah2 gigi..dan banyak makan makanan yang manis serta lama baru nak gosok gigi selepas makan makanan yang manis tu..gigi cepat rosak..tak kisah laa jika pakai ubat gigi colgate ke..ubat gigi halagel ke..etc…:)

  40. drleen says:

    Salam semua…selepas ini semua komen akan dibalas secara e-mail…:) terima kasih…

  41. mohd says:

    walaupun tiada kajian saitifik, dipercayai bahan herba dalam ubat gigi herba adalah bersifat alkali yang dapat meneutralkan asid yang berada dalam gigi.

  42. lautbiru says:

    doktor, saya ada t’jumpa di farmasi ubat gigi pearl drop yg mengatakan kesan pemutihan dpt dilihat slps 3minggu..ada kesan sampingan x pakai ubat gigi jenis ni??

  43. Mawarni says:

    Salam, apakah benar info pada pack ubat gigi, wrna spt :
    Hitam : keseluruhannya bahan kimia. Halalgel n mukmin wrna hitam.. Mmm, sejauh manakah benar info ni?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 235 other followers

%d bloggers like this: