Hisap jari, bernafas melalui mulut dan kesannya kepada gigi

July 28, 2011

Adakah anak anda masih meghisap jari walaupun telah berumur lebih dari 4 tahun?
Adakah gigi hadapan anak anda tidak rapat apabila anak anda menggigit?
Adakah anak anda selalu menonton tv, membaca buku, bermain atau tidur dengan mulut terbuka?
Adakah gigi susu anak anda yang berumur 8 tahun ke bawah tidak tersusun?
Adakah bila anak anda menelan air liur, lidahnya terkeluar sedikit?
Adakah gigi hadapan anak anda nampak terkedepan (jongang sedikit)

Sekiranya anda menjawab ‘YA’ kepada kesemua soalan di atas ataupun sebahagian soalan di atas, anak anda kemungkinan besar akan mempunyai gigi yang tidak tersusun apabila gigi kekalnya tumbuh kelak. Anak anda memerlukan rawatan braces untuk membetulkan semula gigi mereka yang tidak tersusun.

Tetapi kini ada rawatan alternatif lain yang boleh dilakukan semasa mereka masih kecil dan masih membesar untuk membetulkan otot-otot mulut dan lidah dan seterusnya boleh membetulkan kedudukan gigi dengan MRC APPLIANCE seperti TRAINER SYSTEM dan MYOBRACE. Sila klik link untuk membaca lebih lanjut mengenai sistem MRC ini. Trainer system ini boleh membetulkan habit anak anda dan seterusnya secara tidak langsung boleh memperbaiki susunan gigi. Myobrace System pula boleh menyusun gigi anak anda yang tidak tersusun tanpa menggunakan braces sekiranya dibuat semasa umur anak anda antara 9-11 tahun iaitu semasa anak anda masih dalam proses pembesaran.

Klinik pergigian Dr. Leen ada menawarkan rawatan menggunakan sistem MRC. Biasanya untuk temujanji pertama, gigi anak anda akan diperiksa sepenuhnya untuk melihat samada sesuai atau tidak untuk memakai MRC appliance. Kemudian acuan gigi akan dibuat sekiranya perlu. Gambar gigi dan profil muka anak anda akan dibuat supaya perbezaan sebelum dan selepas rawatan dapat dilihat. MRC appliance akan diberikan dan cara penggunaannya akan diterangkan. Anak anda hanya perlu memakainya selama 1 hingga 4 jam di waktu siang dan semalaman semasa tidur untuk trainer system atau 2 jam di waktu siang dan semalaman untuk myobrace system.
Anda perlu membawa anak anda untuk review setiap bulan atau dua bulan sekali untuk diperiksa.

Disebabkan MRC system ini adalah removable iaitu boleh dibuka dan dipakai pada bila-bila masa, ianya hanya akan berfungsi apabila anak anda memakainya mengikut saranan yang diberi. Sekiranya alat ini tidak dipakai, perubahan pada gigi tidak dapat diperolehi.

Sekiranya anda berminat dengan rawatan ini, bolehlah membawa anak anda untuk diperiksa di klinik gigi yang menawarkan rawatan ini untuk melihat samada anak anda sesuai atau tidak. Pencegahan adalah lebih baik dari merawat. Sekiranya masalah susunan gigi dapan dikesan lebih awal, bolehlah diperbaiki sebelum ianya menjadi lebih teruk dan lebih membawa kepada masalah seperti susah nak bersihkan gigi, gigi menjadi rosak, hilang keyakinan diri dan rawatan braces yang kosnya lebih tinggi.


Rawatan Gigi Di Bulan Puasa

July 25, 2011

Tentu ramai yang dah tau tapi tentu ramai juga kurang tahu mengenai persoalan: Bolehkah kita membuat rawatan gigi di bulan puasa? Adakah puasa kita akan terbatal jika jumpa dr gigi? Saya sering ditanya mengenai persoalan ini. Memandangkan tak lama lagi kita akan berpuasa jadi eloklah saya memberi info mengenai hal ini.

Dari artikel yang ditulis oleh Dr Tuti Ningseh Mohd Dom dan juga Dr. Shahida Mohd Said yang telah diberi oleh persatuan dr gigi Malaysia kepada semua dr gigi di Malaysia dan juga dari Persidangan Akademi Fiqah Islam Antarabangsa yang berlangsung di Maghribi dan Putrajaya beberapa tahun lalu merumuskan, ada kaedah rawatan yang tidak membatalkan puasa.

Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa
1. membuat dental check up
2. membuat rawatan gigi ( tampal, cuci, cabut, rawatan akar , membuat gigi palsu etc)
3. mengambil x-ray mulut
4. injection ubat kebas dalam mulut utk cabut gigi
5. tak sengaja tertelan air semasa dr membuat rawatan gigi
6. memberus gigi
7. menggunakan floss utk membersihkan celah gigi
8. Berkumur dengan ubat kumur
9. Menelan air liur

Puasa akan terbatal sekiranya anda memakan ubat. Jadi jika anda cabut gigi pada sebelah pagi, dan masa tengah hari ubat kebas semakin hilang dan gigi terasa sakit, anda kena la batalkan puasa untuk makan ubat. Jika anda cabut gigi di waktu petang dan ubat kebas masih bertahan sampai waktu buka puasa, jadi tak perlu laa membatalkan puasa utk makan ubat, lepas berbuka boleh makan ubat.

Jika anda terlalu sakit gigi atau gigi bengkak dan perlu makan ubat, kena laa makan ubat ikut masanya. Sekarang ada ubat antibiotik yang boleh makan sekali sehari ataupun 2 kali sehari jadi anda boleh berpuasa walaupun makan ubat antibiotik. Cuma jika gigi anda sakit, dan memerlukan anda makan ubat tahan sakit 3 kali sehari, jadi tak boleh laa anda berpuasa.

Jadi di harap, segala kekeliruan tentang membuat rawatan gigi di dalam bulan puasa dapat difahami. Islam itu adalah agama yang tidak membebankan pengikutnya. Islam itu agama yang sangat bersih dan yang amat mementingkan kebersihan dan juga kesihatan. Janganlah disebabkan puasa, kita membiarkan gigi kita tidak digosok sehingga menimbulkan bau mulut yang tidak menyenangkan orang sekeliling. Jangan disebabkan puasa kita meludah merata-rata. Janganlah disebabkan puasa kita menanggung sakit gigi yang teramat.

Selamat berpuasa saya ucapkan kepada warga pembaca semua..:)


Klinik Pergigian Dr. Leen sekarang di Facebook

July 15, 2011

Salam semua. Sekarang ni Klinik Pergigian Dr. Leen mempunyai facebook page . Segala maklumat terkini boleh diperolehi di laman facebook itu. Sila layari http://www.facebook.com/Drleendental


JAWAPAN UNTUK KOMEN-KOMEN DALAM BLOG INI

June 23, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga blog Drleen. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih sebab masih membaca blog saya dan bertanyakan soalan. Saya meminta maaf sekiranya saya tidak membalas atau lambat membalas pertanyaan-pertanyaan yang ditanyakan dalam blog ini. Kadang-kadang saya tidak mampu untuk menjawab kesemua soalan-soalan yang dikemukakan di atas sebab terlalu banyak soalan yang ditanya dan saya juga ketiadaan masa untuk menjawab. Saya memang suka kalau pembaca-pembaca menanyakan soalan kerana ini menunjukkan tahap kesedaran tentang gigi semakin banyak. Tidak seperti dahulu di mana semua jawapan untuk sakit gigi ialah cabut.

Selepas beberapa tahun menjawab soalan-soalan yang diberikan pembaca,saya dapati saya masih lagi menjawab soalan-soalan yang sama. Mungkin pembaca yang menanyakan soalan tak perasan yang soalan yang hendak ditanya telah dijawab sebelum ini. Jadi mungkin pembaca boleh membaca komen-komen untuk mendapatkan jawapan sekiranya soalan yang ditanya serupa. Sekiranya masih tiada jawapan untuk soalan-soalan yang Iingin ditanya, bolehlah menanyakan soalan itu di blog ini ataupun ke e-mail saya : doktorleen@gmail.com ataupun menelefon klinik saya : 03-87394039 ataupun sms ke no klinik saya : 014-6345676 ataupun lagi bagus kalau datang sendiri berjumpa saya di : KLINIK PERGIGIAN DR LEEN, NO 27-1, JALAN REKO SENTRAL 6, REKO SENTRAL, KAJANG.

Selepas ini saya akan membuat satu rumusan tentang soalan-soalan yang sering ditanya supaya pembaca-pembaca boleh terus ke page itu dan membaca jawapan kepada soalan-soalan. Saya minta maaf sekali lagi kerana mungkin tidak mampu menjawab soalan-soalan secara direct di blog ini kerana terlalu banyak soalan yang ditanyakan. Saya akan cuba menjawab soalan-soalan yang ditanya direct ke e-mail ataupun melalui sms.

Insyaallah, saya akan membuat satu website baru untuk klinik saya dan akan memasukkan ruangan blog ke dalam website klinik. Segala sokongan yang diberikan kepada saya untuk terus menulis dalam blog ini amatlah dihargai. Dan saya berharap agar apa yang saya tulis ini berguna kepada semua pembaca-pembaca yang tercari-cari jawapan kepada masalah-masalah gigi. Terima kasih semua.


Pemeriksaan gigi percuma sepanjang April!

March 29, 2011

Salam semua..

Saya nak mintak maaf banyak2 kepada sesiapa yang banyak tanya soalan dalam website ni and saya tak balas2..saya tersangat sibuk dengan klinik…and susah nak online sangat. So kepada sesiapa yang nak bertanya boleh sms/call ke no 014-6345676. Ini adalah no hp klinik. Kalau nak call ke talian tetap 03-87394039.

Sempena bulan April ni..colgate menganjurkan bulan kesihatan gigi di mana klinik-klinik yang mengambil bahagian akan memberikan pemeriksaan percuma kepada pesakit baru sepanjang bulan April. So kepada sesiapa yang belum check gigi lagi rebutlah peluang ni sebab selain pemeriksaan percuma…mereka yang awal2 datang boleh dapat hadiah dari Colgate…:) Klinik2 yang mengambil bahagian akan ada poster colgate di klinik tersebut..so kalau yang ada poster tu je dapat pemeriksaan percuma ye….

meh datang ramai2…:)


WAKTU RAWATAN KLINIK PERGIGIAN DR LEEN TAHUN 2011

January 2, 2011

Selamat tahun baru kepada semua pembaca blog ini.
Sempena tahun baru ni, Klinik Pergigian Dr. Leen telah membuat perubahan waktu rawatan untuk memenuhi permintaan pelanggan-pelanggan.

Isnin-Jumaat : 10 pagi – 9.30 malam
Rabu : TUTUP
Sabtu : 10 pagi – 6 ptg
Ahad : 10 pagi – 2 ptg

Sekiranya hendak membuat temujanji, boleh hubungi telefon klinik 03-8739 4039 atau 014 6345 676


KLINIK PERGIGIAN DR LEEN TELAH DIBUKA

October 18, 2010

Alhamdulillah…akhirnya Klinik Pergigian Dr. Leen telah pun siap. Jadi kepada sesiapa yang nak datang, boleh la datang. kalau nak buat temujanji, boleh call 03-87394039. Klinik saya betul-betul kat depan econsave kajang yang baru bukak di Reko Sentral, jalan reko.


Kemasukan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2011/2012

June 28, 2010

Salam semua…
Kepada lepasan2 SPM yang berminat nak menjadi dentist..boleh laa memohon utk masuk ke Program matrikulasi jurusan sains..macam saya dulu laa..lepas SPM masuk matriks sains setahun lepas tu sambung ke dental school. Saya dapat maklumat ni dalam NST hari ahad lalu…

Syarat Kelayakan Permohonan
1. Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Jan 2011
2. Mendaftar mata pelajaran berikut dalam peperiksaan SPM tahun 2010
- Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia DAN ( Fizik atau Biologi)

Syarat Kelayakan Minimum Program Matrikulasi Satu tahun (PST)
- C Bahasa Melayu
- C Bahasa Inggeris
-B Matematik
- C matematik tambahan
-C kimia
- C dalam satu daripada matapelajaran berikut ( Biologi / Kimia)

Syarat Kelayakan Minimum program dua tahun
C Bahasa melayu
C bahasa inggeris
C matematik
C kimia
D matematik tambahan
C dalam 2 daripada matapelajaran berikut – matematik tambahan/fizik/biologi/matapelajaran teknik (Pengajian kejuruteraan awam, pengajian kejuruteraan mekanikal, pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik, teknologi kejuruteraan)
* pelajar bumiputera yang tidak terpilih bagi program satu tahun berpeluang ditawarkan program 2 tahun jika memenuhi syarat diatas.

Cara permohonan
1. Permohonan melalui internet
- pelajar boleh membeli no pengenalan individu ( no pin) 5 digit dari mana2 kaunter BSN mulai 1 julai 2010 dengan bayaran RM6.00 termasuk komisyen dengan menggunakan no kad pengenalan yang didaftarkan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPN).
- Sebelum meninggalkan kaunter sila pastikan menerima resit bayaran yang tercetak:
i) bayaran telah dibuat atas nama ‘Pengarah bahagian Matrikulasi’ ke nombor akaun 1410029000211897
ii) no kad pengenalan yang sama seperti didaftarkan dengan lembaga peperiksaan malaysia
iii) no pin 5 digit
- pelajar juga boleh membuat bayaran PMI di mesin ATM BSN ( bagi pemegang akaun GIRO/Wadiah BSN saja). Sila ikut arahan di skrin mesin ATM tersebut.
-Nombor pin digunakan utk mengemukakan permohonan matrikulasi dan juga membuat pindaan atau pembetulan butiran permohonan. Pindaan atau pembetulan permohonan boleh dibuat sebelum tarikh tutup sebanyak 3 kali saja. No pin hendaklah dirahsiakan.
-pelajar dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan dan diikuti dengan nombor pin untuk membuat permohonan
-pelajar yang terlupa atau hilang nombor pin boleh mendapatkan nombor pin tersebut dengan membayar RM6.00 dimana2 kaunter BSN
-permohonan matrikulasi boleh dibuat melalui internet dengan melayari laman web http://www.moe.gov.my mulai 1 julai hingga 10 oktober 2010
- baca dan fahami panduan permohonan melalui internet (PMI)yang terdapat dalam laman web tersebut
-setelah selesai mengisi maklumat dalam PMI, sila klik butang HANTAR dan mencetak halaman yang mempunyai no rujukan 6 digit sebagai bukti penghantaran permohonan
-TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 10 OKTOBER 2010

Jika ada apa2 pertanyaan sila rujuk bahagian matrikulasi kementerian pelajaran malaysia

Alamat:
Pengarah
bahagian Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E15
Kompleks kerajaan parcel E
Pusat pentadbiran kerajaan persekutuan
62604 Putrajaya

no telefon: 03-8884 4083
no fax : 03-8884 4028/8888 6864

laman web: http://www.moe.gov.my

SELAMAT MEMOHON…:)


Akan Datang ….. KLINIK PERGIGIAN DR LEEN

June 15, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca2 blog saya ni…alhamdulillah..setelah lama berazam..akhirnya impian saya untuk membuka klinik akan tercapai…Insyaallah pada bulan Oktober nanti, Klinik Pergigian Dr Leen akan dibuka. Klinik saya bertempat di Reko Sentral, Jalan Reko Kajang. Ianya berhadapan dengan Econsave yang akan dibuka tak lama lagi dan bersebelahan dengan Klinik Pakar Kanak-kanak dan Ibu mengandung An Nur.

Jadi kepada sesiapa yang tinggal berdekatan atau yang nak berjumpa saya, sila laa datang ke klinik…sekarang ni kepala saya pun tengah pening nak menyediakan semua kelengkapan klinik…insyaallah kalau masa mengizinkan saya akan buat post pula sebagai panduan kepada doktor2 gigi yang nak bukak klinik gigi..macam mana prosedur2 yang perlu dibuat etc…saya memang suka berkongsi pengalaman, info dan sebagainya kepada semua…

Sekarang ni kebanyakkan pertanyaan2 dalam blog ni saya jawab menerusi e-mail yang diberi semasa menulis komen…lagi senang untuk pembaca2 dapatkan jawapan terus dari saya…sebab ruangan komen dalam post2 saya pun dah terlalu banyak..

Anyway, doakan semoga pembukaan klinik saya ni berjalan lancar…saya harap dapat membuat pembukaan rasmi pada 10/10/10 insyaallah….


Soalan berkaitan gigi

June 9, 2010

Disebabkan masalah masa, saya tidak dapat menjawab soalan2 yang dikemukakan di blog ini dengan cepat. Jadi, saya rasa untuk mereka yang inginkan jawapan kepada masalah-masalah yang dihadapi boleh terus e-mailkan pada saya dan saya akan cuba balas secepat mungkin. Jika anda e-mailkan kepada saya, saya boleh terus jawab soalan-soalan tu terus kepada anda tanpa anda perlu menyemak di dalam blog ini samada soalan telah dijawab atau belum. Kepada mereka yang telah menanyakan soalan di dalam komen, saya akan cuba menjawabnya tetapi mungkin memakan masa. E-mail saya : doktorleen@gmail.com


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 159 other followers